Showing posts with label Politik Selangor. Show all posts
Showing posts with label Politik Selangor. Show all posts

Tuesday, March 29, 2016

Khir Toyo akhirnya bebas daripada penjara. Alhamdulillah.

Setelah enam bulan di penjara akhirnya Dr Khir bertemu keluarga secara berdepan tanpa kaca penghalang lagi. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t.



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diberi parol bermula Selasa selepas menjalani hukuman selama enam bulan di Penjara Kajang.

Permohonan bekas MB Selangor itu diluluskan Lembaga Parol selepas mengadakan mesyuarat pada pagi tadi.

Melalui sistem parol, Mohamad Khir dibebaskan lebih awal oleh kerajaan dan dibenarkan menjalani aktiviti harian dengan pemantauan pihak penjara.

Beliau dipenjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki di Mahkamah tinggi shah alam.

Keputusan itu dibuat pada akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Mahkamah  memerintahkan hukuman itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mohamad khir, 46, dituduh mendapatkan diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, barangan berharga iaitu dua lot tanah serta sebuah rumah di Shah Alam daripada Syarikat Ditamas melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.
Hartanah yang terletak di Seksyen 7 itu diperoleh dengan harga 3.5 juta ringgit, sedangkan ia dibeli oleh syarikat itu pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Sumber artikel: Astroawani

Tuesday, April 7, 2015

Hot!!! RESPONSES TO MB’S CLAIMS IN THE DEWAN NEGERI

“The issue of Kidex (Kinrara-Damansara Expressway) had dragged on for such a long time and I am glad that I was able to make a decision within a short period to cancel the project after listening to the views of parties involved.”

Seriously, YAB Mentri Besar? Did you REALLY listen to the views of the parties involved?

Do you know that Kidex supporters, the Friends of Kidex group, representing 18 NGOs and resident groups in Petaling Jaya, made a courtesy call on you to hand over a memorandum of support for the highway?

And despite your office confirming the date of 9 February 2015 to hand over the memo to the MB, you did not appear to receive it personally and left the task to your Pol Sec.

However, you were kind enough to personally meet the detractors group, the Say No To Kidex group, on 18 November 2014 to personally hand over their memo of protest to you. So did you listen to the voice of the residents?

The residents who are pressed by the daily jams in their area, especially along the PJ South area, when going to the market in the morning or fetching the kids from school is a daily struggle due to the massive traffic jams. We have read the number of newspaper reports and watched tv interviews from these residents. Did you listen to them?

Have you tried driving in these areas during peak period in Sections 1, 2, 3, 4, 5, 6 and 8 to clear the traffic?

Try taking a drive in the PJ CBD, try driving through Jalan Semangat during peak hours. It is almost like a car park in the middle of the road.

And this horrendous traffic situation is happening even before massive projects like PJ Sentral, the Pinnacle and the Icon are even ready.

How are you going to disperse the traffic then? Have you listened to all sides? And not just one side?

Surprisingly on 10 Feb 2015, this Friends of Kidex group received a letter from Department of Town and Country Planning Selangor (JPBD) informing receipt of a total of 899 forms (Borang Representasi Laporan Tinjauan Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor) showing support for KIDEX and 4,647 petitions of support for KIDEX from residents of Selangor.

This is in contrast to the 1,000 borang from the Say No To Kidex group sent to JPBD. In the letter, JPBD was providing the opportunity to the Friends of Kidex group to air their feedback in a meeting set for 10 March 2015.

Of course, the meeting for Friends of Kidex to air their feedback was called off as the MB had announced the cancellation of Kidex on February 16.

And how can the MB said he listened to the views of the parties involved when the group opposing the highway organized a rally on 25 January and this was attended by only 400 people, as reported by the Malay Mail.

Do 400 people opposing two highways – DASH and KIdex – represent the majority of the residents? We think not. If we were to divide the number equally, this will mean that only 200 were against each highway and bothered to state their views by attending the rally.

 “The credibility and ability of a leader is measured by his ability and guts to make decisions.

“A leader cannot be measured based on his inability to make decisions and tendency to take the safe path,” he said.

“Azmin reiterated that the state government was firm in taking the decision to cancel the project.

“The Bukit Antarabangsa assemblyman said the decision was reached after taking into consideration the views and objections from the public and residents affected by Kidex.”

But we were informed YAB that you cancelled Kidex because it did not meet the 3 conditions stipulated by the State government.

What were the three 3 conditions? To disclose the Traffic Impact Assessment, the Preliminary Environment Impact Assessment, the Economic Impact Assessment and Benefit Analysis Reports, as well as the list of Kidex’s board of directors and the Concession Agreement.

We have verified these with the relevant bodies including the statement by the YB Minister of Works himself that all these documents have been handed to MTES on 26 January 2015 by the MHA, with the exception of the toll rates and the IRR – the Internal Rate of Return that were held back the AG.

“Earlier today, Abdul Rani had inquired on the terms of the Kidex concession agreement and queried if the cancellation would risk legal action being taken against the state government and its ability to defend the people’s rights in the issue.

“For your information, the state government is in a strong position from a legal point of view by making use of the provision under Section 18 of the Town and Country Planning Act 1976 (Act 172) whereby any land or building must conform with the local plan.

“The state government had also decided not to include Kidex in the Petaling Jaya City Council (MBPJ) local plan and has instructed for it to be excluded from the structural planning which is being drafted.

“This clearly shows that Kidex will not be considered and had been cancelled by the state government,” said Azmin.

If that is the case, why was the KIDEX alignment incorporated into the Draft Selangor Structure Plan 2035 in December 2014?

Thursday, March 19, 2015

Selangor akan jadi Darul Sampah..

Selangor bakal berhadapan pelbagai masalah. Banyak masalah yang tidak selesai...Mungkin tidak akan selesai pun sampai bila-bila.

Sebelum ini kalut dengan masalah air. Pembinaan loji yang baru untuk menyelesaikan masalah bekalan air dicaturi handalan politikus-politikus Pakatan Rakyat. Hari ini lulus usul, besok boleh batal tanpa alasan yang logik.

Kemudian datang masalah denggi. Tahun 2015 ini saja 17 kematian dilaporkan media dengan peningkatan kes sebanyak 75 peratus.. Secara asasnya nyamuk aedes berpunca daripada pengurusan sampah yang tidak teratur. Masalah sampah yang tidak diselenggarakan dengan baik akan menyebabkan rakyat mengambil jalan mudah membuang sampah di sungai, di bawah pokok, di tempat lain sesuka hati..

Lori sampah PKR?

Sejak 2 tahun lepas macam-macam persoalan dilemparkan terhadap kerajaan negeri.. Pengurusan sampah kelam kabut, nak uruskan 20,000 tan sampah sehari tidak praktikal dibuat menggunakan lori jenis 1 tan dan kenderaan 4WD sahaja. Dulu PKR kata mereka beli 50 buah lori daripada China dengan kos RM14.5 juta. Mana hasilnya? sampah kian hari kian melambak...

Masalah penyelenggaraan jalan raya dan sampah antara isu yang menjadi perhatian Adun Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Mac, 2015.

Sekarang kualiti jalan raya pula dipersoalkan secara terbuka. Bagaimanapun. masalah ini tentu akan menjadi perkara biasa. Ada masalah yang lebih besar perlu ditangani PKR - sekat ruang untuk BN merampas kembali Selangor..

Uruskan masalah rakyat bukan satu tugas mudah. Jadi MB yang prihatin tak semestinya kena turun longkang, selongkar lori sampah, sembur racun nyamuk lagi bagai..

Apapun, mungkin inilah yang dimahukan oleh pengundi PR di Selangor. Nak sangat perubahan, tak semestinya daripada buruk menjadi elok, boleh jadi juga daripada buruk menjadi teruk..

