Sunday, September 21, 2014

Open Secret - Astroawani dedah Azmin Menteri Besar Selangor

99% bakal Menteri Besar Selangor yang baru adalah Azmin Ali. Itulah yang disebut dalam laman astroawani.

Rujuk sini:http://www.astroawani.com/news/show/isu-mb-99-peratus-kemungkinan-mb-selangor-milik-azmin-sumber-44394?cp

Kurang 48 jam, kita akan lihat Azmin angkat sumpah dengan jawatan barunya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekaligus mengecewakan Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mencipta sejarah Malaysia dengan kemunculan Menteri Besar wanita yang pertama.

Tahniah bakal MB Azmin Ali

Mungkin malam ini, Azmin sudah boleh mencanangkan siapa dia kepada seterunya, lebih-lebih lagi Chegu Bard. Mungkin malam ini juga Azmin sudah boleh berlatih tukar cara berjalan dan gaya persis watak Ali Baba sebagai orang kedua besar selepas Sultan..

Tahniah. Walaubagaimanapun, kita harapkan satu kejutan yang lebih besar akan menggegarkan dunia politik di Selangor pada kali ini. Orang yang dipilih tidak pernah disangka kita akan menjawat jawatan itu.

Langkah Kajang memang penuh dengan kejutan. Itulah punca kekacauan yang paling diingati dalam lebaran dunia politik Malaysia yang berwarna-warni. Antaranya;
  1. Wan Azizah dicalonkan sebagai Menteri Besar Wanita pertama Malaysia. Walaupun gagap, dia dipilih kerana dia adalah isteri kepada Ketua Umum PKR.
  2. TSKI kena pecat PKR, TSKI pecat 6 ADUN PKR/DAP
  3. Anwar muncul dengan rupa berserabai dan berserabut, tak pernah dilihat dalam media 
  4. PAS dikhianati ADUN sendiri. Baiah PAS tak sekebal mana pun..
  5. Pakatan Rakyat sudah tidak malu lagi dikecam amalkan nepotisme, satu amalan yang 10 kali lebih teruk daripada kronisme.
  6. PAS pecah dua kumpulan.. satu team bersama Presiden, satu lagi team Anwarinas.
  7. Ahli PAS yang berpecah tubuh satu lagi parti dalam PAS kerana nak sokong Wan Azizah.
  8. Tiba-tiba nama Azmin muncul MB bukannya WAWI.

Kita tunggulah seterusnya apa akan berlaku. Moga-moga Allah bagi petunjuk pada rakyat Selangor, siapa sebenarnya yang pergunakan rakyat untuk kepentingan sendiri.. BN atau PR.


4 comments:

  1. 99.9% Malapetaka, Musibah, Bencana, bencana, bencana bagi Selangor jika benar Azmin Ali jadi MB Selangor. Malang se malang malangnya...Cina cakap Sueh...Tamil tak tahu...

    Padan muka orang Selangor...nak sangat PKR, Allah bagi AZMIN ALI...worst of the worst....

    ReplyDelete
  2. Kalau Dun Selangor di bubar tapi BN still kalah,memang ada something wrong dalam BN.

    ReplyDelete
  3. Bagi dia tombak sukan javeline..

    ReplyDelete
  4. Orang selangor kalau dah bangang, bamgang selamanya. Kata negeri kaya, taspi orang melayu selangor kayap....

    ReplyDelete