Petikan daripada Borneopost;
KUCHING: Tidak ada keperluan untuk memansuhkan Akta Hasutan bagi digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.
Menteri Muda Pembangunan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebaliknya memadai jika pindaan dibuat bagi memperbaiki akta tersebut.
“Kenapa perlu memansuhkan Akta Hasutan sekarang? Adakah ia mempunyai banyak kelemahan atau pihak berwajib yang menjalankan penguatkuasaan tidak memainkan peranan?
“Secara peribadi, saya tidak melihat keperluan untuk mewujudkan akta baharu, sama ada ia dipanggil Akta Keharmornian Nasional atau apa sahaja, jika niatnya sama,” katanya.
Beliau berkata antara fasal-fasal tertentu yang boleh dibuat selari dengan perubahan semasa adalah berkaitan media sosial tetapi bukan keseluruhan akta.
“Memperkenalkan akta baharu adalah seperti melahirkan bayi.
“Kita tidak memerlukan itu di Malaysia melainkan kerajaan bangga akta itu diperkenalkan kerajaan,” katanya.
Abdul Karim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan pemansuhan Akta Hasutan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipetik dalam sebuah portal berita atas talian berkata, kerajaan tidak akan bertindak tergesa-gesa dalam usaha menggantikan Akta Hasutan.
Katanya kerajaan juga masih belum memutuskan sama ada akan memansuhkan atau meminda akta tersebut.
Tambahnya, akta baharu itu perlu ‘lebih baik’ berbanding Akta Hasutan dan bertindak ‘mengawal fahaman serta pergerakan radikal, ekstrem atau fanatik selain mengekang pelampau kaum dan agama dalam masyarakat.
“Kerajaan juga tidak akan tergesa-gesa menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan undang-undang baharu tanpa meneliti semua aspek berkaitan termasuk kepentingan elemen pencegahan.
“Kerajaan tidak akan mengambil langkah atau tindakan yang boleh menyebabkan suasana dalam negara tidak tenteram,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Read more: http://www.theborneopost.com/2014/09/14/tiada-keperluan-mansuh-akta-hasutan/#ixzz3DIK4fwxY
ISA dah mansuh.Skrg akta hasutan plak.
ReplyDelete