Gambar ceramah pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, sekutu rapat dan pencacai-pencacainya. Maaflah ye, semua gambar dipetik saja daripada blog rakan sejarahmelayu.blogspot.com (sila rujuk artikel yang lebih lengkap)
Anwar Ibrahim walaupun tidak sepopular seperti ketika zaman reformasi, tetapi bisa kebencian yang ditanam terhadap umno tetap utuh di kalangan pro-pakatan. Bukan masalah berapa ramai yang sanggup muncul pada ceramah-ceramahnya, tetapi berapa ramai yang akan beri undi kepada pembangkang. Begitu juga kalau datang sampai beribu-ribu orang pun belum tentu akan sokong Anwar.
Anwar mempunyai kepakaran talking show yang tidak ada pada mana-mana pemimpin BN masa kini. Dia boleh berpidato, boleh mengajuk cara lawan, boleh menyanyi, boleh berlakon, boleh berlawak, malah boleh menari.. semuanya dapat dilakukan dalam satu show sahaja. Dia adalah penghibur sejati bagi segelintir orang..
Adam Adli nampaknya masih lagi tidak serik. Tapi tunggulah penjara buatmu.
Di kala provokasi kaum dan agama selain serangan peribadi terhadap pemimpin dan kakitangan kerajaan di negara kita semakin menjadi-jadi, rasanya majoriti besar warganegara melihat rasional kepenggunaan akta tersebut.
Jika kumpulan Anwar Ibrahim berkempen supaya akta hasutan dimansuhkan, mereka mahukan supaya tidak ada lagi halangan untuk mereka menyerang sesiapa saja. Semuanya atas nama kebebasan bersuara. Sebilangan besar penyokong pembangkang yang kita lihat sanggup ke luar negara memburukkan negara dan pemimpin kita. Kalau boleh biarlah sampai dijajah oleh pengganas asing atau negara lain bagi membuktikan kelemahan pentadbiran.
Tindakan apa yang boleh dikenakan terhadap mereka?
Tidak ada satu pun negara di dunia yang rakyatnya sanggup berdemonstrasi dan berceramah memalukan negara dan pemimpin di mata dunia. Begitu juga tidak ada negara yang rakyatnya membencikan tanah air sendiri kerana pemimpin yang menaungi kerajaan. Yang biasa kita dengar ialah rakyat mencintai tanah airnya, sekadar tidak menyukai pemimpinnya saja.
Gambar di atas sebenarnya suasana biasa ketika PKR dan PAS buat ceramah. Mereka semakin galak di tempat dan masa yang salah. Apa yang dipentaskan mereka semua tidak lebih dari hanya stand alone show sahaja.
kalau kita sekali dengan penjaja tu, delat 320 org
ReplyDelete