Thursday, December 31, 2015

Amaran hujan lebat - Gambar banjir sekitar Kuching 31 Dec 2015

Sila rancang perjalanan anda dengan sebaik mungkin pada musim tengkujuh sekarang. Tiada antara kita yang boleh elak daripada terperangkap sekiranya berlaku banjir kilat. Bagi yang tinggal di kawasan rendah, sila perhatikan keadaan air di sekitar rumah anda.

Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Kuning)

Dikeluarkan pada : 11:31am pada 30 Disember 2015

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak (Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong , Sarikei, Sibu dan Mukah) mulai dari Khamis, 31 Disember 2015 sehingga Jumaat, 01 Januari 2016.



Gambar-gambar suasana banjir di sekitar Kuching sekarang.


Kredit sumber gambar facebook: Sarawak Roads Updates 

1) Jalan Stephen Yong, Batu Kawa

 


2) Batu Lintang, Kuching

 


3) Merdeka Plaza / Padang Merdeka, Kuching



4) Jalan Kuching- Serian,  Batu 11

 


5) Jalan Matang - Malihah, Kuching

 
 

Wednesday, December 30, 2015

Syabas Sarawak! Persediaan Pemansuhan Tol di Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin pada 31 Disember 2015

Terima Kasih di atas keprihatinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang telah membantu rakyat khususnya di sekitar Petra Jaya - Pending - Sejingkat - Bintawa dengan memansuhkan satu-satunya Tol yang masih aktif di Bandaraya Kuching ini.

Kadar kutipan sebelum ini adalah RM1.60 bagi setiap kereta, RM2.20 untuk kenderaan pacuan 4 roda atau van untuk satu arah perjalanan yang hanya sekitar 3 km sebelum bersambung ke jalan persekutuan di kedua belah arah.

Syabas diucapkan kepada barisan Pemuda PBB yang telah berusaha membawa usaha penghapusan tol ini sehingga mendapat perhatian kepimpinan utama kerajaan negeri.

Usaha Pemuda PBB seperti dilaporkan Borneopost pada 27, May 2015 yang lepas..


ZECON BERHAD DISERU HAPUSKAN TOL DI KUCHING


Gambar dipetik dari laman Borneopost
KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Kuching menyeru Zecon Berhad (Zecon) mencontohi syarikat konsesi Jambatan Lanang dengan menghapuskan tol.

Pengerusinya Datuk Wan Hamzah Wan Paie berkata, penghapusan tol perlu demi kepentingan rakyat dan pihaknya percaya syarikat terbabit sudah memperolehi pulangan daripada pelaburan.

“Kami (Pergerakan Pemuda PBB Zon Kuching) membawa cadangan Pemuda Cawangan khasnya Pantai Damai, Demak Laut, Samariang dan Tupong menyeru agar Zecon Berhad mencontohi syarikat konsesi Jambatan Lanang,” katanya menerusi kenyataan yang dibacakan oleh Ketua Pemuda PBB Cawangan Tupong Shahrazi Edwin Abdullah.

Menurutnya, Pergerakan Pemuda PBB Sarawak berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem atas usaha dan kejayaan rundingan bersama syarikat pemegang konsesi tol Lanang.

“Tol di Jambatan Lanang dimansuhkan berkuat kuasa 25 Mei lepas dan Jambatan ASEAN dijangka akan dimansuhkan pada bulan Jun.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat Woodville Development Sdn Bhd kerana sanggup mengetepikan hak mereka bagi mengutip tol dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan memansuhkan perkhidmatan ini (tol),” ujarnya.

Beliau berkata, ia menunjukkan usaha berterusan Ketua Menteri dalam meneruskan transformasi pembangunan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat.

“Kita sedia maklum rundingan ini telah diadakan dahulu oleh Ketua Menteri dan seperti biasa DAP mengambil kesempatan untuk menempah nama atas usaha dan kejayaan Ketua Menteri,” jelasnya.

Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda PBB Ripin Lamat menjelaskan, DAP seperti tiada modal kerana selalu ambil kredit dan mengambil kesempatan daripada usaha Ketua Menteri.

“Ia termasuk pembalakan haram dan pemansuhan tol. Mereka seperti tiada modal,” kata Ripin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir percaya usaha DAP itu tidak akan memberi kesan kepada rakyat negeri ini.

