Selamat panjang umur kepada pemimpin negeri kami, Semoga Allah merahmati dengan kebaikan dunia dan akhirat. Amin.
Gambar dan artikel dipetik daripada Sarawakiana.
Sumber utama berita Sarawak boleh didapati di http://www.sarawakiana.net/.
Lebih dari 10,000 warga Bandaraya Kuching membanjiri Padang Merdeka untuk menghadiri Majlis Perarakan Sambutan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di Padang Merdeka sebentar tadi.
Tun Pehin Sri Taib, yang mengambil alih dari Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhamad Salahuddin pada 1 Mac menyambut ulangtahunnya yang ke-78 tahun kali pertamanya secara rasmi sebagai Tuan Yang D-Pertua Negeri Sarawak
Sebanyak 114 kontinjen yang terdiri daripada 5,000 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan, badan-badan politik dan badan-badan beruniform dan tidak beruniform yang lain mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.
Walaupun acara itu secara rasmi tersebut bermula pada pukul 8 pagi, sekumpulan besar orang sudah mula membanjiri sekitar Padang Merdeka dan sepanjang jalan di mana perarakan akan dilangsungkan.
Tuan Yang D-Pertua, diiringi oleh isterinya Toh Puan Sri Ragad Kurdi-Taib tiba di hadapan pentas utama di bertentangan dengan Padang Merdeka pada kira-kira jam 8 pagi dengan disambut oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dan isterinya Puan Seri Hajah Jamilah.
Turut hadir menyambut ketibaan mereka Menteri Pelancongan dan Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg yang juga Pengerusi Penganjur Perarakan Sambutan Hari Ulang Tahun Tuan Yang D-Pertua Negeri sarawak 2014, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Pegawai Pemerintah Wilayah II Leftenan Datuk Mohd Zaki Mokhtar dan dif-dif kenamaan yang lain.
Acara ini bermula dengan Tuan Yang D-Pertua diberi tabik hormat diraja dan memeriksa 103 pengawal ke-hormat daripada Rejimen Askar Melayu Diraja di bawah pimpinan Major Sagiman Aziz sebelum memeriksa kontinjen yang mengambil bahagian dalam perarakan tersebut dengan menaiki sebuah kenderaan khas bersama Ketua Menteri.
Ini diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Adenan di ikuti dengan tiga teriakan "Dirgahayu" dari kontinjen-kontinjen yang mengambil nagahgian kepada Tuan Yang Terutama.
Sewaktu Tuan Yang D-Pertua dipersembahkan dengan kek hari jadi khas di iringi lagu hari jadi dan 78 ekor burung merpati dilepaskan secara simbolik untuk jumlah tahun hari jadi beliau, beberapa buah helikopter melintasi ruang udara di atas Padang Merdeka sambil dilepaskan 17 tembakan meriam.
Kontinjen-kontinjen, termasuk kumpulan kereta vintaj Mini Coopers, kereta lumba Formula1 dan penunggang motor berkuasa tinggi mula berarak melintasi pentas utama sambil memberi penghormatan kepada Tuan Yang Terutama.
Pada akhir majlis tersebut, satu tarian medley yang menggambarkan keharmonian rakyat dan perpaduan bertajuk "Payung Mahkota Dirgahayu Ke-78" dipersembahkan seramai 1,500 penari.
Tuan Yang Terutama dan orang-orang kenamaan kemudiannya pergi ke Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di mana sesi persembahan sesi Anugerah Negeri dijadual diadakan. -Sarawakiana
No comments:
Post a Comment