Tuesday, September 23, 2014

PKR Simunjan, sila tengok sebelum terlambat!

Kepada warga Sarawak terutamanya ahli-ahli PKR Simunjan yang sangat bangga dengan penubuhan Pejabat Khidmat PKR yang baru. Sila renungkan video rakaman pendedahan salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat tentang perjuangan parti itu di bawah.

Siapa Ng Luk Yong? Kenapa dia tinggalkan PKR dan Anwar Ibrahim?



Ng Lum Yong merupakan salah seorang pengasas PKR dan kenal siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya. Dia sudah keluar parti PKR dan kini berjuang menyedarkan orang ramai tentang siapa Anwar dan apa yang diperjuangkannya. Fikirlah dengan akal bukan dengan ketaksuban parti.


Ingat Cobbold John Lusoi? Dia pun orang Simunjan, tokeh kelapa sawit sangat aktif buat kerja-kerja untuk PKR sebelum Pilihanraya  Negeri Sarawak. Dia adalah otai pembangkang, sanggup turun naik Balai Ringin - Sibu untuk perjuangan bersama PKR. Sekarang cuba tanya dia adakah PKR Semenanjung menghargai semua itu?




John sekarang masih aktif berpolitik, tapi sudah tukar bertukar arah masuk PBDS yang baru, bersama Joseph Tawie, Richard Lias dan Dato Sri Daniel Tajem. Mungkin sekarang dia sudah berjuang sebagai calon bebas saja.

Ingat Dr John Brian Anthony? Dia seorang motivator dan merupakan penyokong kuat PKR Sarawak. Sekarang dia sudah tinggalkan PKR dan berjuang bersama DAP. Sila lihat lamannya sendiri kenapa dia tidak bersama PKR lagi.


John Brian Anthony

Fikir sebelum terlambat, kenapa PKR sangat-sangat tidak dapat memenuhi kehendak rakyat. PKR bukan untuk rakyat. PKR untuk keluarga, kroni rapat kalangan mereka sahaja.


Gambar kenangan mereka pernah bertemu sehari..
Bahang perjuangan yang panasnya sekejap sahaja.


No comments:

Post a Comment