Cuba baca di sini..





Friday, February 20, 2015

KIDEX penuhi syarat tapi dibatalkan. Apa masalahnya?

Projek Lebuhraya Kidex penuhi semua prasyarat - Fadillah

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah memenuhi semua prasyarat yang ditetapkan dalam projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX), kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam satu kenyataan, Rabu, beliau berkata semua proses, prosedur dan prasyarat telah dipatuhi dan dikemukakan keseluruhannya kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, yang telah mendapat kelulusan prinsip bersyarat pada 23 Feb 2012 daripada kerajaan negeri.

Penilaian Impak Lalu lintas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar juga telah dikemukakan pada 7 Julai 2014, katanya.

Fadillah berkata Kidex merupakan satu penyelesaian bagi menangani kesesakan lalu lintas kawasan Lembah Klang dan Petaling Jaya, selain beberapa lebuh raya lain yang dicadangkan untuk mewujudkan jaringan jalan raya/lebuh raya dan pengangkutan awam yang lebih sistematik.

"Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan akan merujuk kepada Pejabat Peguam Negara daripada sudut perundangan berhubung keputusan kerajaan negeri Selangor membatalkan projek lebuh raya tersebut bagi mendapatkan input berkaitan undang-undang memandangkan perjanjian konsesi telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan syarikat konsesi," jelasnya.

Fadillah berkata kementerian akan bertemu dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk berbincang lebih lanjut berhubung pembatalan projek Lebuhraya Kidex dan memastikan apa jua keputusan yang dibuat akan memanfaatkan rakyat majoriti.

Isnin lepas, Azmin mengumumkan pembatalan pembinaan projek Lebuh Raya Kidex itu kerana pihak konsesi gagal mematuhi tiga syarat khusus yang ditetapkan kerajaan negeri sehingga tamat tempoh Sabtu lepas.

Azmin berkata antara syarat yang gagal dipatuhi ialah penyediaan Penilaian Impak Lalu Lintas yang bebas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar.

Dalam perkembangan sama, Fadillah berkata Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat konsesi telah mengadakan pelbagai sesi janji temu dengan 76 Persatuan Penduduk dan 172 Rukun Tetangga sejak Ogos 2014, dan sektor swasta serta perniagaan untuk menerangkan cadangan jajaran lebuh raya Kidex di samping mendapatkan maklum balas mereka.

Tambah menteri itu, pameran awam juga telah diadakan di MBPJ dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), diikuti pelaksanaan pewartaan di bawah Rancangan Tempatan MPSJ (Penggubahan 1) 2020 pada 9 Mei 2013.

Fadillah berkata pelbagai sesi perbincangan telah diadakan di antara ahli-ahli Majlis MBPJ, Bahagian Kejuruteraan, LLM dan syarikat konsesi untuk memberikan penjelasan yang menyeluruh mengenai cadangan jajaran Lebuhraya Kidex.

Jelasnya, MBPJ telah melantik Perunding dan Perancang Trafik MDS untuk menilai kesan trafik, kajian destinasi asal, analisis kos faedah dan beberapa aspek berhubung Penilaian Impak Trafik Kidex.

"Laporan itu telah dibentangkan kepada jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan MBPJ pada 21 Jan 2015, kepada ahli-ahli Majlis, dan pada 27 Jan 2015 kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen terlibat.

"Wakil teknikal LLM dalam taklimat tersebut telah mengutarakan pandangan dan penjelasan mereka berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dibangkitkan dalam laporan perunding," jelas Fadillah.

Mengikut laman web syarikat konsesi KIDEX Sdn Bhd, projek bernilai RM2.42 bilion yang dicadang dibina tahun ini bermula dari Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Damansara dan berakhir di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Kinrara.

Lebuh raya itu merangkumi laluan utama sepanjang 14.9km dan susur lebuh raya sepanjang 11.2km dan sebagai sebuah lebuh raya bertingkat sepenuhnya.

Kidex dipercayai mampu memenuhi keperluan penduduk kawasan utara-selatan Lembah Klang selain mengurangkan kesesakan lalu lintas Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) sehingga 30 peratus.

Sumber: astroawani


Komen Sarawakian Marks
Satu lagi projek untuk kemudahan rakyat yang dipolitikkan oleh pihak pembangkang.

Sesi Pendengaran awam telah pun dijalankan oleh pihak KIDEX. Mengapa kerajaan negeri Selangor tidak mengadakan pendengaran awam bagi mendengar pandangan pihak yang menyokong perlaksanaan KIDEX?

Jangan tunggu sampai keadaan jadi parah baru tergadah nak rancang jalan penyelesaian seperti yang berlaku pada projek langat 2 sehingga menyusahkan rakyat.

Sama-samalah kita lihat apa alternatif Azmin untuk membantu rakyat terutamanya yang bukan dari golongan elit untuk menyelesaikan masalah kesesakan di Selangor.

Wednesday, December 3, 2014

DAP tidak lagi gentar cabar PAS, PKR dan UMNO

Wajah DAP sebenar... Mereka belum lagi menguasai Malaysia, tetapi lihatlah bagaimana mereka mahu menguasai sepenuhnya kerajaan negeri Selangor.

Jawatan Speaker DUN Selangor sudah dipegang DAP iaitu Hannah Yeoh. Bagaimanapun DAP tetap mahukan jawatan Timbalan Speaker juga. Tak dapat jawatan melalui proses undian, mereka mendesak agar diwujudkan satu lagi jawatan timbalan Speaker ke-2 untuk mengukuhkan penguasaan mereka.

Inilah demokrasi parti dominan. Inilah keadilan cara mereka..





Sunday, November 16, 2014

Gimik terbaru MB Selangor yang paling dahsyat !

Masuk longkang sudah, terjah lori sampah pun sudah, sekarang gali longkang? Dahsyat MB Selangor ini.. Tak pernah dibuat orang walau di mana-mana negara dalam dunia..

Nak buat gimik pun sampai begini jadinya...? Terbaiklah Azmin.. Asalkan besok gambar-gambar seperti ini tak kena backfire diri sendiri sudah la..  :D


Friday, October 24, 2014

Keputusan kes Anwar.. Macai-macai ketum dalam PKR dah menggelabah gila sekarang!!!

Kisah pembantaian Chegubard ke atas Azmin Ali semakin hangat. Bengong puak ni, apa yang mereka boleh ubah dengan pendedahan Azmin melobi dirinya sendiri?

Takkan nak DAP dan Ketum buat kerja bodoh supaya tendang Azmin seperti PKR pecat TSKI dulu? Dah tak sempat dah... Orang sekarang sibuk nak 'settlekan' masalah kempen 'Rakyat Hakim Negara' yang kurang mendapat sambutan. Penjara dah dekat..

Nampak dah terdesak sangat-sangat demi survival dalam politik.. TV3 pun sanggup dijadikan kawan...




Ini semua apa kes?

Untuk memudahkan kita faham sikit, ceritanya lebih kurang begini......

Sudah lama orang tahu dalam PKR ini ada banyak puak-puak yang 'dikurung dalam satu sangkar' yang sama. Bila tuannya sudah tiada lagi, maka mereka akan memakan sesama sendiri.

Anwar kini berdepan keputusan kesnya yang hanya tinggal  sekitar 96 jam lagi samada dipenjara ataupun bebas. Nampaknya semua ahli-ahli PKR yang ada karektor dalam parti menggelabah habis! Jika ditakdirkan Anwar masuk penjara, orang yang paling berkuasa kelak ialah orang nombor dua PKR iaitu Azmin. Wan Azizah hanyalah boneka, beliau tidak mempunyai kuasa veto untuk mengawal ahli PKR selaku presiden parti.

