Friday, September 12, 2014

Memang Jahat. Mungkin ini sebenarnya strategi PAS di Selangor.

Dulu kata umno pengkhianat rakyat, Islam plastiklah bagai... PAS lebih sanggup tidur sebantal dengan DAP daripada hidup bersama dengan kepimpinan UMNO. 

Dendam punya dendam, akhirnya Allah Azzawajalla balikkan dendam itu pada diri mereka juga. PAS kini dihentam teruk fanatik politik, bukan saja oleh DAP dan PKR, malahan dari kelompok ahli parti mereka sendiri.

Bila dah kena serang depan belakang, luar dan dalam, buat Press Conference minta simpati kata dikhianati. Tapi jangan percaya bulat-bulat. PAS ini spesis parti u-turn then merry go round... hari ini cakap lain, besok cakap lain.. 




Sebelum pilihanraya 2008 dulu, Pakatan Rakyat tidak wujud. UMNO pernah cuba pujuk PAS untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan Selangor dengan PAS sebagai Menteri Besarnya. 

Malangnya PAS ketika itu sombong. Ada beberapa pemimpin PAS yang gelap mata dengan perundingan serta persetujuan awal dibuat dengan beberapa orang pemimpin utama DAP, walaupun merugikan PAS yang sepatutnya memegang jawatan Menteri Besar Selangor bersama UMNO.


Tak jadi MB masa itu tak apa... Selepas PRU ke-13, PKR sekali lagi diberi tempat ambil tampuk kepimpinan sebab DAP tiada wakil Melayu/ Islam. (PAS ada 15 kerusi DUN, PKR 14 kerusi, DAP 15 kerusi)

Untuk pengetahuan, dalam kebanyakan demonstrasi yang dianjurkan oleh DAP dan PKR sebelum ini, PAS yang paling banyak menyumbangkan ahli. Yang meriah turun padang sampai berguling-guling di atas bitumen pun golongan mereka juga. 

Tanpa ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, demonstrasi takkan menjadi, contohnya Demonstrasi Black 505 yang konon-kononnya untuk membantah kejadian terputus bekalan elektrik sebagai bukti penipuan UBN dalam PRU-13. Sebaliknya PKR dapat malu besar oleh bilangan ahli peserta yang hambar..

Jadi PAS yakin, mereka tiada masalah untuk ketepikan Pakatan Rakyat. Tapi pada masa sama, sumbangan PKR/DAP diperlukan untuk mengekang kuasa UMNO daripada mengambil alih sokongan rakyat. Ibarat menarik rambut dalam tepung.. rambut tak putus, tepung tak berselerak.


Jika PAS mahu ambil alih kepimpinan kerajaan negeri Selangor, inilah masanya. Cukup-cukuplah dengan sandiwara yang dilakonkan selama ini. 

Siapa yang tak gelap mata bila tahu rizab yang dimiliki Selangor sekarang RM2.712 Bilion, jumlah tertinggi dicatatkan dalam sejarah negeri itu. Dengan duit sejumlah itu, 3 kali kempen pilihanraya pun tak habis... 

Sudah tentu PAS tak perlu pada Pakatan Rakyat. Biarlah Pakatan Rakyat pula yang akan berlutut pada mereka kelak....




1 comment:

  1. Jangan risau... Allah tahu segala isi hati dan niat kita. Akhirnya semua yg berlaku dengan izin Allah. Kita rakyat jgn putus doa negara ni aman dan kekal dalam kuasa pemimpin2 yg paling layak mentadbir. Fitnah, penipuan , angkuh, tikam belakang semuanya dikhuatiri akan mengundang kemurkaan Allah (swt). Semoga doa rakyat yg ikhlas di terima... tak kirale pemimpin tu pas ke umno. Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete