Sunday, September 21, 2014

Takut rupa Hadi Awang marah sungguh...

Tak ramai sedar kuasa Anwarinas dalam PAS sekarang dah nak sampai ke tahap meng'tong-sampah'kan Presiden, Mursidul Am, Majlis Syura Ulamanya..

Ini kita kena akui, Anwar seorang yang hebat berpolitik..bila dia marah bininya tak jadi menteri besar, parti yang menentang akan mendapat musibah protes oleh ahlinya sendiri...

PAS macam telur di hujung tanduk. Entah esok, entah lusa dengan presiden, dengan mursyidul am sekali melingkup kena tendang... kata orang, telan mati mak, luah mati bapa. Nak keluar pakatan tapi benci umno, nak bersama pakatan tapi benci Anwar..

Penggunaan 'broker' politik ini lama sudah kita dengar, bukan perkara baru. Yang baru itu cuma 'Barua' dalam kalangan sendiri. Biasanya Broker adalah orang yang berkepentingan. Masa pilihanraya, mereka inilah yang memainkan peranan cukup besar dalam mempengaruhi keputusan undi.

Letak saja harganya. Cuma tidak ada bukti tentang amalan broker ini yang kita boleh nampak dengan mata kasar.. Rasanya Hadi Awang sendiri pun tahu, itulah pasal dia dedahkan bila jadi marah yang amat..

Sekarang baru tersentak.. macam seolah dia tak percaya dikhianati. Bukankah satu Malaysia dah tahu PKR ni cukup terkenal sebagai longkang tempat katak lompat masuk dan lompat keluar bila tiba musimnya? Awat hang marah?

Dulu masa 16 September 2008, Anwar yakin sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen BN akan lompat parti, hampir-hampir saja dia membentuk 'kerajaan katak' sekelip mata. Dan nak tarik 30 ahli lompat parti perlukan strategi besar, bukan boleh dirunding sorang-sorang depan mata..! Lagi satu ia tak boleh dijual-beli hanya dengan air liur sahaja. Mereka perlukan broker/negotiator... Itulah yang difahamkan penulis..


Bab 2 adun PAS yang melanggar Baiat itu disebabkan broker politik. Kata Presiden PAS, pakatan rakyat mengkhianati Tahaluf siasi kerana mencuri adun PAS. Bagaimanapun, kerjasama PAS-Pakatan tidak terjejas oleh isu di Selangor dan akan tetap utuh menjelang pilihanraya... bagaimana itu?

Harap-harapnya Hadi Awang takkan bersedia sampai bila-bila bawa ahli PAS ke neraka Jahanam. Kalau dia dah bersedia, itulah yang kita takutkan... Semoga PAS insaf dan terima sahaja apa yang berlaku sebagai petunjuk daripada Allah untuk keluar daripada penggabungan sia-sia bersama pakatan serta berdiri di atas perjuangan sendiri bukan sebagai boneka.


Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. 

Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun itu – Saari Sungip dan Hasnul Baharudin – juga dicuri dan dibeli.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.

"Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.

Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.

"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?

"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu.

Beliau turut memberi amaran kepada rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain agar tidak menjadikan PAS sebagai tempat persinggahan demi mencapai tujuan dan matlamat mereka.

"Jangan jadikan PAS ni hotel, tempat bersinggah. Jangan jadikan PAS ni jambatan pendek melintas sungai kemudian masuk hutan.

"Kita bertahaluf dengan PKR, DAP melalui titik persamaan. Ahli PAS mesti faham ada perbezaan," katanya.

Beliau juga menegaskan, PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk agenda politik mereka melalui nilai kesamaan, namun masih terdapat perbezaan daripada dasar-dasar asas parti.

"PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Kita bukan satu parti, nak makan sama.

"Bersama dalam titik persamaan mendokong demokrasi yang adil untuk semua," katanya.

PAS juga katanya tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor.

"PAS tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar, walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar. Walaupun tiada perjanjian bertulis.

"Tetapi ingat, di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja," katanya, dan menambah tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar tidak berlandaskan syarak.

"Bila ada raja yang jaga agama. PAS tidak boleh berdiam diri.

"Lalu dilantik seorang kerana kecenderungan bukan kerana amanahnya. Saya tidak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam," kata Hadi.

Hadi berkata, pelantikan pemimpin seharusnya dibuat berdasarkan keupayaan mereka, dan bukannya kecenderungan dan strategi politik masing-masing.

"Jangan pandang ringan nak beri begitu sahaja, ada amanahnya.

"Jangan tengok ini strategi politik, harus lihat ini amanah Allah," katanya lagi.

Beliau dalam ucapannya turut memberi peringatan kepada ahli PAS untuk tidak menubuhkan jemaah baharu dalam PAS.

"Jangan tubuh jamaah dalam jamaah lain. Jangan tubuh parti dalam parti." – TMI 


No comments:

Post a Comment