Itulah yang kita lihat sekarang Chegubard bermati-matian cuba nak dedahkan Azmin, Rafizi pula hingga sanggup ke Australia untuk minta nyawa bagi pihak Anwar dan lima orang ADUN yang pernah tandatangan 'SD' untuk Wan Azizah pula beralih arah kemudian menyokong keputusan Istana. Semua itu ada kaitan dengan keputusan kes liwat Anwar kelak..

Yang paling menakjubkan, tiba-tiba saja NGO macai (LENSA) mendesak supaya Anwar bersara..? Azmin bijak bersandiwara, hentam-hentamlah sikit LENSA sebagai tunjuk solidariti bersama Anwar...

Azmin sekarang ditampuk kekuasaannya. Masuknya Anwar ke penjara kelak akan menberikan peluang untuk kroni-kroni Azmin berkuasa mengawal semua kedudukan penting yang dikuasai PKR.... Rafizi, Chegubard dan sekalian yang seangkatan dengannya akan menerima risiko disingkirkan....

Wayang PKR semakin menarik...

Akan berlaku 'pembunuhan besar-besaran' dalam peranan parti, jawatan penting dan segala yang dipertaruhkan dalam karier politik. DAP hanya sekadar melihat.. PAS akan berdiam diri.. Tiada lagi talian hayat untukmu wahai macai-macai Ketum!!!

Berharaplah supaya Ketum tak dipenjarakan..





Tuesday, October 21, 2014

Jelajah pertama Anwar di Klang disambut Puting Beliung!

Rancangan PKR rosak.. ribut puting beliung yang tak pernah berlaku di Klang, tiba-tiba melanda. Ramai warga kota yang terjejas panik dan bingung dengan keadaan seperti ini.

Periksa balik, bukan sekadar angin ribut biasa menjadi flashmob... Pelan asal jelajah Anwar hari ini mulai jam 3pm - 5pm. Kemudian ribut melanda betul-betul sekitar jam 4pm. Entah kebetulan atau takdir, bukan UMNO yang merosakkan rancangan kamu!

Apapun, rakyat mula melihat ia bukan satu petanda yang baik.




Kredit kepada PPC

Friday, October 17, 2014

Raja Petra dedah Rafizi kawal MB Selangor ?

Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan email Rafizi Ramli kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan langkah2 jika Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.

Email yang dihantar pada 19 September, 3 hari sebelum Azmin disahkan menjadi MB Selangor turut disalinkan kepada Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut RPK, sebelum Sultan Selangor membuat keputusan, Rafizi sudah dapat menduga Azmin Ali bakal dilantik MB baharu, justeru beliau mencadangkan agar Azmin disyaratkan menandatangani satu surat peletakan jawatan tanpa tarikh.

Kata RPK, ramai yang terkejut apabila mastermind Kajang Move, Rafizi Ramli dilantik sebagai Setiausaha Agung baharu PKR.


Malah pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pengarah Pilihanraya PKR bersama Nurul Izzah juga merupakan kejutan kedua.

“Selebihnya anda boleh membaca dalam e-mel di bawah. Namun, pada dasarnya, ini adalah pekerjaan sebenar Rafizi sebagai Setiausaha Agung, untuk mengawal Azmin dan memastikan beliau berada di landasan yang betul,” kata RPK dalam artikel terbaharu bertajuk “Rafizi’s real job as Sec-Gen.”

Sumber info




Sunday, October 12, 2014

Kenyataan PAS tentang Pesta Arak yang di 'togak' DAP

Buat kali ini, penulis setuju dengan PAS. Walaubagaimanapun, seperti biasa ia akan jadi seperti ayam berkokok yang membingit di awal pagi tapi kemudian senyap waktu tengahari. Ini pun sekadar cukup syarat saja supaya pengundi melayu tak persoal pendirian mereka..

Dalam Islam jelas menyebut kenapa arak diharamkan. Arak adalah IBU SEGALA KEJAHATAN. 

Keputusan yang PAS patut buat ialah tinggalkan Pakatan Rakyat.

Siapa yang PAS lebih utamakan, larangan Allah atau peminum arak dari kalangan pemimpin kafir DAP?



Di bawah kenyataan Ketua Penerangan PAS,  Dewan Ulama PAS Pusat;

Penganjuran Pesta Arak Oktoberfest adalah Syiar Kemungkaran Yang Mesti Dibantah dan Tidak Boleh Dibenarkan Berlaku

1. Mengambil minuman memabukkan adalah punca kepada kerosakan akal dan jasad. Seterusnya kerosakan akhlak dan moral boleh berlaku apabila akal manusia hilang disebabkan minuman yang memabukkan. Justeru, arak dan minuman memabukkan disebut sebagai "ummu al-khaba'ith" ( أم الخبائث ) ibu dan induk segala perkara yang keji dan jijik kerana ianya merosakkan kehidupan bermasyarakat.

2. Statistik berikut menjelaskan kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan;

A. Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alcohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.

B. Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk mabuk.

C. Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan keapda alcohol tidak boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut.

D. Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alcohol adalah penyakit cardiovascular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.

E. 48% daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alcohol.

F. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga berpunca daripada alcohol manakala 4.5% kes penderaan kanak-kanak.

G. Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes.

H. Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.

I. Menurut satu statistik di UK, alcohol telah menyebabkan 45-46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga.

3. Lantaran itu Islam menegaskan arak dan minuman memabukkan adalah najis merupakan sebahagian amalan syaitan yang boleh membawa kepada permusuhan di kalangan manusia. Allah berfirman;

( يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ( 90 ) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ ( 91 )

Maksudnya; "Wahai orang-orang beriman; arak, judi, patung berhala dan bertenung nasib adalah sebenar-benar najis yang merupakan sebahagian amalan syaitan maka hendaklah kamu semua menjauhinya mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan (al-falah). Syaitan itu hanya ingin menjatuhkan di kalangan kamu permusuhan dan kebencian menerusi arak dan judi dan memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada solat. Tidakkah kamu boleh berhenti!!!". (Surah al-Maidah ayat 90-91)

4. Bukan sahaja arak dan minuman memabukkan adalah najis malah umat Islam perlu membenci perlakuan tersebut berlaku dan tidak meredhainya serta mengganggapnya sebagai kemungkaran yang mesti dihalang dan dicegah daripada menjadi sebahagian syiar kehidupan bermasyarakat dalam sesebuah negara.

5. Meskipun Islam membenarkan bukan Islam mengambil minuman memabukkan, membeli dan menjualnya tanpa diambil tindakan oleh pihak berkuasa Islam sebagaimana ijmak Ulamak yang dinukilkan oleh Imam al-Tahawi, namun ia tidak boleh menjadi syiar yang dipromosi secara terbuka menerusi iklan dan pesta besar-besaran. Syarat ini telah ditegaskan oleh para ulamak Islam sejak dahulu.

6. Antara fatwa Darul Ifta Mesir oleh Mufti Mesir Syeikh Abdul Majid Salim bertarikh 12 April 1939/ 1358 H ialah tidak boleh bukan Islam menjual arak secara terbuka kerana menjualnya secara terbuka adalah satu maksiat dan kefasikan yang perlu ditegah. Mereka boleh menjual sesama mereka secara tidak terbuka.

7. Sekiranya menjualnya secara terbuka pun tidak dibolehkan apatah lagi mengadakan pesta arak secara terbuka dengan pelbagai promosi dan iklan terbuka.

