Wednesday, September 10, 2014

Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) akan turut dimansuhkan Kerajaan?





Transformasi yang dilakukan kepimpinan Barisan Nasional sudah menampakkan  beberapa kesan. Banyak cadangan-cadangan yang kurang praktikal untuk dilaksanakan didahului kepada pengetahuan rakyat jelata melalui khabar angin, akhirnya menjadi nyata.

Terbaru, cadangan memansuhkan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) yang telah memberi manfaat kepada ramai penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri sejak ditubuhkan 50 tahun lalu.

Sikap kerajaan kita kini yang seperti main sorok-sorok berhubung isu pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) menggusarkan 1.5 juta penjawat awam. 

Sejak kebelakangan ini, terdapat ura-ura mengatakan Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan cadangan memansuhkan satu jabatan di bawahnya untuk digantikan dengan satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau institusi kewangan bagi menguruskan pinjaman perumahan melibatkan penjawat awam.

Sekiranya cadangan itu diluluskan, ia adalah malapetaka kepada 1.5 juta penjawat awam di seluruh negara memandangkan Bahagian Pinjaman Perumahan merupakan satu-satunya entiti menjaga kebajikan mereka dalam soal pemerolehan pinjaman perumahan.

Umum tahu, majoriti di kalangan penjawat awam ialah Melayu dan Bumiputra. Kadar faedah 4.0% yang dinikmati kakitangan awam sebelum ini tentunya akan ditarik balik. 

BPP bakal digantikan dengan dengan institusi baru yang mengikut corak berasaskan keuntungan dan lebih berperanan mirip seperti bank.  



Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam (BPP) Diserahkan kepada CIMB?


CIMB Bank dikhabarkan akan mengambil alih menjadi satu badan yang akan menguruskan Bahagian Pinjaman perumahan kakitangan awam. Mengikut maklumat, syarat baru kepada kakitangan awam untuk pinjaman perumahan akan diubah, nilai downpayment untuk setiap harga rumah akan turut naik, begitu juga kadar faedah pinjaman rumah kakitangan 4% (reducing balance) akan diubah kepada satu kadar yang lain. 
Adakah ini salah satu cara untuk menghadkan pinjaman kakitangan awam? Apabila CIMB menguruskan pinjaman kakitangan kerajaan, sudah tentu akan masuk dalam laporan CCRiS sekaligus jika didapati komitmen si pemohon terlalu tinggi, pinjaman rumah akan sukar untuk diluluskan. Semuanya atas nama mengawal hutang isi rumah yang terus melonjak tinggi.
Berita cadangan untuk memansuhkan BPP amatlah tidak wajar, seolah-olah kerajaan kurang prihatin akan permasalahan rakyat yang menghadapi masalah harga rumah yang semakin meningkat seperti tiada kawalan kini.
Apakah lagi jenis kejutan PM kita melalui transformasi yang banyak kali merisaukan rakyat kini? Setelah satu persatu akta terpenting kepada Melayu seperti ISA, EO, Atka Hasutan (Bakal) kini BPP pula...
Adakah kaedah pinjaman berkonsep Riba seperti pinjaman Bank Konvensional itu penyelesaian yang terbaik untuk rakyat? 

Apakah jalan penyelesaian yang disediakan oleh kerajaan pimpinan Dato Seri Najib untuk memudahkan rakyat memiliki rumah sendiri?

7 comments:

  1. UMNO telah diKUASAI si pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENGKHIANAT; yg. tak habis-habis MENGGADAI hak/tanah PUSAKA nenek moyang BUMIPUTERA kita ini! Tapi boleh pula si mamat-kari-LIBERAL terus "ENJOY, ENJOY.....!"bersenam aerobik sebelah si BETINA-pakai-short-punya pendek dlm. Berita Harian hari ni! Bagaimana Menteri Islam/Melayu dari UMNO boleh perangai tak bermaruah mcm. ni, kat NEGARA ISLAM ini - tak bolehkah si BETINA tu pakai seluaq panjang?! Lepas tu ada pula si mamat-kari ni ada hati berangan nak jadi PM spt. yg. diidamkan pemujanya dari jenis si PENDATANG KAPIRDAJAL EvangeliSStar?! GELInya aku!

