Saturday, September 13, 2014

Doris Jones diburu Polis!



Petualang SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia) kini diburu polis. Doris Jones, rakyat Sabah kini dipercayai melarikan diri ke Britain bagi mengelakkan diri daripada tindakan undang-undang kerana menghasut.

Ternyata Akta Hasutan 1948 benar-benar memberi tekanan kepada penghasut sehingga tidak boleh berbuat sesuka hati untuk mencapai matlamat jahat mereka.

Britain kebiasaan menjadi pilihan pengkhianat negara dan mereka mahukan Sabah-Sarawak kembali di bawah pentadbirannya seperti ketika sebelum merdeka. Itulah sebabnya begitu ramai penyokong SSKM amat yakin Sabah-Sarawak boleh berdikari tanpa Malaysia.

Sebelum ini aktivis anti kerajaan di Sarawak seperti Peter John Jaban juga menyembunyikan diri di Britain. Kebanyakan aktiviti anti kerajaan amat aktif, semua yang kita lihat berpusat di Britain. Malah seorang rakyat Britain, Clare Rewcastle Brown juga amat aktif dalam kempennya terutama dalam memburuk-burukkan kepimpinan Negeri Sarawak dan Kerajaan Malaysia. Hakikatnya kita percaya mereka adalah daripada kumpulan yang sama.

Amat sedih, kerana ada kelompok kecil manusia pengkhianat ini lebih mahukan negara kita berpecah belah. Mereka langsung tidak memandang pengorbanan pasukan keselamatan kita di Sabah yang sedang mempertaruhkan nyawa, meninggalkan anak serta keluarga bagi melindungi persempadanan negara daripada dicerobohi penceroboh bersenjata asing.

Tahniah PDRM, berkat ketegasan dan ketelusan dalam menguatkuasakan undang-undang, gerakan kumpulan pemisah, militan, pelampau politik dapat dibendung di negara kita - sarawakia.blogspot.com


KOTA KINABALU - Polis sedang memburu seorang wanita tempatan dikenali sebagai Doris Jones bagi membantu siasatan berhubung isu mengenai Sabah keluar dari Malaysia yang menimbulkan suasana kurang senang penduduk di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, wanita berkenaan yang menjadi jurucakap kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) sudah meninggalkan negara ini dan dipercayai ‘bersembunyi’ di Britain.

“Polis cuba menghubungi wanita ini untuk tujuan merakamkan keterangannya, namun gagal dan sehingga kini tidak dapat dikesan.

 “Serahkan kepada polis dan biar kami (polis) jalankan siasatan dulu,” katanya ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Cawangan Khas Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzer, Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman.

Jalaluddin berkata, usaha memanggil wanita itu akan diteruskan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948, namun enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, Jalaluddin mengesahkan sudah menerima 12 laporan membabitkan isu berkenaan.


“Laporan diterima termasuklah daripada individu dan pihak tertentu yang mahukan polis menjalankan siasatan terhadap mereka yang sengaja mahu menimbulkan isu ini.

“Setiap laporan dibuat termasuk mereka yang menyokong isu ini akan disiasat merangkumi pelbagai aspek termasuk memanggil pengadu, saksi dan mereka yang terbabit,” katanya.

Menurut Jalaluddin, pihaknya sudah mewujudkan satu pasukan khas dibantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara khususnya di negeri ini.

“Pasukan khas ini akan memantau aktiviti dilakukan segelintir pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba mengadakan perhimpunan secara terbuka dan sebagainya.

“Ini termasuklah bagi menghadapi sebarang perhimpunan dan perarakan haram bakal dilakukan setengah pihak menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan,” katanya.

Terdahulu, Jalaluddin memberitahu, indeks jenayah di negeri ini sepanjang lapan bulan pertama tahun ini menurun 359 kes atau 9.10 peratus dengan 3,584 kes berbanding 3,943 kes bagi tempoh sama tahun lalu, lapor Hmetro.


Read more: http://www.kualalumpurpost.net/doris-jones-diburu-polis/#ixzz3D9uAHOBK



9 comments:

  1. APA NAK BUAT???

    PERDANA MENTERI BONGOK NAK MANSUHKAN AKTA HASUTAN!!!!!

    ReplyDelete
  2. Pertahankan Akta Hasutan..
    Mansuhkan Najibul..

    ReplyDelete
  3. Jgn pula tuduh Kerajaan via PDRM tak ambil tindakan.Itu baharu nak menyoalsiasat.Belum lagi dibuat tuduhan dan penahan.Doris dah kecut perut.Maka pihak yg berasa mereka juga dlm keadaan tak berapa sedap badan eloklah segera buat tempahan nak lari!Hanya pengecut berani bertindak secara berkelompok.

    ReplyDelete
  4. Tahniah lah NAJIB..Hapus lah Akta Hasutan tu...Selepas Akta tu di mansuhkan. Mari kita ramai ramai rakyat malaysia yang cintakan keamanan KITA mansuhkan pula NAJIB dan Sepupunya HISHAM....Kita ganti dengan TSM yang jelas lebih berani dari NAJIB.

    ReplyDelete
  5. Lucut aje kerakyatan..
    Suruh dia pergi ke Hong Kong..tuntut autonomi dr China..
    Confirm esok..perluru kt kepala..!

    ReplyDelete
  6. Tuhan melihat apa yang jahat dan apa yang baik. Dan pastinya Tuhan berpihak kepada tujuan yang benar sahaja

    ReplyDelete
  7. Silakan buru dia,semoga dia berpeluang menjelaskan fakta yang benar dari koridor penjara..

    ReplyDelete
  8. Doris Jones bukan pengkhianat. Beliau adalah hero saya!!!

    ReplyDelete