8. Menurut fatwa Mufti Mesir Syeikh Allam Nassar (1891-1966) sebagaimana dinukilkan oleh Dandil Jabr dalam tulisan beliau bertajuk "hak-hak peribadi bukan dalam masyarakat Islam", bukan Islam mempunyai hak kebebasan untuk makan dan minum makanan yang halal bagi mereka walaupun haram bagi orang Islam dengan syarat tidak menyentuh dan mencabar sentimen umat Islam atau membawa kepada fitnah dan kerosakan masyarakat. Jika ianya berlaku maka menjadi kewajipan kepada kerajaan masuk campur bagi menghalang tersebar dan berleluasanya kerosakan yang boleh menghancurkan masyarakat. Campur tangan kerajaan ketika itu termasuk kategori "sadd zara'i'" (menutup lubang-lubang kerosakan). Sebagaimana kerajaan di zaman moden ini campur tangan untuk menghalang tersebarnya wabak kerosakan seperti dadah dan seumpamanya. (Fatawa Islam Jilid VII No 1057 - Mufti Syeikh Allam Nassar) (rujuk www.odabasham.net/show.php?sid=77421)

9. Oleh itu, penganjuran pesta arak seumpama Oktoberfest sehingga menjadi syiar yang dibangga-banggakan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dengan majoriti penduduknya beragama Islam perlu dihalang dan tidak boleh dibenarkan.

10. Menjadi kewajipan kepada Dato' Menteri Besar Selangor sebagai seorang muslim dan pihak berkuasa tempatan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk pesta tersebut diadakan. Serta menjadi kewajipan kepada setiap muslim sama ada rakyat biasa mahupun pemimpin membantah penganjuran pesta mungkar tersebut.

11.Syaitan sentiasa berperanan melakukan "tazyiin" dan "talbis". "Tazyiin" bermaksud menghiasi yang mungkar lalu dilihat sebagai bukan mungkar. "Talbis" pula ialah memakaikan kemungkaran pakaian kebenaran.

12. Antaranya Syaitan berperanan menghiasi kemungkaran minum arak secara terbuka sehingga dilihat boleh dan harus bagi bukan Islam lalu ia dibiarkan tanpa bantahan.

13. Maka janganlah ada di kalangan umat Islam atau pemimpin umat Islam yang dihiasi oleh Syaitan lalu membenarkan pesta arak Oktoberfest dilakukan dengan hujah ianya hak bagi bukan Islam.

14. Ketahuilah hak mereka ialah mengambil minuman memabukkan tetapi bukan hak mereka berpesta dengan minuman memabukkan secara terbuka di sebuah negara majoriti umat Islam.


Saturday, October 11, 2014

Pesta Arak - Provokasi paling Gampang masa kini!


Gambar promosi pesta arak kaw-kaw daripada wakil rakyat DAP sedikit pun tidak menunjukkan rasa hormat pada sensitiviti umat islam di negara ini. Mudah-mudahan anak-anak serta ahli keluarga mereka turut terjebak sebagai peminum tegar arak, supaya nanti mereka boleh berbangga-bangga di seluruh Malaysia seperti sekarang.

Mereka seolah-olah hidup di alam mereka sendiri sahaja, buat apa saja yang mereka mahu, makan apa mereka suka, minum apa mereka suka, cakap ikut sekehendak hati cuma menghasut sahaja tunggu akta untuk dibubarkan.

Tanya PAS, apa yang PAS boleh buat sekarang? Inikah tahaluf siyasi yang sangat dibangga-banggakan?

Lupakah PAS kebanyakan mereka sudah sebati dengan provokasi, babi, arak dan riba serta hidup seperti tiada batasan agama, bagaimana mereka boleh diiktiraf mempunyai akhlak yang baik untuk menjadi pemimpin?



Octoberfest ini tidak wujud zaman BN memerintah Selangor. Mula-mula dianjurkan tahun 2010 tapi secara tertutup, tidak dibuat promosi apatah lagi secara besar-besaran seperti yang kita lihat sekarang. Selangor benar-benar mahu dijadikan seperti Pulau Pinang, identiti Islamnya dihakis sedikit demi sedikit.

Jika dahulu ia dibuat secara tertutup tetapi tahun ni ia mula dibuat secara terbuka dengan menjadikan beberapa negeri sebagai lokasi promosi.

Sekarang bila satu bandar yang dihuni majoriti umat Islam dah jadi lokasi untuk promosikan pesta arak tersebut baru PAS mula nak kecoh. Kita bukan nak halang non-muslim daripada meminum arak hatta racun sekalipun tetapi masalahnya kenapa promosi arak dibuat di kawasan orang Melayu secara terbuka? Adakah disebabkan pengundi Melayu Pakatan juga peminum arak?

Pemimpin DAP ini wakil rakyat, bagaimana jika budaya meminum arak ini digalakkan kepada anak-anak serta kaum keluarga mereka sendiri?

Trio BANGANG of the year!!
Inilah yang dibangga-banggakan oleh anak melayu bodoh yang terikut nafsu politik. Mereka sanggup bersekongkol dan ber'amir'kan DAP demi mengejar populariti dan dahagakan perhatian orang.

Mohonlah kita pada Allah agar dijauhkan daripada fitnah-fitnah akhir zaman seperti ini. Mohonlah juga agar anak-anak kita tidak terikut pengaruh tidak baik yang cuba dipupuk oleh pemimpin kafir bertujuan untuk buat kita jauh daripada syariat Islam.

Ingatlah arak itu ialah ibu segala kejahatan. Jangan sekali-kali kita bersekongkol dengan peminumnya agar kita tidak menjadi seperti mereka.


Tuesday, October 7, 2014

Pesta Arak terbesar...MB pula sibuk dengan sampah!

Teringat kembali ketika Selangor mahu dijadikan pusat ternakan khinzir terbesar satu ketika dulu, sebaik Pakatan Rakyat mendapat mandat selepas PRU.. Ramainya orang melayu membantah, tetapi DAP tetap mempertahankan tindakan mereka. 

Antara paling menonjol ketika itu ialah Teresa Kok. Bila ditanya rasionalnya ladang ternakan itu, begini jawapan mereka;

"I have to agree that you have your own point of view towards this issue. I understand that the organism, pig is tagged with a dirty, haram, and an animal that is only born with one single nerve on its neck. I clearly know the dirtiness and the affect of the project towards the environment. 
However, dude, this is Malaysia, a multi-cultural, multi-ethnic and multi-lingual country. Think wisely, we, Malaysian, (Malay, Chinese, Indian, and others minority.) are supposed to be opened minded, and be prepared to accept and respect each others culture and beliefs. Is it really a matter of how many percent of our population consume pig? 
Is it the right way if we Malaysian, have every of our policy be biased and only benefit the majority of one race? We, all of us are Malaysian! Instead of being so naive in treating this issue by relating a newly established local government with a racist mask (and showing yourself as a racist by suggesting the establishment of the project in a chinese populated area or asking the MP to live in the farm), PLEASE, PLEASE try to improve the way you think, PLEASE be rational and think like a truly MALAYSIAN, PLEASE analyze and have some research on the project." 
Sumber: ruangan komen SassyMP

Asal sebut kepentingan Islam saja, rasis.. asal rasis saja, kerajaan Malaysia. 

Maka, petikan komen di atas itu sudah menunjukkan jawapan yang bakal kita terima merujuk kepada rasional kerajaan Pakatan Rakyat terhadap isu yang ditimbulkan di bawah. 


Ini komen MP PAS yang keliru dalam perjuangan partinya. Bercanggah dengan Islam atau tak, dia bukan rujuk pendapat ulama. Pendapat politik itu dilebihkan atas segala yang haram. 


Kenyataannya tentang pesta arak di Selangor telah mencabar sensitiviti masyarakat Islam di negara ini. Pesta arak Oktoberfest ini pula bukan calang-calang pesta, ia pesta yang mahu dinobatkan sebagai pesta arak terbesar dunia di sebuah negara Islam rantau ini.