Hadir sama Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda PBB Fazruddin Abdul Rahman dan Bendahari Pergerakan Pemuda PBB Hamzah Ibrahim.

Sumber: TheBorneopost.com

*****


Terkini...

Sambutan Tahun Baru Besar-besaran Di Tol Jambatan Salahuddin



Kuching : Sebuah majlis khas sambutan Tahun Baru akan diadakan secara besar-besaran di Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin, Petra Jaya pada malam 31 Disember ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu MIsnu Taha berkata, majlis tersebut diadakan sempena meraikan pemansuhan Tol Jambatan Salahudin yang akan berkuatkuasa menjelang 1 Januari 2016 sekaligus tiada lagi kutipan tol di Sarawak.

Katanya, dijangka 10,00 ribu pengunjung akan menghadiri majlis tersebut yang akan bermula dari pukul 9 malam dan dimeriahkan juga dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah dan Datuk Jamal Abdillah dan pertunjukan bunga api.

“Majlis sambutan ini merupakan julung kalinya diadakan secara besar-besaran yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan juga sebagai meraikan pemansuhan tol terakhir di Sarawak selepas tol Jambatan Lanang di Sibu dan tol Jambatan ASEAN Baram ,”

“Apa yang menarik, satu gimik khas melambangkan kutipan terkakhir tol akan diadakan,” katanya

“Ini juga adalah salah satu pencapaian yang ketara di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Si Adenan Satem sejak beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak,”

Terdahulu, Adenan mengumumkan pemansuhan tol Jambatan Salahuddin dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak minggu lepas.

Jalan utama menghala arah tol akan ditutup seawal pukul 6 petang untuk memberi laluan kepada persiapan dan acara sambutan pada hari berkenaan.- Sarawakiana

*****

Tol Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin...





Saturday, December 26, 2015

Penipuan tentang sejarah kegemilangan Melayu?

Sebelum ini ramai di kalangan kita percaya kejatuhan empayar Melayu Melaka ke tangan Portugis adalah disebabkan ketidakupayan orang Melayu ketika itu menentang senjata moden penjajah Barat tersebut.

Itulah yang kita faham selama ini. Namun daripada apa yang dijelaskan dalam video di bawah menunjukkan beberapa fakta tersembunyi yang kita percaya selari dengan era kegemilangan bangsa Melayu satu ketika dulu.

Antara kesimpulan yang dikupas dalam video,


  • Orang Melayu Melaka mempunyai angkatan laut yang handal serta berpengetahuan tinggi dalam teknologi pelbagai bidang termasuklah senjata pertahanan yang amat canggih pada zaman mereka.
  • Penjajah Barat Portugis sebenarnya tidak mampu menembusi bentang pertahanan Melaka.
  • Orang Melayu zaman silam adalah peneroka terkemuka dan mempunyai kisah mashyur tentang kewujudan mereka di seluruh pelosok dunia.
  • Keruntuhan Empayar Melaka adalah disebabkan pengkhianatan yang dilakukan oleh orang Melayu sendiri.
  • Hang Tuah menghilangkan diri sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.


Walaubagaimanapun, pada pendapat penulis, ia hanyalah sebahagian daripada kisah tentang lagenda kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Terpulanglah untuk menilaikannya sendiri.

Moralnya, sekuat mana pun sesuatu kerajaan itu dibentuk, pasti akan runtuh jika wujud perpecahan di kalangan sendiri. Pemimpin-pemimpin tidak mampu menerajui sesebuah negara jika terdapat usaha untuk ditumbangkan oleh rakyat yang membencinya.

Sejarah Melaka tidak dijadikan iktibar. Tatkala orang Melayu berpecah dulu, mereka dijajah oleh bangsa asing. Kini, sejarah dilihat bakal berulang. Ketika melayu bertelagah merebut kepimpinan kerajaan, akhirnya orang lain dijulang sebagai pemerintah.

Sesungguhnya, serangan fitnah dan pembohongan pada zaman ini lebih dahsyat daripada tusukan senjata di medan perang. Hina pemimpin dengan ulama. Semuanya atas nama kebebasan berpolitik.

Marilah kita berdoa agar negara kita dilindungi Allah dan dijauhkan daripada pengkhianatan oleh rakyat sendiri. Sama-sama kita mengambil iktibar daripada video di bawah..


