Monday, September 29, 2014

MH17 - Penemuan mengejutkan oleh juruterbang Jerman

Jenazah terakhir anak Tamby Jiee mangsa nahas MH17, Muhammad Afruz 13 sudah dikenalpasti. Alhamdulillah, ia menjadikan kesemua enam beranak itu sudah dijumpai. Lima daripada mereka telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, Kuching, Sarawak. Mudah-mudahan Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Peter Haisenko 

Apa yang hendak diceritakan di sini ialah penemuan mengejut analisis seorang juruterbang Jerman, Peter Haisenko ke atas insiden nahas MH17 yang dirumuskan Barat telah ditembak jatuh oleh sebuah peluru berpandu.

Amerika dan sekutunya membuat kesimpulan, pesawat malang tersebut telah ditembak jatuh oleh puak pemisah pro-Rusia secara tidak sengaja menggunakan sistem Peluru Berpandu BUK (Darat ke Udara) buatan Rusia.

Namun daripada hasil analisis penemuan Peter itu menunjukkan pesawat MH17 sebenarnya tidak ditembak oleh puak pemisah Pro-Rusia. Melalui bukti daripada cebisan-cebisan serpihan pesawat yang ditemui, jelas menunjukkan tragedi itu bukan disebabkan oleh penggunaan peluru berpandu BUK ke atas badan pesawat.

Perakam kotak hitam pesawat telah dihantar ke England untuk dianalisis. Namun, tiada hasil penemuan yang boleh mendedahkan apa-apa sehingga kini. Jadi apakah yang boleh dibuat dengan kotak hitam tersebut? Jika dilihat keadaan serpihan pesawat, sudah tentu menarik untuk kita ambil tahu apa agaknya yang terkandungan  di dalamnya.

Kesan lubang dipercayai disebabkan tembakan keluar dan masuk peluru

Pertama sekali, beliau kagum bagaimana beberapa gambar daripada serpihan itu boleh didapati dengan mudah hanya melalui google pada awalnya. Kesemua gambar itu beresolusi rendah melainkan satu, iaitu serpihan daripada kokpit bawah tingkap di sebelah juruterbang.


Perhatikan gambar kecil pada serpihan, klik pada gambar untuk resolusi yang lebih tinggi..

Fakta yang dilihat melalui gambar ini begitu jelas menunjukkan terdapat kesan serangan pada kokpit. Kita boleh lihat seperti kesan tembakan, tekanan arah masuk dan keluar keadaan lubang pada serpihan itu.

Sebahagian daripada hujung pecahan lubang tersebut membengkok ke dalam. Ia agak kecil berbanding lubang di sebelah luar, mirip kesan tembakan daripada peluru meriam berkaliber 30mm, iaitu peluru yang biasanya digunakan dalam pesawat pejuang atau helikopter penggempur.

Di pinggir lubang sebelah lain, terdapat kesan hentakan logam pada lapisan berkembar dinding aluminum pesawat menunjukkan sesuatu telah dipaksa keluar pada kelajuan tinggi dari sebelah dalam. Kesemua serpihan di bahagian belakang kokpit sebahagian besarnya tidak terjejas melainkan pada serpihan yang kita lihat tadi.

Hanya pada bahagian ini menunjukkan kesan kemusnahan yang agak aneh, meninggalkan satu petunjuk penting kepada para penyiasat - MH17 tidak ditembak oleh peluru berpandu pada bahagian tengah pesawat. Kemusnahan hanya tertumpu pada bahagian kokpit pesawat. Beberapa faktor harus diambil kira, terutama pada kawasan kepala pesawat. Bahagian ini dibina dengan binaan khas yang diperkukuhkan supaya dapat menahan tekanan atau impak pada kelajuan yang tinggi terutama apabila bertembung burung bersaiz besar ketika di udara.

Gambar bahagian kokpit Pan Am 103 yang terhempas
Kita boleh lihat dengan jelas, struktur sebelah dalam dibina lebih kukuh berbanding kawasan dinding lain pada fuselage pesawat.

Jika kita merujuk pada kemalangan Pan Am 103 melibatkan pesawat 747 di Lockerbie Scotland yang terhempas juga melibatkan letupan oleh pengganas pada tahun 1988 menunjukkan bagaimana bahagian-bahagian lain berkecai menjadi kepingan yang kecil. Satu-satunya serpihan pesawat yang paling besar ditemui ialah segmen kokpitnya sahaja.

