Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

Penerbangan MH2 terganggu. MAS kecoh lagi


Datuk Bandar London, Boris Johnson yang baru sahaja menamatkan lawatan rasmi di Asia Tenggara berdepan satu detik cemas dalam pesawat ketika dalam perjalanan pulang ke kota London.

Beliau yang menjadikan negara ini sebagai tempat terakhir dalam lawatannya telah berlepas menggunakan pesawat MAS dari Kuala Lumpur petang semalam.

Dalam pesawat bagaimanapun berlaku satu kekecohan apabila seorang penumpang tiba-tiba bertindak seperti orang hilang akal, tidak diketahui puncanya tetapi berada dalam keadaan mabuk.

Melalui twitter yang dikirim oleh salah seorang penumpang yang turut sama berada dalam pesawat menunjukkan gambar beberapa krew MAS berusaha sedaya upaya bergelut untuk menenangkan lelaki itu. Johnson dan beberapa penumpang lain turut sama membantu namun gagal.

Keadan dapat dikawal sehingga kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Heathrow kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Nama penumpang berkenaan tidak didedahkan, namun dilaporkan dia adalah warga Britain berusia 43 tahun.





Sunday, November 2, 2014

Parti bodoh untuk kaum yang bodoh!



Mereka langsung tidak menghormati sensitiviti waris terlibat, mempersendakan mereka terkorban dengan tragedi yang melibatkan pesawat milik Malaysia Airlines dalam sambutan halloween mereka.

Mungkin pada mereka ia sesuatu yang lucu dengan beraksi sedemikian.. Hakikatnya kedua mereka lebih mirip mayat hidup selepas mati kemalangan kerana memandu dalam keadaan mabuk...

Lagi satu, MAS tak guna pun uniform berwarna biru seperti jaga di pasaraya borong di tempat mereka bekerja..


Saturday, October 4, 2014

Misteri MH370 dan 7 kehilangan lain


Kehilangan pesawat MAS MH370 telah mengundang pelbagai jenis andaian oleh masyarakat dunia. Persoalan yang sehingga kini masih belum terjawab seperti mengapa sistem komunikasi dimatikan secara manual dan mengapa pesawat melakukan pusingan U sebelum hilang, telah menjadi misteri yang tidak terungkap. Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama kejadian kapal terbang hilang tanpa dikesan.

Berikut adalah tujuh kejadian pesawat lain beserta penumpang dan krewnya yang telah hilang ketika dalam penerbangan, meninggalkan seribu persoalan dan sehingga kini tiada tanda-tanda akan dapat ditemui.


1) Misteri Boeing 727-233 yang 'dicuri'

Pada tahun 2003, sebuah pesawat Boeing 727-233, dengan no. pendaftaran N844AA, didapati telah bergerak di sepanjang landasan di Lapangan Terbang Quatro de Fevereiro di Luanda Angola, tanpa isyarat komunikasi atau perhubungan di antara anak kapal dan menara kawalan. Pesawat bersaiz sederhana itu berlepas dari landasan tanpa kebenaran pegawai bertugas di pusat kawalan trafik udara.

Ia kemudiannya terbang ke arah Barat melalui lautan Atlantik dengan lampu yang dipadam dan transponder dimatikan lalu menghilang dan tidak lagi ditemui sejak itu. Di dalam kapal terbang itu terdapat dua orang lelaki, Menurut laporan tidak seorang pun di antara mereka mempunyai kelayakan untuk menerbangkan pesawat tersebut. Operasi pencarian melibatkan seluruh dunia diketuai oleh FBI dan CIA bagaimanapun gagal mengesan kelibat pesawat mahupun krewnya. Kerja pencarian akhirnya dihentikan. Sehingga ke hari ini, kejadian itu masih menjadi misteri.


Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/2003_Boeing_727-223_disappearance


2) Rompakan hasil karya seni di udara?

Sebuah pesawat kargo milik Varig Brazil Airlines telah didapati hilang pada bulan Januari, 1979 hanya 30 minit selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo. Pesawat itu membawa seramai 6 orang anak kapal. Menambahkan lagi misteri kehilangan kapal terbang tersebut, di dalamnya terdapat 153 lukisan bernilai lebih daripada $ 1.2 juta (£ 700,000). Tiada pesawat mahupun anak-anak kapal serta lukisan karya ditemui sejak itu.


Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/1979_Boeing_707-323C_disappearance


3) Penerbangan Tiger Line Penerbangan 739 

Antara misteri yang paling lama bertahan dalam sejarah penerbangan dunia ialah kejadian yang menimpa Penerbangan Flying Tiger Line 739 pada tahun 1932. Pesawat tentera Amerika Syarikat itu telah berlepas dari Guam di Barat Pasifik membawa seramai 90 anggota tentera tetapi tidak pernah tiba ke destinasinya di Filipina. Pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan dan tidak ada tanda-tanda terhempas ataupun sebarang serpihan ditemui.

Salah seorang krew dari sebuah kapal tangki Liberia mendakwa telah terlihat cahaya yang sangat terang di langit, segelintir pihak percaya ia mungkin sebuah pesawat yang meletup ketika di udara. Pihak penerbangan awam Amerika Syarikat bagaimanapun memutuskan ia sebagai "kejadian yang tidak dapat ditentukan punca kemungkinannya", menurut laporan majalah Time.


Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Flying_Tiger_Line_Flight_739


4) Segitiga Bermuda  



Misteri kehilangan beberapa pesawat di rantau antara Florida, Puerto Rico dan Bermuda sejak tahun 1940 telah mengundang perhatian yang luar biasa daripada kalangan ahli-ahli teori konspirasi dan pakar sejarah aeronautik. Dua buah pesawat penumpang milik British South American Airways telah hilang di kawasan itu pada tahun 1948 dan 1949.

51 penumpang serta anak kapal telah hilang dalam kedua-dua insiden, sebuah melibatkan kapal terbang Star Tiger dan sebuah lagi kapal terbang Star Ariel. Menurut laporan rasmi dalam kejadian Star Tiger itu, para penyiasat mengakui mereka menjadi "bingung" dengan kehilangan tersebut. Beberapa pesawat lain turut hilang di rantau itu termasuk lima buah pesawat pengebom Amerika Syarikat yang hilang pada tahun 1945. Walaupun pencarian secara besar-besaran dilakukan melalui udara dan laut, tiada bangkai atau mana-mana bahagian pesawat udara itu dijumpai.

Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/British_South_American_Airways


5) Penerbangan Air France 447 

Pada tahun 2009 penerbangan dari Rio De Janeiro ke Paris telah terhempas ke dalam Lautan Atlantik, membunuh kesemua 228 penumpang termasuk anak kapal. Setelah seharian misi pencarian dibuat akhirnya bangkai pesawat itu dapat dikesan dan mereka menemui serpihan badan pesawat, termasuk kotak hitamnya.

Bagaimanapun mayat 74 penumpangnya tidak dapat ditemui dan ia mengambil masa selama tiga tahun untuk membuat kesimpulan bahawa kemalangan itu disebabkan faktor kegagalan oleh pembentukan dan kewujudan ais pada pesawat, kegagalan fungsi mekanikal dan kesilapan juruterbang.


Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Air_France_Flight_447


6) Top Gun 

Juruterbang aerobatik, Art Scholl hilang tanpa kesan apabila pesawat Pitt S-2 pembawa kamera terhempas ketika melakukan penggambaran dalam filem Hollywood 'Top Gun'. Scholl telah melakukan beberapa pergerakan kapal terbang dengan putaran untuk merakam beberapa babak dalam adegan filem tersebut, malangnya pesawat itu tidak dapat kembali kepada manuver biasa lalu menjunam ke dalam laut. Kata-kata terakhir Scholl yang dicatatkan ialah: "Saya di sini ada masalah," Filem ini kemudiannya dijadikan filem untuk memperingati kehilangan beliau.


Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Art_Scholl

7) Amelia Earhart

Seorang juruterbang wanita yang berpengalaman, Amelia Earhart telah hilang bersama pesawatnya Lockheed Model 10 Electra di tengah Lautan Pasifik pada tahun 1937, ketika dalam cubaannya untuk mengelilingi dunia. Walaupun usaha pencarian dilakukan secara besar-besaran membabitkan kos berjuta-juta pound, namun tiada tanda-tanda pesawat beliau dijumpai. Earhart secara rasminya diisytiharkan mati pada tahun 1939, tetapi spekulasi tentang kehilangannya masih lagi menjadi sebutan sehingga ke hari ini.


Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Amelia_Earhart

Monday, September 29, 2014

MH17 - Penemuan mengejutkan oleh juruterbang Jerman

Jenazah terakhir anak Tamby Jiee mangsa nahas MH17, Muhammad Afruz 13 sudah dikenalpasti. Alhamdulillah, ia menjadikan kesemua enam beranak itu sudah dijumpai. Lima daripada mereka telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, Kuching, Sarawak. Mudah-mudahan Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Peter Haisenko 

Apa yang hendak diceritakan di sini ialah penemuan mengejut analisis seorang juruterbang Jerman, Peter Haisenko ke atas insiden nahas MH17 yang dirumuskan Barat telah ditembak jatuh oleh sebuah peluru berpandu.

