Wednesday, October 19, 2016

Lawatan ADUN N6 Tupong, YB Fazzruddin ke Pasar Malam Belia N6 di Metro City malam tadi. Beliau sempat beramah mesra bersama para pengunjung serta menemui para peniaga di gerai-gerai yang sempat dikunjunginya. 

Turut serta bersama beliau ialah Pengarah Eksekutif CKH Realty (Pemaju Metro City), David Chong bersama penganjur Pasar Malam Belia serta beberapa ahli jawatankuasa yang terlibat dalam program tersebut. 

Antara tumpuan yang diberi keutamaan YB Fazzrudin dalam pertemuan kali ini ialah mengenai kebersihan di tempat tumpuan orang ramai. 

Dalam usaha beliau untuk memberikan ruang perniagaan kepada para belia serta menjadikan kawasan DUN Tupong sebagai tarikan utama warga Kuching, kebersihan adalah fokus utama yang perlu dibudayakan agar ia menjadi contoh sebagai pasar malam tersibuk namun dikenali antara yang terbersih di Bandaraya Kuching.

Pertemuan ringkas dan santai yang sempat diikuti saya merangkumi perbincangan tentang pelan

 1. Pembinaan atau penambahbaikan kemudahan tandas sedia ada
2. Lokasi tetap berbumbung serta berkanopi, kemudahan peniaga
3. Pengurusan sampah sebaik sahaja selesai pasar malam dibuat. (Sedang dipraktikkan)
4. Kemungkinan penambahan gerai2 sedia ada. 
5. Penambahbaikan kemudahan ruang solat bagi pengunjung2 serta peniaga Islam.

Apapun, keselesaan pengunjung adalah perkara yang diutamakan beliau bagi menjadikan persekitaran pusat perniagaan belia N6 sebagai pasar contoh kepada pasar malam yang lain.

 

Sunday, October 16, 2016

Tahniah kepada YAB Ketua Menteri Sarawak atas penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka


Sekalung TAHNIAH dari seluruh rakyat Negeri Sarawak khasnya kepada YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di atas penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka, DARJAH GEMILANG SERI MELAKA (D.G.S.M.) dari TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Saturday, October 15, 2016

PKR Sarawak terdesak untuk menjual baju BERSIH5 yang tidak laku

Kumpulan Pro-BERSIH 5 sudah mula menyebarkan wabak politik hatred di Sarawak.

Seperti kebiasaan, tujuannya ialah untuk mengajak rakyat bangkit memprotes pemimpin negara termasuklah wakil-wakil rakyat kawasan yang sebumbung dengannya.

Parti-parti politik yang terlibat dengan penganjuran perhimpunan Bersih mempunyai agenda tersendiri demi kelansungan survival politik mereka. Mereka sanggup mengeksploitasi program pasar malam belia anjuran pemuda PBB untuk menyebarkan baju Bersih 5 ketika orang ramai mula mengerumuni kawasan tersebut.

Jika perhimpunan Bersih dibuat untuk kepentingan rakyat, mereka haruslah terlebih dahulu menendang keluar pemimpin korup mereka di Pulau Pinang yang sedang rancak bergelumang dalam skandal penyalahgunaan kuasa serta sering menipu rakyat.

Muka-muka tak tahu malu


Kumpulan Bersih 5 Diingatkan Tidak Menimbulkan Kekacauan - Fazzruddin

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman mengingatkan kumpulan sukarelawan Bersih 5 yang mengedar risalah di kawasan Pasar Malam Belia N6 Metrocity, di sini agar tidak menimbulkan kekacauan atau sebarang perkara negatif.

Katanya meskipun hak mengedar risalah tentang Bersih 5 itu merupakan hak mereka, namun beliau berharap tiada sebarang perkara tidak baik berlaku sehingga boleh menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga di situ.

“Kita sering mendengar program-program berkaitan promosi Bersih sebelum ini, malah ada juga sehingga terjadinya perkara-perkara negatif.

Jika tidak pun perkara (negatif) itu dimulakan oleh mereka sendiri, ia mungkin dimulakan oleh orang lain tetapi yang akhirnya menanggung akibat adalah peniaga-peniaga dan bukannya mereka, tidak kiralah kumpulan Bersih atau kumpulan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita sebagai mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR Sarawak Nurhanim Hanna Mokhsen yang berhasrat untuk mengedar risalah Bersih 5 di kawasan itu selepas mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.

Nurhanim bersama kumpulan sukarelawan Bersih 5 sebelum ini dilarang menjual baju Bersih 5 di bahu jalan menuju masuk ke pasar malam itu, kerana dibimbangi ia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengunjung yang berkunjung di situ, tetapi mereka mendapat kebenaran untuk mengedar risalah Bersih 5.

Tambah Fazzrudin, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas sekiranya perkara negatif berlaku sehingga menjejaskan peniaga di kawasan tersebut.

“Pasar Malam Belia N6 Metrocity merupakan antara usaha kami (kerajaan Barisan Nasional) untuk mempertingkatkan ekonomi belia kita selain menyediakan tempat untuk keluarga menghabiskan masa bersama mengunjungi pasar tersebut.

“Saya akan menyokong apa juga usaha untuk mempertingkatkan jumlah kehadiran pengunjung ke pasar itu, justeru, saya tidak mahu ber-lakunya perkara negatif yang boleh mengganggu-gugat kesejahteraan di kawasan tersebut,” tegasnya.

-klxpress.com.my/sarawak