Pertandingan FUTSAL antara ranting cawangan N6 Tupong Dec 2015

Pertandingan Futsal anjuran Pemuda PBB antara ranting cawangan PBB N6 Tupong telah diadakan pada 26 Dec 2016 bertempat di Sport Planet, Sejingkat.

Sebanyak 32 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Tujuan diadakan pertandingan adalah untuk mengeratkan semangat kesukanan di kawasan Tupong selain menerapkan minat terhadap aktiviti menyihatkan di kalangan pemuda.

Gambar-gambar suasana perlawanan..


Tuesday, December 22, 2015

PBB Akan Tampilkan 10 Muka Baru menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak 2016




KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menampilkan sepuluh muka baru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Lima daripada calon muka baru tersebut bakal menggantikan muka lama yang telah membuat keputusan untuk berundur diri, manakala lima lagi akan bertanding kerusi baru di kawasan persempadanan semula yang diluluskan parlimen baru-baru ini.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mendedahkan perkara tersebut dalam sidang media selepas penanggguhan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum ini, beliau yang juga Presiden PBB memberitahu parti PBB akan mendapat sekurang-kurang 5 dari 11 kerusi DUN baru.

Pertambahan 11 kerusi DUN baru berikutan usul persempadanan semua bahagian Pilihan raya negeri Sarawak telah diluluskan Dewan Rakyat 2 Disember lepas, ini menyaksikan Sarawak memiliki 82 kerusi DUN yang bakal dipertandingkan dalam PRN-11, berbanding 71 kerusi ketika ini.

Mengulas mengenai agihan 11 kerusi baru yang diwujudkan setelah persempadanan semula, Adenan yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata setiap parti komponen BN negeri akan mendapat sekurang-kurangnya satu kerusi DUN baru untuk dipertandingkan.

11 kerusi DUN baru berkenaan ialah Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.

Menjawab soalan pemberita mengenai krisis yang melibatkan “SUPP-UPP” dan “SPDP-TERAS”, beliau berkata sekiranya parti terlibat tidak dapat mencapai kompromi, sebagai pengerusi BN negeri, beliau perlu membuat keputusan tegas untuk mengemukakan satu pasukan kuat dan bersatu pada pilihan raya itu nanti.

“Manakala peruntukan jumlah kerusi untuk parti-parti berkenaan akan diselesaikan dengan sewajarnya sebelum berlangsung hari penamaan calon,” katanya. – Sarawakiana

Sunday, December 13, 2015

Ceramah PAN siang-siang pun krikk krikk!

Semua orang tahu siapa sebenarnya menguasai parti PAN (Parti Amanah Negara) yang diketuai Mat Sabu. Maka di belakang kepimpinan bekas-bekas ahli PAS dan PKR dalam parti itu terdapat tangan-tangan ghaib DAP yang menentukan hala tuju mereka.

DAP tidak dapat menguasai PAS. Juga sudah tidak lagi berkenan dengan sisa-sisa kekuatan PKR. Sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat sebelum ini merosot serta keengganan PAS mengikut telunjuk DAP menyebabkan akhirnya PR dibubarkan.

Kini, dengan wujudnya PAN, DAP berharap parti 'boneka' seperti ini dapat meraih undi orang Melayu sepertimana yang diperolehi PAS dalam Pakatan Rakyat. Strategi memecahbelahkan sokongan kaum Melayu perlu diteruskan untuk menghancurkan BN seterusnya menguasai Putrajaya.

UMNO semakin lemah dan peluang sebegini tidak dilepaskan. Dengan penuh yakin PAN menabik dada katanya sokongan akan berpindah arah berikutan beberapa keputusan tidak popular BN dalam menangani isu kos sara hidup..


Tapi...


Rupanya rakyat lagi tak suka parti Parti Amanah Negara 'Tanah Air Tercinta'....



LAGI SEKALI PENGERUSI PAN TERENGGANU DIMALUKAN OLEH PARA PENGUNJUNG PASAR MALAM KUALA TERENGGANU APABILA CERAMAHNYA TIDAK DIPEDULIKAN.



Tarikh:- 12 hb Dis 2015 bersamaan hari Sabtu jam lebih kurang 5.30 petang,

Program ceramah di pasar malam bersama Pengerusi PAN Negeri Terengganu yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang menang pada PRU ke-13 lalu atas tiket PAS Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah sebelah pasaraya Giant Hiliran Kuala Terengganu.