    Sedangkan BUMIPUTERA Islam/Melayu serta BUMIPUTERA lain, masih ramai MERANA-MISKIN; mahupun yg. pertengahan pun, tak mampu miliki rumah; apalagi jenerasi muda akan dtg. sebab TANAH PUSAKA nenek moyang kami ini asyik TERGADAI kat PENDATANG/warga asing KAPIRDAJAL terutamânya bawah program-HARAM-KEJADAH "Rumah Keduaku (patutnya prog. PENIPUAN ini diDAKWA di Mahkamah oleh NGO-NGO Islam/Melayu)! Sedangkan pemilikan TANAH/rumah sebenaqnya adalah antara aset plg. terpenting untuk setiap insan, sebab itu jugalah kenapa si ZIONIS/Israel-JAHANAM sampai asyik MERAMPAS tanah pusaka BUMIPUTERA ISLAM Palestin!

    Lihat anak-beranak BUMIPUTERA Islam/Melayu kita yg. amat miskin ini termasuk dua anak OKU, serta dua anak terpaksa berhenti sekolah, yg. terpaksa MENUMPANG kat rumah sewa – mana RUMAH MAMPU MILIK pd. mereka mahupun bantuan PERCUMA -PERUBATAN-BIASISWA, serta juga bantuan OKU?! Mengapa mereka terpaksa MENUMPANG/MENGEMIS di bumi PUSAKA nenek moyang sendiri sedangkan bangsa PENDATANG/warga asing terutamanya yg. kaya-raya boleh hidup begitu MEWAH di sini?! Lihat di - http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140908/dn_22/Akibat-kemiskinan-Nur-Fatin-Islamiah-lupakan-alam-persekolahan , Akibat kemiskinan, Nur Fatin Islamiah lupakan alam persekolahan!

    Sudah tiba masanya legasi PENIPUAN dari zaman PENJAJAH-PUAKA British-ZIONIS ditentang habis-habisan dan diperbetulkan – supaya tidak akan ada lagi setiap BUMIPUTERA yg. terpaksa MENGEMIS/MENUMPANG di bumi PUSAKA kami sendiri, termasuk setiap jenerasi akan datang!

    Datuk-nenek aku kerja kat sawah padi/toreh getah – meninggal waktu muda akibat kerja keras ni; tapi bangsa Islam/Melayu boleh dituduh ‘malas‘ oleh PENJAJAH/PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL?! Dasar si BINATANG-BUAS!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Padan muka mereka lah. Banyak penjawat awam sendiri yang dah diberi kemudahan pelbagai, telah bertindak menyokong pembangkang.

    Bahkan ramai penyokong pembangkang adalah dari golongan yang telah di bantu kerajaan samada secara terus atau berkhidmat di GLC.

    Apa yang mereka tahu pasal pembangkang? lebih tepat lagi, apa jasa pembangkang kepada mereka? Cukup ke sekadar janji kosong dan mereka boleh menikam orang yang memberi mereka tempat bekerja? Pelik..mmg pelik.

    ReplyDelete
  3. Kakitangan kerajaan adalah pnyokong kuat BN. Ingat Najib. 1.2 juta adalah penyokong tegar kamu baik tua atau muda. hancus.....

    ReplyDelete
  4. Maka kita bungkus la UMNO pada PRU 14 nanti...

    ReplyDelete
  5. Kita sebarkan satu perkara ini kepada semua penyokong BN:
    PRU 14 NAJIB MESTI DIREHATKAN DARI SEBARANG JAWATAN. KALAU TIDAK, HARAMKAN UNDI ANDA PADA BN!!
    Najib Pink kebulur nak tengok BN jadi pembangkang selepas PRU14.

    ReplyDelete
  6. Wassalam. Memangnyodah dibori pertolongan dio sokong PR. Kito lihat diPutrajaya, BN dapet berapo undi? PR dapet berapo? MP BN diPutrajaya seharusnyo mendapet 99% undi penjawat awam tapi kito lihat apo dag jadi? Eden sokong dihapuskan BPP tu. Jadi Korajaan tak payah nak bajet duit untuk pinjaman. Eden dahulu diswata pun bolih boli rumah-pinjam bank sampai sekarang undi BN jo. Cuba lihat apo dah jadi-Kastam -rasuah tangkap 22 oran antaranyo pegawai kastam termasuk Pengatrah nogori tu., Oran Melayu ini dikatokan harapkan pagar pagar makan padi. . Jahanam.

    ReplyDelete
  7. Mana korang dapat berita BPP nak MANSUH ni? Jangan percaya semua ini karut.. Aku keje BPP. BPP cuma akan diperbadankan. dan semua ini dilakukan adalah untuk menambah baik urusan skim pinjaman perumahan kepada kakitangan awam.. HARAP MAKLUM. untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan sila layaran http://bpp.treasury.gov.my

    ReplyDelete