Thursday, April 28, 2016

Fitnah Hospital Sri Aman modal Pembangkang yang terdesak


Menjelang Pilihanraya Negeri ke 11 (PRN11) Negeri Sarawak, pihak Pembangkang telah mula menyebarkan foto Papan Tanda Fasa 1 Kerja Rawatan Tanah tahun 2012 yang kini telah dirobohkan.

Sedangkan pembinaan Hospital Sri Aman telah melalui ke Fasa 2 iaitu proses Pembinaan Hospital Sri Aman yang dijangka tamat kontrak pada 2018

Menurut Dato' Hasnul Mohamad Salleh, TKPKR Sektor Bangunan menyatakan tarikh milik tanah Hospital Sri Aman ialah pada 26.10.15 dan  kontrak pembinaan bakal tamat pada 25.10.18.

“ Buat masa ini di tapak berkenaan sedang di buat kerja kerja test piling. Papan tanda yg ditunjukkan dalam aduan adalah papan tanda lama. Saya telah arahkan CKK untuk membuang papan tanda lama itu. Untuk makluman papan tanda yg lama sebenarnya  untuk fasa 1 earthwork. Dimaklumkan oleh CKK bahawa papan tanda fasa 2 kerja bangunan sudah mula dinaikkan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan yang pihak CKK sedang menyediakan maklumat lengkap beserta gambar gambar sebagai makluman dan pelaporan kepada umum.

“Buat masa ini pihak kontraktor sedang menyediakan pejabat tapak dengan  mematuhi ciri ciri keselamatan DOSH, local authority dan JKR Standards. Pihak JKR akan memantau dengan rapi kemajuan kerja  kontraktor,” tambah beliau.

Menurutnya, kemajuan sekarang adalah 3% berbanding jadual 8% . Semua ujian piling telah disiapkan pada akhir Februari 2016. Kerja kerja piling sebenar untuk membina bangunan telah bermula pada bulan Mac 2016.

Beliau juga berharap agar masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Sarawak tidak terperdaya dengan mainan fitnah yang menyatakan pembinaan Hospital ini terbengkalai sedangkan ia masih dalam proses pembinaan agar bangunan yang dapat dihasilkan kukuh dan manfaat kepada masyrakat.

 
 
 
 
 
 
 


http://www.barisannasional.org.my/news/pembinaan-hospital-sri-aman-modal-fitnah-pembangkang

Monday, April 25, 2016

Pembangkang berada di tahap celaru tertinggi dalam sejarah politik tanahair.


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyifatkan pembangkang berada dalam situasi bercelaru apabila gagal menyelesaikan isu pembahagian kerusi hingga menyaksikan mereka bertanding sesama sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 7 Mei depan.

Katanya, ketidakfahaman yang ditunjukkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan sikap sebenar kedua-dua komponen pembangkang itu.

"Saya percaya pembangkang gagal mencapai persetujuan apabila DAP dan PKR bertanding di kerusi yang sama atau mereka meletakkan calon bebas untuk menentang sesama sendiri.

"Ini menunjukkan wujud kecelaruan antara mereka," katanya pada sidang media selepas disahkan bertanding sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu di sini.

Sunday, April 24, 2016

Tangan yang memberi atau tangan yang mengemis beserta maki hamun, mana satu pilihan anda?



Akhlak pembangkang dan pemimpin mereka yang memperlekehkan serta mempersendakan pemberian kerajaan kepada rakyat. Gambar sumbangan kerajaan untuk penduduk Kuala Penyu di Sabah ini biarpun sedikit tetapi sekurang-kurangnya rakyat dapat memanfaatkan penggunaannya.

Berbanding PKR, AMANAH, DAP mahupun PAS yang menetapkan jumlah derma dalam tabung yang kononnya untuk membantu rakyat. Dalam kempen pilihanraya Negeri Sarawak pada kali ini, Pakatan Harapan dan PAS menetapkan derma minima untuk tabung politik mereka.



Kemana pergi duit sumbangan itu hanya Allah sahaja yang tahu. Bermula dari Barisan Alternatif kemudian Pakatan Rakyat, kini Pakatan Harapan.. nama sahaja berbagai pakatan, tetapi tetap mengemis duit daripada rakyat untuk kerja parti mereka.

Beginikah caranya pakatan pembangkang membantu rakyat yang susah?

Akhirnya selepas pilihanraya mereka kembali meneruskan urusan masing-masing di Semenanjung, meninggalkan penyokong-penyokong mereka tanpa bertanya khabar dan berita. Jauh sekalilah untuk meninggalkan sesuatu walaupun satu tong biru.


Friday, April 22, 2016

Saksikanlah! Video terbaik dari Ketua Menteri Sarawak

Ooohaa... youuu.. you.. - Tagline CM Sarawak, Adenan Satem yang dikasihi..

Kepimpinan dan kejayaan beliau yang membuatkan beliau terus disegani dan disayangi oleh rakyat Sarawak.

Semoga negeri Sarawak aman makmur dan sejahtera selamanya.



Wednesday, April 20, 2016

Gambar-gambar banner serangan PKR terhadap sifat rakus DAP di N2 Tasik Biru.

Gambar-gambar banner yang menggambarkan perasaan marah penyokong-penyokong PKR terhadap sifat tamak dan rakus DAP di Sarawak

Kempen serang sesama Pakatan telah pun muncul di DUN N2 Tasik Biru. Calon DAP, Mordi Bimol yang bertanding di kawasan tersebut nampaknya terpaksa bekerja keras meyakinkan masyarakat Bidayuh, Melayu dan Cina yang DAP bukan seperti yang disangkakan.

Namun segalanya harus didahului dengan penjelasan terhadap luahan masyarakat yang terdiri daripada kalangan penyokong Pakatan Harapan sendiri seperti yang ditunjukkan di bawah...


 
 
 
 
 
 



Puncanya dipercayai seperti yang berikut...

Semuanya bermula apabila DAP berkeras mahu menentukan kawasan DUN yang dibahagikan mengikut kaedah mereka. PKR Negeri Sarawak sebelum ini diugut supaya melepaskan 5 kawasan DUN kepada mereka sepertimana telah disepakati bersama kepimpinan PKR Pusat.

Desakan DAP disusuli dengan kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mengingatkan PKR negeri agar jangan mengingkari keputusan rundingan yang telah dibuat sehingga akan menyebabkan Pakatan terkubur.

Pertindihan tuntutan kerusi DUN yang tidak selesai akan menyaksikan pertembungan 3 penjuru di kawasan tersebut. Kenyataan Chong tersebut dipetik melalui pautan di bawah.

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/sarawak-hormat-dap-atau-pakatan-harapan-berkubur-kata-dua-untuk-pkr.html

Baru Bian selaku pengerusi PKR negeri enggan akur pada tuntutan DAP, juga mengugut untuk menggunakan kuasa veto PKR negeri untuk menolak keputusan pimpinan nasional PH.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan kemelut pertindihan tuntutan sebaliknya hanya menegaskan untuk fokus kepada kempen Pilihanraya Negeri tidak lama lagi.

PKR Sarawak enggan berganjak, tolak keputusan lepaskan lima kerusi DUN kepada DAP


***

Belum berkuasa lagi sudah huru-hara..Bagaimanakah masa depan rakyat boleh terjamin sekiranya kepimpinan Pakatan Harapan sendiri terumbang-ambing? Masih ada harapankah dalam Pakatan Harapan?

Tuesday, April 19, 2016

Ngeh Koo Ham dihalau daripada masuk Sarawak

Ahli Parlimen Beruas yang juga Setiausaha DAP Perak Ngeh Koo Ham ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak pada pagi tadi.

Bagaimanapun beliau telah pun dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan seterusnya.

Difahamkan, beliau cukup maklum namanya adalah antara yang tersenarai dihalang daripada memasuki ke Sarawak tetapi masih mahu mencuba nasib demi untuk meraih populariti.

Bangga sungguh beliau bergambar di KIA..

 
 


Terkini - Senarai penuh calon-calon BN PRN11 Sarawak

Tahniah kepada calon BN yang telah dipilih. Semoga Barisan Nasional akan diberi mandat untuk terus berkhidmat kepada rakyat Sarawak.