Nama yang dilambung oleh Pakatan Harapan tanpa PAS sebagai bakal MB Terengganu selepas PRU ke-14 nanti.

Adakah sambutan diberikan rakyat terhadap ceramah ini melayakkan dirinya diangkat sebagai MB Terengganu nanti .... adakah PAN mampu menang besar lagi bergaya di Terengganu pada PRU ke-14 nanti???

Hakikat dan jelasnya ialah PAN di Terengganu telah ditolak secara total dan mutlak oleh rakyat Terengganu ... itu mesej yang keras dan tegas yang ingin disampaikan oleh rakyat Terengganu kepada PAN jika diambil kira sambutan rakyat berikan kepada setiap ceramah yang melibatkan PAN terutamnya Pengerusi PAN Terengganu sendiri.

Seterusnya kemenangan YB Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah pada PRU ke-13 lalu di parlimen Kuala Terengganu bukan atas kekuatan dan pengaruh tubuh sendiri dan peribadi ... rakyat memberikan undi dan sokongan kepada parti diwakilinya iaitu PAS.

Dengan itu PAN mesti hentikan segera sembang kencang mendabik dada kononnya parti berkenaan mendapat sambutan hangat dan lebat dari rakyat sebab para pengunjung pasar malam di Hiliran Kuala Terengganu petang tadi langsung tidak mau ambil kisah dan peduli apa yang cuba diucapkan oleh Pengerusi PAN Terengganu.

Kejadian sebegini bukanlah kali pertama malahan sudah kerap berlaku malahan ianya serupa pada setiap ceramah secara gempur ambil kesempatan kehadiran orang ramai di setiap pasar malam yang sedang beroperasi di Kuala Terengganu. Kalau rakyat bandar Kuala Terengganu sudah tolak PAN rakyat didesa dan luar bandar lebih lagi .. itu pasti.

Sumber: Omakkau..

Thursday, December 10, 2015

Perasmian Majlis Projek Naiktaraf Jalan Serian Batu 10 ke Batu 15


SERIAN : Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memperuntukkan kos sebanyak RM79,999,998 juta untuk Projek Menaiktaraf Jalan Kuching-Serian dari Batu 10 ke Batu 15 dan dijangka akan siap pada Ogos tahun hadapan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek naiktaraf tersebut merupakan merupakan missing link Pan Borneo Sarawak.

“Jalan Kuching –Serian dari Batu 15 hingga Bandar Serian telah dinaiktaraf kepada 4 lorong 2 hala pada 2005, jajaran dari Batu 10 ke Batu 15 ini masih 2 lorong 2 hala dan menyebabkan “bottleneck” yang membawa kepada kesesakan trafik dengan Level of service (LOS) peringkat ‘F’,” tambahnya.

Menurutnya, projek naiktaraf jalan ini telah diluluskan peaksanaannya oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2014 dalam Rolling Plan ke 4 rancangan Malaysia ke 10 (RMKe-10).

“Antara skop projek ialah, menaiktaraf jalan sedia ada daripada 2 lorong 2 hala kepada 4 lorong 2 hal dengan piawaian U5 sepanjang 9.2 kilometer (km) ; membina 4 jambatan baru dan mengganti 1 jambatan lama; menaiktaraf 5 persimpangan utama; menyediakan kemudahan 5 uturns di persimpangan dan 1 Roundabout – WD50; menyediakan 1 right turn lane; menyediakan 10 lokasi bus lay-by; pengalihan utiliti dan pengambilan balik tanah; pemasangan lampu jalan dan perabot jalan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Jalan Kuching- Serian dari Batu 10 ke Batu 15, Kuching Sarawak di sini pagi tadi.

Fadillah berkata, apabila pelaksanaan projek naiktaraf jalan ini siap kelak, jalan ini bakal memberi impak sosial dan ekonomi kepada pembangunan di Kuching khususnya dan di Negeri Sarawak amnya.

“Misalnya meningkat keselamatan dan meminimumkan risiko kemalangan berikutan jalan sedia ada adalah sempit yang membahayakan pengguna jalan raya yang ingin memotong kenderaan di hadapan di samping menyediakan rangkaian jalan raya yang lebih selesa dan sempurna bagi menampung peningkatan aliran traffik tahun demi tahun. – Sarawakiana.

