Thursday, March 31, 2016

Panas! Video Mamu panggil Raja Bomoh halau hantu Banglo Guan Eng secara percuma.

Banglo sensasi Lim Guan Eng menjadi topik hangat ketika ni dalam media perdana dan media sosial. Seringkali rakyat mempersoalkan bagaimana beliau boleh mendapat diskaun terhebat sedangkan pada pada masa sama DAP mahu menghapuskan diskaun untuk Bumiputera bagi memiliki rumah.

Kita sertakan video, ini jawapan paling 'win' dari Teresa Kok mengapa banglo di Jalan Pinphorn dijual Ms Phang kepada Lim Guan Eng pada harga yang sangat rendah..


PUNCA HARGA RUMAH DIJUAL MURAH

Video Teresa Kok mengatakan Lim Guan Eng memperoleh hartanah di Jalan Pinhorn pada harga lebih rendah daripada harga pasaran kerana ‘feng shui tidak baik'. 

Kata beliau berkata ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon menjual tanah dan banglo tersebut kepada Lim pada harga RM2.8 juta berbanding pasaran semasa RM6.5 juta kerana mereka adalah rakan. 

 “Phang berasa bangga kerana menjual rumah itu kepada ketua menteri di negeri itu dan merasakan perbezaan sebanyak beberapa juta tidak menjadi satu masalah,” katanya. 

Teresa Kok berkata beliau juga akan melakukan perkara yang sama untuk seseorang yang dianggap sebagai rakan. 

“Jika saya ada sebuah rumah dan saya menjualnya kepada Zaid Ibrahim atau Mohamad Sabu, saya tidak akan mendapatkan keuntungan daripadanya, yang mana ia perkara sama dilakukan Phang dan ia sengaja diperbesarkan,” katanya.


PENYELESAIAN untuk bantu DAP



Video Mamu Penang akan menjemput Raja Bomoh untuk buat ritual menghalau puaka dan segala jenis celaka yang mengganggu Feng Sui di Banglo terkenal dan termurah di Pulau Pinang milik Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

“Mamu sudah call Datuk Seri Panglima Ibrahim Mat Zin, sebab mahu kasi clear semua ‘feng shui’ hari Jumaat ini."

" Jadi hari Jumaat (esok) selepas solat Jumaat ini Raja Bomoh akan mai rumah Guan Eng di Jalan Pinhorn” katanya memetik kenyataan di dalam klip video tersebut." katanya.

Mamu Penang juga kata semua kos untuk mengadakan ‘ritual khas’ itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihaknya.

Diharapkan dengan selesainya ritual tersebut, nilai banglo Lim Guan Eng akan melambong naik sekali ganda. Selesailah masalah feng sui tidak bagus banglo tersebut..

Terima Kasih Mamu..


Kejutan yang menyebabkan Pakatan Harapan dan Pro-Tun Mahathir mengalami strok




Sumber : Bloomberg
http://www.bloomberg.com/news/articles/2016-03-30/foreigners-return-to-malaysia-stocks-after-2015-exodus-chart

Pelaburan asing kembali semula ke Malaysia pada kadar yang terpantas di Asia Tenggara pada tahun ini dengan kira-kira RM 4.4 bilion (USD 1.1 bilion) disuntik ke dalam ekuiti Negara selepas menyaksikan pengaliran wang keluar yang terbesar pada tahun 2015 akibat krisis kewangan global.

Aliran wang masuk pada bulan Mac adalah yang tertinggi semenjak April 2013, menurut MIDF Amanah Investment Sdn Bhd, memetik kepada data bursa saham. Indeks FTSE Bursa Saham Malaysia KLCI sedang menuju ke pencapaian bulanan terbaiknya dalam masa lebih daripada tiga tahun berikutan perdagangan saham yang hampir dengan relatif termurah ekuiti global dalam masa hampir satu dekad.


Menurut DAP sebelum ini, 5 jalan keluar untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia ternyata tidak lebih dari persepsi politik semata-mata.

Antara 5 cara tersebut ialah,
1. Najib perlu berundur daripada menjadi Perdana Menteri (Najib tetap kekal) 
2. Lantik Menteri Kewangan yang baru dan kompeten (menteri kewangan tetap kekal 
3. Tetapkan GST pada kadar sifar (GST tetap dilaksanakan) 
4. Menghentikan projek mega melibatkan kroni (Projek kroni terbesar ialah projek terowong bawah laut yang diusahakan kerajaan DAP) 
5. Menghentikan pengambilan tenaga buruh asing tidak mahir (Zahid Hamidi telah menghentikan pengambilan tenaga kerja asing)

Terbukti kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Datuk Seri Najib Razak tetap kukuh seperti sediakala, walaupun berhadapan serangan bertali arus daripada pembangkang gabungan Pakatan Harapan, Tun Mahathir bersama dedak-dedak beliau, serangan balaci media barat yang dikuasai Israel dan sebagainya.

Menurut spekulasi media, ramalan tentang kenaikan nilai matawang ringgit akan terus meningkat sehingga ke penghujung tahun 2016. Semoga negara Malaysia akan terus maju dan makmur di bawah pentadbiran Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. 


(***2 thumbs up & biggest applause by pro-tunM***)



Tuesday, March 29, 2016

Khir Toyo akhirnya bebas daripada penjara. Alhamdulillah.

Setelah enam bulan di penjara akhirnya Dr Khir bertemu keluarga secara berdepan tanpa kaca penghalang lagi. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t.



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberi parol bermula Selasa selepas menjalani hukuman selama enam bulan di Penjara Kajang.

Permohonan bekas MB Selangor itu diluluskan Lembaga Parol selepas mengadakan mesyuarat pada pagi tadi.

Melalui sistem parol, Mohamad Khir dibebaskan lebih awal oleh kerajaan dan dibenarkan menjalani aktiviti harian dengan pemantauan pihak penjara.

Beliau dipenjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki di Mahkamah tinggi shah alam.

Keputusan itu dibuat pada akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Mahkamah  memerintahkan hukuman itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mohamad khir, 46, dituduh mendapatkan diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, barangan berharga iaitu dua lot tanah serta sebuah rumah di Shah Alam daripada Syarikat Ditamas melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.
Hartanah yang terletak di Seksyen 7 itu diperoleh dengan harga 3.5 juta ringgit, sedangkan ia dibeli oleh syarikat itu pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Sumber artikel: Astroawani

Gambar dan Video bukti Kempen Himpunan 'Tumbang Najib' Gagal secara total.

Perhimpunan 'Tumbang Najib' di Pandan berlangsung dengan 'jaya'nya malam tadi. Tersenyum puas wajah puak-puak pemakan dedak pakatan dengan kehadiran yang mereka rasa dah cukup ramai.

Gembira tak terkata, dengan jumlah sebegini bagi mereka sudah pasti Najib akan tumbang terbalik pada PRU akan datang daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Berbondong-bondonglah datang penyokong mereka malam tadi. Ada yang kata 100 ribu, ada yang kata 10 ribu, ada yang kata 3 ribu, hatta ada yang tergamak dengan auta tidak cukup padang..

Hakikatnya yang kita lihat..


Ini videonya.. katanya jumlah 100 ribu penyokong yang hadir.



Pemimpin parti pembangkang dan kumpulan ‘Anti-Najib’ mula yang di ketuai Rafizi Ramli dengan vip ternama politik Tun.Mahathir, Lim Kit Siang,Wan Azizah ,Azmin Ali serta Lim Guan Eng dan Mat Sabu tentu tidak dapat melelapkan mata.

Seramai ini sahaja kumpulan 'anti Najib' yang dapat dikumpulkan? 

Pengunjung Konsert Akim and The Majistret lebih ramai lagi daripada ini. Tak percaya, lihat di bawah..


Jika menilai daripada kehadiran pengunjung, adakah ini bermakna Akim AF lebih popular daripada Tun Mahathir, Mat Sabu, Lim Kit Siang, Azmin, Rafizi dan ramai lagi?

Hakikatnya rakyat sudah muak dengan kempen memburuk-burukkan pemimpin lain dengan kata nista yang tidak enak didengar, mengagungkan tindakan sendiri dengan memperlekehkan orang lain. Syukur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak terikut-ikut cara begini. 

Beliau adalah pemimpin yang sangat matang, tidak emosional dan tidak pernah menghina orang lain demi survival politik sendiri. 

Monday, March 28, 2016

Pilihanraya Negeri - Fazzrudin merupakan calon muda yang terbaik untuk DUN N6 Tupong (gambar)





Calon BN DUN N6 Tupong yang baru diumumkan oleh ketua menteri Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman kini semakin giat bergerak ke kawasan-kawasan Tupong serta mula mengorak langkah sebagai pemimpin yang bakal memikul amanah yang berat demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Sebelum ini beliau sudah biasa dengan kerja-kerja aktiviti kemasyarakatan ketika bertugas sebagai pembantu ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Haji Fadillah Yusof di pejabat Pusat Khidmat PBB yang terletak di Jalan Astana. Cuma bezanya pada kali ini, beliau memikul sendiri tangungjawab yang lebih besar sebagai calon ADUN.

Jika dibandingkan isu-isu semasa dan isu tempatan, beliau lebih selesa membincangkan isu tempatan yang lebih mengutamakan kebajikan kawasan-kawasan di DUN sendiri. Dengan demikian, masa tidak banyak terbuang oleh isu dan perkara-perkara remeh politik daripada semenanjung Malaysia yang terlalu banyak diselitkan dengan pembohongan dan permainan persepsi.

Untuk kempen saudara Fazzrudin pada kali ini, beliau dijangka akan lebih fokus kepada isu-isu di kawasan DUN dan sama sekali tidak akan memburukkan keperibadian calon lawan khususnya calon yang bertanding di Tupong.

PBB selaku parti pemerintah negeri Sarawak yang kita sedia maklum, TIDAK PERNAH menggunakan kaedah politik memburukkan keperibadian calon lain dan mengajak rakyat menjadi masyarakat biadap terhadap pemimpin seperti yang diamalkan dalam Pakatan Harapan. Parti bermusim gabungan Pakatan Harapan cuma berminat menumbangkan Barisan Nasional dan tidak pernah peka kepada isu-isu kemasyarakatan serta hanya muncul ketika menjelang hari pilihanraya sahaja.

Selamat berkempen kepada Saudara Fazzrudin, calon DUN N6 Tupong. Semoga Allah merahmati serta bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang ikhlas berkhidmat untuk kemakmuran rakyat Sarawak.

Saturday, March 26, 2016

Tahniah! Fazzrudin sah sebagai calon BN DUN N6 Tupong.


Tahniah kepada saudara Fazzrudin Abd Rahman yang telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional untuk DUN N6 Tupong oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ketika perasmian Program Armada Pemuda PBB "Kamboh Bersama Tok Nan" di Tanjong Datu, Lundu petang ini tadi.

Fazzrudin sebelum ini merupakan Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Datuk Hj. Fadillah Yusof dan juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PBB. Beliau adalah antara pemimpin Pemuda yang sangat aktif dalam aktiviti bersama Belia Sarawak.

Penyandang kerusi DUN N6 Tupong sebelum ini ialah Datuk Haji Daud Abd Rahman yang bersara setelah 5 penggal memegang amanah sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut. Supaya tidak keliru, saudara Fazzrudin tiada talian persaudaraan dengan Datuk Haji Daud cuma kebetulan sama nama ayahanda mereka.

Semoga DUN Tupong akan lebih cemerlang sesuai dengan perwatakan aktif beliau serta sering mempunyai visi ke arah memajukan taraf kehidupan warga setempat.


Perang saraf penyokong PKR terhadap DAP




Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, ketidakserasian diantara parti pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) semakin jelas kelihatan lebih-lebih lagi jika dikaitkan isu perebutan kerusi.

Ini jelas berikutan salah satu parti 'Pakatan Harapan' telah menaikkan banner di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggugat kedudukan parti lain biarpun mereka bersama dalam satu pakatan.

Terbaru, kelihatan kain rentang dan bendera PKR di kawasan DUN Tasik Biru yang menggesa pengundi untuk memberi sokongan kepada PKR dan menolak kehadiran DAP dikawasan mereka.

Tidak mustahil situasi sebegini juga akan merebak di beberapa kawasan seperti DUN Batu Kitang, DUN Simanggang, DUN Senadin dan beberapa DUN lain yang kini menjadi rebutan antara kedua-dua parti.

Adakah mungkin ini merupakan salah satu strategi PKR untuk menggugat kedudukan parti DAP?

Walaupun sebelum ini Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen pernah menyatakan bahawa akan terus berhubung dan berbincang dengan Pengerusi PKR bagi membincangkan pembahagian kerusi, namun ia kelihatan agak sukar apabila DAP juga turut meletakkan calon di kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan PKR.

Seperti biasa, situasi begini sememangnya sudah begitu sinonim dalam pakatan apabila menyaksikan pertandingan sesama sendiri dalam pilihanraya biarpun mereka bertanding diatas tiket yang sama.

Ternyata Pakatan Harapan hanya gah pada nama tetapi tidak pada persefahaman demi kebaikan parti masing-masing.

Untuk rekod, kawasan Singai-Bau merupakan kawasan DUN Tasik Biru yang disandang oleh Datuk Peter Nansian Ngusie (BN) selepas mengalahkan calon PKR John Tenewi Nuek@John Tenewi dan calon SNAP Frankie Jurem Nyamboi pada PRN ke 10 yang lepas. - Sarawakiana

Thursday, March 24, 2016

Video tindakan laporan Polis ke atas ikrar sumpah Phang oleh Ifan Zaimi Md Tahar

GEORGE TOWN, 23 Mac — Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Pulau Pinang Ifan Zaimi Md Tahar (dua, kiri) keluar bersama anggota Pemuda UMNO negeri selepas membuat laporan polis berkenaan dengan akaun berkanun yang diikrarkan oleh Phang Li Koon iaitu penjual rumah No.25 Pinhorn Road kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di luar bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Jalan Petani hari ini. — fotoBERNAMA.



Susulan isu pembelian banglo oleh Lim Guan Eng, hari ini satu lagi laporan polis dibuat oleh Penolong Setiausaha Pemuda UNMO Pulau Pinang, Ifan Zaimi Md Tahar berikutan akuan bersumpah pemilik asal banglo yang dibacakan oleh exco negeri, Phee Boon Poh semalam.

Laporan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas ikrar Phang Li Khoon merujuk kepada perenggan 12 surat akuan bersumpah tersebut. Phang menyatakan tiada kaitan dengan kerajaan negeri, namun ia sebaliknya.

Beliau memetik kandungan surat ‘have no business dealings with the state govenrment’ yang bermaksud, ‘tidak mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan negeri’ yang menimbulkan keraguan bahawa apa yang dijelaskan itu adalah tidak tepat.

Menurut beliau, jika dilihat dalam website InvestPenang terdapat satu syarikat iaitu Winbond Management and Consultancy Sd.Bhd, Phang Li Khoon merupakan pemegang saham 20% di dalam syarikat tersebut dan nama Phang disenaraikan sebagai orang yang boleh dihubungi.

Tambah beliau adalah menjadi kesalahan jika Phang berbohong di dalam akuan bersumpah berkenaan. Kemunculan akuan bersumpah pemilik asal banglo itu mencetuskan pelbagai persoalan. Ini kerana ia dibacakan oleh exco kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar, Phee Boon Poh dalam sidang media di pejabatnya tanpa kehadiran Phang sendiri.


Tuesday, March 22, 2016

Mat Sabu dihalang masuk ke Sarawak

Mat Sabu dihalang daripada memasuki Sarawak pagi tadi.. Beliau merupakan orang yang kedua pada tahun ini yang disekat selepas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin pada 29 Januari yang lalu.

Satu usaha yang baik kerajaan negeri bagi mengekang budaya politik tidak sihat daripada meracuni pemikiran rakyat Sarawak. Politik benci membenci bukan amalan di negeri ini.

Harap-harap beliau tidak membaling mikrofon lagi untuk melepaskan geram akibat dari keputusan pengharaman beliau ke Sarawak pada hari ini. Satu peringatan kepada pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang lain, supaya tidak menjadi antara yang tersenarai bersama mereka yang telah dihalau.




Mat Sabu dihalang memasuki Sarawak

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu hari ini dihalang memasuki Sarawak.

Menurut Sekretariat Komunikasi parti itu, tindakan itu adalah atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

“Beliau bersama pegawai khasnya tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.40 pagi dan ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen,” kata satu kenyataan ringkas daripada Sekretariat Komunikasi Amanah.

Kenyataan itu turut berkata Mat Sabu kini dalam proses dihantar pulang ke Semenanjung.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan tindakan itu dan meminta Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meneliti semula sekatan terhadap mana-mana ahli politik.

“Dia (Mat Sabu) bukan ada buat apa-apa kekecohan. Kenapa dilarang masuk?’ tanyanya semasa satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Usaha untuk menelefon Mat Sabu untuk mendapatkan reaksinya tidak berjaya setakat ini.

Monday, March 21, 2016

Skandal pembelian banglo, Lim Guan Eng panik?


Lim Guan Eng diagungkan sebagai seorang yang kononnya paling bersih dalam politik di Malaysia, ternyata semakin resah hasil tindakan sendiri. Satu persatu kesilapannya terdedah.. Menandakan orang yang berbuat salah akan sentiasa mengeluarkan kenyataan bercanggah di antara satu dengan yang dibuatnya sebelum ini.

Menurut Guan Eng, beliau tidak tahu nilai pasaran semasa harga rumah yang dibelinya. Jawapan mudah untuk menangkis pertanyaan rakyat yang mahukan penjelasan skandal pembelian banglo tersebut.