Di Amerika Syarikat, meminum arak pada usia bawah 21 tahun tanpa kawalan ibubapa masing-masing merupakan satu kesalahan di 16 buah daerah dan boleh dihukum. Di sini, sesiapa saja yang bukan Islam tak kira umur bebas minum arak dikhalayak ramai. Itulah hak asasi manusia cara Malaysian..

Apa saja kemungkaran yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor menunjukkan kerosakan akhlak yang semakin rancak dicanangkan seolah-olah akidah rakyat di negeri ini sudah berjaya diliberalisasikan.

Ia sama sahaja dengan agenda pembangkang sebelum ini yang mahu jadikan Selangor sebagai pusat penternakan babi terbesar dan termoden di Asia Tenggara pada tahun 2008 dan cadangan sebagai Hub Judi Lumba Kuda terbesar di Asia pada awal bulan Julai 2014.

Dan semua tamparan itu cukup padan buat adun-adun PAS dan adun Islam PKR dalam kerajaan negeri dengan 3 kemungkaran itu dipromosikan sebagai yang Terbesar, Paling Besar, Mega Besar...

Itulah bukti kejayaan DAP, mana dia ciri Islamiah wakil rakyat dalam Pakatan Rakyat?



Sekarang cuba tanya pula MB PKR yang baru, Azmin Ali..

Kenapa senyap bila kempen pesta arak dipromosikan di negeri pentadbirannya? Oktoberfest sudah dimulakan sejak September lalu, kemuncak pesta itu pula nanti akan dibuat pada minggu depan, 10-12 Oktober di tempat letak kereta One Utama, Petaling Jaya.

Jika pesta itu mendapat permit dan kelulusan daripada MBPJ kenapa tidak membatalkan saja pesta itu?  Daripada sibuk terjah lori sampah, intai sampah bawah longkang, kenapa tak gunakan kuasa sebagai Menteri Besar bagi menghalang budaya meminum arak yang dipromosikan tanpa kawalan di Selangor?

Harapnya Azmin tak bertugas di tempat salah. Kerja remeh-temeh seperti itu biarlah diserahkan kepada pihak bertanggungjawab di bawah penyeliaan kerajaan negeri. Banyak lagi peranan yang lebih besar memerlukan ketegasan dan perhatian seorang Menteri Besar untuk memantapkan pembangunkan ekonomi, budaya sosial, taraf pendidikan dan sebagainya di negeri Selangor..

P/S: Lagu nyanyian Awie ditujukan khas buat MP Khalid Samad dengan tajuk - Tragedi Oktober..

Monday, October 6, 2014

Sudah-sudahlah berlakon tu, Azmin..

Alasan nak tukar 50 bijik lori sampah ke YB?



MB Baru, semangat baru.. Pejabat pun masih kosong, stationery banyak lagi nak kena isi. Tapi dia dah buat kerja sampai ke bawah padang. Inilah satu jenis MB yang kita suka.

Bateri barulah katakan...

Dia masuk bawah padang, bukannya turun padang sebab istilah macam tu kita tak sebut kat menteri besar lain bila buat kerja.

Dia masuk longkang periksa sampah. Tempat pertama dia cari publisiti tu gamaknya tak sesuai. Patut-patutnya sampah yang dia kena check dulu ialah yang ada sekitar kabinet kerajaan negeri dia tuh. Berapa ramai parasit, penyangak tunggu peluang nak toreh rizab RM3Billion negeri Selangor.

Kita harap-harap itu juga bukan tempat terakhir dia nanti bila kena penangan PKR dan DAP macam yang berlaku kat Khalid Ibrahim sekarang.

Bukan nak perlekehkan Azmin, cuma terkejut saja.. Patutnya itu suasana biasa kerja ADUN dan MP kawasan. Tapi kenapa baru sekarang gelabah nak tunjuk prihatin?

Thursday, October 2, 2014

Harga minyak di Selangor tidak turun?

Gempar.. betul ke Menteri Besar Selangor yang baru umum tak ikut kerajaan pusat kurangkan subsidi minyak? Sumber : jawaber6.blogpsot.com



Kerajaan DAP Pulau Pinang pun tak berani ambil risiko dengan implikasi harga minyak berbeza ikut negeri.. Tak ke kacau bilau dibuatnya?

Bila masa pula mereka buat kajian, penyelesaian impak jangka panjang dengan keputusan begini?

Ini semua mesti ketum punya silap mata. Jangan nanti dia tak kata pasal RON95 dengan Diesel pun, dia cuma kata minyak. Minyak ada banyak jenis minyak...

PKR selalu cakapnya tak pernah terang...


Friday, September 26, 2014

Pendedahan berani ahli, PAS pecah tembelang di Selangor

Biarkanlah mereka membalun sesama sendiri. Kita tengok Pakatan Rakyat sekarang dah retak, tunggu nak terbelah saja. Semakin lama, semakin banyak pendedahan.

Senjata makan tuan... itulah istilah sesuai buat parti PKR dan PAS. Selagi mereka berjuang untuk dapatkan habuan untuk penuhkan isi periuk sendiri, selagi itulah mereka tidak akan puas telanjang-menelanjangi antara satu dengan yang lain.

Sebelum ini Presiden PAS mendedahkan Broker dan Barua dari puak Anwarinas, hari ini kita dihidangkan dengan pendedahan tembelang PAS di Selangor. Entah besok, entah lusa puak pro-presiden dan ulama dedahkan lagi wajah sebenar penentang-penentang mereka..

UMNO jangan gatal-gatal nak masuk campur, nanti bila mereka dah checkmate, orang kata ini semua permainan korang. Inilah drama politik yang paling sofisticated pernah kita lihat dalam sejarah. Ada kisah ahli pemimpin nak pecat presiden sendiri, penasihat ekonomi kena pecat, menteri besar kena pecat, exco negeri kena pecat, parti nak kena pecat..  Semuanya berlaku dalam satu episod sahaja.

Cuba tengok rakaman video, puak pakatan rakyat sedang mengagih-agihkan peluru untuk PRU14

Orang dalam pecah tembelang, punca utama kekalutan di Selangor tersebar!




Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Izham Hashim malam semalam mendedahkan bahawa pemimpin tertentu di parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.


Menanti tindak balas Anwar?

Artikel yang cukup baik untuk dikongsikan. Dipetik daripada blog belantan.blogspot.com


Bulan September mungkin bukan bulan yang baik untuk Anwar Ibrahim. Beliau dipecat daripada parti dan kerajaan pada tahun 1998 pada bulan September, beliau pernah merancang untuk menjadi Perdana Menteri melalui pintu belakang pada 16 September 2008 dan hari ini sekali lagi September membawa nasib malang untuk Anwar apabila harapannya untuk melihat isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail 'ditabalkan' sebagai Menteri Besar (MB) Selangor hanya tinggal impian.

Mungkin kaitan bulan September dengan politik Anwar hanya kebetulan sahaja tetapi apa yang pasti semua itu berlaku kerana perancangan politik beliau. Begitu juga apabila beliau melaksanakan 'Langkah Kajang' - satu langkah politik yang menyebabkan bukan sahaja Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi juga sekutunya, Pas turut lintang pukang.

Tanpa sebab dan alasan kukuh, Anwar mengatur langkah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi impian itu tidak tercapai kerana beliau berhadapan hukuman penjara, justeru beliau mempertaruhkan Wan Azizah malangnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu tidak mendapat sokongan Pas.

Mungkin tidak terlintas dalam fikiran Anwar bahawa orang kesayangannya, Azmin Ali akan menjadi pilihan Sultan Selangor untuk menggantikan Abdul Khalid dan beliau juga tidak menyangka nama itu akan dicalonkan oleh Pas. Biarpun beliau dan PKR berkeras mahukan Wan Azizah dan menolak calon lain daripada parti itu untuk menjadi MB Selangor tetapi dalam politik tiada musuh dan kawan yang kekal.

Yang menentang Azmin menjadi MB bukannya ADUN PKR atau Pas di Selangor tetapi orang dalam PKR yang begitu taksub dengan agenda politik Anwar dan disokong oleh DAP. Azmin mempunyai pengaruh sendiri di Selangor bukan sahaja dalam kalangan ADUN PKR tetapi juga Pas. Sebab itulah Pas menghantar nama Azmin sebagai salah seorang calon MB walaupun mendapat tentangan keras PKR dan DAP yang bersetuju hanya Wan Azizah dicalonkan.

Bagaimanapun persoalan yang lebih menarik untuk diperkatakan apakah tindak balas politik yang akan dilakukan oleh Anwar dan PKR berikutan pemilihan Azmin? Kalau Abdul Khalid yang mengingkari arahan parti dipecat, apakah Azmin juga akan menerima nasib yang sama?

Pelantikan Azmin bermakna kerusi MB Selangor masih di bawah PKR, oleh itu jika Anwar tidak mempunyai apa-apa perancangan yang 'pelik-pelik' beliau perlu menerima pelantikan Azmin dengan lapang dada. Walaupun kewibawaan Azmin mungkinlah tidaklah sehebat Abdul Khalid tetapi sekurang-kurangnya beliau jauh lebih baik berbanding Wan Azizah dari segi politik.

Biarpun di dalam PKR akan berlaku perpecahan tetapi ia dijangka bersifat sementara kerana politik berkaitan kedudukan dan kuasa, apabila seseorang pemimpin itu mempunyai kedua-duanya, beliau pasti disokong. ADUN PKR lain mungkin akan terfikir buat apalah mereka membuang masa hendak memperjuangkan nasib Wan Azizah dan sekali gus terjebak pertelingkahan dengan istana berikutan pelantikan Azmin.

Adalah lebih baik mereka meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama Azmin daripada membuang masa melayan kerenah politik Anwar. Lagipun biarlah Wan Azizah menguruskan 'kebajikan' suaminya yang akan turun naik mahkamah pada bulan depan.

Pelantikan Azmin boleh dianggap satu tamparan hebat kepada Wan Azizah kerana semua orang tahu bagaimana hubungan antara kedua-dua pemimpin PKR tersebut, malah kalau boleh mungkin Wan Azizah lebih rela orang lain menduduki jawatan itu bukannya Azmin.

Bagi Azmin pula, cabaran utama ialah menjauhkan diri daripada dakwaan pelbagai pihak bahawa beliau akan mengikut telunjuk Anwar dalam mentadbir Selangor. Azmin perlu meneruskan kerja-kerja cemerlang yang sebelum ini dilaksanakan oleh 'musuh politiknya' Abdul Khalid ketika mereka bersama-sama dalam PKR.

Abdul Khalid pula sebagai seorang yang berintegriti tinggi sudah pasti tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh merosakkan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Azmin, biarpun ketika menjadi MB, Azmin merupakan orang yang memainkan peranan utama dalam mengkritik pentadbiran beliau .

Perlu diingat bukan Azmin yang merancang 'Langkah Kajang', walaupun beliau dalam beberapa mesyuarat didakwa mahukan Abdul Khalid digantikan, sebaliknya Anwar yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan politik antara mereka untuk memenuhi agenda politik peribadinya.

Bagi sesetengah pemimpin PKR pula, mereka tidak boleh menganggap tindakan Azmin sebagai 'satu pengkhianatan' kepada parti itu kerana tiada sebab untuk Azmin dilihat menderhaka kepada Sultan Selangor apabila nama beliau diperkenankan oleh baginda. Atas sebab itulah, sejak nama beliau dicalonkan oleh Pas, Azmin langsung tidak membuat kenyataan menolak pencalonan itu, yang memandai-mandai mengatakan Azmin menarik diri adalah Anwar. Apa yang diketahui ialah Azmin menghormati keputusan PKR mencalonkan nama Wan Azizah sahaja.

Sementara itu, bagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau sudah pasti berasa lega dengan kebijaksanaan Sultan Selangor membuat keputusan memilih Azmin. Ini memandangkan Abdul Hadi ialah individu paling bertanggungjawab mencalonkan nama Azmin dan tidak mahu tunduk dengan kehendak PKR dan DAP supaya mencalonkan nama Wan Azizah sahaja.

Langkah menyenaraikan nama ADUN Pas hanya sekadar memenuhi permintaan istana yang mahu semua parti mencalonkan lebih daripada dua nama, bak kata Abdul Hadi ketika memberikan penjelasan isu-isu semasa di Marang baru-baru ini, ''Kalau bagi satu nama bagaimana Istana nak pilih.''

Pemilihan Azmin juga sekali lagi membuktikan kebimbangan segelintir pemimpin Pas berhubung kesan buruk jika ADUN parti itu menduduki jawatan MB Selangor adalah tidak berasas, politik 'mencipta hantu yang tidak wujud' yang cuba dipraktikkan oleh mereka sekali lagi gagal.

Sebelum ini golongan tersebut gelisah tidak tentu hala apabila Abdul Hadi menegaskan akan menerima apa sahaja keputusan Istana maknanya, kalau Sultan Selangor melantik Azmin mereka terima, kalau pilih ADUN Pas pun mereka terima. Apa yang penting parti itu membuat keputusan bak kata Abdul Hadi berdasarkan hukum syarak dan bukannya hukum akal semata-mata.

Kenyataan itu menyebabkan beberapa pemimpin Pas yang begitu taksub dalam tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP bagaikan tidur tidak lena, makan 'tak lalu' malah ada antara membuat teori songsang menyatakan ada perancangan oleh pimpinan Pas untuk membentuk campuran kerajaan dengan UMNO di Selangor, sampai ke tahap itu pendekatan 'politik mencipta hantu' mereka.

Justeru dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 di Batu Pahat, Johor minggu lalu ada antara mereka menegaskan, Pas perlu mempertahankan integriti dan pemuafakatan dalam pakatan dengan menolak jawatan MB Selangor jika ia diberikan kepada ADUN Pas memandangkan parti itu sudah berjanji ia kerusi milik PKR.

Bagaimanapun hakikatnya, dalam kes MB Selangor hujah itu tidak terpakai biarpun Pas sudah berjanji jawatan tersebut hak PKR. Ini memandangkan ketika Anwar merancang 'Langkah Kajang' apakah beliau memikirkan soal integriti dan permuafakatan yang dimeteraikan dengan Pas? Kenapakah hanya Pas sahaja dipaksa patuh pada prinsip itu biarpun terpaksa sumpah derhaka terhadap Sultan Selangor? Wajarkah Pas menerima nasib seumpama itu?

Tetapi apa pun keadaannya diharapkan pelantikan Azmin akan menamatkan kemelut politik di Selangor selepas Sultan Selangor menggunakan kebijaksanaan baginda membuat keputusan. Rakyat sudah bosan kerana sejak beberapa bulan lalu terpaksa menyaksikan drama politik memualkan yang dirancang oleh Anwar.

Ketika negeri-negeri lain sedang bergelut untuk meningkatkan taraf hidup rakyat selepas pilihan raya umum lalu, Selangor pula kucar kacir kerana kemelut politik yang tidak berkesudahan, segala-galanya bukan kerana Abdul Khalid tidak berwibawa tetapi kerana kerakusan Anwar mahu berkuasa.

Oleh itu, kalau benarlah PKR dan DAP berjuang untuk rakyat maka berjiwa besarlah menerima Azmin menjadi MB Selangor dan jangan menganggap dunia akan berakhir bila Wan Azizah tidak menduduki jawatan tersebut kerana beliau tiada kemampuan sebaliknya hanya mengikut kemahuan suaminya, Selangor tidak layak mempunyai pemimpin seumpama itu.

Oleh : Zulkiflee Bakar


Sumber: Belantan.blogspot,com

Wednesday, September 24, 2014

Rafizi Ramli adalah Trojan Horse dalam Pakatan Rakyat?

Rasanya sekarang kita dah boleh agak kenapa Anwar dan Wan Azizah tidak hadir pada majlis angkat sumpah Azmin sebelum ini. Mungkin jika Anwar ke penjara Kajang, Azmin akan menjadi orang nombor satu dalam Pakatan Rakyat. Siapa lagi selepas Anwar?

Jika difikirkan secara logik, mengapa Anwar perlu menghancurkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat dengan membunuh kepercayaan PAS semata-mata nak naikkan Azmin menjadi MB? Siapa Azmin, isteri kedua Anwar ke?

Jadi spekulasi mengatakan rancangan sebenar Anwar nak jadikan Azmin dengan menggunakan Wan Azizah sebagai umpan bolehlah disangkal.. Kalau Anwar sangat bijak dengan strategi Kajang Move, sudah tentu Pakatan Rakyat tidak akan bergaduh sesama sendiri sampai memboikot kempen PRK yang dibuat PAS di Pengkalan Kubor sekarang..

Di bawah adalah luahan hati seorang totok Pakatan yang sangat kecewa dengan Rafizi akibat strategi Kajang Move yang dibuatnya..

Mari baca apa yang blog Ameno World tulis, moga jadi keinsafan pada mereka yang nak menyokong PR selepas ini..

Rafizi Dari Strategi Kepada Tragedi - Terima Kasih Kerana Cemarkan Anwar.



Walaupun krisis MB dah selesai dan menemui noktahnya tapi satu benda yang kita kena pakat2 kaji bersama ialah tindakan Rafizi dalam Kajang Move (Kajang movie). Kajang movie ialah idea Rafizi untuk singkirkan Khalid. Ada banyak benda yang aku nak bahaskan pada Rafizi. Sudah ramai Rafizi. Sudah ramai di keliling kau yang berperanan memuji dan membodek kau pagi petang siang malam 24 jam sehari kot. Kurangnya seorang yang tidak membodek kau, bukan luak apa pun, ye tak?

Jadi Rafizi. Ini aku nak cakap terus terang. Biar kau faham jelas2. Kat mana silap dan salahnya kau dalam langkah kajang movie kau neh.

Pemahaman aku adalah berdasarkan pendapat aku sebagai rakyat. Jangan kau paksa aku terima minda politiking kau sebab aku bukan ahli politik dan tak berminat nak berfikir dari sudut kepolitiking.

Kenapa?

Akan ada ramai yang sanggup berkompromi dan menerima apa saja tindakan kau sebab kau sudah mempunyai followers yang tersendiri. Mereka2 ini akan berminat nak berfikir dari sudut yang kau fikirkan.

Aku. Mahu selesa bersama rakyat. Untuk rakyat, kalau bukan orang yang huru hara suka lawan ahli2 politik macam aku neh, aku rasa rakyat takde apa2 dah. Semua suka berpihak pada pemimpin. Sedikit yang sudi bersama rakyat. Kalau aku tinggalkan kumpulan yang sedikit ini.. perghhhh.. makin berkuranglah kelompok kami.

HA HA HA

Rafizi.

- Aku tak suka langkah Kajang kau neh. Ia bukan plan yang cerdik untuk singkirkan Khalid meskipun matlamat untuk singkir Khalid sudah tercapai dengan jayanya.

- Langkah Kajang ini telah menyebabkan ramai orang hilang kepercayaan dan keyakinan dengan PR.

- Yang lebih teruk, Langkah Kajang ini telah mencalarkan imej dan intergriti Anwar dengan yang amat dasatnya.

- Kau rasa berapa lama lagi masa yang perlu dilaburkan untuk membina semula reputasi Anwar yang terjejas teruk disebabkan move kau neh ye Rafizi?

- Aku tak faham macam mana la Anwar boleh bersetuju dengan tindakan kau yang sangat teruknya dalam memastikan plan kau berjaya.

- Sanggup buat roadshow nak burukkan Khalid. Tak rasa malu ke Rafizi oi? Baik buat roadshow kutip masalah rakyat lagi bagus.

- Buruk2kan Khalid secara keterlaluan sedangkan Anwar sendiri berkali2 puji Khalid sebelum dan selepas Kajang Movie. Tak konsisten langsung kenyataan kau dengan dia. Patutnya, bila ko dah perhati, wujudnya kenyataan bercanggahan antara korang, ko boleh fikir apa yang public akan fikir. Tak mungkin kedua2 korang betul dalam waktu yang sama. Ia samada kau yang menipu atau Anwar yang menipu. Tapi ko terus2 beri kenyataan yang membuatkan orang rasa meluat pada PKR.

- Tindakan extreme kau juga menyebabkan perpecahan dalaman PAS. Kau berperanan dari luar untuk memecahkan kesepakatan antara sesama jemaah PAS.

- Kenapa bukan kau pujuk2 adun untuk buat undi usul tak percaya dan singkirkan Khalid? Sebenarnya tindakan itu juga akan diperlihatkan teruk, tapi, ko tengok tindakan yang diambil Khalid. Sejurus dia sedar dia kehilangan sokongan majoriti, dia undur cara baik. Nampak? Walaupun rakyat akan tertanya2 dan rasa pelik kenapa undi usul tak percaya untuk singkir Khalid, tapi ia lebih baik sebab kurangnya bermain sentimen dan politiking macam Kajang movie kau tue. Cara nak singkir MB dah ada tapi tak guna. P guna cara yang pelik2 sampai bagi orang meluat apa semua.

- Sudah la kantoi menipu. Kata Langkah Kajang menuju ke Putrajaya padahal Langkah Kajang untuk tukar MB. Apa salahnya menjadi jujur dan berterus terang? Strategi? Memang. Dalam sesetengah keadaan, tak la molek kita dedahkan strategi. Tapi, dari bacaan aku, rakyat lebih suka jika kau jujur sahaja. Kes ini hanya merujuk kepada penukaran MB. Maka, semolek2nya jadi jujur saja. Ini siap ada yang buat buku bagai la. Main propaganda. Buat persepsi. Sebar itu ini. Tah hapa2.

- Disebabkan strategi Rafizi juga la penyokong2 PR bergadoh sesama sendiri. Habis semua ranap, hancur. Lainkali kalau nak rancang apa2 strategi ajak la jumpa media2 sosial neh. Bagitau dorang apa plannya. Supaya tak kelam kabut dan huru hara dari bawah sampai ke atas, dari atas sampai ke bawah, semua berterabur sebab tatau apa2. Tatau apa2 satu hal. Yang tunjuk macam tahu semua perkara satu hal lagi. Bangang. Sedangkan media sosial ini la platform terbesar PR dalam memastikan kempen2 korang tersebar dengan jayanya. Sekarang neh tak pasal2 geng2 PAS no mood nak layan kempen2 PKR sepertimana geng2 PKR no mood nak kempen pasal PK. Agak2 amek berapa lama masa untuk pulihkan jiwa2 yang luka itu. Kesian juga. Itu semua kawan2 yang saling gaduh tue. Aku pun tatau nak cakap apa dah. Pasal politik habis semua bergaduh.  

