Monday, September 8, 2014

Kenapa Wan Azizah tidak boleh jadi MB Selangor?



Perlantikan Datin Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru akan mengundang lebih banyak masalah berbanding kebaikan terhadap rakyat di negeri ini. Penganalisis politik berkata, pentadbiran Wan Azizah kelak akan dibayangi Anwar Ibrahim selaku penasihat PKR.

Malah tidak mustahil peristiwa serah kuasa seperti yang pernah terjadi di Permatang Pauh satu masa dahulu akan berulang kembali sekiranya Anwar didapati bebas daripada sebarang hukuman mahkamah.

Kata penganalisis politik, Dr Ahmad Martadha Mohamed,

“Kita tahu Wan Azizah bukan seorang ‘willing-politician’. Beliau banyak mengambil tempat Anwar apabila Anwar dijatuhkan hukuman, dipenjarakan dan tidak dibenarkan bertanding dan sebagainya.”

“Oleh kerana beliau telah melalui pelbagai peristiwa di mana masalah yang timbul seperti di Permatang Pauh apabila beliau terpaksa bertanding, kemudian apabila Anwar mendapat kelayakan, beliau terpaksa meletakkan jawatan dan beri ruang kepada Anwar untuk bertanding.”

“Jadi ini semua adalah rentetan peristiwa yang menunjukkan bahawa sebenarnya meletakkan Dr Wan Azizah itu akan memberi  lebih banyak masalah berbanding  dengan kebaikan kepada masyarakat dan penduduk  Selangor terutamanya.”



Wan Azizah baru-baru ini telah menghantar surat memohon untuk mengadap Sultan Selangor untuk kali kedua, bagi memaklumkan dirinya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Terdahulu, Sultan menolak permohonan mengadap Wan Azizah. Majlis pimpinan pakatan rakyat sebulat suara bersetuju mengekalkan nama Wan Azizah sebagai calon menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun Martadha menyelar kemampuan Adun Kajang itu untuk mentadbir negeri apatah lagi Wan Azizah sendiri mengakui tidak mempunyai pengalaman mengurus tadbir sesebuah negeri dan mengharapkan sokongan sebuah pasukan mantap untuk membantunya menguruskan Selangor.


Kata Dr Ahmad Martadha lagi,

“Apakah dengan kurangnya pengalaman dari sudut mentadbir sama ada sektor awam atau sektor swasta itu akan menjadikan Wan Azizah itu lebih baik? Saya rasa tidak..”


“Apabila seseorang itu tiada pengalaman dan kredibiliti di mana dua isu ini saya sifatkan sebagai penting bagi sebuah negeri maju seperti Selangor, maka mungkin nanti beliau mudah dimanipulasi. Kita tahu perlantikan Tan Sri Khalid sebelum ini dibuat atas dasar latar belakang beliau menerajui bidang korporat.”  




No comments:

Post a Comment