Untuk makluman, apa-apa jenis pinjaman melalui bank yang dibuat memerlukan penilaian harta (valuation on the property). Pihak bank perlu mengesahkan nilai aset yang dicagarkan pembeli untuk pinjaman bertempoh ke atas peminjam. Maknanya pihak bank perlu memastikan jumlah pinjaman yang dibuat agar tidak melebihi nilai aset yang dibeli.


Dalam kenyataan Guan Eng melalui media, beliau mendakwa tidak tahu nilai pasaran banglo yang dibelinya. Peliknya bagaimana transaksi boleh dilakukan tanpa mengambil tahu nilai hartanah yang berjumlah berjuta-juta ringgit?

Seperkara yang lebih pelik, beliau juga merupakan menteri yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal tanah dan pembangunan tanah di Pulau Pinang. Bagaimana beliau boleh tidak tahu? 




Lim Guan Eng tetap menafikan salahlaku dalam skandal pembelian banglo di negeri yang ditadbirnya. Sekali lagi beliau hendak menyalahkan pihak yang mendedahkan pembelian banglonya. 

Kelmarin beliau menjemput para media untuk datang ke rumah tersebut kononnya bagi membersihkan namanya, tiada apa yang hendak diselindungkannya. Maka berpusu-pusulah datang petugas media yang kebanyakannya daripada portal pro-pembangkang sendiri.

Lim Guan Eng dan petugas media semasa lawatan ke rumahnya di Jalan Pinhorn.

Sangkaan penyokongnya, ia menunjukkan ketelusan kepimpinannya (nothing to hide) sekaligus membandingkan perbezaan antara pembelian banglo Guan Eng dengan Khir Toyo yang kini dipernjarakan oleh skandal yang sama.

Para wartawan kemudian dibenarkan mengambil gambar di perkarangan rumah, ruang tamu dan ruang makan serta dapur banglo tersebut sekehendak hati mereka. Jadi apakah kesimpulan yang boleh dibuat dengan lawatan serta gambar-gambar dalam rumah Guan Eng pada hari tersebut?

Ia masih tidak menjelaskan bagaimana beliau boleh membeli rumah di Green Lane, George Town yang dijual pada nilai yang terlalu rendah. Alasan hanya kerana tidak mempunyai kolam renang untuk diskaun sehingga 60%, sememangnya tidak masuk akal..

Melihat persekitaran dalam rumah dan melihat nilai hartanah adalah dua perkara yang berbeza, hatta tanah kosong sekalipun jika berada di tempat strategik sudah pasti mempunyai nilai pasaran yang cukup tinggi.



Mungkin masih resah, Guan Eng mencabar orang yang bertanggungjawab mendedahkan skandal pembelian banglonya, Datuk Shahbudin Yahaya untuk datang bersemuka ke pejabatnya di Pejabat Ketua Menteri, KOMTAR di Georgetown bagi mendapatkan fakta berhubung dakwaan tersebut. Hari Ahad pun pejabat ketua menteri mampu dibuka demi pertemuan itu.   

Sekali lagi para media dijemput, kali ini gimik dibuat dengan lebih rapi.. persis lokasi filem lengkap 'table tag' nama Datuk Shahbudin dengan lakonan sedang meminum kopi menunggu kehadiran beliau. Cukup sempurna sekali photoshot yang dibuat mereka.

Tujuannya cuma satu.. beliau tahu Datuk Shahbudin sudah pasti tidak akan hadir dan kesempatan ini digunakan untuk menunjukkan seolah-olah Datuk Shahbudin tidak berani berhadapan dengan isu yang didedahkan dan hanya berani 'membaling batu, sembunyi tangan'..

Di akhir hari tersebut, keluarlah kenyataan berikut,
'Shahbudin tidak seberani yang saya sangkakan – Guan Eng'
Satu lagi wayang yang dibuat dengan baik. Agaknya skandal salahlaku boleh diperdebat di pejabat sendiri dengan mempersoalkan fakta daripada orang yang mendedahkannya. Seolah-olah menafikan peranan SPRM.

Sememangnya penyokong-penyokong serta ahli DAP layak mendapat pengiktirafan daripada industri hiburan negara dengan lakonan yang jitu tetapi penuh dengan tipu daya dan putar belit.

Sama-samalah kita tunggu apakah penjelasan panik beliau lagi nanti.

Mari lihat info-grafik yang disertakan untuk pemahaman tentang skandal pembelian banglo yang sedang menjadi isu melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang ini. Samada benar atau tidak, kita akan ketahui sedikit masa lagi..








Sunday, March 20, 2016

Sindiran maut untuk Lim Guan Eng



Sekumpulan ahli persatuan mukabuku Pulau Pinang membentangkan banner Lawatan sambil belajar ke rumah banglo termurah di Pulau Pinang (tanpa kolam renang) sebagai sindiran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan skandal pembelian rumah di bawah nilai pasaran semasa.

Setiausahanya, Muhsin Latheef berkata ia dilakukan sebagai lawatan sambil belajar cara-cara untuk mendapatkan rumah banglo termurah di negeri yang terkenal projek-projek perumahan mewah sebelum ini.

Rumah yang terletak di George Town itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan selepas menjalani proses ubah suai yang besar, dijual kepada Guan Eng hanya pada harga RM2.8 juta pada tahun lalu dan penjualan hartanah itu tidak realistik kerana tidak menggambarkan peningkatan nilai harga yang sebenar.

Keadaan seperti inilah yang harus disiasat oleh pihak bertanggungjawab bagi mengelak sebarang penyalahgunaan kuasa atau pengaruh sebagai ketua kerajaan oleh mana-mana pemimpin politik. Secara logiknya, tidak mungkin orang biasa mampu untuk membeli sebuah banglo pada harga tidak masuk akal tanpa apa-apa kepentingan melainkan kerabat keluarga sendiri sahaja.

Marilah kita renungi apa yang dimaksudkan 'banglo termurah' oleh sekumpulan ahli-ahli persatuan tersebut.

Mengikut perkiraan matematik DAP, rumah berharga RM400K memanglah lebih murah daripada banglo yang berharga RM2.8 Juta, bukan?

Masalahnya, rakyat bukan bodoh...




Bekas Presiden Parti STAR, Dr Patau Rubis meninggal dunia


Pemimpin Bidayuh daripada parti STAR, Dr. Patau Rubis telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 5 petang tadi. Beliau didapati rebah ketika sedang menghadiri mesyuarat agung tahunan STAR di Hotel Grand Supreme, Kuching.

Beliau merupakan antara pemimpin pembangkang tempatan yang pernah menyatakan sokongan kepada BN ketika Sarawak di bawah kepimpinan Pehin Sri Taib Mahmud.

Takziah kepada keluarga mendiang. Sarawak telah kehilangan seorang pemimpin pembangkang tempatan sejati yang disegani serta tidak pernah terlibat sebarang provokasi politik sepanjang karier beliau.

Friday, March 18, 2016

Pilihanraya Negeri Sarawak - DUN akan dibubarkan 2 minggu lagi?



Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan akan dibubarkan dalam tempoh dua minggu akan datang bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) ke 11.

Memetik kenyataan pemimpin veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Peter Minos dalam satu laporan akhbar beliau memberitahu kepada pemberita The Star mengenai pembubaran itu dijangka berlaku minggu depan atau selewat-lewatnya minggu pertama bulan April.

Ini adalah kerana Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah mencadangkan tarikh 18 sebagai hari penamaan calon dan 30 April untuk hari mengundi.

Walaubagaimanapun, keputusan mengenai tarikh tsebut masih terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Minos juga menambah bahawa terdapat gambaran bahawa pilihan raya akan diadakan pada bulan April.

Akan tetapi SPR akan menentukan kesemuanya kerana ia berpandukan faktor-faktor lain seperti keselamatan, cuaca dan persiapannya sendiri, jadi tarikh itu tidak semestinya 18 dan 30 April.

Dalam pada itu, menurut seorang penganalisis politik Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) berkata pilihan raya berkemungkinan besar akan diadakan pada 7 Mei atau selewat-lewatnya 14 Mei.

Pada tahun 2011, DUN Sarawak dibubarkan pada 21 Mac, dengan penamaan calon pada 6 April dan pengundian pada 16 April.-Sarawakiana

Wednesday, March 16, 2016

Terbaik untk rakyat Sarawak! - 50 Prinsip dan Tindakan Adenan

Untuk penduduk negeri Sarawak hari ini, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Haji Adenan Satem dilabelkan sebagai salah seorang Ketua Menteri yang terbaik pernah dilahirkan di Sarawak. Kecenderungan beliau dalam memastikan hak rakyat Sarawak kekal milik Sarawak, nyata cukup dihargai oleh hampir kesemua rakyat Sarawak.