*****

Gambar-gambar Sekitar Perasmian Majlis Projek Naiktaraf Jalan Kucing - Serian Batu 10 ke Batu 15 pagi tadi bersama YB Dato Sri Michael Manyin, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak.

\




Wednesday, December 9, 2015

Sebab-sebab mengapa Nurul Izzah dihalang memasuki Sarawak


KUCHING - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah dihalang daripada memasuki Sarawak petang tadi sebaik sahaja berada kaunter pemeriksaan pasport di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Keputusan Kerajaan Negeri Sarawak yang tidak membenarkan Nurul Izzah Anwar memasuki Sarawak pada hari ini bukanlah perkara baharu bahkan pernah dilalui beberapa pemimpin lain.

Ini kerana Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai hak untuk menggunakan hak imigresen yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia untuk menghalang kemasukan mana-mana ekstremis kaum dan agama dengan menghantar mereka balik menurut undang-undang yang sedia ada.

Sebelum ini beberapa pemimpin politik dan akademik telah dan pernah tidak dibenarkan memasuki Sarawak antaranya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Datuk Ibrahim Ali, Tian Chua, Zuraida Kamarudin, Tony Pua dan terbaru Nurul Izzah.

Larangan kemasukan Nurul Izzah ke Sarawak mempunyai kaitan dengan beberapa insiden yang dilakukannya dan mengambil kira keputusan Persidangan DUN Sabah yang turut tidak membenarkan Naib Presiden PKR memasuki Sabah serta perasan rakyat Sarawak dalam Tragedi Berdarah Lahad Datu.

Tindakan dan kelakuan Nurul Izzah yang berjumpa dan bercakap dengan jurucakap kumpulan militan pengganas Kiram Sulu, Jacel Kiram di mana kumpulan tersebut bertanggungjawab mencetuskan Tragedi Berdarah Lahad Datu pada 2013 telah membangkitkan kemarahan rakyat di seluruh negara termasuk di Sarawak.

Difahamkan perjumpaan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram ialah bagi mendapatkan sokongan kumpulan pengganas itu dalam membebaskan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kini ditahan di penjara atas kesalahan meliwat.

Sebagai seorang anggota Parlimen Malaysia yang sebelum ini bertanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan negara daripada ancaman musuh, jelas perbuatan Nurul Izzah ini bertentangan dan sebaliknya bersekongkol dengan militan pengganas.

Mungkin ramai penyokong PKR dan rakyat Sarawak ‘lupa’ bahawa Tragedi Berdarah Lahad Datu itu telah mengorbankan 8 orang parajurit-parajurit negara yang mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman musuh; salah seorang parajurit itu adalah anak tempatan Sarawak Mendiang Michael ak Padel Ketua Cawangan Khas Daerah Semporna yang dibunuh kejam oleh militan pada serangan hendap Mac 2013.

Bagaimanakah perasaan ibu Michael Elizabeth Inat Rau melihat kematian anaknya dalam tragedi berdarah itu yang didalangi militan pengganas Kiram Sulu dan mendapat sokongan pemimpin pembangkang PKR?

Juga isteri Michael, Jabah Mingku, dan anak lelaki Macluie Michael melihat pemimpin yang bersekongkol dengan militan pengganas yang membunuh suami dan bapanya dibenarkan memasuki Sarawak?

Bagi memberikan pengajaran kepada pemimpin yang menyokong militan pengganas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah minggu lepas telah sebulat suara menyokong usul khas; 47 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong usul khas di bawah Peraturan Tetap 31 (3) manakala tiga ADUN berkecuali. Lima ADUN pembangkang iaitu daripada PKR dan DAP keluar dewan sebelum pengundian.

Usul tersebut telah dibentangkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah itu disokong oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan diluluskan selepas hampir dua jam dibahaskan oleh anggota dewan pada persidangan itu.

Dalam pada itu, Nurul Izzah ketika ini sedang disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah) Khas 2012 (Sosma) ekoran pertemuannya dengan Jacel H. Kiram.

Dewan Rakyat telah memutuskan untuk mengemukakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen setelah usul itu yang dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dipersetujui untuk dibahaskan.

Daripada 222 ahli Parlimen, 105 mengundi bersetuju dan 77 ahli pembangkang mengundi tidak bersetuju.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh, berkata pada masa ini pihaknya sedang menunggu tarikh yang sesuai daripada Nurul Izzah bagi meminta beliau tampil membantu siasatan berhubung tindakannya bertemu anak bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Kedudukan Naib Presiden PKR itu bakal ditentukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dalam sidang akan datang.