Amerika dan sekutunya membuat kesimpulan, pesawat malang tersebut telah ditembak jatuh oleh puak pemisah pro-Rusia secara tidak sengaja menggunakan sistem Peluru Berpandu BUK (Darat ke Udara) buatan Rusia.

Namun daripada hasil analisis penemuan Peter itu menunjukkan pesawat MH17 sebenarnya tidak ditembak oleh puak pemisah Pro-Rusia. Melalui bukti daripada cebisan-cebisan serpihan pesawat yang ditemui, jelas menunjukkan tragedi itu bukan disebabkan oleh penggunaan peluru berpandu BUK ke atas badan pesawat.

Perakam kotak hitam pesawat telah dihantar ke England untuk dianalisis. Namun, tiada hasil penemuan yang boleh mendedahkan apa-apa sehingga kini. Jadi apakah yang boleh dibuat dengan kotak hitam tersebut? Jika dilihat keadaan serpihan pesawat, sudah tentu menarik untuk kita ambil tahu apa agaknya yang terkandungan  di dalamnya.

Kesan lubang dipercayai disebabkan tembakan keluar dan masuk peluru

Pertama sekali, beliau kagum bagaimana beberapa gambar daripada serpihan itu boleh didapati dengan mudah hanya melalui google pada awalnya. Kesemua gambar itu beresolusi rendah melainkan satu, iaitu serpihan daripada kokpit bawah tingkap di sebelah juruterbang.


Perhatikan gambar kecil pada serpihan, klik pada gambar untuk resolusi yang lebih tinggi..

Fakta yang dilihat melalui gambar ini begitu jelas menunjukkan terdapat kesan serangan pada kokpit. Kita boleh lihat seperti kesan tembakan, tekanan arah masuk dan keluar keadaan lubang pada serpihan itu.

Sebahagian daripada hujung pecahan lubang tersebut membengkok ke dalam. Ia agak kecil berbanding lubang di sebelah luar, mirip kesan tembakan daripada peluru meriam berkaliber 30mm, iaitu peluru yang biasanya digunakan dalam pesawat pejuang atau helikopter penggempur.

Di pinggir lubang sebelah lain, terdapat kesan hentakan logam pada lapisan berkembar dinding aluminum pesawat menunjukkan sesuatu telah dipaksa keluar pada kelajuan tinggi dari sebelah dalam. Kesemua serpihan di bahagian belakang kokpit sebahagian besarnya tidak terjejas melainkan pada serpihan yang kita lihat tadi.

Hanya pada bahagian ini menunjukkan kesan kemusnahan yang agak aneh, meninggalkan satu petunjuk penting kepada para penyiasat - MH17 tidak ditembak oleh peluru berpandu pada bahagian tengah pesawat. Kemusnahan hanya tertumpu pada bahagian kokpit pesawat. Beberapa faktor harus diambil kira, terutama pada kawasan kepala pesawat. Bahagian ini dibina dengan binaan khas yang diperkukuhkan supaya dapat menahan tekanan atau impak pada kelajuan yang tinggi terutama apabila bertembung burung bersaiz besar ketika di udara.

Gambar bahagian kokpit Pan Am 103 yang terhempas
Kita boleh lihat dengan jelas, struktur sebelah dalam dibina lebih kukuh berbanding kawasan dinding lain pada fuselage pesawat.

Jika kita merujuk pada kemalangan Pan Am 103 melibatkan pesawat 747 di Lockerbie Scotland yang terhempas juga melibatkan letupan oleh pengganas pada tahun 1988 menunjukkan bagaimana bahagian-bahagian lain berkecai menjadi kepingan yang kecil. Satu-satunya serpihan pesawat yang paling besar ditemui ialah segmen kokpitnya sahaja.

Lubang peluru pada dinding pesawat

Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Pihak Rusia kemudian mendedahkan rakaman radar menunjukkan kewujudan sekurang-kurangnya sebuah pesawat pejuang SU-25 dilihat terbang berdekatan pesawat MH17. Pendedahan Rusia ini selari dengan kenyataan awal pengawal di pusat kawalan ATC warga Sepanyol bernama Carlos yang mendakwa telah menemui kelibat 2 buah pesawat pejuang tersebut di kawasan berhampiran laluan MH17.

Rujuk komen tentang Carlos pada link youtube Tweets from Carlos ATC in Kiev saying Ukraine Military shot down MH17

Jika diperhatikan antara jenis persenjataan pada pesawat jenis SU-25 ini, kita akan mendapati ia dilengkapi dengan meriam berkaliber 30mm, senjata dua laras daripada jenis  GSH-302/AO-17A. Senjata jenis ini biasanya membawa 250 butir peluru anti-kereta kebal dengan setiap peluru mengandungi peledak sendiri yang mengakibatkan kesan kemusnahan besar apabila mengenai sasaran.