Disebabkan inilah, pembangkang sentiasa melihat, beliau adalah kekuatan sebenar Barisan Nasional di Sarawak. Kekurangan isu dan perkara yang boleh menjatuhkan kredibiliti beliau saat ini, sedikit sebanyak telah menyukarkan pembangkang terutamanya DAP melancarkan serangan mereka terhadap kerajaan negeri.




Paling diingati oleh rakyat Sarawak, langkah dan plen tindakan yang beliau sendiri kini rancang dan ada yang sudahpun dilaksanakan. Disini, digariskan 50 prinsip dan plan tindakan yang beliau usahakan hari ini dimana ianya dipecahkan kepada 13 bahagian.

A. Anak Sarawak

1. Bumiputera di Sarawak tidak harus diklasifikasikan sebagai istilah lain-lain didalam borang rasmi kerajaan mahupun swasta.

2. Beliau menekankan, masyarakat Cina di Sarawak bukanlah bangsa pendatang.

3. Kerajaan pusat diingatkan untuk tidak menggubal dasar-dasar yang mana semua Bumiputera dikelaskan sebagai bangsa Melayu dan beragama Islam

4. Jabatan Imegresen disarankan supaya bertindak lebih aktif dalam pengusiran pendatang haram di Sarawak.

B. Permansuhan atau Pengurangan Caj

1. Pengurangan Tarif Elektrik berdasarkan penggunaan;
Pengurangan sebanyak 2 hingga 40 peratus penggunaan domestik berkuatkuasa 7 Januari 2015
Pengurangan sebanyak 15 hingga 50 peratus penggunaan komersial berkuatkuasa 1 Jun 2015
Pengurangan sebanyak 8 hingga 11 peratus penggunaan industri berkuatkuasa 1 Jun 2015

2. Semua caj perkhidmatan feri di seluruh negeri di seragamkan dimana ada yang mengenakan cas sebanyak RM 5, RM 10 dan RM 15 diseragamkan kepada RM 1 bermula 1 Julai 2015

3. Menjadikan Sarawak negeri pertama di Malaysia sebagai bebas tol.

4. Tiada sebarang caj GST dikenakan terhadap setiap perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

C. Sokongan Kerajaan Negeri Terhadap Sekolah Persendirian Cina 

1. Kerajaan Negeri telah memberikan geran sebanyak tiga kali terhadap sekolah-sekolah ini dimana pada tahun 2014, sebanyak RM 3 juta telah disalurkan. Bagi 2015 pula, sebanyak RM 4 juta dan bagi tahun 2016, sebanyak RM 5 juta telah disalurkan.

2. Pengiktirafan sijil UEC yang menjadi pertikaian sebelum ini untuk memohon pinjaman atau biasiswa daripada Yayasan Sarawak adalah tertakluk kepada perjanjian yang dibuat oleh kerajaan negeri dengan sekolah-sekolah yang terbabit.

D. Komitmen Petronas

1. Kontrak sebanyak RM 2.1 bilion akan diberikan kepada syarikat dari Sarawak

2. Sebanyak RM 10 juta setahun diperuntukkan untuk memperkemaskan tanggungjawab sosial koperat (CSR) Petronas untuk Sarawak

3. RM 420 juta untuk 5 tahun diperuntukkan Petronas untuk dana pendidikan bagi memberikan pendidikan dan latihan di sekolah teknikal

E. Transformasi Luar Bandar

1. Penubuhan satu bahagian baru di Serian dan sembilan daerah baru di Tebedu, Subis, Beluru, Telang Usan, Sebauh, Bukit Mabong, Tanjung Manis, Pusa dan Kabong serta enam daerah kecil baru di Siburan, Bario, Tinjar, Long Bedian, Mulu dan Nanga Budu.

2. Tambahan sebanyak RM 500 juta untuk pembangunan luar bandar bagi merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar.

F. Tiada Parti Politik Dari Luar Sarawak

1. Sarawak menolak parti politik dari Semenanjung

2. UMNO bersetuju untuk tidak akan membukan cawangan di Sarawak.

G. Pendirian dan Inisiatif Kerajaan Negeri

1. Melaksanakan etika dan intergriti dalam kepimpinan kerajaan negeri

2. Sarawak mahu menuntut lebih kuasa autonomi selaras dengan penurunan kuasa kerajaan pusat terhadap negeri

3. Perbincangan mengenai royalti minyak masih diteruskan dan dijangka akan diumumkan sedikit masa nanti.

4. Perbincangan dan rundingan pemberian kuasa kepada kerajaan negeri mengikut terma dalam perjanjian Malaysia

5. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di Sekolah bukan Jenis Kebangsaan, masih diperingkat rundingan. Buat sementara ini, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia digunakan dalam urusan peringkat kerajaan.

6. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua rasmi Sarawak

7. Peenangguhan sementara pembangunan empangan hidro di Baram

8. Kerajaan negeri membuka pintu bagi penyelidik dan pengkaji alam sekitar untuk melakukan kajian mereka di semua Taman Negara di Sarawak

9. Menggalakkan kerjasama dengan semua persatuan dan NGO

10. Lesen menangkap ikan yang di alibabakan, akan di batalkan serta merta

11. Semua penerima di bawah Program Bantuan Kebajikan, akan mendapat tambahan RM 50 setiap bulan.

12. Sehingga kini, kerajaan negeri telah berjaya dalam beberapa siri rundingan fasa pertama mengenai penurunan kuasa autonomi dalam 13 perkara iaitu memperkasakan tadbir urus kerajaan negeri.

13. Rundingan fasa kedua mengenai penurunan kuasa kerajaan pusat ke negeri Sarawak sudah bermula yang melibatkan undang-undang bertindih dengan hak-hak negeri berdasarkan perlembagaan.

14. Menyediakan rumah mampu milik bagi rakyat Sarawak dengan memperkenalkan dasar "Rumah Mampu Milik Rakyat Sarawak".

15. Menggubal mana-mana undang-undang dan polisi di Sarawak yang berkaitan dengan diskriminasi terhadap wanita bagi memberi peluang yang sama seperti kaum lelaki.

H. Pengurusan dan Penguatkuasaan Hutan

1. Tiada lagi pengeluaran lesen baru untuk pembalakan dan perladangan

2. Separuh daripada lesen OT (Occupation Ticket atau Sijil Pendudukan Sementara), telah dibatalkan atau tidak lagi di perbaharui

3. Lebih 30 kilang papan yang hasilnya dari pembalakan haram telah diarahkan tutup serta merta.

4, 10 peratus daripada keluasan tanah negeri, akan diwartakan sebagai kawasan yang dilindungi sepenuhnya.

I. Sarawak Harmoni

1. Sarawak tidak akan bertleransi dengan sikap perkauman

2. Penganut yang bukan Islam bebas untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing

3. Kalimah Allah boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan dimana-mana sahaja. Akan tetapi penggunaannya haruslah menepati adab dan atas dasar saling hormat menghormati.

4. Tiada sekatan untuk penggunaan Bible dalam Bahasa Melayu di Sarawak

5. Hudud tidak diterima di Sarawak

6. Golongan fanatik dan pelampau tidak akan diterima di Sarawak

7. Semua pihak harus memahami bahawa Sarawak mempunyai kepelbagaian etnik, budaya dan agama. Sikap hormat menghormati akan memastikan perpaduan dan keharmonian Sarawak kekal terpelihara.

J. Pendidikan Teknikal

1. Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan pendidikan teknikal di segenap aspek.

K. Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak

1. Jarak dari Telok Melano ke Merapok sejauh 1089 Kilometer akan dinaik taraf dengan manfaat berikut ;
 - Pembinaan dari dua long ke empat lorong di seluruh jalanraya utama di Sarawak
 - Pembinaan jambatan yang moden, tempat rehat dan servis yang selesa
 - Masa perjalanan yang singkat
 - Meningkatkan keselamatan jalan raya

L. Guru-guru di Sarawak

1. Nisbah sembilan guru tempatan berbanding 1 guru dari luar Sarawak dibawah inisiatif 90 : 10 menjelang tahun 2018 adalah dibawah "Guru-guru di bawah seksyen Sarawak".

M. Tanah-Tanah Di Sarawak

1. Menambah bilangan kawasan tanah kamunal bagi mempertingkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan rakyat.

2. Pengiktirafan berterusan terhadap tanah Hak Adat Bumiputera dan perlaksanaan pengukuran perimeter NCR inisiatif baru serta pengukuran lot secara individu telah berjaya membawa banyak kawasan Hak Adat Bumiputera yang sahih didaftarakan bagi memberi peluang untuk ianya dibangunkan secara komersial

3. Pindaan Seksyen 5(5A), Kanun Tanah Negeri baru-baru ini telah membolehkan Kaum Bumiputera Sarawak memperolehi tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di luar kawasan komuniti mereka yang mana ianya dapat meningkatkan peluang tanah tersebut untuk dibangunkan.

4. Menghilangkan keresahan dan kerisauan pemilik tanah dengan mengekalkan Tempoh Pegangan Kekal keatas lot-lot baru hasil pecah bahagi lot asal yang mempunyai tempoh pegangan yang sama.

