Sunday, September 14, 2014

Bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah terbunuh di Syria

Beliau telah dipilih Allah untuk berjihad dan syahid di bumi Syam. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Al Fatihah.



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah yang berjuang di Syria, Mohd Lotfi Ariffin dilaporkan terbunuh selepas diserang hendap oleh tentera rejim Bashar Assad di Syria.

Menurut laman Facebook salah seorang pejuang rakyat Malaysia yang berhijrah ke Syria, Abu Talhah II, selepas bertahun di penjara, Mohd Lotfi akhirnya syahid di Syria.

Namun demikian, pengkebumian jenazah Allahyarham terpaksa ditunda hari ini dan dilaporkan masih berada di Hospital Antarkia, Turki.

Ini berikutan beberapa proses dokumentasi perlu diselesaikan sebelum dibawa masuk ke Syria.

Dijangkakan jenazah akan tiba selewat-lewatnya esok (Isnin).







Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu, parti itu memecat Mohd Lotfi daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkannya ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad.

Dalam pada itu, seorang lagi pejuang di Syria, Akel Zainal II turut memuat naik status yang memberitahu kematian Mohd Lotfi

"Alhamdulillah, berita yang terbaharu tentang Ustaz Lotfi Ariffin (Abu Musab), telah berjaya syahid dalam mempertahankan agama Allah.

"Ustaz Lotfi telah syahid pada waktu Maghrib semalam. Semoga Allah menerima jual belimu Guruku, bergembiralah kamu mengecap nikmat Allah yg menjadi idaman seluruh makhluk," ujarnya dalam laman Facebooknya.

3 comments:

  1. majlis fatwa harap keluarkan hukum konon berjihad di Syria..fatwa pas tak boleh pakai..karut..

    ReplyDelete
  2. X sangka ade org Malaysia pergi berjihad.

    ReplyDelete
  3. Berok di hutan di susukan anak di rumah mati kelaparan....

    ReplyDelete