Tuesday, September 30, 2014

Kejutan terbaru Pak Menteri dan Pendatang Asing



Kajian pendapatan seisi rumah yang dibuat kerajaan baru-baru ini memberikan kita angka yang agak membanggakan dalam pencapaian ekonomi rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar menyatakan purata pendapatan isi rumah telah meningkat pada tahun ini kepada RM5,900 berbanding RM5,000 yang dicatatkan pada tahun 2012. Laporan tahun lepas rujuk sini

Pada tahun 2009, pendapatan isi rumah ketika itu ialah RM4,025 dan jika kita bentangkan atas carta, untuk jangka 2012-2014 negara mencatatkan kenaikan sebanyak 15.25% dan 19.5% untuk jangka 2009-2012

Bermakna taraf hidup di Malaysia telah naik seiring kos sara hidup rakyat yang juga ikut sama meningkat. Tapi tak mengapa, negara kita tetap kaya dan rakyatnya pun masih kaya..

Ambil contoh pendaftaran kenderaan baru di Malaysia. Tahun 2012 sahaja sebanyak 1,311,749 buah kenderaan bermotor baru yang didaftarkan di seluruh negara. Jumlah itu termasuklah motorsikal, kereta, bas, lori, teksi dan sebagainya.

Setiap bulan, sebanyak 109,312 buah kenderaan baru didaftarkan masuk dan berkeliaran ke jalan-jalan raya yang sama digunakan oleh kita setiap hari. Jumlah terkumpul kenderaan yang ada di Malaysia sekarang ialah sebanyak 22,702,221. Statistik populasi rakyat Malaysia sekarang dianggarkan seramai 29,820,900 orang. Tolak 26.8% usia 15 tahun dan ke bawah, sebahagian daripada 21,828,899 orang adalah pemandu.

Maknanya setiap individu /rakyat di Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas, masing-masing memiliki sekurang-kurangnya satu kenderaan untuk kegunaan harian di seluruh negara. Itu purata.

Belum lagi dikira aset-aset lain contohnya rumah, tanah persendirian, dan sebagainya. Siapa kata rakyat Malaysia tak kaya? Maka tak hairanlah, negara kita menjadi tempat tumpuan lambakan pekerja-pekerja asing daripada negara jiran termasuklah warga daripada negara jiran kepada negara jiran..

Negara kita kaya, warga asing juga semakin kaya


Kenyataan Menteri - 2.9 juta PATI?

Hari ini kita dikejutkan oleh angka yang dikeluarkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot melalui akhbar Borneo Post, difahamkan jumlah pekerja asing sekarang sudah mencecah 5.8 juta orang. - rujuk sumber. Apakah sebenarnya sedang berlaku dalam negara kita?

Agak mengelirukan, kerana angka itu terlalu tinggi berbanding laporan saringan kesihatan pekerja asing daripada Menteri Kesihatan, Datuk Subramaniam melalui BHarian dan Bernama sebelum ini yang menjelaskan sekitar 1.3juta pekerja asing bekerja di negara kita pada tahun 2013.


Cuba cari warga Malaysia tersembunyi dalam gambar ini

Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Richard Riot - daripada 5.8 juta pekerja asing, 2.9 juta daripadanya mempunyai permit, selebihnya 2.9 juta lagi adalah pekerja Haram dan PATI!

Kita harap fakta ini tidak tepat. Kakitangan /penjawat awam kita pun baru berjumlah 1.42 juta orang, termasuk anggota keselamatan kita PDRM dan ATM. Ini bukan sesuatu yang elok untuk kita dengar.

Bilangan pekerja asing ini kalau tidak dikawal akan mewujudkan masalah penempatan yang dimonopoli pendatang. Rakyat kita sendiri pula sebahagiannya terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor yang sama.

Mungkin kerajaan sepatutnya mempunyai mekanisma yang lebih berkesan untuk mengawal kemasukan warga asing selain menghantar pulang mereka yang sudah tidak lagi diperlukan perkhidmatannya.

Komen Pendatang Asing yang biadap terhadap polis kita 

Masalah pendatang asing tidak pernah lekang dalam kehidupan rakyat kini. Ramai di antara mereka berkumpul di satu kawasan hingga mengganggu penduduk tempatan, semacam dah jadi lumrah. Kini ada pula yang berani mengugut kerana berebut kawasan, seolah-olah mereka terlupa batang tubuh mereka berada di bumi mana.


Cuba lawat laman web www.aduanrakyat.com.

Dalam laman web ini kita akan mendapati banyak kategori aduan. Segala macam bentuk aduan rakyat boleh luahkan di sini. Biasanya ada pihak akan mengambil tindakan.

Dan dalam banyak-banyak kategori antara yang paling popular ialah Jabatan Imegresen. Ia popular kerana ia merupakan agensi kedua tertinggi kerajaan menerima aduan, iaitu sebanyak 282 kes. Kebanyakannya melibatkan masalah pendatang haram, malah ada kes sehingga berjaya mencuri perniagaan warga tempatan.

Apa yang dilaporkan mungkin segelintir sahaja daripada masalah-masalah lain yang terpaksa disenyapkan sahaja oleh penduduk tempatan. Sebelum ini kerajaan telah menyenaraihitamkan 220,000 warga asing yang bermasalah daripada memasuki negara. Yang kita tahu, kebanyakan mereka telahpun diusir. Itu yang kerajaan boleh kesan, sebenarnya ada ramai lagi yang baru masuk ke negara sebagai pelancong akhirnya bersembunyi dan menjadi PATI.


Penguatkuasaan undang-undang haruslah dilakukan dengan lebih tegas. Sikap seperti melepaskan batuk di tangga tidak seharusnya diamalkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Hal ini kerana banyak pekerja asing terdiri daripada pendatang haram yang menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. 

Akta imigresen perlulah lebih tegas supaya PATI tidak lagi berani bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut. Jika semua pihak yang berkenaan memainkan tanggungjawab secara berkesan, tidak mustahil masalah kemasukan pendatang asing dapat diatasi dari akar umbinya.

Keadaan masih lagi dalam keadaan terkawal, setakat ini. Jabatan Imegresen, KDN harus lebih efektif. Jangan menyusahkan PDRM dengan kes-kes jenayah melibatkan mereka. Jangan sekali-kali sampai melibatkan ATM yang bermakna negara dalam keadaan darurat.

Semoga Allah merahmati dan melindungi negara kita daripada sebarang ancaman oleh pencerobohan orang asing.




Monday, September 29, 2014

MH17 - Penemuan mengejutkan oleh juruterbang Jerman

Jenazah terakhir anak Tamby Jiee mangsa nahas MH17, Muhammad Afruz 13 sudah dikenalpasti. Alhamdulillah, ia menjadikan kesemua enam beranak itu sudah dijumpai. Lima daripada mereka telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, Kuching, Sarawak. Mudah-mudahan Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Peter Haisenko 

Apa yang hendak diceritakan di sini ialah penemuan mengejut analisis seorang juruterbang Jerman, Peter Haisenko ke atas insiden nahas MH17 yang dirumuskan Barat telah ditembak jatuh oleh sebuah peluru berpandu.

Amerika dan sekutunya membuat kesimpulan, pesawat malang tersebut telah ditembak jatuh oleh puak pemisah pro-Rusia secara tidak sengaja menggunakan sistem Peluru Berpandu BUK (Darat ke Udara) buatan Rusia.