- Suka tak suka yang paling teruk terjejas kat sini ialah Anwar. Anwar ialah seseorang yang bakal menjadi PM andaikata PR menawan Putrajaya. Tergamaknya Rafizi mencemarkan imej Anwar dengan begitu dasat sekali. Macam mana nak polish imej Anwar agar menjadi macam dulu balik? Ramai yang hilang kepercayaan pada Anwar. Kalau dulu nak cari geng2 pembangkang yang kutuk Anwar kemain susah. Ada la dalam 10 orang. Tapi sekarang. Petik jari aje kot. Bersepah. Dari PKR ada. Dari DAP ada. Dari PAS lagi la ramai. Dari BN jangan cakap la. Tak terkira kot.

- Petang sebelum uturn sekalipun, PKR langsung tak sebut apa2. Sampaila Azmin bermesyuarat dan tiba2 PKR nyatakan uturn untuk sokong Azmin. Apa agaknya sangkaan orang ramai kepada Anwar? Mungkin ada yang berpendapat bahawa Azmin dan Anwar berpakat untuk naikkan Azmin. Tapi aku fikir punya fikir punya fikir pun tak percaya Anwar sanggup biarkan kredibliti dia terjejas dengan teruk demi Azmin. Kalau demi Wan Azizah aku percaya. Kurang2 itu bini dia. Azmin sapa plak? Atas sebab apa Anwar nak calarkan diri dia demi Azmin? Anwar kena maki hari2 kot isu MB. Azmin ada kena maki? Apakah Anwar bodoh sangat nak biar orang maki dia demi menaikkan Azmin?

- Nampak sangat taktikal Rafizi ini menikam Anwar dalam nak menikam Khalid. 

- Sehari sebelum uturn juga PKR bertegas hanya mahu satu nama. Alih2 terpaksa uturn. PAS dan DAP pun ralit uturn. DAP sampai bergaduh dengan PAS demi pertahankan pencalonan Wan Azizah. Bukan gadoh tipu2. Tapi gaduh betul2. Kalau betul la PKR dari awal lagi nak menaikkan Azmin, sepatutnya mereka setuju aje cadangan PAS mencalonkan nama Azmin sebagai MB selepas Wan Azizah. Apsal PKR dan DAP tak setuju? Apsal nak bergaduh2 macam nak berpecah pakatan dibuatnya?

- So orang akan ambil kemungkinan2 ini sebagai mengatakan bahawa langkah Anwar nak menaikkan Azizah sebagai MB gagal. Nak taknak terpaksa terima juga la dengan keputusan sultan. Uturn pun uturn la janji Khalid turun. 

- Ini kerana kalau nak menjadikan Azmin MB, sapa2 pun tak payah letak jawatan untuk beri laluan. Azmin kan adun. Cuma PKR sendiri tolak nama Azmin berkali2. Memang. Ada sebaran yang mengatakan PKR yang mahu gantikan nama Khalid kepada Azmin. Tapi itu cuma cakap2 orang aje. Padahal yang betul2nya kita tatau apa.

- Samada Rafizi betul2 ikhlas nak tolong Anwar untuk selesaikan krisis MB di Selangor dengan melantik Anwar sebagai MB (berganti kepada DSWA disebabkan DSAI disabitkan kesalahan) ataupun Rafizi sebenarnya kerja dengan Azmin. Sebab Azmin dok playsafe all the times. Sangat ber-ahti2 dalam mengeluarkan kenyataan. Sangat berjaga2 dan tidak menyakiti orang pula sejak 2 menjak ini. Aku rasa ramai yang puji. Sebab memang betul pun tindakan2 yang diambil oleh Azmin. Tidak burukkan keadaan, tidak mengarut dok propa kutuk Khalid, apatah lagi dok mengarut nak buat roadshow semua. Dia betul2 berkecuali dan diam. Orang pun tak rasa marah pada dia.

- Sebab tue aku suspicious dengan peranan Rafizi. Dia berjaya memusnahkan imej Anwar Ibrahim dengan jayanya.

Daripada pakar strategi kepada pakar tragedi. Disebabkan dia juga la PKR menjadi bahan ejekan orang ramai. Takan tak boleh fikir?

Adakah PKR ini sempurna sangat sampai tiada daya nak menganalisa kelemahan sendiri dan seterusnya perbaiki keadaan?

Sekarang orang dok main2 isu kenapa DSWA, DSAI, bahkan Rafizi sendiri tidak diperlihatkan hadir dalam majlis meraikan menteri besar baru. Aku mungkin terlepas gambar. Aku tatau citer. Aku baca aje kat ruangan komen. Kat twitter Rafizi pun aku tak nampak dia tweet congrats Azmin. Mungkin belum lagi. Ataupun memang takde. Atau apa. Taktau la aku. Tapi aku harap jangan ada langkah merepek2 lagi dah lepas neh. 

Yang sudah tue sudah la Rafizi oi. Bukan aku nak pertahankan Azmin sangat. Tapi dalam beberapa tahun nak PRU dah. Tolong tumpu untuk pulihkan balik persepsi umum terhadap PKR dan Anwar. Aku rasa, saat orang hilang kepercayaan dan keyakinan pada Anwar sebagai PM maka orang pun malas nak undi PR dah. Baik stay dengan BN aje. 

Tolong la Rafizi, kalau seriyus nak perbaiki keadaan ;

1. P jumpa balik dengan semua pimpinan2 yang kau jejaskan, dan cari la jalan untuk perbaiki keadaan.

2. P bantu rakyat yang tertindas untuk pulihkan persepsi negatif terhadap diri ko.

3. P pastikan PKR sentiasa bawa isu2 yang menindas rakyat supaya rakyat lupa akan apa yang terjadi dalam Kajang movie.

4. P pastikan yang imej Anwar dipulihkan kembali supaya rakyat kembali yakin dan seterusnya mengundi PR sebagai parti alternatif kepada BN walaupun aku sendiri tak pernah beranggapan begitu. 

Aku jenis orang takde parti dan tak minat partisan. Aku nak jatuhkan BN dan nak ganti kepada PR bukan sebab PR itu bagus. Tapi nak bagi manusia di Malaysia neh celik berfikir. Bila dorang tahu yang dorang tak mati dengan bertukarnya parti politik, maka di masa akan datang, kita akan main2 tukar parti politik kat negara ini dengan mudahnya. Masa tue baru la parti2 politik akan buat kerja dan mulai cuak. Itula perjuangan sebenar aku. Ubah mentaliti rakyat yang jumud. 

Selagi mana mereka jumud sampai ke mampos kena tindas dengan partisan. Tapi susah juga nak ubah minda rakyat yang jumud kalau parti alternatif macam PR buat hal tak sudah2. Kita kalau nak tawarkan pengganti kepada bahan sedia ada, kena la bagi tawaran yang lebih baik. Contohnya. Ko nak cadang orang tukar kereta. Takan kau nak suruh dia pakai kereta yang lagi teruk dari yang dia guna kot? So, macam tue la juga PR. 

Dia punya imej kena la juga aku up lebih kurang sikit untuk perdayakan umat Malaysia neh. Agak2 dah nampak lagi cerdik dari BN sudah la. Lepas tue baru la jalankan langkah rakyat yang sebenar. Iaitu main tukar2 parti untuk memastikan pemimpin2 neh takut kehilangan kuasa maka mereka akan mula belajar untuk buat kerja. Untuk memastikan rakyat tidak menjilat pimpinan dan partisan. Didik rakyat jadi kritikal sampaikan semua benda nak komplen macam kat negara maju tue hah. Ini agendanya. Thanks to Rafizi. Mengacau agenda aku. Dan memburukkan imej Anwar. Memang pakar strategi yang terbaik di Malaysia. Bukan hanya pandai berstrategi bahkan pandai juga membuat tragedi.