Jenis senjata pada SU-25
Bahagian kokpit dengan jelas membuktikan kesan tembakan daripada dua arah berbeza, kesan keluar masuk peluru ditemui pada serpihan kokpit bangkai pesawat MH17.

Kesan tembakan yang pada dinding MH17
Sekarang jika mengambil kira keadaan serpihan tersebut, kita boleh mengandaikan keadaan kemusnahan seperti ini berkemungkinan besar disebabkan oleh senjata jenis yang disebutkan tadi. Ia tidak menghairankan kerana peluru dan persenjataan yang digunakan direka untuk memusnahkan kereta kebal moden. Memandangkan tembakan berturutan daripada senjata itu digunakan ke atas dinding aloi sesebuah pesawat, sudah tentu ia menyebabkan letupan pada masa yang singkat sahaja.

Jenis kesilapan penyebab insiden dan oleh siapa?

Calar projektile kelajuan tinggi pada bahagian sayap.

Oleh kerana kabin sebuah pesawat komersial berfungsi seperti kebuk vakum untuk mengawal tekanan udara, hanya dengan sedikit letupan sahaja akan menyebabkan tekanan memuncak dengan sangat tinggi. Ia melebihi daya tahan logam pada dinding pesawat yang akhirnya menyebabkan pesawat pecah dengan sekelip mata.

Imej-imej serpihan pesawat kita lihat berselerak dengan luas di kawasan padang, serta kemusnahan teruk pada bahagian kokpit menunjukkan kesan letupan tekanan ketika di udara. Kemudian ditemui juga keadaan sayap pesawat dengan kesan calar berkelajuan tinggi yang menuju terus ke arah bahagian kokpit ketika dalam penerbangan.

Menariknya Peter mendapati kedua-dua foto serpihan segmen sayap yang tercalar itu serta dinding kokpit yang mempunyai resolusi tinggi itu kini telah lenyap daripada paparan google images. Kita mungkin mendapati hampir tiada lagi gambar penting pada pesawat MH17 yang boleh memberi petunjuk tentang apa yang telah berlaku. Yang tinggal hanyalah gambar biasa serpihan bangkai pesawat yang sedang berasap.

Agak menarik bagaimana Amerika Syarikat begitu yakin menyalahkan Rusia sebagai dalang terhempasnya pesawat MH17, mengapa tidak Ukraine sendiri sedangkan ia berlaku di wilayahnya. Kita mengetahui pesawat peribadi Presiden Rusia dan MAS memiliki penampilan warna yang hampir serupa.

Ketika tragedi MH17 berlaku, Ukraine sedang bertelagah dengan puak pemisah pro-Rusia. Bagaimanapun ancaman untuk menjatuhkan Rusia datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Malang bagi pesawat malang kita MH17, berkemungkinan besar ia adalah mangsa keadaan. Satu kemungkinan lagi memang terdapat ancaman bunuh ke atas presiden Rusia. Ahli politik Ukraine yang paling berpengaruh, Ms Tymoshenko pernah menyatakan keinginan melampaunya untuk menembak Vladimir Putin di kepala.

Rujuk 24.03.2014 RT: TYMOSHENKO'S RACIST & MURDEROUS THREATS.

Kenyataan artikel di atas hanya spekulasi sahaja. Bagaimanapun menurut Peter, serangan peluru pada bahagian kokpit pesawat sama sekali bukan spekulasi. Itulah penjelasannya.



Tuesday, September 9, 2014

Gambar-gambar suasana pilu ketibaan jenazah mangsa MH17, Allayarham Tambi Jiee di Kuching



Suasana terkini di Pengkalan TUDM Kuching di mana waris-waris terdekat, ahli keluarga serta orang ramai sedang menanti ketibaan pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang membawa jenazah Allahyarham Tambi Jiee, mangsa tragedi MH17 yang dijadualkan akan tiba di sini tengahari ini. -Sarawakiana





TERKINI DI MASJID JAMEQ ... Jenazah Allahyarham Tambi Jiee, mangsa tragedi MH17 tiba di Masjid Jamek Petra Jaya untuk di sembahyangkan.- Sarawakiana







Al Fatihah. Semoga roh arwah Sdr Tambi b Jiee ditempatkan bersama org org solihin. Amin.




Laporan penuh punca nahas pesawat malang MH17, mari ikuti di laman blog www.melanaublogger.com