Namun daripada hasil analisis penemuan Peter itu menunjukkan pesawat MH17 sebenarnya tidak ditembak oleh puak pemisah Pro-Rusia. Melalui bukti daripada cebisan-cebisan serpihan pesawat yang ditemui, jelas menunjukkan tragedi itu bukan disebabkan oleh penggunaan peluru berpandu BUK ke atas badan pesawat.

Perakam kotak hitam pesawat telah dihantar ke England untuk dianalisis. Namun, tiada hasil penemuan yang boleh mendedahkan apa-apa sehingga kini. Jadi apakah yang boleh dibuat dengan kotak hitam tersebut? Jika dilihat keadaan serpihan pesawat, sudah tentu menarik untuk kita ambil tahu apa agaknya yang terkandungan  di dalamnya.

Kesan lubang dipercayai disebabkan tembakan keluar dan masuk peluru

Pertama sekali, beliau kagum bagaimana beberapa gambar daripada serpihan itu boleh didapati dengan mudah hanya melalui google pada awalnya. Kesemua gambar itu beresolusi rendah melainkan satu, iaitu serpihan daripada kokpit bawah tingkap di sebelah juruterbang.


Perhatikan gambar kecil pada serpihan, klik pada gambar untuk resolusi yang lebih tinggi..

Fakta yang dilihat melalui gambar ini begitu jelas menunjukkan terdapat kesan serangan pada kokpit. Kita boleh lihat seperti kesan tembakan, tekanan arah masuk dan keluar keadaan lubang pada serpihan itu.

Sebahagian daripada hujung pecahan lubang tersebut membengkok ke dalam. Ia agak kecil berbanding lubang di sebelah luar, mirip kesan tembakan daripada peluru meriam berkaliber 30mm, iaitu peluru yang biasanya digunakan dalam pesawat pejuang atau helikopter penggempur.

Di pinggir lubang sebelah lain, terdapat kesan hentakan logam pada lapisan berkembar dinding aluminum pesawat menunjukkan sesuatu telah dipaksa keluar pada kelajuan tinggi dari sebelah dalam. Kesemua serpihan di bahagian belakang kokpit sebahagian besarnya tidak terjejas melainkan pada serpihan yang kita lihat tadi.

Hanya pada bahagian ini menunjukkan kesan kemusnahan yang agak aneh, meninggalkan satu petunjuk penting kepada para penyiasat - MH17 tidak ditembak oleh peluru berpandu pada bahagian tengah pesawat. Kemusnahan hanya tertumpu pada bahagian kokpit pesawat. Beberapa faktor harus diambil kira, terutama pada kawasan kepala pesawat. Bahagian ini dibina dengan binaan khas yang diperkukuhkan supaya dapat menahan tekanan atau impak pada kelajuan yang tinggi terutama apabila bertembung burung bersaiz besar ketika di udara.

Gambar bahagian kokpit Pan Am 103 yang terhempas
Kita boleh lihat dengan jelas, struktur sebelah dalam dibina lebih kukuh berbanding kawasan dinding lain pada fuselage pesawat.

Jika kita merujuk pada kemalangan Pan Am 103 melibatkan pesawat 747 di Lockerbie Scotland yang terhempas juga melibatkan letupan oleh pengganas pada tahun 1988 menunjukkan bagaimana bahagian-bahagian lain berkecai menjadi kepingan yang kecil. Satu-satunya serpihan pesawat yang paling besar ditemui ialah segmen kokpitnya sahaja.

Lubang peluru pada dinding pesawat

Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Pihak Rusia kemudian mendedahkan rakaman radar menunjukkan kewujudan sekurang-kurangnya sebuah pesawat pejuang SU-25 dilihat terbang berdekatan pesawat MH17. Pendedahan Rusia ini selari dengan kenyataan awal pengawal di pusat kawalan ATC warga Sepanyol bernama Carlos yang mendakwa telah menemui kelibat 2 buah pesawat pejuang tersebut di kawasan berhampiran laluan MH17.

Rujuk komen tentang Carlos pada link youtube Tweets from Carlos ATC in Kiev saying Ukraine Military shot down MH17

Jika diperhatikan antara jenis persenjataan pada pesawat jenis SU-25 ini, kita akan mendapati ia dilengkapi dengan meriam berkaliber 30mm, senjata dua laras daripada jenis  GSH-302/AO-17A. Senjata jenis ini biasanya membawa 250 butir peluru anti-kereta kebal dengan setiap peluru mengandungi peledak sendiri yang mengakibatkan kesan kemusnahan besar apabila mengenai sasaran.

Jenis senjata pada SU-25
Bahagian kokpit dengan jelas membuktikan kesan tembakan daripada dua arah berbeza, kesan keluar masuk peluru ditemui pada serpihan kokpit bangkai pesawat MH17.

Kesan tembakan yang pada dinding MH17
Sekarang jika mengambil kira keadaan serpihan tersebut, kita boleh mengandaikan keadaan kemusnahan seperti ini berkemungkinan besar disebabkan oleh senjata jenis yang disebutkan tadi. Ia tidak menghairankan kerana peluru dan persenjataan yang digunakan direka untuk memusnahkan kereta kebal moden. Memandangkan tembakan berturutan daripada senjata itu digunakan ke atas dinding aloi sesebuah pesawat, sudah tentu ia menyebabkan letupan pada masa yang singkat sahaja.

Jenis kesilapan penyebab insiden dan oleh siapa?

Calar projektile kelajuan tinggi pada bahagian sayap.

Oleh kerana kabin sebuah pesawat komersial berfungsi seperti kebuk vakum untuk mengawal tekanan udara, hanya dengan sedikit letupan sahaja akan menyebabkan tekanan memuncak dengan sangat tinggi. Ia melebihi daya tahan logam pada dinding pesawat yang akhirnya menyebabkan pesawat pecah dengan sekelip mata.

Imej-imej serpihan pesawat kita lihat berselerak dengan luas di kawasan padang, serta kemusnahan teruk pada bahagian kokpit menunjukkan kesan letupan tekanan ketika di udara. Kemudian ditemui juga keadaan sayap pesawat dengan kesan calar berkelajuan tinggi yang menuju terus ke arah bahagian kokpit ketika dalam penerbangan.

Menariknya Peter mendapati kedua-dua foto serpihan segmen sayap yang tercalar itu serta dinding kokpit yang mempunyai resolusi tinggi itu kini telah lenyap daripada paparan google images. Kita mungkin mendapati hampir tiada lagi gambar penting pada pesawat MH17 yang boleh memberi petunjuk tentang apa yang telah berlaku. Yang tinggal hanyalah gambar biasa serpihan bangkai pesawat yang sedang berasap.

Agak menarik bagaimana Amerika Syarikat begitu yakin menyalahkan Rusia sebagai dalang terhempasnya pesawat MH17, mengapa tidak Ukraine sendiri sedangkan ia berlaku di wilayahnya. Kita mengetahui pesawat peribadi Presiden Rusia dan MAS memiliki penampilan warna yang hampir serupa.

Ketika tragedi MH17 berlaku, Ukraine sedang bertelagah dengan puak pemisah pro-Rusia. Bagaimanapun ancaman untuk menjatuhkan Rusia datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Malang bagi pesawat malang kita MH17, berkemungkinan besar ia adalah mangsa keadaan. Satu kemungkinan lagi memang terdapat ancaman bunuh ke atas presiden Rusia. Ahli politik Ukraine yang paling berpengaruh, Ms Tymoshenko pernah menyatakan keinginan melampaunya untuk menembak Vladimir Putin di kepala.

