Drama tempatan berunsur patriotisme mengenai pejuang Negeri Sarawak telah dimainkan oleh tv tempatan. Dalam klip youtube, kita boleh juga menjumpainya. Filem pendek bertajuk Warkah Terakhir mengisahkan perjuangan Rosli Dhoby dan rakan-rakannya membentuk kumpulan bernama 'Rukun 13' bertujuan untuk menentang dominasi Inggeris di negeri ini ketika itu.
Menariknya pemegang watak utama ialah Beto Khusyairi. Dia memegang watak sebagai Rosli Dobhy, pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur. Dialek bahasa Sarawak yang dituturkannya dalam drama itu benar-benar meyakinkan seperti pertuturan orang tempatan. Tidak kekok dan tidak janggal.. Lakonannya membawa kembali kita kepada suasana di bawah jajahan British, betapa peritnya menjadi anak tempatan yang seolah-olah 'hidup menumpang' di tanah air sendiri.
http://www.youtube.com/watch?v=hyr6xpZpthw
Ini adalah satu penghargaan, rakyat semenanjung menyanjungi perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak. Beliau juga pejuang seperti Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain. Kesemuanya membenci penjajahan 'orang putih'...
Kisah sebenar tentangan Rosli Dobhy menentang 'orang putih'
Rosli Dobhi dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda Melayu (GPM) yang ditubuhkan bagi menentang keluarga Brooke yang kalah dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada pentadbiran British selepas 1945.
Penduduk tempatan ketika itu mahu keluarga Brooke (yang memerintah Sarawak dari 1839-1942) menyerahkan Sarawak kepada mereka untuk diperintah sendiri dan bukannya menjual Sarawak kepada British dengan harga satu juta pound.
Tentangan rakyat Sarawak merebak dari satu kampung ke satu kampung |
Keputusan Sir Charles Vyner Brooke untuk menjual Sarawak itu mencetuskan kemarahan penduduk Sarawak yang merasakan negeri mereka menjadi barang dagangan yang boleh dijual beli.
Charles telah menjual dan menyerahkan Sarawak kepada pentadbiran British pada 1 Julai 1946, akhirnya mencetus semangat penentangan di kalangan penduduk tempatan terutama golongan cerdik pandai, kakitangan kerajaan dan guru.
Sebelum itu, dua Ahli Parlimen British, D R Rees Williams dan L D Gammans melawat Sarawak pada Mac 1946 untuk mendapatkan pandangan penduduk mengenai isu penyerahan Sarawak sebelum dikemukakan kepada Majlis Negeri untuk kelulusan.
Penduduk tempatan tidak memahami maksud sebenar penyerahan dan isu itu yang kemudian diluluskan selepas berdebat di Majlis Negeri dengan memihak kepada sokongan penyerahan iaitu 19 undi menyokong berbanding 16 undi menentang.
Keputusan itu menyebabkan bermula 1 Julai 1946, British memerintah Sarawak, bagaimanapun, ramai penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.
Guru dan kakitangan kerajaan dari kalangan orang Melayu paling ramai menentang penyerahan termasuk Rosli serta mereka yang menganggap penyerahan itu tidak sah dari segi undang-undang dan sebaliknya menuntut kemerdekaan Sarawak.
Rasa tidak puas hati berterusan terutama di kalangan orang Melayu yang kemudian menubuhkan GPM untuk menentang penjajah.
Atas rasa cintakan tanah air, Rukun 13 yang dianggotai 13 ahli GPM yang turut disertai Rosli mengadakan perjumpaan di Jalan Queensway, Sibu pada 21 Februari 1949 untuk mengusir Gabenor penjajah dan wakil yang lain.
Puncak penentangan GPM tiba selepas Gabenor British kedua, Duncan Stewart yang mentadbir Sarawak membuat lawatan pertama ke Sibu.
Sir Duncan George Steward |
Mereka merancang mengambil peluang itu ketika Stewart melawat Sibu pada 3 Disember 1949, tarikh Rosli dipilih untuk menikam Stewart bagi memberikan gambaran kepada Inggeris yang masanya sudah tiba bagi Sarawak untuk merdeka.
Pada jam 9 pagi, ketika penduduk Sibu berkumpul bagi menyambut Stewart dan beberapa pegawai Inggeris yang tiba dalam satu barisan panjang sambil pelajar mengibarkan bendera Inggeris dan Sarawak, Rosli pula bersedia ditengah-tengah orang ramai dengan rakannya Morsidi Sidek yang menyamar sebagai jurugambar.
Kira-kira 9.30 pagi ketika Gabenor bergerak ke arahnya, Rosli terus mengeluarkan badik (senjata tradisi yang disapu racun) dan meluru serta menikam perut, sambil melaungkan perkataan: "keluar dari Sarawak atau kamu mati", pada masa yang sama Morsidi pula menyerang pegawai Inggeris, yang hanya dikenali sebagai Mr Dilks.
Mereka berdua ditangkap polis di tempat kejadian, manakala Stewart yang dalam keadaan kritikal dihantar ke Hospital Lau King Howe Sibu sebelum diterbangkan ke Singapura pada pagi esoknya dan meninggal dunia tujuh hari selepas kejadian.
Pada 15 Disember 1949, Rosli dan Morsidi Sidek serta dua lagi rakan seperjuangan mereka, Awang Ramli Matsaruddin dan Bujang Suntong dihukum gantung sehingga mati di Penjara Pusat Kuching.
Warkah terakhir Rosli Dobhy sebelum dihukum gantung;
Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’genter saya ta’takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.
Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan
Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.
Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.
Ditulis pada 1‑3‑1950
Saya yang akan meninggalkan endah ini,
R.D.
No comments:
Post a Comment