Calon-calon untuk Barisan Nasional Negeri Sarawak

DUN N.01 Tasik Biru Henry @ Harry Anak Jinep SPDP
DUN N.02 Opar Ranum Mina Calon Langsung BN
DUN N.03 Tanjung Datu Adenan Satem BN-PBB
DUN N.04 Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi BN-PBB
DUN N.05 Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni BN-PBB
DUN N.06 Tupong Fazruddin Abdul Rahman BN-PBB
DUN N.07 Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali BN-PBB
DUN N.08 Satok Abang Johari Tun Abang Openg BN-PBB
DUN N.09 Padungan Peter Pau BN-SUPP
DUN N.10 Pending Milton Foo BN-SUPP
DUN N.11 Batu Lintang Sih Hua Tong BN-SUPP
DUN N.12 Kota Sentosa Wilfred Yap BN-SUPP
DUN N.13 Batu Kitang Lo Khere Chiang BN-SUPP
DUN N.14 Batu Kawa Dr Sim Kui Hian BN-SUPP
DUN N.15 Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah BN-PBB
DUN N.16 Muara Tuang Idris Buang BN-PBB
DUN N.17 Stakan Mohammad Ali Mahmud BN-PBB
DUN N.18 Serembu Miro ak Simuh Calon Langsung BN
DUN N.19 Mambong Dr Jerip Susil Calon Langsung BN
DUN N.20 Tarat Roland Sagah Wee Inn BN-PBB
DUN N.21 Tebedu Michael Manyin Jawong BN-PBB
DUN N.22 Kedup Martin Ben BN-PBB
DUN N.23 Bukit Semuja John Ilus Calon Langsung BN
DUN N.24 Sadong Jaya Aidel Lariwoo BN-PBB
DUN N.25 Simunjan Awla bin Dris BN-PBB
DUN N.26 Gedong Mohd Naroden Majais BN-PBB
DUN N.27 Sebuyau Julaihi Narawi BN-PBB
DUN N.28 Lingga Simoi Peri BN-PBB
DUN N.29 Beting Maro Razali Gapor BN-PBB
DUN N.30 Balai Ringin Snowdan Lawan BN-PRS
DUN N.31 Bukit Begunan Mong Dagang BN-PRS
DUN N.32 Simanggang Francis Harden Hollis BN-SUPP
DUN N.33 Engkilili Johnical Rayong Calon Langsung BN
DUN N.34 Batang Ai Malcolm Mussen Lamoh BN-PRS
DUN N.35 Saribas Mohd Razi Sitam BN-PBB
DUN N.36 Layar Gerald Rentap Jabu BN-PBB
DUN N.37 Bukit Saban Douglas Uggah Embas BN-PBB
DUN N.38 Kalaka Abdul Wahab Aziz BN-PBB
DUN N.39 Krian Kilat anak Briak BN-SPDP
DUN N.40 Kabong Mohd Chee Kadir BN-PBB
DUN N.41 Kuala Rajang Len Talif Salleh BN-PBB
DUN N.42 Semop Abdullah Saidol BN-PBB
DUN N.43 Daro Shafiee Hj Ahmad BN-PBB
DUN N.44 Jemoreng Dr Juanda Jaya BN-PBB
DUN N.45 Repok Huang Tiong Sii BN-SUPP
DUN N.46 Meradong Ding Kuong Hiing SUPP
DUN N.47 Pakan William Mawan Calon Langsung BN
DUN N.48 Meluan Roland Duat BN-SPDP
DUN N.49 Ngemah Alexander Vincent BN-PRS
DUN N.50 Machan Allen Siden Gramong BN-PBB
DUN N.51 Bukit Assek Chieng Buong Toon BN-SUPP
DUN N.52 Dudong Tiong Thai King Calon Langsung BN
DUN N.53 Bawang Assan Wong Soon Koh Calon Langsung BN
DUN N.54 Pelawan Janet Lau Calon Langsung BN
DUN N.55 Nangka Dr Annuar Rapa’ee BN-PBB
DUN N.56 Dalat Fatimah Abdullah BN-PBB
DUN N.57 Tellian Yussibnosh Balo BN-PBB
DUN N.58 Balingian Abdul Yakub Arbi BN-PBB
DUN N.59 Tamin Christopher Gira BN-PRS
DUN N.60 Kakus John Sikie Tayai BN-PRS
DUN N.61 Pelagus Wilson Nyabong BN-PRS
DUN N.62 Katibas Ambrose Blikau BN-PBB
DUN N.63 Bukit Goram Jefferson Jamit BN-PBB
DUN N.64 Baleh James Masing BN-PRS
DUN N.65 Belaga Liwan Lagang BN-PRS
DUN N.66 Murum Chuk Pai Ugon BN-PRS
DUN N.67 Jepak Talib Zulpilip BN-PBB
DUN N.68 Tanjong Batu Pau Chiong Ung BN-SUPP
DUN N.69 Kemena Stephen Rundi Utom BN-PBB
DUN N.70 Samalaju Majang Renggi BN-PRS
DUN N.71 Bekenu Rosey Yunus Calon Langsung BN
DUN N.72 Lambir Ripin Lamat BN-PBB
DUN N.73 Piasau Sebastian Ting BN-SUPP
DUN N.74 Pujut Hii Kiing Chiong Calon Langsung BN
DUN N.75 Senadin Lee Kim Shin BN-SUPP
DUN N.76 Marudi Dr. Penguang Anak Manggil SPDP
DUN N.77 Telang Usan Dennis Ngau BN-PBB
DUN N.78 Mulu Gerawat Jala Calon Langsung BN
DUN N.79 Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail BN-PBB
DUN N.80 Batu Danau Paulus Palu Gumbang Calon Langsung BN
DUN N.81 Ba’kelalan Willie Liau BN-SPDP
DUN N.82 Bukit Sari Awang Tengah Ali Hasan BN-PBB