Inilah 50 prinsip dan tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Adenan Satem hanya untuk dimanafatkan oleh seluruh rakyat Sarawak. Semua ini dilakukan bukan hanya untuk Pilihan Raya, tetapi ianya adalah untuk kepentingan keseluruhan rakyat Sarawak.

kredit kepada sarawakiana.net


Tuesday, March 15, 2016

58 penyokong tegar PAS Palekbang masuk UMNO



Seramai 58 penyokong tegar Pas di kawasan Palekbang, di sini mengisytiharkan keluar Pas dan menyertai UMNO selepas kecewa terhadap kelemahan urus tadbir kerajaan Pas Kelantan meskipun telah memerintah negeri ini selama 26 tahun.

Kumpulan tersebut yang diketuai bekas Ketua Pas cawangan Kampung Gerong, Abdul Manaf Ibrahim.

Menurut Abdul Manaf, mereka bertindak demikian selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan Pas terutama bagi membela nasib rakyat di daerah ini.

Malah dakwanya, berdasarkan pemerhatian dia yang menjadi ahli Pas sejak lebih 20 tahun lalu, parti itu sebenarnya gagal mengotakan banyak janji yang pernah ditabur dan sering berdolak dalih menyalahkan pihak lain apabila kepincangan pentadbirannya terdedah.

“Selama ini pemimpin Pas ke hulu ke hilir mengajar (ceramah). Baguslah mengajar agama tetapi itu sahajalah yang mereka mampu. Kalau nak harapkan mereka bantu rakyat atau membangunkan negeri, memang tak ada. Bagi saya, kami memang tidak lagi boleh bergantung harap kepada Pas.

“Saya sebenarnya sudah lama berhasrat mahu keluar parti namun baru sekarang saya mendapat kekuatan selepas menerima sokongan saudara mara serta rakan-rakan lain yang turut mahu keluar parti,” katanya.

Abdul Manaf ditemui pemberita selepas mewakili kumpulan tersebut menyerahkan borang permohonan keahlian mereka kepada Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd. Rosdi Abd. Aziz.

Sementara itu, Mohd. Rosdi berkata, beliau terharu dan mengalu-alukan kehadiran mana-mana ahli baharu dan kesediaan kumpulan tersebut menyertai UMNO adalah di atas kerelaan mereka sendiri tanpa dorongan mana-mana pihak.

“Mereka meninggalkan Pas dan menyertai UMNO atas kesedaran sendiri tanpa kita ajak, desak atau dorong. Penghijrahan ini bukan untuk UMNO mendabik dada tetapi kita boleh lihat rakyat sebenarnya menyedari ada perkara tidak kena dengan Pas,” katanya. – 14 Mac 2016.

sokmo.net

Berbini orang Iban - Adenan Satem memohon maaf



Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem hari ini menyatakan permohonan maaf beliau kepada masyarakat Iban dengan gurauan 'Berbini orang Iban' dalam ucapannya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Minda di Tebingan Sungai Kuching pada Sabtu lepas.

Menurut beliau, ia hanyalah sebagai gurauan semata-mata dan tidak bermaksud sama sekali untuk menyinggung perasaan kaum dan masyarakat Iban yang lain.

Gurauan beliau itu bagaimanapun telah disalah tafsir oleh segelintir masyarakat yang menganggap ia merendahkan martabat kaum Iban, sekaligus telah dijadikan modal politik oleh pakatan pembangkang untuk menyerang kredibiliti dan kepimpinan beliau.

"Jika masyarakat salah anggap dengan gurauan saya itu, saya dengan ikhlas hati mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang tersinggung dan terasa hati.

"Saya berharap ianya sampai di sini sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan satu sidang media di Wisma Bapa di sini, pagi tadi.



Monday, March 14, 2016

Ceramah Mat Sabu yang hanya tahu mencarut



Partinya baru sahaja ditubuhkan, terus masuk ke Sarawak dan mahu bertanding di Pilihanraya DUN ke-11. Sedang DAP sibuk memburuk-burukkan UMNO yang tidak ada kena mengena dengan politik di negeri ini, mereka mahu masyarakat melayu Islam menerima Parti Amanah.

Mengapa rakyat Sarawak harus menerima kepimpinan parti dari seorang yang berpewatakan kasar, suka mencarut dan mempromosi budaya berpolitik bangkangan dari semenanjung ke tanah Sarawak?

Pernah lihat pemimpin mana-mana komponen Barisan Nasional membaling microfon di atas pentas ceramah seperti beliau sebelum ini?

Itulah namanya Fanatik dalam politik dan apabila menjadi fanatik. seseorang itu akan mudah hilang pertimbangan dan mudah dikuasai oleh nafsu amarah.

Bukan cara kita...

Sunday, March 13, 2016

DUN Tupong - Video PKR terkantoi menipu janji..

Inilah dia calon PKR untuk DUN Tupong, Nurhanim Hanna Mokhsen. Orangnya baik, peramah tetapi parti yang diwakilinya merupakan parti yang paling kuat menipu janji-janji kepada rakyat selepas pilihanraya. Slogan Cuba PKR katanya..



Sentimen kroni BN kaya, mainan PKR mungkin merujuk kepada majoriti calon BN Sarawak yang dipilih terdiri daripada kalangan orang yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing sehingga dipilih untuk membantu masyarakat kawasan yang kurang bernasib baik sepertinya.

Juga mempunyai 'networking' yang sangat baik dengan jabatan-jabatan serta badan-badan swasta bagi memastikan kesejahteraan di tahap terbaik disediakan untuk rakyat. Itulah 'kroni BN kaya' mengikut pemahaman penulis.

BN sudah pasti tidak akan memilih calon wakil rakyat yang hanya tahu merayu derma dan simpati para pengundi contohnya seperti wakil S4S di bawah...



Balik kepada Nurhanim, semoga beliau menyertai BN satu hari kelak dan meninggalkan parti yang terkontang kanting dalam Pakatan Harapan dan hanya mementingkan kroni sendiri sahaja serta tiada pelan untuk membantu seluruh rakyat di negeri Sarawak (bertanding cuma di kawasan tertentu sahaja).

Video ini menjelaskan kenapa PKR tidak boleh diharap untuk menunaikan janji.

Dengarlah apa katanya tentang janji PKR pada beliau dulu..


Ingatan kepada diri kita sendiri, jangan terpedaya dengan kempen minyak motosikal percuma bermusim PKR. Masyarakat di Tupong majoritinya sudah mempunyai kereta sendiri dan tidak memerlukan sogokan minyak motosikal sebagai tukar ganti kepada undi yang tetap kepada parti pemerintah.

Iboh terkait ngan sidak parti luar mok nyadi wakil kita. Sik ku pian ngan minyak sekali isik kitak ya.. you..you..



Saturday, March 12, 2016

Video PKR kena amuk balu P.I Bala waktu sidang akhbar.

PKR sahaja. Janji tinggal janji, akhirnya orang lain yang teraniaya.

Menunjukkan modal minyak hitam motosikal sahaja tidak cukup untuk meyakinkan semua janji-janji PKR ditunaikan kepada rakyat Tupong di Kuching.



KUALA LUMPUR – Balu kepada bekas penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam, A Santamil Selvi mengamuk ketika sidang media yang diadakan di sini, sebentar tadi.

Selvi ketika sidang media tersebut berkata PKR tidak mampu menyediakan dana yang diperlukan untuk pendidikan anaknya.

“Sekarang saya rasa saya nak berhentikan saja sidang media ni, sebab saya datang sini untuk minta bantuan untuk anak saya sahaja bukan untuk buka cerita-cerita lain” kata sambil beredar meninggalkan sidang media tersebut.

Selvi dikatakan tidak berpuasa hati apabila ada dikalangan wartawan yang mempertikaikan tindakannya membuat sidang akhbar untuk menyatakan permohonan maaf terhadap Perdana Menteri atas tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.

Bagaimanapun wartawan asing yang tidak berpuas hati dengan tindakan Selvi itu terus mengasak beliau dengan pelbagai soalan lain.

“Tiada lagi soalan, saya datang sini untuk dapatkan dana pendidikan untuk anak saya itu sahaja sebanyak RM20,000 tapi PKR tidak mahu bagi jadi saya terpaksa datang ke pejabat ini.

Saya datang sini hanya untuk duit bagi membiayai pelajaran anak saya itu sahaja” jeritnya pula sebelum beredar.

Anak kepada Selvi yang turut hadir dalam sidang media tersebut menggesa agar pihak wartawan berhenti bertanyakan sebarang soalan bagi mententeramkan keadaan.

– Kredit kepada SuaraTV


Friday, March 11, 2016

Gambar-gambar Karnival Sukan Bermotor 2016 di Kuching Sarawak.

Sempena Karnival Sukan Bermotor Sarawak 2016, MUSC Motorsports, Dragrace Club Sarawak bersama Belia Pemuda PBB Sarawak telah menganjurkan sukan yang menjadi minat muda-mudi masa kini. Pelbagai kategori diadakan antaranya sukan drag motosikal, kereta berkuasa petrol serta diesel.

Acara dibuat selama 3 hari, bertempat di Metro City Matang bermula 11 Mac - 13 Mac. 



Gambar-gambar lain serta video boleh dirujuk terus ke laman facebook https://www.facebook.com/muscmotorsports/

Thursday, March 10, 2016

Lebuhraya PAN Borneo. Pembangkang cuma tahu putar-belit..

Pembohongan pembangkang ke atas Kementerian Kerja Raya Malaysia.



Lebuhraya PAN Borneo bukan baru hendak dibina. Ia telah dimulakan sejak 1989 melalui Rancangan Malaysia ke-6 dengan jarak sepanjang 928km di Sarawak dan 1159km di Sabah.

Rujuk arkib akhbar berkenaan Lebuhraya PAN Borneo tahun 2004 di sini.

Setelah siap, lebuhraya tersebut digunakan sepenuhnya oleh rakyat dengan tanpa tol (lebuhraya) sehinggalah melalui tol jambatan di Lanang, Sibu dan tol jambatan Baram, Miri dan yang akhir sekali tol di jambatan Tun Salahuddin, Kuching. Namun kesemua kutipan tol yang melalui jambatan tersebut telahpun dimansuhkan oleh kerajaan negeri.

Apabila tahun berganti tahun, dengan penambahan kenderaan baru dan penggunaan kenderaan lama, jalanraya sedia ada perlu dilebarkan sesuai dengan keadaan sesama. Lebuhraya PAN Borneo yang kebanyakannya 1 lorong, ditambah kepada 2 lorong, 2 hala. Bukannya PAN Borneo akan mula dibina seperti dilaporkan pembangkang.

Melalui Kementerian Jabatan Kerja Raya juga beberapa projek untuk kemudahan rakyat di Sarawak ditambah lagi dengan pembinaan jalan-jalan baru serta pengubahsuaian bulatan kepada laluan 'traffic light' terutama di kawasan bandar yang sentiasa sesak pada waktu puncak.



Wednesday, March 9, 2016

Manifesto PRN Sarawak. Lebih banyak gambar daripada mesej bertulis..

Berucap ketika melancarkan edisi digital akhbar Sin Chew dan The Star, Adenan berkata, manifesto tersebut akan melebihkan penggunaan imej dan gambar berbanding teks.

Manifesto Pilihanraya Negeri Sarawak pada kali ini akan menampilkan sesuatu yang lain daripada yang lain. Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata kali ini lebih banyak penggunaan banyak gambar berbanding mesej yang ditulis panjang lebar.

Banyak gambar, sedikit mesej bertulis.. Itulah kaedah untuk memudahkan masyarakat masa kini agar mudah faham terutama bagi jenis yang suka mengambil tahu dengan hanya sekali imbas.

"Saya sedar, orang kita malas membaca, jadi tidak perlulah kita menggunakan terlalu banyak perkataan untuk manifesto kali ini, sebaliknya kita lebihkan gambar, terutama gambar saya," kata Adenan sambil ketawa.

Katanya lagi, penting untuk memastikan rakyat memahami secara mudah mesej yang hendak disampaikan, dan bukannya ditulis dengan panjang berjela.

” Ia akan mempermudah rakyat memahami apa yang diaspirasikan kita, terutamanya 50 pencapaian yang telah kita laksanakan selama dua tahun ini."

Ketika ini pihaknya sedang berusaha untuk menyiapkan manifesto bagi tujuan pilihanraya Negeri Sarawak, dengan beberapa perubahan dilakukan sesuai dengan keperluan semasa.


Monday, March 7, 2016

Kempen burukkan BN Sarawak oleh pemimpin DAP memakan diri..


Disaat Pilihan Raya Negeri kian menghampiri saat ini, ramai dikalangan pemimpin DAP, samada diperingkat pusat mahupun negeri Sarawak, dilihat sedaya upaya mahu memburukkan pencapaian kerajaan negeri yang ada hari ini. Mereka sekali lagi mahu membuktikan bahawa merekalah pejuang sebenar rakyat Sarawak sehingga kadangkala sanggup membodohkan diri mereka sendiri.



Inilah yang berlaku kepada Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng. Samada beliau memang tahu atau semamangnya terlalu dungu untuk menilai, beliau mengeluarkan poster yang memburukkan keadaan negeri Sarawak. Kononnya menerusi poster berkenaan, para pelajar di Sarawak terpaksa bersabung nyawa merentasi sebuah jambatan usang hanya untuk kesekolah.

Bagaimana seorang Ahli Parlimen boleh berfikiran sedemikian? Adakah beliau sememangnya berhajat untuk memburukkan Sarawak dimata rakyat Malaysia demi mahu meraih sokongan dan undi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang?

Sehingga hari ini, keadaan sekolah-sekolah di Sarawak, walaupun di pendalaman, tidak pernah diabaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Haji Adenan Satem. Bagi beliau, pendidikan adalah satu perkara yang harus diberikan keutamaan dan beliau sentiasa mendengar dan dekat dengan institusi pendidikan negeri.

Di akui, ada sesetengah kawasan di Sarawak, sukar untuk dihubungi dengan jalan darat. Ini kerana faktor geografi Sarawak sendiri yang bergunung ganang dan antara negeri yang menyimpan hutan hujan terbesar di dunia. Namun, ia bukanlah halangan bagi kerajaan negeri untuk menaikkan infrastruktur kawasan berkenaan.

Sebagai contoh, ada beberapa sekolah di pendalaman menyediakan asrama khusus bagi anak-anak murid Sarawak yang tinggal di kawasan pendalaman untuk menetap. Ini sekaligus memudahkan anak-anak ini datang ke sekolah tanpa perlu melalui cabaran perjalanan yang tidak akan mampu ditanggung mereka.

Malah, tempat penginapan sementara bagi ibu bapa pelajar-pelajar berkenaan juga turut disediakan sebagai langkah persediaan andai ada ibu bapa yang mahu menghantar dan melawat anak-anak mereka di sekolah-sekolah pendalaman.

Syarikat-syarikat berasaskan kerajaan juga turut tampil membina asrama, kuaters guru dan tempat penginapan ibu bapa murid-murid ini. Sebagai contoh, 1MDB turut serta dalam membina asrama dan penginapan yang sesuai untuk ibu bapa di lebih 100 buah sekolah di pendalaman Sarawak. Adakah ini mahu dinafikan oleh Nga Kor Meng dan DAP negeri?

Berhenti untuk memberi imej buruk Sarawak kepada dunia luar. Sarawak tidak semiskin bagai yang didakwa DAP. Arus pembangunan Sarawak kini begitu pesat dan boleh dikatakan hampir tiada lagi sekolah sedemikian wujud di Sarawak. Sebagai Ahli Parlimen, usah mudah menunjukkan kebodohan diri hanya semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat.

-Sarawakiana

Sunday, March 6, 2016

Cara PKR yang murah untuk raih sokongan masyarakat Tupong

Ini sahaja yang termampu dari PKR berbanding pemberian BR1M yang disediakan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional kepada rakyat setiap tahun.

Walaupun bukan satu parti yang sesuai untuk masyarakat Tupong, sekurang-kurangnya kempen seperti ini tidak memburukkan sesiapa dalam mengekalkan sokongan ahli sendiri.


Menyediakan program menukar minyak hitam motosikal, serta kempen petrol percuma untuk penunggang motosikal tidak membolehkan rakyat untuk mengharap PKR sebagai parti rakyat. Ia terlalu sedikit jika dibandingkan dengan perbelanjaan jutaan ringgit hanya untuk memasang billboard dalam kempen 'bebaskan Anwar' di Selangor baru-baru ini.

Lihat sini.

Kita juga sudah melihat perebutan kuasa di Selangor dengan cubaan pemimpin tertinggi PKR untuk meletakkan kerabat keluarga sendiri sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, kita mahu melihat parti pembangkang lain terutamanya DAP mengamalkan budaya bersaing secara sihat di Sarawak, bukannya dengan memainkan sentimen perkauman, budaya hasut-menghasut serta memburukkan keperibadian orang lain tanpa perlu membuat apa-apa kebaikan kepada rakyat.


Saturday, March 5, 2016

Dedak TunM, macai DAP. Anggap Najib bodoh tetapi mereka sendiri terpedaya.


Jangan kita lihat orang yang kelihatan diam itu bodoh. Mereka adalah orang yang berfikir dan mempunyai strategi dalam senyap sehingga tidak seorang pun boleh meramal tindakan seterusnya.

Mereka tidak melatah dan menampakkan emosi ketika diserang keperibadiannya. Dituduh dengan pelbagai jenis fitnah yang tiada berkesudahan. 