Sumber: klxpress.com

Sunday, December 6, 2015

Video: Nurul Izzah dihalau dari masuk Sarawak




Kuching – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dihalang daripada memasuki Sarawak hari ini.

Nurul Izzah ditahan pegawai imigresen di kaunter kawalan pasport sebaik mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuching pada jam 4 petang ini dengan penerbangan AirAsia.

“Setibanya saya di Kuching, saya disambut pegawai-pegawai imigresen yang memberi notis penolakan masuk saya ke Sarawak. Satu pencabulan kuasa!” tulisnya di akaun Twitter sebentar tadi.

Dr Xavier Jayakumar, seorang lagi naib presiden parti yang bersama dengannya dalam penerbangan itu, memberitahu pemberita, pegawai imigresen memaklumkan Nurul Izzah arahan menghalang kemasukan beliau itu datangnya dari pejabat ketua menteri.

Beliau sebelum ini terbabit dengan kontroversi ekoran penyebaran gambar perjumpaannya bersama anak perempuan pengganas Lahad Datu, Jacel Kiram di Manila beberapa bulan lalu.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa Nurul Izzah, yang merupakan Anggota Parlimen Lembah Pantai, boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Walaupun Nurul Izzah telah memohon maaf, tindakan beliau dianggap serius kerana telah bertemu musuh negara yang bertanggungjawab terhadap pencerobohan di Lahad Datu, kata Khalid, sambil menambah kata bahawa pemimpin PKR itu akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Susulan daripada itu sidang Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lalu memutuskan untuk mengemukakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen setelah usul itu yang dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dipersetujui untuk dibahaskan.

Daripada 222 ahli Parlimen, 105 mengundi bersetuju dan 77 ahli pembangkang mengundi tidak bersetuju.

Kedudukan Naib Presiden PKR itu bakal ditentukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dalam sidang akan datang.

Nurul Izzah dirujuk ke jawatankuasa berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat (27 (3) dan 80.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut digesa membawa Jacel dan bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada sebagai saksi bagi menyokong tindakan berhubung lawatan beliau.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini.


Sumber: http://www.suara.tv/2015/12/06/video-nurul-izzah-dihalau-ketika-cuba-masuk-sarawak/

Saturday, December 5, 2015

Pilihanraya Sarawak hanya mengenai Adenan bukan Najib

PRN HANYA MENGENAI ADENAN BUKAN NAJIB.



Setiap rakyat di seluruh pelusuk negeri Sarawak sudah cukup bijak untuk menyedari bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah hanya mengenai pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, di mana beliau melakukan banyak perubahan mengagumkan terhadap negeri Sarawak dalam masa dua tahun yang cukup singkat.

PRN hanya mengenai Adenan bukan Najib. Kenapa harus menghukum Adenan berbanding memberinya ganjaran atas kerja bagus yang dilakukannya dalam masa dua tahun. Jangan mudah dimanipulasi oleh DAP (Parti Tindakan Demokratik) yang sekadar mahu memenangi kerusi – kerusi ditandingi semata – mata.

Datuk Seri Fadillah Yusof (Ketua Pemuda BN Sarawak) dalam kenyataannya juga turut mempersoalkan sumbangan DAP Sarawak sejak memenangi banyak kerusi pada PRN lepas selain bergaduh sesama sendiri dan kepincangan dalam parti sehingga berpuak – puak.

Fadillah turut menyifatkan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen sebagai ahli politik terdesak apabila mengeluarkan kenyataan tidak sihat bagi rakyat Sarawak untuk tidak menyokong parti berasaskan Sarawak untuk Sarawak. Kita juga terkejut apabila DAP membuat serangan peribadi terhadap Adenan apabila menyatakan ‘Adenan mungkin nampak baik buat masa ini, tetapi semua pemimpin rasuah dan kejam bermula sebagai pemimpin yang baik dan kemudian kuasa mutlak dimiliki telah merosakkan mereka.

Oleh itu, Fadillah menyeru rakyat Sarawak untuk terus memberi sokongan padu pada Adenan serta berdiri teguh dibelakang Adenan untuk memimpin Sarawak berterusan.


sumber:meradongtoday.blogspot.my