Wednesday, September 10, 2014

Terkini - Lagi ditahan di bawah Akta Hasutan

Tiap-tiap minggu ada saja seorang dua ditahan di bawah akta Hasutan ini. Baru kelmarin kalau tak silap seorang aktivis, Ali Abdul Jalil juga ditahan dibawah akta yang sama.

Penahanan Ali itu dikatakan telah menimbulkan rasa marah dan kecewa peguamnya, Michelle Yesudas sehingga meluahkan perasaan kalau boleh akta hasutan dibuang hari ini juga.

Bukan seorang tetapi ramai khususnya kalangan pihak pembangkang tertunggu-tunggu bila lagi Akta Hasutan nak dimansuhkan.

Kita pun mula rasa pelik.. Dato Seri Najib mengulangi pendirian akan memansuhkan akta ini dan menggantikannya dengan akta Keharmonian Nasional yang berfungsi lebih baik. Dengan kata lain, bermakna ianya lebih tegas.

Apa pula penjelasan pembangkang tentang kesediaan mereka untuk menerima satu akta yang lebih keras daripada akta yang sedia ada? Itupun jika benar Akta Keharmonian Nasional lebih mampu membendung masalah provokasi melampau seperti ini, nescaya tiada sesiapa mahukan ianya diganti.

Kerajaan berkata akta yang baru akan lebih bagus dari yang lama, tetapi macam ISA dan EO juga, akta yang baru tak boleh buat apa-apa pun, melainkan menghabiskan masa dan duit kerajaan untuk pendakwaan dan melayan karenah peguam-peguam mereka di mahkamah.

Hasilnya yang kita lihat sekarang, jenayah berprofil tinggi bukannya dibendung malah semakin kerap berlaku. Penjenayah seolah-olah bebas daripada ancaman hukuman keras daripada kerajaan yang memerintah.

Kita mahukan keamanan, tidak mahu provokasi melampau daripada isu politik melarat menjadi pertikaian isu perkauman dan agama di negara. 


Mudah-mudahan PM kita, Dato Seri Najib tidak mudah tunduk kepada desakan pembangkang hanya kerana mahu menyelamatkan keadaan dengan cara terlalu berlembut. 



Pendakwah bebas yang juga Ahli PAS, Wan Ji Wan Hussin hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan penerbitan menghasut melalui satu tulisan di Facebook pada tahun 2012 yang dikatakan menghina sultan Selangor.

Wan Ji, 32 tahun, dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.


No comments:

Post a Comment