Sunday, September 14, 2014

MH198 - Lagi dugaan buat MAS



Pesawat MAS MH198 yang dalam perjalanan ke Hyderabad terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana mengalami masalah dalam penerbangan. Ada sumber mengatakan pesawat tersebut mengalami masalah teknikal dalam kabin selepas berangkat.

Disebabkan kita tidak tahu 'bahasa teknikal' dalam kejuruteraan pesawat, jadi janganlah kita terikut-ikut menambah panik orang ramai dengan mengubah laporan 'holding and burning fuel' yang mungkin membawa maksud lain.

Yang pasti, ia bukan bermaksud 'kebakaran minyak dalam tangki' seperti yang disebarkan sesetengah 'jurutera dari langit' dalam media sosial. Holding mungkin bermaksud 'bertahan/delay', 'burning fuel' mungkin dimaksudkan menghabiskan minyak melalui flight roaming melingkari satu kawasan, sebelum mendarat bagi meringankan beban pesawat ketika mendarat. Wallahualam..

Walaubagaimanapun, belum dapat dipastikan lagi punca masalah yang dialami. Syukur pesawat tersebut telah selamat mendarat di KLIA. Kita tunggu saja laporan terkini melalui media rasmi kelak.




2 comments:

  1. ia hanya masalah sistem komputer. kapal terbang berpatah balik hanya kerana itu. Mas berlegar selama 2 jam di langit malaysia untuk membakar minyak. kapal tak boleh mendarat dengan minyak yang banyak kerana bimbang meletup, yang merupakan prosedur penerbangan. Tidak hanya Mas, semua penerbangan dunia ada mengalami masalah masing masing. Penerbangan Emiratas yang sangat dipercayai seluruh rakyat malaysia, juga pernah berpatah balik atas sebab tertentu. ingat, tidak hanya MAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mas sangat menjaga keselamatan. tidak akan terbang jika ada sikit masalah. satu masa dulu mas tidak mendarat di Istanbul hanya kerana salji sebaliknya flight didelay di Izmir, selatan barat turkey. walhal ada saja kapal lain yang mendarat. mas mempunyai sistem keselamatan yang tinggi.
      penulis blog jangan lah menyibuk sangat sehingga orang hilang kepercayaan terhadap mas.

      Delete