Rujuk 24.03.2014 RT: TYMOSHENKO'S RACIST & MURDEROUS THREATS.

Kenyataan artikel di atas hanya spekulasi sahaja. Bagaimanapun menurut Peter, serangan peluru pada bahagian kokpit pesawat sama sekali bukan spekulasi. Itulah penjelasannya.



Sunday, September 28, 2014

Ceramah Anwar diselangi bunyi cengkerik, katak hujan dan burung hantu sekali sekala.

Gambar ceramah pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, sekutu rapat dan pencacai-pencacainya. Maaflah ye, semua gambar dipetik saja daripada blog rakan sejarahmelayu.blogspot.com (sila rujuk artikel yang lebih lengkap)


Anwar Ibrahim walaupun tidak sepopular seperti ketika zaman reformasi, tetapi bisa kebencian yang ditanam terhadap umno tetap utuh di kalangan pro-pakatan. Bukan masalah berapa ramai yang sanggup muncul pada ceramah-ceramahnya, tetapi berapa ramai yang akan beri undi kepada pembangkang. Begitu juga kalau datang sampai beribu-ribu orang pun belum tentu akan sokong Anwar.

Anwar mempunyai kepakaran talking show yang tidak ada pada mana-mana pemimpin BN masa kini. Dia boleh berpidato, boleh mengajuk cara lawan, boleh menyanyi, boleh berlakon, boleh berlawak, malah boleh menari.. semuanya dapat dilakukan dalam satu show sahaja. Dia adalah penghibur sejati bagi segelintir orang..

Adam Adli nampaknya masih lagi tidak serik. Tapi tunggulah penjara buatmu.

Di kala provokasi kaum dan agama selain serangan peribadi terhadap pemimpin dan kakitangan kerajaan di negara kita semakin menjadi-jadi, rasanya majoriti besar warganegara melihat rasional kepenggunaan akta tersebut.

Jika kumpulan Anwar Ibrahim berkempen supaya akta hasutan dimansuhkan, mereka mahukan supaya tidak ada lagi halangan untuk mereka menyerang sesiapa saja. Semuanya atas nama kebebasan bersuara. Sebilangan besar penyokong pembangkang yang kita lihat sanggup ke luar negara memburukkan negara dan pemimpin kita. Kalau boleh biarlah sampai dijajah oleh pengganas asing atau negara lain bagi membuktikan kelemahan pentadbiran.

Tindakan apa yang boleh dikenakan terhadap mereka?

Tidak ada satu pun negara di dunia yang rakyatnya sanggup berdemonstrasi dan berceramah memalukan negara dan pemimpin di mata dunia. Begitu juga tidak ada negara yang rakyatnya membencikan tanah air sendiri kerana pemimpin yang menaungi kerajaan. Yang biasa kita dengar ialah rakyat mencintai tanah airnya, sekadar tidak menyukai pemimpinnya saja.

Gambar di atas sebenarnya suasana biasa ketika PKR dan PAS buat ceramah. Mereka semakin galak di tempat dan masa yang salah. Apa yang dipentaskan mereka semua tidak lebih dari hanya stand alone show sahaja.





Saturday, September 27, 2014

Berani buat, berani tanggung! Fu*k UMNO

Dia mungkin sudah terkenal sekarang. Lebih terkenal daripada ketika merakam babak jijik dalam internet satu ketika dulu. Menjadi orang yang mencari suaka politik di negara lain berlagak orang penting, peringkat tinggi dalam permasalahan dengan negara asal. Itulah perasaannya.

Namun dia tidak lebih daripada seorang penjenayah yang melarikan diri daripada ikat jamin dalam pendakwaan kesnya. Sesiapa pun boleh cuba asalkan mampu tinggal di negara lain dan tidak balik-balik lagi.



Cita-citanya mungkin nak jadi seperti Namewee. Perlekehkan agama orang itu cara mereka. Simbol 'fu*k' untuk tunjuk kejantanan. Cakap lucah, memaki hamun itu makanan harian mereka. Akhirnya ada juga melayu bangang yang tampil menunjukkan solidariti.

Alvin Tan marah sangat pada PM Malaysia, DS Najib Tun Razak. Apa salah beliau padanya, entahlah. Apa yang DS Najib lakukan untuk negara tak ada kena mengena langsung dengan masalah yang dia buat.

Masa dia menghina Bulan suci umat Islam, Bulan Ramadhan dengan Bak Kut Teh بابي , DS Najib tak hina dia pun. Yang buat laporan polis terhadapnya dulu adalah MCA, Persatuan Teksi dan Ketera Sewa, bukan DS Najib. Yang menangkap adalah Polis Di Raja Malaysia, bukan UMNO. Yang menghakimi kes adalah Mahkamah Seksyen, bukan ahli majlis tertinggi UNMO, Yang dia melarikan diri sampai ke US, UMNO tak kejar pun. Tapi dia benci UMNO, DS Najib. Memang ajaib...

Kalau nak duduk di tempat yang boleh bercakap ikut sedap hati perut sendiri, duduklah dalam hutan. Kerana di negara yang jutaan manusianya punya perasaan berbagai-bagai, kalau cakap tanpa akal silap-silap boleh mengakibatkan diri diadili mahkamah jalanan sahaja. Kerajaan buat Akta Hasutan bukan nak seksa rakyat, tetapi nak seksa manusia bermulut jahat yang boleh mengganggu-gugat keamanan di negara kita.





Budaya lari ke luar negara, buat provokasi hina negara sendiri, hina pemimpin negara sendiri sudah banyak kali berlaku. Dan seperti biasa juga, pak menteri kita buat-buat tak dengar.

Dulu penulis The Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin provok pemimpin negara dari London, tak kena tangkap. Kemudian DJ Radio Free Sarawak, Peter John Jaban provok pemimpin BN di Sarawak, tak kena tangkap. Sekarang pencetus SSKM, Doris Jones yang sedang giat berkempen di Britain, tidak ada tangkapan. Maka tidak hairanlah Alvin Tan pun berani buat perkara-perkara tolol di luar negara kerana tentu tidak ada tangkapan terhadapnya.

Kerajaan Malaysia kena bertegas. Jika sekadar gah dalam negara tak cukup buat pengkhianat dan penderhaka jadi gerun untuk buat onar. Jika sebelum ini boleh berunding sampai pemisah bersenjata di Ukraine akur, kenapa tidak ke atas negara lain yang lebih rasional untuk menangkap pencacai-pencacai politik ini.

Didiklah mereka dengan slogan 'Penjara untuk penderhaka', 'berani buat beranilah tanggung', 'Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'


Jawatan Kosong Kerajaan Kementerian Kesihatan

Kepada anak muda yang ingin mencari peluang sebagai penjawat awam. Marilah memohon.



Jawatan kosong kerajaan terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Oktober 2014. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosonganjawatan kosong seperti berikut:


  1. Akauntan Gred W41 
  2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 
  3. Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W17 
  4. Pembantu Operasi Gred N11
Tarikh tutup permohonan pada 06 Oktober 2014
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Friday, September 26, 2014

Pendedahan berani ahli, PAS pecah tembelang di Selangor

Biarkanlah mereka membalun sesama sendiri. Kita tengok Pakatan Rakyat sekarang dah retak, tunggu nak terbelah saja. Semakin lama, semakin banyak pendedahan.

