Tuesday, September 9, 2014

Gambar - Kebakaran paling besar berlaku di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau Sabah

Difahamkan berlaku malam tadi. Doakan semoga keluarga mereka terselamat daripada musibah ini. 


TAWAU: Sekurang-kurangnya 100 rumah atas air di Kampung Tanjung Batu Laut di Logpond, dekat sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Kejadian bermula pada jam 7 malam tadi mengakibatkan lebih 200 penduduk hilang tempat tinggal.
Sehingga jam 8.45 malam ini, bomba masih menjalankan operasi memadam kebakaran.


Kebakaran membabitkan rumah setinggan dan seramai 37 anggota bomba bersama tiga jentera dikejar ke lokasi kejadian

Difahamkan, bomba berdepan kesukaran untuk masuk ke kawasan kampung berkenaan berikutan laluan yang sempit.


Setakat ini, bomba masih belum dapat mengesahkan sama ada kejadian itu mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.









Artikel dipetik daripada: http://sukanstartv.blogspot.com/2014/09/video-kebakaran-di-tanjung-batu-laut.html

Sila ke laman ini untuk lihat rakaman video.

3 comments:

  1. harap2 jgn ada yg terkorban. harap2 jugak semua rumah atas air tu musnah. harap2 jugak kerajaan dpt pindahkan mereka yg terjejas ke kawasan yg jauh dr air. harap2 jugak tempat perlindungan pengganas sulu yg lain2 terima nasib yg sama.

    ReplyDelete
  2. SEDIHnya - MANGSA-MANGSA malang ini harus diBANTU sepenuhnya untuk membina KPG. tersusun di situ dan jgn. diHALAU pula! Serta berikan GERAN tanah pd. mereka sekiranya ini tanah negeri!

    Geng Kongsi Gelap KAPIRDAJAL DAPBANGKAI yg. juga terlibat dlm. industri hartanah, disyaki terlibat dlm. pembakaran berleluasa ke atas kpg-kpg Islam/Melayu, termasuk di Sabah-Sarawak, terutamanya TEPI LAUT - utk. MERAMPAS tanah/kpg termasuk menawarkan utk. membeli dr. mangsa yg. terdesak atau sekiranya tanah negeri, utk. MENGHALAU umat Islam/Melayu termasuk pelarian Islam, dr. tanah/kpg. tersebut! Lihat kebakaran berleluasa yg. juga MENCURIGAkan ini, di -
    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140703/dn_16/50-rumah-di-perkampungan-air-Kampung-Pondo-Pulau-Gaya-terbakar !

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. Semoga keluarga mangsa sabar dan dipermudahkan semua urusan. Allah nak ganti yg lebih baik drpd yg sedia ada.

    ReplyDelete