Friday, September 5, 2014

Awas! Jangan sebarkan berita palsu MH370

Berita baru-baru ini tersebar meluas di laman sosial, kononnya penemuan MH370 telah pun ditemui terhempas di kawasan Pulau Perak. Perlu diingatkan, pencarian misteri kehilangan pesawat malang tersebut melibatkan ramai pihak terutamanya pakar-pakar penyiasat dan juga agensi kerajaan.

Jangan kita terlibat menyebarkan berita seperti ini kerana ia hanya akan menyusahkan pihak terlibat dan mengguris hati ahli keluarga dan waris mangsa yang sehingga kini tetap menaruh harapan tinggi agar orang tersayang kembali dengan selamat satu hari kelak.

Sentiasalah bertangggungjawab terhadap apa yang disebarkan, jangan hanya kerana hendak popular atau menjadi 'pemecah berita' akhirnya nanti kamu dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan.



No comments:

Post a Comment