Saturday, September 27, 2014

Berani buat, berani tanggung! Fu*k UMNO

Dia mungkin sudah terkenal sekarang. Lebih terkenal daripada ketika merakam babak jijik dalam internet satu ketika dulu. Menjadi orang yang mencari suaka politik di negara lain berlagak orang penting, peringkat tinggi dalam permasalahan dengan negara asal. Itulah perasaannya.

Namun dia tidak lebih daripada seorang penjenayah yang melarikan diri daripada ikat jamin dalam pendakwaan kesnya. Sesiapa pun boleh cuba asalkan mampu tinggal di negara lain dan tidak balik-balik lagi.



Cita-citanya mungkin nak jadi seperti Namewee. Perlekehkan agama orang itu cara mereka. Simbol 'fu*k' untuk tunjuk kejantanan. Cakap lucah, memaki hamun itu makanan harian mereka. Akhirnya ada juga melayu bangang yang tampil menunjukkan solidariti.

Alvin Tan marah sangat pada PM Malaysia, DS Najib Tun Razak. Apa salah beliau padanya, entahlah. Apa yang DS Najib lakukan untuk negara tak ada kena mengena langsung dengan masalah yang dia buat.

Masa dia menghina Bulan suci umat Islam, Bulan Ramadhan dengan Bak Kut Teh بابي , DS Najib tak hina dia pun. Yang buat laporan polis terhadapnya dulu adalah MCA, Persatuan Teksi dan Ketera Sewa, bukan DS Najib. Yang menangkap adalah Polis Di Raja Malaysia, bukan UMNO. Yang menghakimi kes adalah Mahkamah Seksyen, bukan ahli majlis tertinggi UNMO, Yang dia melarikan diri sampai ke US, UMNO tak kejar pun. Tapi dia benci UMNO, DS Najib. Memang ajaib...

Kalau nak duduk di tempat yang boleh bercakap ikut sedap hati perut sendiri, duduklah dalam hutan. Kerana di negara yang jutaan manusianya punya perasaan berbagai-bagai, kalau cakap tanpa akal silap-silap boleh mengakibatkan diri diadili mahkamah jalanan sahaja. Kerajaan buat Akta Hasutan bukan nak seksa rakyat, tetapi nak seksa manusia bermulut jahat yang boleh mengganggu-gugat keamanan di negara kita.





Budaya lari ke luar negara, buat provokasi hina negara sendiri, hina pemimpin negara sendiri sudah banyak kali berlaku. Dan seperti biasa juga, pak menteri kita buat-buat tak dengar.

Dulu penulis The Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin provok pemimpin negara dari London, tak kena tangkap. Kemudian DJ Radio Free Sarawak, Peter John Jaban provok pemimpin BN di Sarawak, tak kena tangkap. Sekarang pencetus SSKM, Doris Jones yang sedang giat berkempen di Britain, tidak ada tangkapan. Maka tidak hairanlah Alvin Tan pun berani buat perkara-perkara tolol di luar negara kerana tentu tidak ada tangkapan terhadapnya.

Kerajaan Malaysia kena bertegas. Jika sekadar gah dalam negara tak cukup buat pengkhianat dan penderhaka jadi gerun untuk buat onar. Jika sebelum ini boleh berunding sampai pemisah bersenjata di Ukraine akur, kenapa tidak ke atas negara lain yang lebih rasional untuk menangkap pencacai-pencacai politik ini.

Didiklah mereka dengan slogan 'Penjara untuk penderhaka', 'berani buat beranilah tanggung', 'Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'


4 comments:

  1. Kerajaan Najib, Gani Patail, PDRM tak ada buah dan konek. Penakut.

    ReplyDelete
  2. Balik la Malaysia, jangan takut Ah Jib Gor tak marah eh....

    ReplyDelete
  3. Mereka yg sejensi dgn Alvin Tan mempunyai banyak negara lain utk berteduh,berbeza dgn kita orang Melayu ,ini sajalah satu satunya tanah air kita,jadi jagalah betul-betul jangan jatuh ketangan orang lain.Saya berharap tindak tanduk Alvin dapat membuka mata anak bangsa kita dgn jelsa siapa kita dan siapa mereka.

    ReplyDelete
  4. How can a pig call others pig. Haiyaaa ... that one common sense maaa ...

    ReplyDelete