Monday, September 15, 2014

Virus Maut Ebola sudah tiba di Kuching???

Penduduk Kuching di sini gempar apabila tersebar khabar angin menyatakan virus pembawa maut, Ebola dikesan di Bandaraya ini. Berita pada mulanya didedahkan oleh themalaymailonline.com/

Kenapa virus ini sangat digeruni oleh dunia? Difahamkan Ebola adalah virus yang menyebabkan penyakit paling dahsyat dan membawa maut, mangsa boleh berdarah sehingga mati jika dijangkiti dalam masa singkat. Setakat ini belum ada rawatan khusus atau cara untuk mengubatinya.

Selanjutnya di bawah..




Kuching: Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan seorang lelaki warga Afrika dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki dijangkiti virus Ebola, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Pengarahnya Datuk Dr Zulkifli Jantan berkata, lelaki terbabit yang mengalami demam panas dirujuk ke HUS oleh Hospital Pakar KPJ, tengah malam kelmarin.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya sedang memantau perkembangan kesihatan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya. 

LELAKI Afrika disyaki dijangkiti Ebola dikurantin di Hospital Umum Sarawak untuk pemantauan rapi.

"Setakat ini kita hanya mengesyaki lelaki itu mungkin dijangkiti Ebola kerana dia mengalami demam panas yang teruk tetapi tiada pengesahan lagi setakat ini. 

"Doktor pakar HUS masih meneruskan siasatan dan memantau dengan rapi keadaan lelaki itu," katanya ketika dihubungi, semalam. 

Katanya lagi, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil akan membuat pengumuman rasmi mengenai hasil pemantauan terhadap lelaki terbabit. 

Difahamkan, lelaki afrika terbabit adalah penuntut di sebuah universiti di negeri ini. 



Terkini melalui Astroawani sebentar tadi

Kes pelajar Zimbabwe di Sarawak tidak disyaki Ebola buat masa ini - Ketua Pengarah


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Zimbabwe yang sedang menuntut di kampus sebuah universiti swasta yang sebelum ini disyaki dijangkiti penyakit virus Ebola (Ebola virus disease; EVD), kini tidak lagi disyaki menghidap penyakit itu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Buat masa ini beliau berada dalam keadaan stabil. Untuk makluman juga buat masa ini Zimbabwe tidak disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang dijangkiti EVD.

“Kes berkenaan tidak mempunyai sejarah perjalanan antarabangsa dan tiada sejarah mempunyai kontak dengan pesakit EVD dalam tempoh 21 hari sebelum beliau mula menunjukkan gejala.




2 comments:

  1. Apa langkah pencegahan untuk virus ni?

    ReplyDelete
  2. Setakat ini cuma kuarantin. Satu cara lagi, pemeriksaan kesihatan mandatori di lapangan terbang sepertimana dibuat ketika wabak SARS mengganas dulu. Utk Ebola, belum ada vaksin dalam dunia yang boleh mampu memulihkan sipesakit.

    ReplyDelete