Tuesday, September 9, 2014
Beliaukah MB Selangor yang baru (tidak rasmi)?
Teka-teki akan berakhir.. politik perang dingin PAS - Pakatan Rakyat tentang siapa yang patut menjadi MB Selangor bakal 'reda sekejap' tidak lama lagi. Akan ada pihak yang ternganga, terduduk dan terguling lagi.
PAS bijak berwayang kulit. 3 Tok Dalangnya memang hebat belaka. Tiap antaranya tahu bersandiwara dengan bicara masing-masing. Tapi pemilik pentasnya, Hadi Awang. Jangan terkejut, dah lumrah dorang main kat belakang... Andai kata PAS dipilih, boneka PKR dan DAP itu dah tentu orang tak sudi nak junjung ..
Khabarnya Jumaat ini ada orang diperkenankan Sultan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan TSKI. Baginda sendiri pun belum lagi mencanang Gongnya, tapi semacam ada yang dah tahu apa bunyinya. Beliau adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Ir Iskandar Abdul Samad.
Orangnya hensem, rasanya dia tak gagap dan tentunya bukan simbolik sebagai tukang kipas orang tertentu.... Betul atau tidak, kita tunggulah dan lihat nanti... Rujuk sini
Maaf cakap, Wan Azizah bukan pilihan Sultan Selangor.
PKR dan DAP ingkar titah Sultan, hantar cuma satu nama saja sampai buat baginda murka, jadi selayaknya mereka dianugerahi bertan-tan debu bertakhtakan angan-angan saja.
Terbentuklah kerajaan PAS Selangor. Bagi yang tak sudi, dibubarkanlah DUN Selangor kepimpinan PR itu. Andainya mereka terpaksa redha, maka Langkah Kajang itu sebenarnya Langkah Kejang hasil ciptaan kebodohan pakatan sendiri.
Kita ramalkan MB baru nanti akan menjadi MB yang paling singkat tempoh perkhidmatannya dalam sejarah Malaysia mengiringi Darul Ridzuan.. DUN Selangor akan mohon dibubarkan. Kalau itu berlaku, ia perang yang biasa. Tapi kalau itu tak berlaku, sesungguhnya ia amat Luar Biasa!
Apapun, kita doakan yang terbaik untuk rakyat Selangor khususnya kerajaan Baginda Sultan. Semoga Allah merahmati negeri Darul Ehsan serta melindunginya daripada tangan-tangan orang yang bukan ahlinya. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment