Saturday, June 25, 2016

ADUN Tupong, Fazzrudin mengariskan 4 cadangan bendung kes samun di Petra Jaya


Banyak kejadian samun berlaku di Petra Jaya sejak kebelakangan ini. Baru-baru ini, satu keluarga
mengalami detik mencemaskan apabila rumah mereka di Jalan Depo, Semaring telah dirompak oleh sekumpulan 3 lelaki. Kesemua suspek yang bersenjatakan pisau, crowbar dan pemutar skrew kemudian mengikat mangsa dan melarikan wang tunai serta barang-barang bernilai sekitar RM30k. 

Selang beberapa hari, satu lagi kes rompakan berlaku di kawasan perumahan Astana yang padat dengan penduduk. Sekumpulan 3 lelaki dipercayai masuk ke bilik tidur serta mengugut untuk mencederakan isteri mangsa jika mangsa melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kesemua mereka melarikan diri apabila emak saudara mangsa yang menjerit 'pencuri' ketika kejadian. Jumlah kerugian tidak dapat dipastikan.

Dan terbaru, satu kejadian rompakan telah berlaku di sebuah rumah di Taman Matang Jaya Fasa 15 Jalan Matang Kuching pada jam 3.00 pagi tadi.Menurut mangsa beliau telah dikejutkan oleh seorang lelaki yang dipercayai berbangsa asing (Indonesia) bersama 4 lagi perompak yang memakai topeng dan membawa senjata tajam iaitu parang & pisau. Mangsa diikat menggunakan wayar dan dikumpulkan di ruang tamu. Perompak telah melarikan 2 buah kenderaan iaitu Produa Viva dan Toyota Innova, beberapa gajet,laptop,barang kemas serta dompet ke semua mangsa. Anggaran kerugian belum dapat dikenalpasti..

Kesemuanya di atas berlaku dalam bulan ini sahaja. Wakil rakyat DUN Tupong, Semariang dan Ahli Parlimen Petra Jaya telah maklum dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengekang kegiatan samun serta menjejaki suspek yang dipercayai dilakukan kumpulan yang sama.

Kita yakin, mereka akan melakukan yang terbaik agar jenayah seperti ini dapat dibendung bagi menjaga keselamatan serta kepentingan masyarakat sekitar.




Tuesday, June 21, 2016

Bekas calon PKR DUN Bekenu Sarawak, Bill Kayong ditemui mati ditembak dalam kereta

Berita mengejutkan. Kita mengutuk pembunuhan yang dilakukan terhadap Bill Kayong, bekas calon PKR dalam pilihanraya negeri DUN Bekenu.

Negara kita semakin rancak dengan kes kejadian jenayah tembak mati di dalam kenderaan, seolah-olah menjadi trend pembunuh terkini. Satu kaedah harus dibuat bagi mencegah kejadian seperti ini daripada berulang.

Semoga pihak polis dapat menjejaki penjenayah tersebut dan mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

*****

Berikut adalah gambar-gambar yang dikumpulkan daripada Facebook, Borneopost serta Astroawani.

 
 
 
 
 
 
 

Bekas Calon PKR DUN Bekenu mati ditembak berhampiran E-Mart Miri

Setiausaha PKR Cabang Miri dan bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Bill Kayong, telah mati ditembak di Miri jam 9 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

"KEADILAN baru terima berita bahawa sdr Bill Kayong, calon kerusi N71 Bekenu pada PRN Sarawak yang lalu, telah mati ditembak berhampiran Emart One-Stop Shopping Mall di Senadin, Miri," tulis mesej tersebut.

Difahamkan beliau telah ditembak di lampu trafik berhampiran pusat membeli belah E-mart di Jalan Permyjaya-Kuala Baram di Senadin, Miri.

Kayong yang ketika itu sedang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota beserta logo PKR, ditembak dari sebelah tingkap pemandu sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Beliau dilaporkan ditembak pada leher dan ditemui rebah pada tempat duduknya kira-kira jam 9.20 pagi.

Kayong juga merupakan setiausaha PKR Cabang Miri dan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teoh.

Semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, beliau telah bertanding di kerusi DUN Bekenu di mana beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Rosey Yunus dalam pertandingan empat penjuru.

Kayong dikenali sebagai seorang yang lantang dalam menyuarakan isu-isu masyarakat termasuk isu tanah adat.

Dalam pada itu, PKR dalam satu kenyataan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Parti itu juga menggesa pihak polis supaya memberkas dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

Sunday, June 19, 2016

7 sebab kemungkinan Pembangkang KALAH di Kuala Kangsar dan Sungai Besar

Syabas kepada calon-calon serta semua petugas yang telah bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan kerusi parlimen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar kekal milik Barisan Nasional.

Barisan Nasional bukan hanya sekadar menang di kedua kawasan parlimen, tetapi menang bergaya dengan majoriti yang lebih besar. Pada PRK kali ini, BN telah meraih peningkatan sokongan rakyat kepada majoriti 9,191 di Sungai Besar dan 6,969 di Kuala Kangsar.



Ia membuatkan ramai pihak pembangkang dalam dan luar negara terkejut dengan keputusan yang tidak disangka-sangka ini sekaligus meranapkan angan-angan mereka untuk melihat Barisan Nasional kalah sehingga hilang deposit.

Setiap hari rakyat didendangkan di media sosial dan internet dengan fitnah, cerita buruk tentang kerajaan, PM malah segala usahanya diperlekehkan, sehingga membuatkan rakyat sudah menjadi biasa mendengar semua bahan-bahan provokasi pembangkang.

Kepada segelintir macai pakatan yang mengejek keputusan PRN Sarawak yang lalu, kali ini mereka sedar faktor pakai cawat, tinggal dalam hutan atau atau bodoh bukan penyebab kepada kekalahan yang begitu mengaibkan pembangkang..

Sebaliknya, antara punca yang mungkin menyumbang kepada kekalahan teruk pembangkang mungkin disebabkan berikut;

1 - Tindakan pembangkang menggunakan kaedah kempen zaman batu (dengan pelbagai provokasi) kepada masyarakat yang mempunyai tahap pemikiran intelektual tinggi menyebabkan mereka gagal mendapat sokongan rakyat.

2 - Kempen-kempen seperti memburuk-burukkan pihak lain, memaki-hamun, memfitnah, mengadu-domba dan sebagainya dihidang sebagai keperluan kerja pembangkang bukannya usaha untuk memajukan kawasan dan menaiktaraf kehidupan rakyat.

3 - Campurtangan melampau DAP dalam kempen PAN membuatkan rakyat malah penyokong mereka sendiri melihat siapa sebenarnya yang berkuasa jika dipilih.

4 - Menganggap pengundi terpegun dengan dedak primitif seperti sayur sawi, resepi bingka ubi dan berasa yakin dengannya, mereka boleh menang pilihanraya..

5 - Hasil bantuan TunM, dan para pemakan dedak beliau sebagai liabiliti Pembangkang yang memecah-belahkan penyatuan pembangkang daripada menentang Barisan Nasional kepada menentang rakan sepakatan yang menyokong dan menentang beliau.

6 - Tidak ada visi, misi, tujuan dan usaha yang jelas untuk para pengundi melihat relevannya calon parti pembangkang sebagai ahli parlimen mereka.

7 - Kebijaksanaan Barisan Nasional yang meletakkan calon sesuai bagi kedua kawasan parlimen. Calon berpendidikan tinggi sahaja bukan ukuran siapa yang lebih layak, kerana ia tidak menjanjikan nasib pengundi yang lebih baik sesudah dipilih.



Saturday, June 18, 2016

Fitnah pembangkang di saat terdesak.

Amat menyedihkan di bulan Ramadhan yang mulia ini pun masih ada segelintir pihak yang tergamak memfitnah dalam usaha terdesak untuk memburukkan calon BN di Kuala Kangsar.

Sudah fitrah pembangkang, fitnah dan pembohongan menjadi makanan ruji mereka - satu cara keji untuk meraih undi. Hakikatnya mereka tidak mempunyai satu sumbangan pun kepada masyarakat tempatan sebelum ini.

Semoga para pengundi PRK kali ini bijak memilih calon dan parti terbaik yang bebas daripada sifat-sifat terkeji sebagai wakil rakyat anda.

Undilah Kak Mas daripada Barisan Nasional

*****


*KENYATAAN AKHBAR
YAB DATO SERI DR ZAMBRY ABD KADIR
MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN*

Pihak Barisan Nasional telah mengesan satu gerakan langkah terdesak oleh sesuatu pihak dengan menggunakan taktik kotor untuk memfitnah calon Barisan Nasional P.067 Kuala Kangsar Datin Mastura Yazid.

Gerakan ini adalah satu usaha yang jijik lagi menjengkelkan dengan menggunakan slip bayaran kepada firma guaman Mastura, Yazid Baba & partners pada tahun 2012. Slip bank ini dijadikan bahan kempen seolah-olah Datin Mastura menerima habuan sebanyak RM500,000 pada pilihan raya ini daripada seseorang.

Saya telah mengarahkan laporan polis dibuat dengan kadar segera supaya pihak polis dapat membuat penyiasatan.  Amat malang sekali dalam bulan Ramadan yang mulia ini, fitnah keterlaluan seperti ini dilakukan bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil ini. Ini merupakan suatu perbuatan yang amat  jelek.

Pada hakikatnya slip bayaran yang ditonjolkan hanyalah bayaran atau pendahuluan kepada firma guaman Mastura, Yazid Baba & partners, di mana beliau merupakan seorang rakan kongsi.

Adalah lumrah untuk sesiapa juga memasukkan wang ke dalam akaun firma guaman atas pelbagai tujuan seperti wang deposit pembelian rumah, bayaran perkhidmatan guaman, pembelian hartanah atau pembelian saham. Akaun bank firma, bukan akaun peribadi, di mana ia akan diaudit oleh Majlis Peguam setiap tahun.

Peguam tidak boleh menggunakan wang di dalam akuan berkenaan kerana perbuatan sedemikin melanggar etika seorang peguam dan boleh didakwa mahkamah. Jika didapati bersalah boleh ditarik sijil guamannya.

Jadi tidak timbul, Mastura terlibat dalam mana-mana aktiviti serta kegiatan yang melanggar undang-undang.

Oleh itu saya menyeru pengundi-pengundi Kuala Kangsar agar tidak terhasut dengan fitnah jahat ini. Sekian.

Thursday, June 16, 2016

AMARAN Ketua Menteri, Adenan Satem kepada semua Menteri dan ADUN BN Sarawak.

Menjadi ADUN dan menteri di Sarawak bukan satu peluang untuk meraih keuntungan politik atau kedudukan. Ia tidak kekal melainkan disertai dengan prestasi yang memuaskan untuk membantu rakyat.

Di Sarawak, setiap kalangan wakil rakyat daripada Barisan Nasional akan dinilai prestasi setiap 6 bulan dalam 'report card' mereka. Jika mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik, maka mereka akan digugurkan pada PRN penggal akan datang atau dilucutkan jawatan.

Jadi, ia adil kepada rakyat, serta kepimpinan BN negeri yang lain yang bersungguh-sungguh memberikan perkhidmatan terbaik.

Ia mengajar wakil rakyat BN Sarawak agar tidak menjadi seperti ADUN pembangkang yang hanya muncul menjelang pilihanraya serta cuma menabur kebencian untuk mendapatkan sokongan melalui undi protes.

Semoga kepimpinan BN di negeri-negeri lain turut sama mengikuti cara Tok Nan kita dengan tegas. Dengan ini, pembangkang tidak lagi mempunyai alasan untuk memburukkan wakil rakyat kita tanpa hujah melainkan cakap-cakap kosong dan pembohongan semata-mata.

Tunjukkan Prestasi, Jika Tidak Mahu Digugurkan Atau Dilucutkan Jawatan - Adenan

Tan Sri Adenan Satem - Ketua Menteri Sarawak

Kuching : Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memberi amaran kepada semua menteri dan wakil rakyat Barisan Nasional agar melaksanakan tugas dengan baik jika tidak mahu digugurkan ataupun dilucutkan jawatan.

Menurut beliau, jika ada wakil rakyat tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik berkemungkinan mereka tidak akan dicalonkan dalam pilihan raya akan datang manakala bagi menteri pula beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku rombakan kabinet untuk menggantikan mereka.

“Mereka mungkin tidak akan disuruh bertanding lagi,” tegas beliau.

“Mungkin rombakan kabinet akan dibuat tetapi pada akhirnya, jika mereka tidak melaksanakan tugas dengan baik, mereka perlu dilucutkan,” kata Adenan ketika ditemui pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Berucap pada Persidangan Penggal Pertama DUN semalam, beliau berkata pengurusan berasaskan prestasi telah diwujudkan untuk semua kementerian di mana semua menteri diwajibkan melaksanakan KPI masing-masing.

"KPI ini juga penting untuk memastikan penjajaran yang strategik sentiasa ada di antara KPI kementerian dengan objektif dan matlamat pembangunan negeri. Saya akan memantau dengan dekat prestasi menteri menerusi KPI mereka,"

"Pada waktu yang sama, semua wakil rakyat Barisan Nasional juga diwajibkan menyediakan KPI masing-masing di mana laporannya akan dikemukakan kepada saya sekali setiap enam bulan. Bagi tujuan ini, format laporan standard akan disediakan untuk mereka," katanya.

Tambah beliau lagi, dengan adanya pengenalan KPI ini, beliau berharap semua wakil rakyat akan sentiasa peka mengenai isu dan masalah yang dihadapi rakyat di kawasan masing-masing.

"Menerusi usaha ini, kerajaan diharapkan dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat," katanya. - Sarawakiana


Tuesday, June 14, 2016

PRK Kuala Kangsar - Video tentang siapa Datin Mastura?




Sepatah dua kata dari orang Kuale, saudara Azmi Ismail mengenai Datin Mastura yang juga calon BN untuk Pilihanraya Kecil Parlimen, Kuala Kangsar. Turut bersama beliau, kelihatan anak kepada calon yang turun ke padang menemui para pengundi di tengah malam serta berkempen mewakili pihak ibu mereka.

Datin Mastura merupakan pilihan terbaik buat rakyat antaranya yang pertama; Beliau merupakan orang yang ambil tahu hal-hal rakyat. Beliau menetap di Kuala Kangsar, mengundi juga di Kuala Kangsar.

Yang keduanya: Penduduk di Parlimen Kuala Kangsar cukup mengenali beliau bersama arwah suami, Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar yang merupakan bekas MP di kawasan tersebut. Beliau sering mengikut suami turun padang menemui rakyat kawasan. Jadi apa-apa sahaja masalah rakyat, beliau sudah maklum sejak dulu.

Yang ketiganya: Anak-anak beliau semuanya baik-baik belaka. Mendapat didikan sempurna daripada ibubapa. Penampilan serta perwatakan mereka juga baik, maknanya bukan daripada kalangan orang-orang yang bersifat kasar dan keras. Yang pasti, penduduk kawasan tentunya lebih mengenali keperibadian mereka semuanya..

Menurut Azmi Ismail, beliau telah menemui Datin Mastura secara peribadi dan cukup yakin Datin Mastura mampu menyambung legasi suaminya yang ditinggalkan.

Sebelum meninggal, arwah ada mempunyai urusan dengan beliau namun selepas berita nahas helikopter melibatkan arwah di Sarawak, beliau menganggap urusan tersebut terhenti di situ sahaja. Namun beliau terkejut apabila mendapati Datin Mastura tahu semua hal-ehwal rakyat melibatkan suaminya di kawasan parlimen tersebut dan berjanji untuk menyambung urusan yang ditinggalkan arwah. Maka, tepatlah pilihan Datin Mastura sebagai calon BN di Kuala Kangsar.

*****

Kata orang, pertuturan melambangkan peribadi. Jika buruk perkataannya, maka buruklah sifatnya. Jika di awal berkempen sering menghina, mencaci serta merendah-rendahkan orang lain, sudah pasti masyarakat dapat gambaran begitulah keadaannya terhadap orang kebanyakan ketika berkuasa kelak.

Alhamdulillah, calon BN kita di Parlimen Kuala Kangsar tiada sifat yang kita lihat begitu. Ketabahan beliau terhadap pemergian orang tersayang, ditinggalkan dengan tanggungjawab, menghadapi cacian serta pelbagai penghinaan manusia yang berhasad, akan menjadikan beliau lebih layak sebagai pemimpin yang baik.

Semoga Datin Mastura mendapat mandat daripada rakyat dengan izin Allah serta menyambung legasi Allayarham Wan Khair dengan mudah dan bertanggungjawab




  

Sunday, June 12, 2016

ADUN BN, Abdullah Saidol menempelak sehingga ADUN DAP, Chong terduduk malu ketika bersidang

Terbaik buat YB Abdullah Saidol...


https://www.facebook.com/SarawakXpress/videos/735560879918450/ 

Syabas kepada ADUN BN Semop, YB Abdullah Saidol yang menempelak ADUN DAP Kota Sentosa yang juga pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berikutan provokasi yang dibuat olehnya berkenaan isu pembangunan asas untuk masyarakat pedalaman di kawasan beliau.

Sememangnya menjadi tanggungjawab wakil rakyat Barisan Nasional mengusulkan permohonan di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kelengkapan dan kemudahan yang lebih lengkap seperti di bandar-bandar besar untuk masyarakat di kawasan masing-masing.

Tindakan Chong yang memperlekehkan YB Abdullah Saidol ketika sidang DUN amatlah tidak beretika. Seolah-olah DAP pernah membuat sumbangan besar terhadap masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman Sarawak.

Apakah ruang Dewan patut dijadikan pentas kempen politik untuk menggambarkan parti mana yang lebih buruk atau tidak layak memegang amanah?

Namun, YB Abdullah menjawab Chong dengan tegas sehingga tidak memberi ruang kepadanya meneruskan cakap-cakap kosong yang tidak bermanfaat langsung kepada pembangunan rakyat.

"Kami dan seluruh anak bumiputera Sarawak yang asalnya memiliki tanah asal di bandar pada masa dahulu, berkompromi dan berkorban untuk pembangunan bandar pada awalnya," katanya.

"Sekarang bila masyarakat seperti ADUN Kota Sentosa yang sudah mempunyai elektrik, air dan cukup infrastruktur, mereka mula mempersoal kedudukan bumiputera di pendalaman," ujarnya.

YB Abdullah turut menyatakan bahawa kenyataan ADUN Kota Sentosa itulah falsafah politik mereka.

"Pangkat, kedudukan dan berpolitik sepanjang masa, itulah falsafah mereka. Sebab itulah DAP akan kalah lagi dalam pilihanraya Parlimen yang akan datang" jawabnya dengan sinis..

*****

Dalam ucapan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan yang lalu, pernah menyatakan DAP ini ibarat Manok (ayam). Bertelur sebiji sahaja, tetapi riuh sekampung.

Mereka mahu berlagak seolah-olah merekalah yang membawa pembangunan kepada masyarakat pedalaman dengan projek-projek mini seperti Impian Sarawak (yang pastinya menggunakan duit kutipan penduduk sendiri).

Jangan lupa apa yang dinyatakan oleh Tok Nan sebelum ini,


Apabila kerajaan negeri membuat usul untuk memperuntukkan RM1 bilion bagi pembangunan insfrastuktur dan kemudahan untuk masyarakat luar bandar dan pedalaman, DAP begitu lantang membantah. Ini kerana jika berlaku, segala usaha mini DAP dalam Projek Impian mereka akan menjadi sia-sia.

Apakah kepentingan parti DAP itu lebih penting mengatasi kepentingan rakyat Sarawak?

DAP sengaja mahu membuatkan masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman terus mundur sedangkan mereka bersama penyokong-penyokong totok mereka hidup selesa di bandar-bandar yang sebelumnya telah dimajukan oleh kerajaan negeri melalui kepimpinan Barisan Nasional.

Inilah perjuangan DAP.. Parti yang tidak ada hati langsung untuk memikirkan masalah rakyat. Mereka hanya tahu berpolitik putar belit tanpa perlu membuat apa-apa kerja tetapi mengharapkan rakyat terus menolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya.

Maka, sudah tentulah apa yang dikatakan YB Abdullah itu tepat sekali. Itulah sebabnya DAP akan kalah lagi dalam Pilihanraya Parlimen yang akan datang.





Saturday, June 11, 2016

Terbaik - Intipati perbahasan oleh YB Fazzrudin dalam Sidang Dewan Undangan Negeri buat pertama kali.


Buat pertama kali, YB Fazzrudin Abd Rahman telah menghadiri sidang DUN yang pertama selepas pembentukan Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak 2016.

Di bawah berikut merupakan antara catatan ringkas mengikut pengolahan penulis melalui rakaman dan gambar yang diletakkan sebagai ilustrasi kepada pembaca.

*****

YB Fazzrudin Abd Rahman
Mukadimah

Setinggi-tinggi penghargaan kepada para pengundi yang telah memilih beliau kerana memberikan peluang untuk berkhidmat dan mewakili mereka dalam DUN Sarawak.

Setinggi-tinggi terima kasih juga beliau ucapkan kepada mantan ADUN N6 Tupong, YB Datuk Daud Abd. Rahman yang telah banyak berjasa dalam membangunkan kawasan Tupong. Kerjasama Ahli Parlimen Petra Jaya bersama mantan Adun YB Datuk Daud merupakan salah satu resepi kejayaan Barisan Nasional, insyaAllah akan meneruskan perjuangan beliau demi kesejahteraan rakyat di N6 Tupong.

Kejayaan Barisan Nasional melalui keputusan pilihanraya yang lepas menunjukkan bahawa belia-belia di negeri Sarawak ini menyokong teguh kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak. Ia juga adalah disebabkan inisiatif-inisiatif ataupun usaha-usaha Ketua Menteri yang dekat di hati rakyat terutama manifesto pilihanraya yang memfokuskan pembangunan dan pengiktirafan belia.

Antara lain inisiatif belia yang mengambil kira kebajikan rakyat Sarawak amnya dan kesannya terhadap masyarakat Tupong khasnya adalah;

  • Pemansuhan Tol di Jambatan Tun Salahuddin
  • Pemansuhan cukai tanah
  • Pemansuhan cukai GST bagi semua khidmat Majlis Perbandaran dan Kerajaan Negeri Sarawak.


Projek mega seperti PAN Borneo Highway juga akan memberikan impak ekonomi yang lebih baik kepada rakyat Sarawak khususnya syarikat-syarikat tempatan serta masyarakat yang mendiami di sepanjang kawasan jajaran lebuhraya.

Mengekalkan budaya bertoleransi, tidak ekstrimis dan terbuka kepada perbincangan yang matang agar berjaya menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang. Mengingatkan diri serta menyeru kepada seluruh ahli dewan untuk berpegang teguh kepada prinsip ini agar keharmonian serta perpaduan kaum dapat dikecapi oleh anak cucu kita nanti.


Hidangan dimasak si anak dara,
Berbilang jenis berbagai rasa,
Belia menjadi harapan negara,
Meneruskan kesinambungan warisan bangsa


Program-program untuk Belia

Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah menganjurkan program-program peningkatan belia seperti Sarawak Carrier and Training (SCAT FAIR) Fair yang memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk mencari peluang melanjutkan pelajaran dan latihan, atau lepasan-lepasan universiti atau kolej untuk mempertingkatkan lagi keupayaan mereka agar menjadi lebih berdaya saing.


Ini merupakan bukti kerajaan negeri sememangnya memberi penekanan dan pengiktirafan bahawa para belia merupakan modal atau aset yang begitu penting dan perlu diberi perhatian yang khusus.

YB Fazzrudin memohon agar statistik kejayaan program ini dalam pencapaian objektifnya hendaklah dikongsi bersama dalam sidang DUN kelak, serta memohon agar program yang berskala lebih kecil lagi dapat dilaksanakan.


Sukan Bola Sepak Kuching



YB Fazzrudin berasa amat bangga dengan usaha FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) telah julung kalinya menganjurkan perlawanan Liga Bolasepak Rakyat (LBR 2016) yang disertai oleh 111 buah pasukan daripada seluruh negara. Dan Pasukan Kuching, di mana beliau sendiri yang terlibat secara langsung telah menjuarai kejohanan tersebut baru-baru ini.

Ia membuktikan bahawa Sarawak mampu melahirkan juara dengan perancangan, ketekunan dan kerjasama yang erat di antara kerajaan dan persatuan-persatuan sukan.

Dengan itu, beliau memohon agar kerjasama yang lebih erat dapat dijalinkan di antara Kuching Division Football Association dan kerajaan negeri agar memberi peluang untuk mengembangkan potensi pasukan ini demi untuk mengharumkan nama Sarawak di peringkat kebangsaan.


Sukan Permotoran Kuching

Dalam tahun ini juga, beliau terlibat secara langsung dalam penganjuran Petra Jaya Motor Drag Race di Matang dan telah berjaya menarik minat penyertaan dari negeri-negeri daripada semenanjung Malaysia dan antarabangsa seperti Thailand, Singapura serta juara dunia dalam acara tersebut iaitu Greece.



Dengan itu, YB Fazzrudin memohon kerajaan untuk melihat kepada pembinaan Litar di lokasi yang tetap agar ianya dapat digunakan untuk penganjuran perlumbaan Cub Prix dan juga Drag Race. Jika kita mempunyai litar yang lengkap dan tetap, maka mungkin kita akan dapat memasukkan Sarawak sebagai salah satu lokasi bagi kejohanan Cub Prix Kebangsaan dan juga dapat menarik minat penyertaan pelumba-pelumba antarabangsa untuk kejohanan-kejohanan yang dianjurkan.

Jika ini berlaku, sudah pasti ia akan dapat menyumbang serta meningkatkan industri pelancongan sebagai daya tarikan kepada negeri kita pada masa akan datang. Antara lokasi cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah di tempat letak kereta di Stadium Sarawak.

Ini sekaligus diharap dapat membendung kegiatan lumba haram yang berleluasa akibat dari ketiadaan tempat khusus untuk belia yang berkeinginan untuk berlumba di litar lumba.


Penempatan rakyat DUN N6 Tupong

Kawasan N6 Tupong merangkumi kawasan bandar, pinggir bandar dan sedikit kawasan luar bandar. Fokus kepada keutamaan cabaran penghijrahan masyarakat luar bandar ke kawasan  bandar untuk mencari peluang-peluang mempertingkatkan hidup mereka. Sudah tentu antara isu utama adalah tempat tinggal.

Pilihan-pilihan dihadapi oleh mereka antaranya menyewa rumah-rumah atau flat kediaman ataupun tinggal dirumah ahli keluarga malah terdapat juga kes-kes membina rumah kediaman di atas tanah yang bukan milik mereka. Merupakan cabaran yang amat tinggi sekali jika tidak diselaras dengan lebih baik di peringkat awal lagi.

Kementerian perumahan telah menyediakan pelbagai skim-skim perumahan untuk memudahkan masyarakat  yang memerlukan bagi memiliki rumah. Sudah tentu masyarakat yang menyewa flat-flat kediaman mahu menaiktaraf kehidupan dengan memiliki rumah-rumah yang lebih selesa.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kajian dan tindakan dapat dibuat untuk melihat semula kepada kemampuan penghuni-penghuni flat kos rendah sedia ada bagi mencari dan membeli rumah lain yang bernilai lebih tinggi dan lebih selesa. Mungkin peluang diutamakan kepada mereka yang mempunyai sewa bulanan yang baik dan tetap.



Selain itu, YB Fazzrudin memohon agar lebih banyak rumah-rumah kos rendah dan sederhana dibina di kawasan DUN N6 Tupong.


Pusat perniagaan untuk Para Belia

Untuk para belia yang memerlukan peluang-peluang pekerjaan serta peluang perniagaan, YB Fazzrudin memohon agar diwujudkan satu ‘One Stop Info Centre’ khas untuk menyalurkan maklumat-maklumat menyeluruh kepada belia-belia ini. Jika ia dapat dipertimbangkan serta diluluskan, beliau ingin menawarkan kawasan Tupong untuk dijadikan ahli projek bagi permohonan tersebut.

Pasar Uptown Satok di tempat letak kereta belakang civic center

Dari segi keusahawanan, model Satok Uptown amat baik sekali jika ia dijadikan model bagi kerajaan untuk membantu usahawan-usahawan kecil dan usahawan-usahawan  belia. DUN Semariang juga telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan pusat perniagaan yang sama seperti Uptown Satok baru-baru ini.

Memohon agar kerajaan negeri mewujudkan model yang lebih kurang sama tetapi khas unutk belia dan juga kalau boleh dinamakan sebagai Pasar Malam Belia. Beliau juga memohon agar bantuan dan latihan dapat diselaraskan daripada pelbagai sumber dan disalurkan kepada usahawan-usahawan belia. Serta mengharapkan penyelarasan bagi memastikan pusat-pusat perniagaan ini saling bantu membantu dan bukannya bersaing dalam perniagaan masing-masing.


Isu Banjir Kilat

Pembangunan pesat di N6 Tupong merangkumi pembinaan perumahan serta premis-premis perniagaan di atas tanah yang dulunya belukar serta kebun getah, secara tidak langsung telah memberikan kesan negatif kepada masyarakat, seperti contoh Taman Sejoli Murni, Kampung Pinang Jawa, Jalan Matang Baru, Jalan Taman Malihah Batu Kawa yang sering dilanda banjir kilat.

Keadaan jalan di kawasan Malihah Batu Kawa ketika dilanda banjir kilat

Oleh itu beliau memohon terutama bagi kawasan Malihah Batu Kawa, memandangkan ia merupakan jalan utama yang melibatkan ribuan penduduk jika jalan tersebut dinaiki air, langkah jangka pendek sementara menunggu projek perparitan di kawasan terjejas mungkin boleh diturap semula atau ditinggikan jalannya agar kenderaan masih boleh melalui kawasan tersebut jika berlaku banjir kilat.

Beliau juga memohon status projek tebatan banjir atau projek perparitan kawasan kampung pinang jawa, projek perparitan jalan matang baru dan memohon kajian terperinci dilakukan terhadap isu bajir kilat di taman sejoli murni. Agar cadangan penyelesaian yang lebih konkrit dapat dihasilkan.


Isu Kesesakan Jalanraya



Selain itu, YB Fazzrudin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah membina jalan alternative dari EMart ke Sungai Maong dengan projek yang sedang dijalankan serta juga pembinaan Underpass di bulatan Datuk Kipali bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Beliau turut memanjangkan penghargaan kepada warden-warden Traffik yang bertugas bagi mengurangkan kesesakan di bulatan tersebut ketika waktu puncak. Bagaimanapun, beliau memohon agar pihak DBKU dan MPP agar dapat bekerjasama bagi mengatasi masalah sama di Jalan Matang menuju ke bulatan Matang berdekatan Emart yang sering menghadapi kesesakan ketika waktu puncak.

Turut sama dibahaskan ialah pertanyaan mengenai status permohonan projek pelebaran jalan daripada Matang Jaya ke Simpang Taman Malihah.


Thursday, June 9, 2016

Upacara mengangkat sumpah sebagai ADUN - YB Fazzrudin

Syabas kepada YB Fazzrudin yang telah selamat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan negeri yang sah.

Beliau aktif berkhidmat dan melawat kawasan ketika hari pertama lagi selepas diumumkan sebagai pemenang Pilihanraya Negeri bagi DUN N6 Tupong.



Tuesday, June 7, 2016

Calon BN, Datin Mastura sudah 27 tahun berkhidmat di Kuala Kangsar



Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar menyaksikan kepada kita fesyen kempen buruk-memburukkan calon lawan, memaki hamun, mengata orang lain tidak cukup Islam dan sebagainya sudah ketinggalan zaman.

Rakyat saban hari, saban tahun semakin matang dalam mainan politik sebegini. Emosi saja tidak menjamin sokongan tanpa disertai dengan tanggungjawab serta menunaikan janji-janji yang pernah diberikan kepada rakyat. Era reformasi, era tsunami politik, era 'menang sorak kampung tergadai' itu sudah berlalu.

PAS dan PAN bertelingkah sesama sendiri dalam pertembungan di Kuala Kangsar pada kali ini. Walhal keduanya berasal dari satu kelompok yang sama dalam Pakatan Rakyat. Taksub kepada pemimpin menjadikan parti-parti mereka caca-marba.

Semalam ceramah PAS meraih 200 orang, PAN pula cuma sekadar 50 orang. Bagi kita, itu memadai untuk menjadi penentu ukur di tingkat mana kekuatan parti mereka.

Buat calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid, kita mendoakan kemenangan kepada beliau. Meskipun difitnah dengan pelbagai tuduhan yang tidak baik oleh pihak lawan, biarlah para pengundi yang menentukan.. Baik buruk parti yang bertanding itu dilihat dari tutur kata pemimpin-pemimpinnya ketika berucap. Itu fitrah biasanya hanya disedari oleh orang lain yang selain diri mereka sendiri..

Undilah BN, parti yang menjanjikan harapan sebenar kepada rakyat. Kepada Kak Mas, semoga tabah menghadapi hari-hari berkempen bersama anak-anak sehinggalah ke hari pembuangan undi..

Kami penyokong Barisan Nasional, akan terus berjuang bersama anda.

*****

Gambar dan artikel di bawah - sumber fb https://www.facebook.com/1Agenda/?fref=nf



Kak Mas Sudah 27 tahun Berkhidmat Bersama Suami Di Kuala Kangsar.

“Saya wanita Kuala Kangsar dan telah 27 tahun berkhidmat bersama arwah suami untuk masyarakat di sini,” demikian tegas calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid.

Balu kepada penyandang kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad itu menambah, soal ‘orang luar’ tidak timbul dalam pencalonan beliau pada PRK ini kerana beliau bukan orang baharu di kawasan tersebut.

“Saya berkahwin dengan orang sini dan telah bekerja bersama arwah suami, untuk masyarakat Kuala Kangsar .

“Biarlah apa orang mahu kata, masyarakat di sini lebih tahu cara kerja kami dan saya yakin serta serahkan kepada orang Kuala Kangsar untuk membuat pilihan yang bijak,” kata beliau dalam sidang akhbar di kediamannya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, keempat-empat anak Mastura, iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Mohd. Kamil Shafie dan ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman.

Mastura menjelaskan, beliau dengan rela hati menerima pencalonan daripada pucuk pimpinan parti kerana ini adalah satu peluang untuk meneruskan kerja-kerja arwah suami dan memberi fokus kepada isu-isu tempatan.

Beliau yakin masyarakat di Kuala Kangsar lebih bijak menilai berdasarkan kerja-kerja pembangunan yang telah dilakukan sejak 27 tahun lalu bersama arwah suami.


Monday, June 6, 2016

Kenyataan Muhammad Ali yang mengemparkan dunia satu ketika dulu

Selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa pada hari yang pertama ini dan hari-hari berikutnya sehinggalah menjelangnya Syawal. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan beserta ibadah mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keberkatan di sini Allah. Amin.

*****

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan pemergian lagenda tinju dunia, Muhammad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 3hb Jun 2016. Beliau bukan sahaja terkenal dengan karier tinjunya, tetapi juga disebabkan penghijrahan beliau kepada Islam serta dakwah yang cuba disampaikan kepada masyarakat Amerika ketika hayatnya.


39 tahun yang lalu beliau pernah menggemparkan para peminatnya dengan kenyataan-kenyataan beliau tentang alam selepas kematian, nasib beliau setelah mati dan arah tujunya samada ke syurga atau neraka.

Apa yang dikuatiri beliau pada 39 tahun yang lalu, bagaimana nasibnya selepas mati kini mula dilalui beliau. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui keadaan setiap hambanya yang telah mati, wallahualam.

Sebagai umat Islam, bersamalah kita mendoakan keselamatan beliau moga-moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Di bawah ialah terjemahan video beliau yang diringkaskan apabila ditanya oleh salah seorang peminatnya mengenai apa yang akan dibuat beliau setelah meninggalkan sukan boxing/tinju dunia..




Soalan Peminat :

Saya ingin tahu apakah yang anda akan buat setelah bersara daripada sukan Boxing?

Muhammad Ali :

Setelah saya bersara daripada Boxing, saya benar-benar tidak tahu.. Saya mahu menyatakan sesuatu di sini, ia mungkin akan membuatkan anda semua terfikir… kehidupan ini benar-benar singkat.

Jika diambil kira kesemua perjalanan anda, semua waktu tidur anda, persekolahan anda, hiburan anda, berkemungkinan separuh daripada kehidupan anda itu tidak berbuat apa-apa (sia-sia). Saya sudah berusia 35 tahun sekarang.. dalam 30 tahun lagi, saya akan berusia 65 tahun. Kita tidak lagi mempunyai pengaruh, kita tidak mampu berbuat apa-apa pada usia 65, isteri anda akan memberitahukan itu kepada anda kelak.

Dan apabila anda berusia 65 tahun, tidak banyak lagi perkara yang boleh dibuat. Jadi, sedarkah anda yang saya akan berusia 65 pada 30 tahun akan datang?

Dalam 30 tahun itu, saya mengambil masa untuk tidur selama 9 tahun. Saya tidak mempunyai 30 tahun waktu siang. Saya kena berangkat pulang ke Amerika dan ia mengambil masa 6/7 jam. Kesemua perjalanan saya, mungkin mengambil masa 4 tahun untuk 30 tahun yang akan datang. Television, movie, hiburan, kesemuanya mengambil masa sekitar 3 tahun.. Daripada 30 tahun tersebut, saya berkemungkinan hanya mempunyai lebih kurang 16 tahun sahaja waktu produktif.

Jadi beginilah keadaannya apabila kita membahagikan kehidupan kita satu persatu. Apa yang saya akan buat dalam 16 tahun akan datang? Apakah perkara terbaik yang saya boleh buat?

- Mempersiapkan diri untuk menghadapi Tuhan (Allah Azzawajalla)

Pulang ke kampung halaman, menguruskan perniagaan, mengajar para peninju, kesemuanya tidak akan membawa saya ke syurga (al Jannah). Berapa ramai kalangan di sini yang percaya wujudnya Maha Pencipta, percaya wujudnya Tuhan? Berapa ramai yang percaya terdapatnya satu kuasa yang mencipta matahari, bulan, bintang?

Berapa ramaikah yang percaya bahawa kesemua ini tidak akan wujud dengan sendirinya? Ada sesuatu yang lebih bijak daripada kita yang telah menciptanya.

Berapa ramaikah yang percaya akan kewujudan tuhan?
Berapa ramai pula yang percaya tuhan tidak wujud?

Baiklah, jika saya memberitahukan anda, gelas ini wujud secara tersendiri.. gelas ini mencipta dirinya sendiri, tiada manusia yang membuatnya adakah anda akan percaya? Adakah anda akan percaya benda ini membuat dirinya sendiri?

Tidak…

Bila saya memberitahu anda, anda tentu tidak akan mempercayainya, bukan?

Jika saya memberitahu yang stesen television ini wujud dengan sendirinya, tanpa dibuat manusia, anda akan mengatakan yang Muhammad Ali sudah gila…

Baiklah, jika gelas ini tidak mampu membuat dirinya sendiri, jika saya memberitahu pula bahawa pakaian yang anda pakai itu menganyam dirinya sendiri, tiada sesiapa menciptanya, serta membuat dirinya sendiri, sudah tentu anda tidak akan percaya..

Tetapi, jika pakaian itu tidak membuat dirinya sendiri, gelas itu pula tidak mampu membuat dirinya sendiri, jika bangunan ini tidak dibuat dengan sendirinya, bagaimana pula Bulan boleh wujud di luar sana? Bagaimana bintang dan Jupitar, Neptune dan Marikh dan matahari, bagaimana dengan alam semulajadi?

Bagaimana kesemua ini boleh datang jika tiada kebijaksanaan, sesuatu perancang yang mengatur segalanya? Jadi apa yang ingin saya katakan di sini, ialah saya percaya bahawa kita semua akan diadili. Haruskah orang seperti Hitler yang telah membunuh kesemua kaum Yahudi terlepas begitu sahaja?

Seseorang akan menghukumnya.. mungkin dia tidak dibalas pada masa ini, tetapi dia akan dihukum apabila dia sudah mati kelak. Dalam neraka selama-lamanya..

Jadi, apa yang saya akan buat bila saya meninggalkan sukan Boxing?

- Ialah membuat persiapan untuk menemui Tuhan, kerana pesawat saya mungkin boleh meletup (bila-bila masa). Bukankah pesawat kadang-kala meletup di negara ini dan terhempas? Bukankah manusia mati setiap hari? Ia sesuatu yang menakutkan untuk memikirkan yang saya akan ke neraka dan dibakar selama-lamanya.

Jadi apakah yang akan saya buat?

Sebab kenapa saya ambil keputusan berikut, saya akan terangkan kepada anda persoalan tadi.. Anda bertanyakan soalan yang tidak boleh saya jawab dengan begitu sahaja..

Apabila saya meninggalkan sukan Boxing atau apabila saya melaluinya.. saya akan buat segala yang termampu untuk membantu orang ramai, itulah sebabnya saya berada di sini bersama Johnny Walker. Di sini terdapat lelaki miskin, sepanjang perjalanannya untuk datang ke Amerika.. Terdapat juga segolongan budak lelaki yang memerlukan sedikit wang.. dan ‘seseorang’ telah menyeru saya untuk membantu mereka.

Tuhan sedang memerhatikan saya.. Tuhan tidak memuji saya kerana telah menewaskan Joe Frazier. Tuhan tidak memberikan sesuatu apapun kerana Joe Frazier..

Tuhan tidak kisah satu apapun tentang England atau Amerika sepertimana kita yang mengambil berat tentangnya.. Ia semua adalah milikNya. Dia mahu melihat bagaimana perlakuan kita terhadap orang lain, bagaimana kita membantu orang lain..

Jadi, saya akan dedikasikan (meluangkan) hidup saya, menggunakan nama dan pupolariti saya untuk membantu badan kebajikan, membantu orang ramai, menyatukan manusia.. manusia mengebom antara satu dengan yang lain disebabkan perbezaan agama, kita mahukan seseorang dalam dunia ini membantu wujudkan keamanan. Jadi bila saya mati, jika syurga itu ada, saya mahu melihatnya.
Kerana berapa lama kita boleh hidup? 80 tahun?

Kebarangkalian sebahagian daripada kita dalam bilik ini mungkin akan mati dalam 20 tahun akan datang, sebahagian mungkin akan mati 50 tahun akan datang, sebahagian akan mati 30 tahun, sebahagian lagi mungkin akan mati 60, 70 tahun akan datang.. Lambat laun, kita semua akan mati juga.

Dan jika anda hidup, katakan untuk 125 tahun ianya tidak mungkin bukan? Katakan anda hidup sehingga 250 tahun dan mengecapi seks untuk 145 tahun dalam waktu tersebut, akhirnya anda akan sampai ke penghujungnya juga selepas itu.  Jadi kita tidak mempunyai usia melainkan 80 tahun di atas muka bumi. Inilah ujian bagi melihat bagaimana kita menggunakan kehidupan kita, ke arah syurga atau neraka..

Ini bukanlah kehidupan.. kehidupan sebenar ialah dalam diri anda. Tubuh anda akan menjadi tua. Sebahagian daripada anda akan melihat cermin, anda tidak lagi mempunyai gigi, rambut anda akan mulai gugur, tubuh anda semakin uzur, tetapi roh dan jiwa anda tidak akan mati..ia akan hidup selamanya. Jadi tubuh hanyalah perumah bagi roh dan jiwa anda.

Tuhan sedang menguji kita, bagaimana perlakuan kita terhadap orang lain.. bagaimana kita menjalani kehidupan untuk menuju tempat tinggal sebenar, di syurga. Benda-benda fizikal tidak selamanya akan kekal. Kereta saya, bangunan ini akan berada di sini sedangkan manusia yang membinanya telah pun mati.

Terdapat ramai raja-raja serta permaisuri terdahulu di England, kesemua mereka sudah mati. Selepas ini satu akan pergi sementara yang satu lain akan bakal mengganti. Jadi, kita tidak tinggal di sini, kita cuma pemegang amanah. Kita tidak memiliki apa-apa pun, bahkan anak-anak bukanlah milik anda… jika anda fikir saya berbohong, isteri anda bukan milik anda. Anda tidak memiliki anak-anak anda, anda juga tidak memiliki keluarga anda, jadi apakah yang saya maksudkan?

Perkara yang paling penting ialah apa bakal terjadi kepada diri anda sekiranya anda mati, adakah anda akan ke syurga atau ke neraka..  dan ia adalah untuk selama-lamanya (kekal). Berapa lamakah, selama-lamanya itu?

Bayangkan, ambil contoh gurun sahara.. ia mengandungi pasir yang luas bukan? Kemudian bayangkanlah sebutir pasir yang kita ambil daripada gurun tersebut, mewakili 1000 tahun.. dan sekiranya anda mati dan  dimasukkan ke dalam neraka, anda akan terbakar selama-lamanya, kekal abadi. Tiada pengakhiran..

Berapa lama (tiada pengakhiran)?

Ambil gurun sahara, saya akan menyuruh anda menunggu untuk 1000 tahun dan 1000 tahun selepas itu, saya mahu anda ambil lagi sebutir pasir demi sebutir sehinggalah tiada lagi tinggal pasir di gurun tersebut. Bayangkanlah berapa lamanya tempoh itu..

Maksud saya, Amerika telah wujud kini 200 tahun usianya. Terdapat 800 tahun lagi untuk mencapai 1000 tahun tersebut, ia benar-benar menggerunkan saya untuk memikirkan sekiranya saya mati satu hari kelak kemudian pergi ke neraka. Kapal terbang saya mungkin boleh meletup, saya sentiasa mengembara dan Tuhan akan mengadili roh saya.

Kepada pihak polis, saya berkemungkinan membunuh orang lain, saya berkemungkinan merompak orang lain, pihak berkuasa mungkin tidak dapat menangkap saya. Pihak FBI, Scotland Yard, mungkin tidak dapat menangkap saya, tetapi apabila saya mati kelak, seseorang yang memerhatikan saya akan mencatat segalanya dan SAYA TIDAK AKAN DAPAT MELEPASKAN DIRI.

Saya akan dibakar selamanya, saya dihantar ke neraka. Jadi apa yang saya akan lakukan bila meninggalkan Boxing, saya hanya mempunyai 16 tahun untuk menjadi produktif, mempersiapkan diri untuk bertemu Tuhan dan kembali ke tempat yang lebih baik. Adakah ia masuk akal?

Terima Kasih..


Saturday, June 4, 2016

Hujan batu di Kuala Lumpur cetus panik warga kota KL

Berlaku semalam. Rakaman video menunjukkan keadaan ketika Kuala Lumpur dilanda hujan batu yang menakutkan berlaku di kawasan Bukit Jalil dan Sungai Besi.

Pertama kali melihat hujan batu yang memusnahkan beberapa struktur bangunan terutama pada bahagian atap dan siling. Warga kota digemparkan dengan kejadian luar biasa, sebahagian besar tidak pernah mengalaminya seumur hidup.

Bencana seperti ini biasa kita lihat berlaku di luar negara. Ketulan-ketulan air batu yang terkumpul beserta hujan lebat serta angin ribut boleh menyebabkan kemusnahan teruk pada harta benda. Sama-samalah kita mendoakan agar tidak berlaku lagi di negara kita.




*****

Artikel Astro Awani

KUALA LUMPUR: Penduduk di Bukit Jalil di sini petang tadi dikejutkan dengan kejadian hujan air batu di beberapa kawasan, berikutan cuaca ribut yang turut menumbangkan beberapa batang pokok besar termasuk di Taman Teknologi Malaysia.


Hujan ribut itu bermula pada jam 6 petang hingga mencetuskan panik dalam kalangan pekerja pejabat kerajaan dan swasta di sekitar kawasan berkenaan

Beberapa pekerja pejabat yang baru hendak pulang dari kerja terkejut apabila melihat beberapa buah kenderaan turut rosak teruk akibat dihempap pokok.

“Kami sedang berada dalam pejabat ketika terdengar bunyi yang kuat di luar bangunan. Seperti ada kekecohan berlaku, saya dan teman pejabat bergegas untuk melihat apa yang berlaku.

“Kami terkejut apabila mendapati kira-kira 10 buah kenderaan di kawasan pejabat saya dihempap pokok. Kira-kira dua atau tiga kenderaan mengalami kerosakan teruk ,” ujar seorang pengarang radio, Mogan Muniandy kepada Astro AWANI.



Sementara itu, jurucakap Prasarana Berhad memberitahu Astro AWANI, perkhidmatan LRT terjejas antara stesen Cheras dan Sri Petaling akibat gangguan bekalan kuasa.

Pihak Prasarana menyediakan bas perantara bagi kemudahan penumpang yang terjejas.

Ketika ini, beberapa pihak difahamkan mula mengalihkan serpihan objek yang menghalang laluan.



Wednesday, June 1, 2016

Penjelasan DR ASYRAF WAJDI DUSUKI berkenaan RUU Akta Mahkamah Syariah

Berikut adalah antara persoalan yang dijawab dengan teliti oleh Dr Asyraf. Beliau merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam (Hal Ehwal Agama). Antara hadirin yang hadir mengikuti penjelasan beliau ialah daripada kalangan bukan Islam yang tidak faham dengan pindaan RUU tersebut.

Semoga dengan penjelasan sebegini, masyarakat pelbagai kaum dan agama akan faham dan tidak mudah dikelirukan oleh segelintir pihak yang berniat jahat untuk memburukkan sistem perundangan dan kepimpinan negara.

Di bawah, adalah gambar-gambar sesi bersoal jawab dan artikel yang dipetik daripada timeline FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki

*****



MENJAWAB 10 SALAH FAHAM MENGENAI PINDAAN RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) @ AKTA 355

Berikut adalah jawapan saya dalam sesi Dialog dan Soal Jawab dengan pemimpin2 Bukan Islam khususnya MCA dan GERAKAN Kelantan di Kota Bharu petang semalam:

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.

Jawapan:

Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?

Jawapan:

Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?

Jawapan:

Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:

(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.

(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.

Jawapan:

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi
(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Jawapan:

Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan:

Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?

Jawapan:

Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.

Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI