Thursday, July 28, 2016

AMARAN ADUN N6, YB Fazzrudin kepada Pemaju-pemaju di kawasan Tupong

ADUN N6 Tupong, YB Fazzrudin Abd Rahman sebelum ini difahamkan sudah memaklumkan kepada pihak pemaju berkenaan sikap sesetengah pemandu lori yang tidak mengendahkan keselesaan dan keselamatan penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar jalan yang dilalui mereka.

Sikap acuh tak acuh mereka telah menyebabkan beliau bertindak dengan lebih tegas dengan memberikan amaran kepada pemaju-pemaju terbabit.

Keseimbangan dalam menjaga kemudahan struktur jalan pada masa sama membangunkan kawasan bukan satu tugas yang mudah. Masyarakat biasanya akan merujuk kepada pemimpin untuk sebarang aduan atau masalah sekitar kediaman mereka bukannya pemaju projek perumahan.

Maka wajarlah YB Fazzrudin bertindak bagi mengelakkan masalah-masalah yang berpunca daripada kenderaan-kenderaan berat yang mengundang ketidakselesaan kepada rakyat. Ia bukan bermaksud menghalang pembangunan, tetapi untuk memastikan pemaju-pemaju agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan serta menyelenggara jalan-jalan yang telah rosak oleh kenderaan berat mereka pada kadar segera.




Thursday, July 21, 2016

PENERANGAN ISU SIDANG MEDIA JABATAN KEADILAN AMERIKA SYARIKAT


Pada pukul 11.30 malam semalam waktu tempatan, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (Department of Justice – DOJ) telah mengadakan satu sidang akhbar bagi membentangkan satu kes untuk merampas aset-aset yang didakwa dibeli menggunakan dana daripada 1MDB.

Turut dinyatakan bahawa dana ini telah dicuri oleh beberapa individu bagi membeli aset, barangan mewah dan juga bagi membiayai pembikinan sebuah filem. Ia juga menamakan salah seorang penerima dana tersebut sebagai “Malaysian Official 1”. Namun, Peguam Negara AS Loretta Lynch tidak mendedahkan siapakah individu yang dirujuk dengan “Malaysian Official 1”

Berikut merupakan nota penerangan bagi menyatakan fakta-fakta kes

• Kes ini bukanlah kes jenayah. Ia merupakan aduan awam di mahkamah AS. Oleh itu, keputusan muktamad dalam kes ini merupakan rampasan aset daripada beberapa individu terbabit dimana semua aset-aset ini akan dipulangkan ke Malaysia.

• 1MDB telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa “ia bukanlah pihak yang didakwa dalam aduan tersebut, tidak mempunyai sebarang aset di Amerika Syarikat, dan tidak pernah menerima sebarang keuntungan daripada pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam kes tersebut”

• Ia juga menyatakan bahawa “1MDB tidak pernah dihubungi oleh Jabatan Keadilan AS atau mana-mana agensi luar lain berhubung penyiasatan mereka.”

• Oleh yang demikian, bagaimana pihak berkuasa boleh benar-benar pasti yang wang tersebut telah dicuri atau hilang atau seseorang itu merupakan mangsa dalam satu jenayah, melainkan mangsa tersebut terlebih dahulu ditemuduga dan ditanya soalan, memandangkan mangsa tersebut bersedia untuk bekerjasama dengan sebarang penyiasatan?

• Tidak ada sebarang cadangan bagi mendakwa individu-individu yang terlibat dan nama YAB PM tidak dinyatakan di mana-mana. DOJ tidak menamakan YAB PM dalam aduan mereka memandangkan kes ini tidak ada kena mengena dengan beliau. Kes pada masa ini adalah bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah AS bagi merampas aset-aset daripada individu terbabit yang didakwa terlibat dalam penyelewengan.

• Bila ditanya oleh seorang wartawan mengenai identiti “Malaysian Official 1”, Lynch menyatakan bahawa beliau tidak boleh menamakan individu tersebut. Ini menunjukkan bahawa DOJ sendiri tidak 100% pasti dengan fakta mereka.

• Perlu ditegaskan di sini bahawa dana yang disalurkan kedalam akaun YAB PM yang dipegang secara amanah untuk parti, merupakan derma daripada Kerabat Diraja Saudi. Ini telah disahkan dalam surat yang didedahkan oleh Wall Street Journal Sendiri. Tidak ada sebarang tanda-tanda penipuan dan tidak pernah ada sebarang keraguan mengenai kesahihan sumber dana tersebut memandangkan Kerabat Diraja Saudi memang terkenal dengan kekayaan mereka yang datang daripada pelbagai sumber, yang mana mereka selalu dermakan kepada negara-negara Muslim di seluruh dunia.