Lubang peluru pada dinding pesawat

Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Pihak Rusia kemudian mendedahkan rakaman radar menunjukkan kewujudan sekurang-kurangnya sebuah pesawat pejuang SU-25 dilihat terbang berdekatan pesawat MH17. Pendedahan Rusia ini selari dengan kenyataan awal pengawal di pusat kawalan ATC warga Sepanyol bernama Carlos yang mendakwa telah menemui kelibat 2 buah pesawat pejuang tersebut di kawasan berhampiran laluan MH17.

Rujuk komen tentang Carlos pada link youtube Tweets from Carlos ATC in Kiev saying Ukraine Military shot down MH17

Jika diperhatikan antara jenis persenjataan pada pesawat jenis SU-25 ini, kita akan mendapati ia dilengkapi dengan meriam berkaliber 30mm, senjata dua laras daripada jenis  GSH-302/AO-17A. Senjata jenis ini biasanya membawa 250 butir peluru anti-kereta kebal dengan setiap peluru mengandungi peledak sendiri yang mengakibatkan kesan kemusnahan besar apabila mengenai sasaran.

Jenis senjata pada SU-25
Bahagian kokpit dengan jelas membuktikan kesan tembakan daripada dua arah berbeza, kesan keluar masuk peluru ditemui pada serpihan kokpit bangkai pesawat MH17.

Kesan tembakan yang pada dinding MH17
Sekarang jika mengambil kira keadaan serpihan tersebut, kita boleh mengandaikan keadaan kemusnahan seperti ini berkemungkinan besar disebabkan oleh senjata jenis yang disebutkan tadi. Ia tidak menghairankan kerana peluru dan persenjataan yang digunakan direka untuk memusnahkan kereta kebal moden. Memandangkan tembakan berturutan daripada senjata itu digunakan ke atas dinding aloi sesebuah pesawat, sudah tentu ia menyebabkan letupan pada masa yang singkat sahaja.

Jenis kesilapan penyebab insiden dan oleh siapa?

Calar projektile kelajuan tinggi pada bahagian sayap.

Oleh kerana kabin sebuah pesawat komersial berfungsi seperti kebuk vakum untuk mengawal tekanan udara, hanya dengan sedikit letupan sahaja akan menyebabkan tekanan memuncak dengan sangat tinggi. Ia melebihi daya tahan logam pada dinding pesawat yang akhirnya menyebabkan pesawat pecah dengan sekelip mata.

Imej-imej serpihan pesawat kita lihat berselerak dengan luas di kawasan padang, serta kemusnahan teruk pada bahagian kokpit menunjukkan kesan letupan tekanan ketika di udara. Kemudian ditemui juga keadaan sayap pesawat dengan kesan calar berkelajuan tinggi yang menuju terus ke arah bahagian kokpit ketika dalam penerbangan.

Menariknya Peter mendapati kedua-dua foto serpihan segmen sayap yang tercalar itu serta dinding kokpit yang mempunyai resolusi tinggi itu kini telah lenyap daripada paparan google images. Kita mungkin mendapati hampir tiada lagi gambar penting pada pesawat MH17 yang boleh memberi petunjuk tentang apa yang telah berlaku. Yang tinggal hanyalah gambar biasa serpihan bangkai pesawat yang sedang berasap.

Agak menarik bagaimana Amerika Syarikat begitu yakin menyalahkan Rusia sebagai dalang terhempasnya pesawat MH17, mengapa tidak Ukraine sendiri sedangkan ia berlaku di wilayahnya. Kita mengetahui pesawat peribadi Presiden Rusia dan MAS memiliki penampilan warna yang hampir serupa.

Ketika tragedi MH17 berlaku, Ukraine sedang bertelagah dengan puak pemisah pro-Rusia. Bagaimanapun ancaman untuk menjatuhkan Rusia datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Malang bagi pesawat malang kita MH17, berkemungkinan besar ia adalah mangsa keadaan. Satu kemungkinan lagi memang terdapat ancaman bunuh ke atas presiden Rusia. Ahli politik Ukraine yang paling berpengaruh, Ms Tymoshenko pernah menyatakan keinginan melampaunya untuk menembak Vladimir Putin di kepala.

Rujuk 24.03.2014 RT: TYMOSHENKO'S RACIST & MURDEROUS THREATS.

Kenyataan artikel di atas hanya spekulasi sahaja. Bagaimanapun menurut Peter, serangan peluru pada bahagian kokpit pesawat sama sekali bukan spekulasi. Itulah penjelasannya.



No comments:

Post a Comment