Tidak pernah kita lihat Datuk Seri Najib menampakkan amarah, berlaku kasar walaupun sekali, apatah lagi mencampakkan microfon di khalayak umum seperti dilakukan oleh presiden Amanah, parti yang diuar-uarkan sebagai pengganti umno. 

UMNO dalam fasa pembersihan parti. Ramai pengkhianat parti yang terasa panas mula meninggalkan janji taat setia mereka untuk bersama pembangkang pimpinan DAP. Akhirnya yang tinggal itulah orang-orang yang boleh dipercayai.

Mari kita baca artikel yang dipetik daripada Malaysia Today di bawah. Cukup menarik. Agaknya inilah yang telah berlaku tanpa kita ketahui.

Mahathir, Muhyiddin Dan ANC “Menari” Ikut Rentak Najib

Dr Mahathir telah menggunakan kad terakhirnya apabila beliau meletakkan jawatan. Beliau fikir peletakan jawatannya akan menyebabkan ‘air pasang’, tetapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya, ‘air pasang’ tersebut yang telah menghanyutkan beliau. Sekarang Dr Mahathir tidak ada kad lagi untuk dimainkan. Oleh itu, beliau terpaksa meminjam kad daripada pihak pembangkang jika mahu terus bermain. Tetapi ada akibatnya. Apabila anda membuat perjanjian dengan syaitan maka jiwa anda milik syaitan. Dan syaitan tersebut adalah dalam bentuk Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

Pepatah mengatakan, jika anda boleh bertindak bodoh dan membuat orang percaya bahawa anda bodoh maka anda sebenarnya sangat bijak, lebih bijak daripada orang-orang yang berfikir yang anda adalah bodoh. Kemudian apabila kamu menentang musuh yang licik, khususnya musuh atau musuh-musuh dalam selimut , maka anda perlu mengambil kesempatan dengan pelbagai helah , ketangkasan, dan kelicikan untuk mendapatkan perkara yang lebih baik daripada mereka.

Pelajar-pelajar Sun Tzu akan memahami perkara ini dengan baik. Orang Melayu tidak memahami Sun Tzu tetapi mereka mempunyai peribahasa mereka sendiri untuk menggambarkan keadaan yang sama. Orang Melayu memanggilnya bodoh – bodoh sepat . Sepat adalah ikan yang bersembunyi dalam sawah padi. Ia akan duduk diam-diam, tanpa bergerak untuk memberi gambaran bahawa ia adalah ikan yang bodoh. Walaupun tangan dekat dengannya, ia masih kekal diam dan tidak bergerak. Namun kemudian, ia akan menyengat tangan anda dan berlalu pergi dengan tersenyum.

Baiklah, saya melebih-lebih di sini. Ikan tidak tersenyum. Tetapi jika mereka boleh, pasti sepat ini akan tersenyum memikirkan bagaimana mudah ia menipu anda untuk menganggap yang ia ikan yang bodoh dan kemudian menyengat anda yang cuba menangkapnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak inilah yang bersikap bodoh – bodoh sepat , manakala mereka yang memburu beliau adalah bodoh  sombong , yang bermaksud dahlah bodoh, sombong pulak .

Setelah 72 jam Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap Najib , Najib sudah tahu siapa yang berada di belakangnya . Ramai menyangka bahawa memandangkan Khairuddin bersekongkol dengan Matthias Chang, dan Matthias pula orang Tun Dr Mahathir Mohamad maka ini bermakna Khairuddin juga sudah tentu merupakan orang Dr Mahathir.

Walaubagaimanapun, 72 jam kemudian, Najib tahu bahawa Khairuddin ketika itu adalah orang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi Najib tidak bertindak balas terhadap perkara itu. Beliau tetap tenang dan tidak mendedahkan bahawa beliau tahu yang Khairuddin bekerja untuk siapa sebenarnya. Apabila Najib tahu siapa musuh sebenar beliau, dan individu tersebut berpura-pura menyokong beliau, sebenarnya adalah ‘pemegang pisau’, maka ia menjadi lebih mudah untuk beliau merancang strategi dan memasang perangkap.

Najib boleh ‘membunuh’ Muhyiddin sebelum ini, dalam minggu yang sama Muhyiddin membuat langkah beliau. Tetapi Najib tidak mahu berbuat demikian. Najib mahu Muhyiddin terus berfikir bahawa beliau tidak tahu peranan Muhyiddin dalam semua ini dan bahawa beliau adalah penggerak utama. Beliau mahu meredakan Muhyiddin sehingga beliau berpuas hati dan melihat siapa lagi yang akan muncul dan menunjukkan wajah sebenar mereka. Apabila anda menghendap mangsa, anda perlu menetapkan perangkap anda dan bersabar, tidak bergerak atau membuat bunyi. Apabila orang lain menghendap anda dan telah memasang perangkap mereka, dan anda mahu mereka berjalan ke dalam perangkap mereka sendiri, maka anda perlu kekal lebih sabar tanpa bergerak atau membuat bunyi.

Menjadikan pemburu kepada yang diburu dan memastikan bahawa anda tidak perlu menembak pemburu tetapi membuat pemburu yang menembak dirinya sendiri adalah kemahiran yang tidak dimiliki oleh ramai orang . Kemahiran inilah yang dimiliki Najib dan beliau menggunakan kelebihannya sejak tahun lepas lagi.

Menembak pemburu supaya menjadi yang diburu adalah mudah . Ramai orang boleh berbuat demikian. Membuat pemburu masuk ke dalam perangkap sendiri dan mengalami kematian paling menyeksakan adalah apa yang memisahkan antara lelaki dan budak lelaki . Najib telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang lelaki dewasa manakala yang lain masih lagi kanak-kanak lelaki.

Najib menulis skrip tentang bagaimana mereka yang mahu melihat darahnya, sebaliknya akan dapat melihat darah mereka sendiri tertumpah. Untuk berbuat demikian anda bukan sahaja perlu bijak tetapi anda juga perlu bersabar. Ini adalah permainan yang dimainkan Najib , permainan kesabaran. Beliau tidak mahu membunuh musuh-musuh yang menghendapnya. Beliau mahu mereka membunuh diri. Dan memang itulah apa yang mereka lakukan . Mereka membunuh diri seorang demi seorang.

Najib membuat mereka seperti kucing bermain dengan tikus. Beliau memberikan mereka ruang untuk membuat seberapa banyak kesilapan yang mereka kehendaki. Beliau mahu kesilapan ini menjadi kejatuhan mereka. Dan lebih banyak kesilapan yang mereka lakukan, lebih pasti kejatuhan mereka.

Dalam hal itu, Najib adalah lebih bijak daripada Dr Mahathir. Apabila Dr Mahathir mahu meneutralkan Anwar, beliau menyingkirkannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden dan ahli Umno sekaligus. Najib tidak berbuat demikian. Beliau pada mulanya menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian membiarkannya. Apabila Muhyiddin terus dengan perbuatan mengarut beliau, Najib membiarkan parti menyingkirkannya sebagai Timbalan Presiden. Bagaimanapun , Muhyiddin tidak dikeluarkan sebagai ahli.

Memandangkan Muhyiddin terus menolak nasibnya maka beliau akan mengalami peringkat akhir kemusnahannya. Beliau akan melihat dirinya dikeluarkan sebagai ahli juga. Dan ia akan menjadi tiga ‘strike’ dan beliau perlu keluar.

Adakah Najib membunuh Muhyiddin sebagaimana Dr Mahathir membunuh Anwar? Najib hanya mengeluarkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang merupakan hak mutlak Perdana Menteri. Dan kemudian beliau berhenti di situ. Ini memberikan Muhyiddin gambaran bahawa beliau masih dalam zon selamat kerana Najib tidak berani meneruskan lebih dari itu.

Ia bukanlah Najib tidak berani pergi lebih jauh. Beliau mahu Muhyiddin pergi lebih jauh dan masuk ke dalam perangkap sendiri. Beliau mahu Muhyiddin mati di tangan sendiri. Dan itulah yang Muhyiddin lakukan dan akan terus lakukan .

Dr Mahathir juga salah perkiraan mengenai Najib dan sentimen orang Umno. Beliau berpendapat bahawa selepas satu tahun isu mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion, sokongan terhadap Najib akan berkurangan. Justeru, Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC (Kempen Anti -Najib ) memainkan muslihat (trump card) mereka dalam bulan Julai 2015.

Kemudian Najib membuat langkah beliau selepas enam bulan bermain “bodoh – bodoh sepat”. Beliau melancarkan operasi pembersihan dan semua mereka yang ‘memegang pisau’ dijatuhkan. Ia adalah satu langkah yang Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC fikir tidak berani dilakukan oleh Najib dan walaupun beliau melakukannya, Umno tidak akan menyokongnya.

Namun Najib telah berani membuat langkah itu dan beliau melakukannya pada akhir Julai 2015. Dan Umno tidak bangkit protes. Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC telah salah percaturan dan mereka kalah. Penyingkiran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah satu peristiwa yang tidak memberikan kesan besar kecuali beberapa “bunyi” yang kurang enak .

Satu ‘strike’.

Kemudian Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC terus dengan serangan mereka. Plot Julai 2015 mereka telah gagal. Maka mereka merancang plot November 2015 – penyingkiran Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen. Itu juga gagal. Jadi mereka melancarkan rancangan seterusnya , plot untuk menjatuhkan Najib semasa Perhimpunan Agung Umno pada Disember 2015. Dan gagal juga. Tiga percubaan dan semuanya gagal.

Kemudian Najib membuat ‘strike’ kedua. Dan itu adalah apabila Umno menyingkirkan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah. Tetapi Najib tidak mahu menjadi orang yang melaksanakannya . Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah menyediakan surat peletakan jawatan Mukhriz dan Majlis Diraja Kedah atas perintah DYMM Sultan membuat beliau menandatanganinya.

Jadi Najib tidak memecat Mukhriz. Mukhriz meletak jawatan. Dan beliau meletakkan jawatan dengan titah diraja. Dan itu adalah langkah yang paling bijak lagi yang akan ditulis dalam sejarah dan diingati untuk masa akan datang .
Dua ‘strike’.

Dan kemudian Umno mengeluarkan Muhyiddin sebagai orang nombor dua parti itu. Ya, parti, bukan Najib, yang menyingkirkan Muhyiddin.

Tiga ‘strike’. Dan sebagaimana yang mereka katakan : tiga ‘strike’ dan anda keluar.

Sekarang Muhyiddin mahu membawa kesnya ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan mencabar penyingkirannya. Beliau juga mempertimbangkan untuk pergi ke mahkamah . Apabila ini berlaku, semuanya akan berakhir. Mereka yang telah membawa kes mereka kepada ROS atau ke mahkamah semuanya telah melihat kerjaya politik mereka berakhir. G. Palanivel , Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah  adalah antara contoh terbaik.

Anda berpegang kepada kedudukan anda melalui sokongan politik yang nyata. Anda tidak pergi menangis kepada mahkamah atau kepada ROS untuk mendapatkan mereka untuk membantu anda berpegang kepada kedudukan anda. Dan anda tidak cuba mendapatkan sokongan politik,  ahli atau pembangkang untuk membantu memastikan anda berkuasa. Dan ini adalah apa yang Dr Mahathir , Muhyiddin dan ANC cuba lakukan .

Ini seperti kerajaan Afghanistan, Libya atau Iraq yang cuba untuk terus berkuasa dengan sokongan tentera Amerika. Ia tidak akan berjaya kerana tidak mendapat sokongan daripada rakyat sendiri. Dr Mahathir, Muhyiddin dan ANC, bagaimanapun, berfikir bahawa Lim Kit Siang dan Pakatan Harapan pimpinan DAP boleh membantu mereka menggulingkan Najib supaya Dr Mahathir dan proksi beliau boleh merebut kuasa.

Itu bukanlah yang dipanggil sebagai sokongan politik yang nyata. Itu dipanggil sokongan politik tidak ketara. Ketara boleh diukur. Tidak ketara adalah dalam minda. Ia bukan apa yang anda lihat. Ia adalah apa yang anda fikir yang anda lihat. Ia adalah fatamorgana yang hilang apabila anda semakin dekat.

Setakat ini Dr Mahathir, Muhyiddin dan ANC melakukan sebagaimana yang Najib mahu mereka lakukan. Dan saya tidak nampak mengapa ia perlu berubah. Jika mereka terus melakukan apa yang Najib mahu mereka lakukan, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz akan melihat diri mereka dalam kesusahan. Dan Najib tidak akan berbuat apa-apa kepada mereka. Mereka akan melakukannya untuk diri mereka seperti mana Najib telah merancangnya.

Dr Mahathir telah menggunakan kad terakhirnya apabila beliau meletakkan jawatan. Beliau fikir peletakan jawatannya akan menyebabkan ‘air pasang’, tetapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya, ‘air pasang’ tersebut yang telah menghanyutkan beliau. Sekarang Dr Mahathir tidak ada kad lagi untuk dimainkan. Oleh itu, beliau terpaksa meminjam kad daripada pihak pembangkang jika mahu terus bermain. Tetapi ada akibatnya. Apabila anda membuat perjanjian dengan syaitan maka jiwa anda milik syaitan. Dan syaitan tersebut adalah dalam bentuk Pakatan Harapan yang dipimpin DAP.

– Malaysia Today

Friday, March 4, 2016

Gambar sedih kempen pemimpin anti-Najib. Takziah kepada Malaysia.

Bekas PM yang selama ini penulis sanjung, beliau pernah menjadi contoh kepada pemimpin negara-negara Islam yang lain. Masa itu telah berlalu. Tun Mahathir kini telah berubah. Entah di mana silapnya, tekadnya untuk menggulingkan Najib semakin menjadi-jadi.

Tun Mahathir tanpa disangka kini bersama pembangkang. Puak yang satu ketika dulu mencemuh beliau. Menggelar dengan bermacam gelaran yang terkutuk untuk seorang pemimpin negara. Tapi kerana mahukan Najib digulingkan, parti DAP yang disokong Israel menjadi sahabatnya.

Terus-terang, tindakan beliau membuatkan ramai orang sudah hilang hormat kepadanya.

Syabas kepada dedakian pro-Mahathir. Kamu sudah ada saudara baru - DAP, Ambiga dan lain-lain.




Gambar kenangan komplot saling mempergunakan di antara satu dengan yang lain. Slogan Selamatkan Malaysia, tetapi sebenarnya berniat jatuhkan Najib. Satu sejarah telah tercipta.


KUALA LUMPUR: Seramai 58 individu hadir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur untuk menandatangani deklarasi anti-Najib demi ‘Selamatkan Malaysia’.

Deklarasi itu bagi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang.

Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Maria Chin Abdullah
S Ambiga
Mustapa Ali
Zaid Ibrahim
Lim Kit Siang
Ling Liong Sik
Muhyiddin Yassin
Mahathir Mohamad
Mohamed Azmin Ali
Sanusi Junid
Muhkriz Mahathir
Mohamad Sabu
Husam Musa
Mahfuz Omar
Khairuddin Aman Razali
Tamrin Ghafar
Hishammudin Rais
Salahuddin Ayub
A Kadir Jasin
Muhammad Muhammad Taib
Elizabeth Wong
Kamaruddin Jaafar
Mujahid Yusof Rawa
Teresa Kok
Tian Chua
Anthony Loke
Hasanuddin Mohd Yunus
Khairuddin Abu Hassan

Sementara itu, pengacara majlis Syed Saddiq memberitahu terdapat beberapa pemimpin yang tidak hadir tetapi menyatakan sokongan mereka terhadap gerakan ‘Selamatkan Malaysia’.

Mereka termasuk, Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Zaman Khan, Mathias Chang dan Tony Pua.

Kredit gambar mysuara.net.

Wednesday, March 2, 2016

PKR Sudah Mengelabah Dan Tidak Mempunyai Modal - Fadillah


Dakwaan pemimpin PKR bahawa projek Hospital Petra Jaya hanya janji kosong kerajaan adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya ia membuktikan betapa pembangkang jelas sudah ketandusan modal menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, sehingga sanggup menyebarkan fitnah.

Pihak PKR sudah mengelabah dan tidak mempunyai modal lagi menjelang PRN akan datang, memandangkan prestasi amat cemerlang ditunjukkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, sehinggakan isu dibangkitkan secara semborono, tanpa usul periksa.

Ingin saya kongsi bersama bahawa Hospital Petra Jaya sedang rancak dalam pembinaan dan mengikuti jadual asal siap dan beroperasi menjelang 2017, manakala kalau YB See Chee How melapangkan sedikit masa untuk ke Sarikei mungkin beliau sedar bahawa Hospital Sarikei telah pun siap dan beroperasi sejak tahun 2005.



Pada masa yang sama, tender dokumen untuk kerja-kerja tanah Kilinik Kesihatan Serian sedang disediakan oleh Jabatan Kerja Rya (JKR) Sarawak.

BN pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak di peringkat Pusat dan YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di peringkat Negeri Sarawak, sentiasa berpegang kepada janji demi kesejahteraan rakyat.

Contoh paling jelas adalah Projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,300 km bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah sebagai sebahagian daripada janji Kerajaan dalam pilihan raya yang lalu.

Secara keseluruhannya, kos pembinaan Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dianggarkan sebanyak RM16.488 bilion, manakala kos pembinaan Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sabah pula dianggarkan sebanyak RM12.8 bilion dengan ia disasarkan siap sepenuhnya 2021 - 2022.

Justeru janganlah mana-mana pihak terutama pembangkang cuba mengelirukan rakyat sedangkan sudah jelas pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) sememangnya telah dirasai dan dinikmati oleh rakyat Sarawak dan kita yakin YAB Ketua Menteri akan membawa Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi lagi -klxpress.com