• WSJ juga telah mengesahkan bahawa dana daripada Kementerian Kewangan Saudi telah didepositkan ke dalam akaun tersebut dan kewujudan derma tersebut *telah DISAHKAN oleh Menteri Luar Arab Saudi Adel-Al Jubeir*. YAB PM telah menerima derma politik tersebut dengan niat yang baik dan tidak melanggar sebarang undang-undang dalam menerima wang tersebut. YAB PM sudah menceburi bidang politik selama 40 tahun dan sedia maklum bahawa derma politik adalah perkara normal dan tidak ada sebarang perkara yang mencurigakan dalam derma politik yang dibuat oleh Arab Saudi.

• 70% daripada derma politik tersebut telahpun dipulangkan. Memandangkan bahawa dana yang berada dalam akaun amanah parti tersebut datang daripada pelbagai sumber, seperti derma daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi, penderma biasa dll, bagaimana seseorang dapat menentukan wang dari sumber manakah yang digunakan untuk aktiviti apa atau tujuan apa.

• Akan tetapi, WSJ juga telah mengakui bahawa sebahagian besar wang yang digunakan adalah untuk tujuan kebajikan (CSR) dan bagi membiayai pilihanraya. Jikalau YAB PM ingin mencuri wang tersebut, mengapa beliau memulangkan semula dana lebihan yang tidak digunakan?

• Akan ada pelbagai tuduhan yang akan dilemparkan kepada PM, keluarganya dan parti dalam beberapa hari akan datang. Sejak dari mula lagi, tiada siapa yang menentang PM berminat untuk mendapatkan jawapan atau kebenaran, tetapi untuk menjatuhkan seorang PM dan kerajaan yang dilantik secara demokrasi.

• Jangan percaya dengan sebarang tuduhan daripada pihak pembangkang. Sebarang perlakuan jenayah masih dalam siasatan dan individu yang bersalah tetap akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Thursday, July 14, 2016

Tawaran Gencatan Senjata - Jerat maut untuk PAS

Gencatan senjata yang diusahakan Pakatan Harapan menunjukkan mereka sememangnya tidak berkemampuan bersaing dengan Barisan Nasional tanpa berdepan PAS. Sebelum ini mereka begitu angkuh mempersendakan perjuangan PAS dan mempersendakan pemimpin-pemimpin mereka.

Penulis percaya, cerita sebenarnya cuma untuk menentukan siapa yang bertanding di kerusi DUN dan Parlimen menentang BN pada pilihanraya umum kelak. Akhirnya PAS dituntut agar menurut segala kemahuan mereka.


‘Gencatan senjata’ ditawar Tuan Ibrahim bakal menikam PAS semula


JIKA benar PAS bersedia ‘gencatan senjata’ dengan Pakatan Harapan (PH) semata-mata bagi menumbangkan Barisa Nasional (BN), keputusan itu bukan sesuatu yang pelik memandangkan sikap flip flop parti itu sebelum ini.

Sudah tentu PKR yang masih ada hubungan dengan PAS menyambut baik tawaran Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana masing-masing mempunyai kepentingan sendiri khususnya di Selangor.

Ini dapat dilihat apabila Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali segera memuji rakan sejawatnya sebagai seorang pemimpin yang matang serta memiliki visi jauh, apabila meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepartian.

Menteri Besar Selangor itu melihat perpecahan dikalangan pembangkang hanya menguntungkan BN apabila memenangi dua pilihan raya kecil baru-baru ini dengan majoriti di luar jangka.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad juga senada dengan Tuan Ibrahim demi menumbangkan BN dan mengelak pertelagahan sesama sendiri.

Katanya, jika suasana itu berlarutan kemungkinan BN akan terus memerintah Malaysia dan Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka pada pilihan raya umum yang akan datang.

Itulah suara kebimbangan Pesuruhjaya PAS Selangor yang mungkin lebih sayang jawatan sebagai Exco di Selangor sekiranya kerjasama PKR, DAP dan PAS yang sedia ada di dalam pentadbiran kerajaan negeri terkubur pada PRU 14.