Senjata makan tuan... itulah istilah sesuai buat parti PKR dan PAS. Selagi mereka berjuang untuk dapatkan habuan untuk penuhkan isi periuk sendiri, selagi itulah mereka tidak akan puas telanjang-menelanjangi antara satu dengan yang lain.

Sebelum ini Presiden PAS mendedahkan Broker dan Barua dari puak Anwarinas, hari ini kita dihidangkan dengan pendedahan tembelang PAS di Selangor. Entah besok, entah lusa puak pro-presiden dan ulama dedahkan lagi wajah sebenar penentang-penentang mereka..

UMNO jangan gatal-gatal nak masuk campur, nanti bila mereka dah checkmate, orang kata ini semua permainan korang. Inilah drama politik yang paling sofisticated pernah kita lihat dalam sejarah. Ada kisah ahli pemimpin nak pecat presiden sendiri, penasihat ekonomi kena pecat, menteri besar kena pecat, exco negeri kena pecat, parti nak kena pecat..  Semuanya berlaku dalam satu episod sahaja.

Cuba tengok rakaman video, puak pakatan rakyat sedang mengagih-agihkan peluru untuk PRU14

Orang dalam pecah tembelang, punca utama kekalutan di Selangor tersebar!




Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Izham Hashim malam semalam mendedahkan bahawa pemimpin tertentu di parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.


Menanti tindak balas Anwar?

Artikel yang cukup baik untuk dikongsikan. Dipetik daripada blog belantan.blogspot.com


Bulan September mungkin bukan bulan yang baik untuk Anwar Ibrahim. Beliau dipecat daripada parti dan kerajaan pada tahun 1998 pada bulan September, beliau pernah merancang untuk menjadi Perdana Menteri melalui pintu belakang pada 16 September 2008 dan hari ini sekali lagi September membawa nasib malang untuk Anwar apabila harapannya untuk melihat isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail 'ditabalkan' sebagai Menteri Besar (MB) Selangor hanya tinggal impian.

Mungkin kaitan bulan September dengan politik Anwar hanya kebetulan sahaja tetapi apa yang pasti semua itu berlaku kerana perancangan politik beliau. Begitu juga apabila beliau melaksanakan 'Langkah Kajang' - satu langkah politik yang menyebabkan bukan sahaja Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi juga sekutunya, Pas turut lintang pukang.

Tanpa sebab dan alasan kukuh, Anwar mengatur langkah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi impian itu tidak tercapai kerana beliau berhadapan hukuman penjara, justeru beliau mempertaruhkan Wan Azizah malangnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu tidak mendapat sokongan Pas.

Mungkin tidak terlintas dalam fikiran Anwar bahawa orang kesayangannya, Azmin Ali akan menjadi pilihan Sultan Selangor untuk menggantikan Abdul Khalid dan beliau juga tidak menyangka nama itu akan dicalonkan oleh Pas. Biarpun beliau dan PKR berkeras mahukan Wan Azizah dan menolak calon lain daripada parti itu untuk menjadi MB Selangor tetapi dalam politik tiada musuh dan kawan yang kekal.

Yang menentang Azmin menjadi MB bukannya ADUN PKR atau Pas di Selangor tetapi orang dalam PKR yang begitu taksub dengan agenda politik Anwar dan disokong oleh DAP. Azmin mempunyai pengaruh sendiri di Selangor bukan sahaja dalam kalangan ADUN PKR tetapi juga Pas. Sebab itulah Pas menghantar nama Azmin sebagai salah seorang calon MB walaupun mendapat tentangan keras PKR dan DAP yang bersetuju hanya Wan Azizah dicalonkan.

Bagaimanapun persoalan yang lebih menarik untuk diperkatakan apakah tindak balas politik yang akan dilakukan oleh Anwar dan PKR berikutan pemilihan Azmin? Kalau Abdul Khalid yang mengingkari arahan parti dipecat, apakah Azmin juga akan menerima nasib yang sama?

Pelantikan Azmin bermakna kerusi MB Selangor masih di bawah PKR, oleh itu jika Anwar tidak mempunyai apa-apa perancangan yang 'pelik-pelik' beliau perlu menerima pelantikan Azmin dengan lapang dada. Walaupun kewibawaan Azmin mungkinlah tidaklah sehebat Abdul Khalid tetapi sekurang-kurangnya beliau jauh lebih baik berbanding Wan Azizah dari segi politik.

Biarpun di dalam PKR akan berlaku perpecahan tetapi ia dijangka bersifat sementara kerana politik berkaitan kedudukan dan kuasa, apabila seseorang pemimpin itu mempunyai kedua-duanya, beliau pasti disokong. ADUN PKR lain mungkin akan terfikir buat apalah mereka membuang masa hendak memperjuangkan nasib Wan Azizah dan sekali gus terjebak pertelingkahan dengan istana berikutan pelantikan Azmin.

Adalah lebih baik mereka meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama Azmin daripada membuang masa melayan kerenah politik Anwar. Lagipun biarlah Wan Azizah menguruskan 'kebajikan' suaminya yang akan turun naik mahkamah pada bulan depan.

Pelantikan Azmin boleh dianggap satu tamparan hebat kepada Wan Azizah kerana semua orang tahu bagaimana hubungan antara kedua-dua pemimpin PKR tersebut, malah kalau boleh mungkin Wan Azizah lebih rela orang lain menduduki jawatan itu bukannya Azmin.

Bagi Azmin pula, cabaran utama ialah menjauhkan diri daripada dakwaan pelbagai pihak bahawa beliau akan mengikut telunjuk Anwar dalam mentadbir Selangor. Azmin perlu meneruskan kerja-kerja cemerlang yang sebelum ini dilaksanakan oleh 'musuh politiknya' Abdul Khalid ketika mereka bersama-sama dalam PKR.

Abdul Khalid pula sebagai seorang yang berintegriti tinggi sudah pasti tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh merosakkan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Azmin, biarpun ketika menjadi MB, Azmin merupakan orang yang memainkan peranan utama dalam mengkritik pentadbiran beliau .

Perlu diingat bukan Azmin yang merancang 'Langkah Kajang', walaupun beliau dalam beberapa mesyuarat didakwa mahukan Abdul Khalid digantikan, sebaliknya Anwar yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan politik antara mereka untuk memenuhi agenda politik peribadinya.

Bagi sesetengah pemimpin PKR pula, mereka tidak boleh menganggap tindakan Azmin sebagai 'satu pengkhianatan' kepada parti itu kerana tiada sebab untuk Azmin dilihat menderhaka kepada Sultan Selangor apabila nama beliau diperkenankan oleh baginda. Atas sebab itulah, sejak nama beliau dicalonkan oleh Pas, Azmin langsung tidak membuat kenyataan menolak pencalonan itu, yang memandai-mandai mengatakan Azmin menarik diri adalah Anwar. Apa yang diketahui ialah Azmin menghormati keputusan PKR mencalonkan nama Wan Azizah sahaja.

Sementara itu, bagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau sudah pasti berasa lega dengan kebijaksanaan Sultan Selangor membuat keputusan memilih Azmin. Ini memandangkan Abdul Hadi ialah individu paling bertanggungjawab mencalonkan nama Azmin dan tidak mahu tunduk dengan kehendak PKR dan DAP supaya mencalonkan nama Wan Azizah sahaja.