DAP yang selama ini bertelagah dan memperkudakan PAS tentu ‘malu alah’ dan ‘benci tapi mahu’ dengan kesediaan bekas sekutu ketika bersama Pakatan Rakyat itu kembali bersama di gelanggang pembangkang.

PAS sebelum ini menamatkan kerjasama politik dengan DAP menyebabkan PR berkubur dan tertubuh PH dengan PKR dan DAP menerima Parti Amanah Negara (PAN) sebagai sekutu baharu.

Persoalan sekarang, bersediakan PAN yang merupakan serpihan PAS menerima gencatan senjata yang ditawarkan Tuan Ibrahim?

Parti itu tentu akan menentang hasrat PAS itu kerana menerima kembali PAS di dalam barisan pembangkang hanya akan menyempitkan peluang PAN bertanding pada PRU 14.

Sudah tentu PKR dan DAP tidak akan mengorbankan kerusi mereka untuk PAN, sekaligus menyebabkan parti pimpinan Mohamad Sabu itu hanya boleh berharap bertanding di kerusi milik PAS.

Namun, ada desas desus bahawa pimpinan lain serta penyokong-penyokong tegar PAS tidak bersetuju dengan saranan Tuan Ibrahim.

Lebih malang, keputusan itu dikatakan tidak dibincangkan di peringkat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak parti itu.

Lalu, timbul persoalan kenapa Tuan Ibrahim yang sebelum ini dilihat lebih ‘mesra’ PH tiba-tiba mengemukakan tawaran itu ketika pemimpin lain masih merasai luka ditikam DAP, PKR dan PAN pada pilihan raya negeri Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

Tentu ramai tertunggu-tunggu pendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din mengenai ‘gencatan senjata’ yang dilihat ramai pihak hanya senjata yang akan memakan PAS jika bersedia menyertai PH.-bnbbc

Sunday, July 3, 2016

Kehadiran lori-lori dan kenderaan berat di perumahan sekitar Matang Jaya membuatkan penduduk resah dan marah



Di sebalik projek pembinaan perumahan baru di Matang Jaya, lori-lori dan kenderaan berat semakin berleluasa menggunakan jalan di lorong-lorong kawasan perumahan (untuk elak kesibukan jalan utama) dan membawa muatan serta merosakkan jalan-jalan dengan sengaja.

Tidak cukup dengan itu, ada di antaranya memandu laju tanpa menghiraukan keadaan jalan yang sempit serta sesak dengan kenderaan-kenderaan kecil di sekitar mereka. Keselamatan penduduk sekitar tidak diambil kira.

Hal ini membuatkan ramai penduduk gusar serta semakin tidak menyenangi kehadiran lori-lori tersebut. Tindakan harus dibuat ke atas pemilik-pemilik serta kontraktor bertanggungjawab sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Aduan telah diajukan kepada wakil rakyat kawasan Tupong, YB Fazzrudin Abd Rahman dan beliau sendiri telah turun ke Matang untuk meninjau keadaan yang berlaku di kawasan tersebut. Hasilnya, apa yang ditemui beliau ialah sebahagian daripada lori-lori tersebut sememangnya memandu dengan laju.

Berikut adalah keadaan terkini jalan di kawasan perumahan yang tidak sepatutnya digunakan sebagai laluan harian oleh lori-lori (10 tayar) serta kenderaan berat. Tindakan susulan akan dibuat dengan penglibatan YB Fazzrudin bagi memastikan keadaan dapat dipulihkan secepat mungkin sebelum berlaku kemalangan melibatkan penduduk setempat.


Lubang, jalan berlopak serta berpasir di selekoh merbahaya kepada penunggang motosikal. Ia juga boleh menyebabkan bertembung dengan kenderaan lain yang menggunakan laluan bertentangan untuk mengelakkan jalan yang rosak teruk.
Beginilah keadaan jalan berlopak yang dalam, berisiko kepada pengguna bermotosikal
 
Jalan yang telah rosak di sebelah kiri oleh lori yang kemudian dengan sengaja menggunakan lorong yang elok di sebelah kanan serta menghancurkan baki jalan menjadikannya merbahaya kepada orang luar yang tidak menyedari keadaan ini.
 
Bonggol maut yang boleh menyebabkan kenderaan terutama motosikal terbabas atau terjatuh ke laluan bertentangan serta bertembung dengan kenderaan lain
Lorong perumahan ini adalah jalan masuk untuk lori-lori sebagai jalan pintas