Langkah menyenaraikan nama ADUN Pas hanya sekadar memenuhi permintaan istana yang mahu semua parti mencalonkan lebih daripada dua nama, bak kata Abdul Hadi ketika memberikan penjelasan isu-isu semasa di Marang baru-baru ini, ''Kalau bagi satu nama bagaimana Istana nak pilih.''

Pemilihan Azmin juga sekali lagi membuktikan kebimbangan segelintir pemimpin Pas berhubung kesan buruk jika ADUN parti itu menduduki jawatan MB Selangor adalah tidak berasas, politik 'mencipta hantu yang tidak wujud' yang cuba dipraktikkan oleh mereka sekali lagi gagal.

Sebelum ini golongan tersebut gelisah tidak tentu hala apabila Abdul Hadi menegaskan akan menerima apa sahaja keputusan Istana maknanya, kalau Sultan Selangor melantik Azmin mereka terima, kalau pilih ADUN Pas pun mereka terima. Apa yang penting parti itu membuat keputusan bak kata Abdul Hadi berdasarkan hukum syarak dan bukannya hukum akal semata-mata.

Kenyataan itu menyebabkan beberapa pemimpin Pas yang begitu taksub dalam tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP bagaikan tidur tidak lena, makan 'tak lalu' malah ada antara membuat teori songsang menyatakan ada perancangan oleh pimpinan Pas untuk membentuk campuran kerajaan dengan UMNO di Selangor, sampai ke tahap itu pendekatan 'politik mencipta hantu' mereka.

Justeru dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 di Batu Pahat, Johor minggu lalu ada antara mereka menegaskan, Pas perlu mempertahankan integriti dan pemuafakatan dalam pakatan dengan menolak jawatan MB Selangor jika ia diberikan kepada ADUN Pas memandangkan parti itu sudah berjanji ia kerusi milik PKR.

Bagaimanapun hakikatnya, dalam kes MB Selangor hujah itu tidak terpakai biarpun Pas sudah berjanji jawatan tersebut hak PKR. Ini memandangkan ketika Anwar merancang 'Langkah Kajang' apakah beliau memikirkan soal integriti dan permuafakatan yang dimeteraikan dengan Pas? Kenapakah hanya Pas sahaja dipaksa patuh pada prinsip itu biarpun terpaksa sumpah derhaka terhadap Sultan Selangor? Wajarkah Pas menerima nasib seumpama itu?

Tetapi apa pun keadaannya diharapkan pelantikan Azmin akan menamatkan kemelut politik di Selangor selepas Sultan Selangor menggunakan kebijaksanaan baginda membuat keputusan. Rakyat sudah bosan kerana sejak beberapa bulan lalu terpaksa menyaksikan drama politik memualkan yang dirancang oleh Anwar.

Ketika negeri-negeri lain sedang bergelut untuk meningkatkan taraf hidup rakyat selepas pilihan raya umum lalu, Selangor pula kucar kacir kerana kemelut politik yang tidak berkesudahan, segala-galanya bukan kerana Abdul Khalid tidak berwibawa tetapi kerana kerakusan Anwar mahu berkuasa.

Oleh itu, kalau benarlah PKR dan DAP berjuang untuk rakyat maka berjiwa besarlah menerima Azmin menjadi MB Selangor dan jangan menganggap dunia akan berakhir bila Wan Azizah tidak menduduki jawatan tersebut kerana beliau tiada kemampuan sebaliknya hanya mengikut kemahuan suaminya, Selangor tidak layak mempunyai pemimpin seumpama itu.

Oleh : Zulkiflee Bakar


Sumber: Belantan.blogspot,com

Thursday, September 25, 2014

Terkini - Keputusan Tidak Rasmi PRK Pengkalan Kubor 2014

Tahniah kepada calon BN Mat Razi yang telah mengatasi calon PAS dan Bebas dengan keputusan sebentar tadi.

Mat Razi telah mendahului calon lain dengan majoriti 2652.

Ikuti live update daripada utusan.com.my


Azmin diramal hadapi krisis Menteri Besar

Azmin Ali baru saja diangkat menjadi Menteri Besar Selangor ke-15 menggantikan TSKI. Tanjak keramat yang diguna pun masih hangat. Lafaz sumpahnya pun masih lagi terngiang-ngiang di telinga...

Tiba-tiba muncul Zuraida Kamaruddin bagi cadangan supaya PAS diberi jawatan 'kesian' dalam kerajaan negeri. Alasannya sebab PAS telah mengkhianati keputusan Pakatan Rakyat yang menetapkan hanya satu nama (Wan Azizah) kepada Sultan Selangor walaupun baginda meminta lebih daripada 3 nama sebelum ini.

Isu siapa MB sepatutnya sudah selesai, tetapi suara-suara sumbang masih lagi mempertikaikan keputusan yang tidak menjadi seperti dirancangkan. Jika berterusan sikap 'restu tapi bantah' begini, Azmin akan berasa panas setiap hari.



Ahli Parlimen Ampang ini agak keterlaluan mengkritik PAS sampai terlupa dengan kewujudan angka.. jika dikira kerusi DUN dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, PKR lah selayaknya mendapat 'consolations' daripada PAS. Tolak DUN yang disandang TSKI, PKR cuma tinggal 13 kerusi sahaja. PAS sebaliknya mempunyai 15  kerusi. Ikut kaedah matematik yang ringkas, budak sekolah rendah pun tahu PAS sepatutnya menyandang Jawatan Menteri Besar itu, bukannya PKR.

Kenyataannya itu seolah-olah memperbudakkan PAS, tidak layak diiktiraf tempat dalam kabinet kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali. Sedangkan PAS membuat keputusan mengekalkan TSKI sebagai MB kerana bimbang DUN akan dibubarkan. Namun atas apa pun alasan, itulah hadiah Pakatan Rakyat kepada PAS yang masih dalam keadaan tak sedar diri lagi...

Rasanya Azmin tak segelojoh itu nak menghukum PAS, sedangkan dia sendiripun pening fikirkan cara nak stabilkan kembali Pakatan Rakyat bagi mengekalkan jawatannya sebagai orang nombor satu peneraju kerajaan negeri Selangor. Di mata kita nampak seakan dia gah dengan jawatan barunya, hakikatnya alam politiknya semakin bercelaru, mindanya tunggang-langgang oleh kekacauan di sekitarnya.

DAP terang-terang mahu Azmin ambil tindakan terhadap 4 exco PAS yang dianggap pengkhianat kepada Pakatan Rakyat. Ironinya, pengkhianatan itulah yang membolehkan PAS memilihnya sebagai Menteri Besar bagi menolak pencalonan Wan Azizah dulu. Orang-orang PAS serta Presiden dan Mursyidul amnya menyokong penuh perlantikan Azmin. Begitu juga DAP dan PKR biarpun sebilangan ahlinya tetap mahukan Wan Azizah dipilih sebagai Menteri Besar.  Azmin harus membuat keputusan bijak yang tidak akan mencacatkan sokongan antara kedua belah pihak..

Kita andaikan politik Selangor tidak akan sunyi dengan krisis. Melainkan PAS tiba-tiba jadi keldai merelakan diri diperlekehkan dan dihukum maka selesailah satu masalah. Tetapi jangan lupa seteru politik dalam PKR yang ramai mempunyai sindrom anti-Azmin, semuanya menunggu kesempatan untuk mengeluarkan Azmin daripada kedudukannya.

DAP pula dengan kerenah mereka, mencadangkan supaya ahli ecxo yang dipilih dalam barisan kerajaan pimpinannya bukan kalangan pro-Azmin dan mahu ahlinya dilayan istimewa.

Itulah nafsu dan selera DAP yang menyebabkan TSKI bertindak memecat adun mereka sebelum ini. Bolehkah seorang Menteri Besar bekerja dengan exco yang hanya akur arahan pemimpin tertinggi parti sahaja? Adakah ini cara bekerja kerajaan negeri di Pulau Pinang, yakni menerapkan kaedah 'exco remote control' dalam kepimpinan mereka? Jika begitu, kenapa tidak pilih kalangan umno sahaja sebagai exco kerajaan negeri mereka?

Kita belum dengar lagi apa diminta Anwar Ibrahim dan sekutunya.

Banyak lagi yang Azmin kena peningkan bila dah pegang jawatan.. itu belum lagi nak hadapi karenah ahli exco yang akan dilantik, belum lagi nak fikir kekalkan prestasi secemerlang TKSI, belum lagi dengan masalah nak uruskan rezab rm3 billion yang dikatakan menjadi motif Kajang Move, belum lagi nak tangani serangan seteru politik baik dalam PR mahupun BN, belum lagi tangani masalah risiko kamera CCTV atau alat perakam rahsia yang diletakkan orang tertentu di pejabat seperti dialami TSKI sebelum ini lebih-lebih lagi dalam tandas.., ... Belum lagi masalah Akta Hasutan yang dihadapinya bersama Anwar Ibrahim.. semua itu baru mukadimahnya sahaja..

Yang pastinya, seluruh mata rakyat di Malaysia yang mengikuti krisis di Negeri Selangor akan memerhatikan setiap tindakannya satu persatu dengan teliti...

Inilah lumrah.. Bukan senang bila dah jadi Menteri Besar pada kadar segera!


CCTV spy ke atas TSKI


CCTV spy orang yang mirip Azmin







Wednesday, September 24, 2014

Peluang cerah buat BN di Pengkalan Kubor


KUALA LUMPUR 24 Sept - Di sebalik pergolakan politik di Selangor yang menjadi tumpuan banyak pihak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor esok tidak kurang menariknya, sama ada ia memihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Pas atau Bebas.
 
Pertembungan tiga penjuru itu pastinya menarik tumpuan pemerhati politik tanah air yang ingin tahu apakah BN mampu mengekalkan kerusi berkenaan. Ataukah Pas yang bergeseran di Selangor bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masih mendapat sokongan rakyat di Dun itu?
 
Ramai melihat pilihan raya kecil ini lebih kepada pertembungan antara BN dan Pas sahaja yang mana kedua-dua parti itu sedaya-upaya cuba meraih sokongan rakyat, sekali gus menguji tahap sokongan kepada parti di kerusi Dun Pengkalan Kubor.
 
BN perlu mengekalkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas bagi memastikan suara BN sebagai pembangkang di Kelantan tidak berkurangan pada sidang Dun. Bagi Pas, pilihan raya kecil ini dilihat sebagai platform 'menebus maruah' yang tercalar ekoran perbalahan parti pakatan berikutan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.
 
Pada masa ini, komposisi Dun Kelantan yang berjumlah 45 kerusi menyaksikan 32 daripadanya milik Pas, satu PKR dan 11 BN. Kedudukan satu lagi kerusi iaitu Dun Pengkalan Kubor akan ditentukan esok.
 
Mampukah BN mengekalkan kerusi Dun Pengkalan Kubor pada kali ini?
 
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak yakin BN masih mempunyai kelebihan di Dun berkenaan meskipun pilihan raya kecil itu diadakan di negeri yang dikuasai Pas, sejak 1990.
 
"Saya melihat Pas tiada isu besar untuk dimainkan dalam pilihan raya kecil ini dan tambahan pula, Pas kini sedang berdepan dengan masalah dalam Pakatan Rakyat dan juga masalah dalaman Pas sendiri. Ini akan menjejaskan sokongan kepada Pas.
 
"Berdasarkan rekod perkhidmatan bekas penyandang Dun Pengkalan Kubor yang cemerlang di kawasan itu, peluang untuk BN menang adalah cerah," katanya kepada Bernama di sini.
 
 
PRK KELEBIHAN BN
 
Dun Pengkalan Kubor, yang berkeluasan 29.6 kilometer persegi, mempunyai 24,039 pengundi berdaftar dan 23,929 pengundi biasa bakal menunaikan tanggungjawab masing-masing esok.
 
Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali melihat kempen Pas lebih suram kali ini dan hanya menumpukan gerak kerja kepada kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang
dimenangi rakan sekutu mereka PKR pada PRU13 lepas.
 
"PRK ini memberi kelebihan buat BN kerana dengan jentera yang besar, BN boleh memastikan semua jenteranya bergerak menyeluruh ke semua kawasan. Saya turun pada hari penamaan calon dan mengikut gerak kempen kedua-dua parti, saya dapati Pas hanya menumpukan kepada kawasan PDM yang mereka menang," katanya.
 
Beliau berkata pilihan raya kecil Pengkalan Kubor adalah ujian sulung buat kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengundur diri daripada jawatan itu selepas PRU13.
 
"Walaupun PRK ini berlaku di gelanggangnya (Pas), saya nampak kerajaan negeri tidak mampu membuktikan bahawa beliau (Ahmad) mampu meraih sokongan pengundi. Sering kali Nik Abdul Aziz (Mursyidul Am Pas) dibawa ke kempen pilihan raya walhal bekas menteri besar itu sudah kelihatan sangat uzur.
 
"Daripada segi moralnya, saya nampak Menteri Besar Kelantan belum lagi menunjukkan kemampuannya dalam mengharungi pilihan raya dan masih perlu membawa Nik Aziz untuk meraih sokongan pengundi," katanya.
 
Che Hamdan berkata konflik dalaman PAS turut memberi kelebihan kepada BN dalam usaha mengekalkan kerusi Dun Pengkalan Kubor.
 
 
SAINGAN SENGIT BN DAN PAS
 
Selepas 12 hari berkempen, pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berpendapat BN dan Pas mempunyai peluang hampir sama untuk menang.
 
Katanya bacaan politik beliau semasa ini mendapati daripada sejumlah 12 PDM, tujuh daripadanya cenderung memilih BN manakala bakinya Pas.
 
Sambil menegaskan bahawa keputusan boleh berubah di saat-saat akhir, beliau berkata: "Pada masa ini, peluang untuk BN menang itu ada. PRK ini saya lihat persaingan sengit antara BN dan Pas. Tabiat mengundi rakyat Kelantan ini ialah mereka akan memilih sama ada Pas atau BN sahaja. Selain itu, mereka tidak pilih."
 
Mengambil contoh PRU13, Dun Pengkalan Kubor yang ditandingi PKR tewas kepada BN dengan majoriti 1,736 undi, beliau berkata rakyat di kawasan itu hanya mempunyai kecenderungan kepada dua parti tersebut.
 
"Di Dun itu, PKR tidak kuat dan sokongan kepada calon PKR majoritinya datang daripada anggota Pas Maka jika ia ditandingi Pas, sudah pasti akan berlaku pertandingan yang sengit," katanya. 
 
BN mempertaruhkan Mat Razi Mat Ail manakala Pas diwakili Wan Rosdi Wan Ibrahim serta calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
 
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lalu. 

Sumber artikel: rakyatnews.my

Rafizi Ramli adalah Trojan Horse dalam Pakatan Rakyat?

Rasanya sekarang kita dah boleh agak kenapa Anwar dan Wan Azizah tidak hadir pada majlis angkat sumpah Azmin sebelum ini. Mungkin jika Anwar ke penjara Kajang, Azmin akan menjadi orang nombor satu dalam Pakatan Rakyat. Siapa lagi selepas Anwar?

Jika difikirkan secara logik, mengapa Anwar perlu menghancurkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat dengan membunuh kepercayaan PAS semata-mata nak naikkan Azmin menjadi MB? Siapa Azmin, isteri kedua Anwar ke?

Jadi spekulasi mengatakan rancangan sebenar Anwar nak jadikan Azmin dengan menggunakan Wan Azizah sebagai umpan bolehlah disangkal.. Kalau Anwar sangat bijak dengan strategi Kajang Move, sudah tentu Pakatan Rakyat tidak akan bergaduh sesama sendiri sampai memboikot kempen PRK yang dibuat PAS di Pengkalan Kubor sekarang..

Di bawah adalah luahan hati seorang totok Pakatan yang sangat kecewa dengan Rafizi akibat strategi Kajang Move yang dibuatnya..

Mari baca apa yang blog Ameno World tulis, moga jadi keinsafan pada mereka yang nak menyokong PR selepas ini..

Rafizi Dari Strategi Kepada Tragedi - Terima Kasih Kerana Cemarkan Anwar.



Walaupun krisis MB dah selesai dan menemui noktahnya tapi satu benda yang kita kena pakat2 kaji bersama ialah tindakan Rafizi dalam Kajang Move (Kajang movie). Kajang movie ialah idea Rafizi untuk singkirkan Khalid. Ada banyak benda yang aku nak bahaskan pada Rafizi. Sudah ramai Rafizi. Sudah ramai di keliling kau yang berperanan memuji dan membodek kau pagi petang siang malam 24 jam sehari kot. Kurangnya seorang yang tidak membodek kau, bukan luak apa pun, ye tak?

Jadi Rafizi. Ini aku nak cakap terus terang. Biar kau faham jelas2. Kat mana silap dan salahnya kau dalam langkah kajang movie kau neh.

Pemahaman aku adalah berdasarkan pendapat aku sebagai rakyat. Jangan kau paksa aku terima minda politiking kau sebab aku bukan ahli politik dan tak berminat nak berfikir dari sudut kepolitiking.

Kenapa?

Akan ada ramai yang sanggup berkompromi dan menerima apa saja tindakan kau sebab kau sudah mempunyai followers yang tersendiri. Mereka2 ini akan berminat nak berfikir dari sudut yang kau fikirkan.

Aku. Mahu selesa bersama rakyat. Untuk rakyat, kalau bukan orang yang huru hara suka lawan ahli2 politik macam aku neh, aku rasa rakyat takde apa2 dah. Semua suka berpihak pada pemimpin. Sedikit yang sudi bersama rakyat. Kalau aku tinggalkan kumpulan yang sedikit ini.. perghhhh.. makin berkuranglah kelompok kami.

HA HA HA

Rafizi.

- Aku tak suka langkah Kajang kau neh. Ia bukan plan yang cerdik untuk singkirkan Khalid meskipun matlamat untuk singkir Khalid sudah tercapai dengan jayanya.

- Langkah Kajang ini telah menyebabkan ramai orang hilang kepercayaan dan keyakinan dengan PR.

- Yang lebih teruk, Langkah Kajang ini telah mencalarkan imej dan intergriti Anwar dengan yang amat dasatnya.

- Kau rasa berapa lama lagi masa yang perlu dilaburkan untuk membina semula reputasi Anwar yang terjejas teruk disebabkan move kau neh ye Rafizi?

- Aku tak faham macam mana la Anwar boleh bersetuju dengan tindakan kau yang sangat teruknya dalam memastikan plan kau berjaya.

- Sanggup buat roadshow nak burukkan Khalid. Tak rasa malu ke Rafizi oi? Baik buat roadshow kutip masalah rakyat lagi bagus.

- Buruk2kan Khalid secara keterlaluan sedangkan Anwar sendiri berkali2 puji Khalid sebelum dan selepas Kajang Movie. Tak konsisten langsung kenyataan kau dengan dia. Patutnya, bila ko dah perhati, wujudnya kenyataan bercanggahan antara korang, ko boleh fikir apa yang public akan fikir. Tak mungkin kedua2 korang betul dalam waktu yang sama. Ia samada kau yang menipu atau Anwar yang menipu. Tapi ko terus2 beri kenyataan yang membuatkan orang rasa meluat pada PKR.

- Tindakan extreme kau juga menyebabkan perpecahan dalaman PAS. Kau berperanan dari luar untuk memecahkan kesepakatan antara sesama jemaah PAS.

- Kenapa bukan kau pujuk2 adun untuk buat undi usul tak percaya dan singkirkan Khalid? Sebenarnya tindakan itu juga akan diperlihatkan teruk, tapi, ko tengok tindakan yang diambil Khalid. Sejurus dia sedar dia kehilangan sokongan majoriti, dia undur cara baik. Nampak? Walaupun rakyat akan tertanya2 dan rasa pelik kenapa undi usul tak percaya untuk singkir Khalid, tapi ia lebih baik sebab kurangnya bermain sentimen dan politiking macam Kajang movie kau tue. Cara nak singkir MB dah ada tapi tak guna. P guna cara yang pelik2 sampai bagi orang meluat apa semua.

- Sudah la kantoi menipu. Kata Langkah Kajang menuju ke Putrajaya padahal Langkah Kajang untuk tukar MB. Apa salahnya menjadi jujur dan berterus terang? Strategi? Memang. Dalam sesetengah keadaan, tak la molek kita dedahkan strategi. Tapi, dari bacaan aku, rakyat lebih suka jika kau jujur sahaja. Kes ini hanya merujuk kepada penukaran MB. Maka, semolek2nya jadi jujur saja. Ini siap ada yang buat buku bagai la. Main propaganda. Buat persepsi. Sebar itu ini. Tah hapa2.

- Disebabkan strategi Rafizi juga la penyokong2 PR bergadoh sesama sendiri. Habis semua ranap, hancur. Lainkali kalau nak rancang apa2 strategi ajak la jumpa media2 sosial neh. Bagitau dorang apa plannya. Supaya tak kelam kabut dan huru hara dari bawah sampai ke atas, dari atas sampai ke bawah, semua berterabur sebab tatau apa2. Tatau apa2 satu hal. Yang tunjuk macam tahu semua perkara satu hal lagi. Bangang. Sedangkan media sosial ini la platform terbesar PR dalam memastikan kempen2 korang tersebar dengan jayanya. Sekarang neh tak pasal2 geng2 PAS no mood nak layan kempen2 PKR sepertimana geng2 PKR no mood nak kempen pasal PK. Agak2 amek berapa lama masa untuk pulihkan jiwa2 yang luka itu. Kesian juga. Itu semua kawan2 yang saling gaduh tue. Aku pun tatau nak cakap apa dah. Pasal politik habis semua bergaduh.  

- Suka tak suka yang paling teruk terjejas kat sini ialah Anwar. Anwar ialah seseorang yang bakal menjadi PM andaikata PR menawan Putrajaya. Tergamaknya Rafizi mencemarkan imej Anwar dengan begitu dasat sekali. Macam mana nak polish imej Anwar agar menjadi macam dulu balik? Ramai yang hilang kepercayaan pada Anwar. Kalau dulu nak cari geng2 pembangkang yang kutuk Anwar kemain susah. Ada la dalam 10 orang. Tapi sekarang. Petik jari aje kot. Bersepah. Dari PKR ada. Dari DAP ada. Dari PAS lagi la ramai. Dari BN jangan cakap la. Tak terkira kot.

- Petang sebelum uturn sekalipun, PKR langsung tak sebut apa2. Sampaila Azmin bermesyuarat dan tiba2 PKR nyatakan uturn untuk sokong Azmin. Apa agaknya sangkaan orang ramai kepada Anwar? Mungkin ada yang berpendapat bahawa Azmin dan Anwar berpakat untuk naikkan Azmin. Tapi aku fikir punya fikir punya fikir pun tak percaya Anwar sanggup biarkan kredibliti dia terjejas dengan teruk demi Azmin. Kalau demi Wan Azizah aku percaya. Kurang2 itu bini dia. Azmin sapa plak? Atas sebab apa Anwar nak calarkan diri dia demi Azmin? Anwar kena maki hari2 kot isu MB. Azmin ada kena maki? Apakah Anwar bodoh sangat nak biar orang maki dia demi menaikkan Azmin?

- Nampak sangat taktikal Rafizi ini menikam Anwar dalam nak menikam Khalid. 

- Sehari sebelum uturn juga PKR bertegas hanya mahu satu nama. Alih2 terpaksa uturn. PAS dan DAP pun ralit uturn. DAP sampai bergaduh dengan PAS demi pertahankan pencalonan Wan Azizah. Bukan gadoh tipu2. Tapi gaduh betul2. Kalau betul la PKR dari awal lagi nak menaikkan Azmin, sepatutnya mereka setuju aje cadangan PAS mencalonkan nama Azmin sebagai MB selepas Wan Azizah. Apsal PKR dan DAP tak setuju? Apsal nak bergaduh2 macam nak berpecah pakatan dibuatnya?

- So orang akan ambil kemungkinan2 ini sebagai mengatakan bahawa langkah Anwar nak menaikkan Azizah sebagai MB gagal. Nak taknak terpaksa terima juga la dengan keputusan sultan. Uturn pun uturn la janji Khalid turun. 

- Ini kerana kalau nak menjadikan Azmin MB, sapa2 pun tak payah letak jawatan untuk beri laluan. Azmin kan adun. Cuma PKR sendiri tolak nama Azmin berkali2. Memang. Ada sebaran yang mengatakan PKR yang mahu gantikan nama Khalid kepada Azmin. Tapi itu cuma cakap2 orang aje. Padahal yang betul2nya kita tatau apa.

- Samada Rafizi betul2 ikhlas nak tolong Anwar untuk selesaikan krisis MB di Selangor dengan melantik Anwar sebagai MB (berganti kepada DSWA disebabkan DSAI disabitkan kesalahan) ataupun Rafizi sebenarnya kerja dengan Azmin. Sebab Azmin dok playsafe all the times. Sangat ber-ahti2 dalam mengeluarkan kenyataan. Sangat berjaga2 dan tidak menyakiti orang pula sejak 2 menjak ini. Aku rasa ramai yang puji. Sebab memang betul pun tindakan2 yang diambil oleh Azmin. Tidak burukkan keadaan, tidak mengarut dok propa kutuk Khalid, apatah lagi dok mengarut nak buat roadshow semua. Dia betul2 berkecuali dan diam. Orang pun tak rasa marah pada dia.

- Sebab tue aku suspicious dengan peranan Rafizi. Dia berjaya memusnahkan imej Anwar Ibrahim dengan jayanya.

Daripada pakar strategi kepada pakar tragedi. Disebabkan dia juga la PKR menjadi bahan ejekan orang ramai. Takan tak boleh fikir?

Adakah PKR ini sempurna sangat sampai tiada daya nak menganalisa kelemahan sendiri dan seterusnya perbaiki keadaan?

Sekarang orang dok main2 isu kenapa DSWA, DSAI, bahkan Rafizi sendiri tidak diperlihatkan hadir dalam majlis meraikan menteri besar baru. Aku mungkin terlepas gambar. Aku tatau citer. Aku baca aje kat ruangan komen. Kat twitter Rafizi pun aku tak nampak dia tweet congrats Azmin. Mungkin belum lagi. Ataupun memang takde. Atau apa. Taktau la aku. Tapi aku harap jangan ada langkah merepek2 lagi dah lepas neh. 

Yang sudah tue sudah la Rafizi oi. Bukan aku nak pertahankan Azmin sangat. Tapi dalam beberapa tahun nak PRU dah. Tolong tumpu untuk pulihkan balik persepsi umum terhadap PKR dan Anwar. Aku rasa, saat orang hilang kepercayaan dan keyakinan pada Anwar sebagai PM maka orang pun malas nak undi PR dah. Baik stay dengan BN aje. 

Tolong la Rafizi, kalau seriyus nak perbaiki keadaan ;

1. P jumpa balik dengan semua pimpinan2 yang kau jejaskan, dan cari la jalan untuk perbaiki keadaan.

2. P bantu rakyat yang tertindas untuk pulihkan persepsi negatif terhadap diri ko.

3. P pastikan PKR sentiasa bawa isu2 yang menindas rakyat supaya rakyat lupa akan apa yang terjadi dalam Kajang movie.

4. P pastikan yang imej Anwar dipulihkan kembali supaya rakyat kembali yakin dan seterusnya mengundi PR sebagai parti alternatif kepada BN walaupun aku sendiri tak pernah beranggapan begitu. 

Aku jenis orang takde parti dan tak minat partisan. Aku nak jatuhkan BN dan nak ganti kepada PR bukan sebab PR itu bagus. Tapi nak bagi manusia di Malaysia neh celik berfikir. Bila dorang tahu yang dorang tak mati dengan bertukarnya parti politik, maka di masa akan datang, kita akan main2 tukar parti politik kat negara ini dengan mudahnya. Masa tue baru la parti2 politik akan buat kerja dan mulai cuak. Itula perjuangan sebenar aku. Ubah mentaliti rakyat yang jumud. 

Selagi mana mereka jumud sampai ke mampos kena tindas dengan partisan. Tapi susah juga nak ubah minda rakyat yang jumud kalau parti alternatif macam PR buat hal tak sudah2. Kita kalau nak tawarkan pengganti kepada bahan sedia ada, kena la bagi tawaran yang lebih baik. Contohnya. Ko nak cadang orang tukar kereta. Takan kau nak suruh dia pakai kereta yang lagi teruk dari yang dia guna kot? So, macam tue la juga PR. 

Dia punya imej kena la juga aku up lebih kurang sikit untuk perdayakan umat Malaysia neh. Agak2 dah nampak lagi cerdik dari BN sudah la. Lepas tue baru la jalankan langkah rakyat yang sebenar. Iaitu main tukar2 parti untuk memastikan pemimpin2 neh takut kehilangan kuasa maka mereka akan mula belajar untuk buat kerja. Untuk memastikan rakyat tidak menjilat pimpinan dan partisan. Didik rakyat jadi kritikal sampaikan semua benda nak komplen macam kat negara maju tue hah. Ini agendanya. Thanks to Rafizi. Mengacau agenda aku. Dan memburukkan imej Anwar. Memang pakar strategi yang terbaik di Malaysia. Bukan hanya pandai berstrategi bahkan pandai juga membuat tragedi.