*selamat berjuang ‪#‎TeamAdenan‬

Sunday, April 17, 2016

Video kegagalan PKR. Peringatan paling sempurna buat pengundi Sarawak...



PKR tidak mampu dan hanya bergantung kepada ihsan DAP untuk membantu kawasan mereka.

PKR hanya gah dan gagah perkasa ketika pilihanraya. Namun mereka lemah longlai, tidak berdaya dan menjadi pengemis simpati walaupun untuk membantu kawasan sendiri.

Video ini adalah bukti kelemahan kepimpinan PKR untuk DUN Penanti yang ditadbir oleh Kerajaan DAP dari Pakatan Rakyat. Rakyat Sarawak tidak mahu keadaan seperti ini.

Kami adalah tuan di negeri sendiri, bukan penyembah ihsan kepada parti pembangkang Malaya..

Jangan fikir minyak motor percuma dengan air mineral 700ml memadai untuk memancing undi rakyat Sarawak buat PKR.

Maruah kami tidak semurah itu..

Saturday, April 16, 2016

Saya minta maaf BN tidak dapat bina jalanraya atas langit - Adenan Satem


Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, memohon maaf kepada para pemilik tanah yang terbabit dengan pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Saya minta maaf kerana perlu melakukan pengambilan tanah ini. Barisan Nasional tidak dapat membuat jalan raya atas langit. Yang saya tahu buat jalan raya atas tanah, tapi mungkin pembangkang boleh buat jalan raya 1000 kilometer atas lagit.”

Beliau berkata demikian sebagai menyindir usaha pembangkang di Sarawak yang menghasut rakyat agar tidak mengundi Barisan Nasional kerana merampas tanah untuk tujuan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak.

Dalam pertemuan bersama rakyat di Sibu Khamis lalu, Adenan turut melakukan penyerahan cek kepada 783 orang pemilik tanah yang terbabit dalam Fasa 1 pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo. Proses pengambil alihan tanah untuk Fasa 1 ini membabitkan RM 25 juta.

Adenan turut menyelar propaganpa pembangkang di Sarawak yang mendakwa kerajaan mengambil tanah tanpa sebarang bayaran pampasan.

“Terdapat pihak-pihak tertentu yang membuat propaganda menyatakan kerajaan mengambil tanah orang tanpa bayaran. Cuba kamu semua lihat dalam majlis ini hari ini yang menerima cek. Jadi mereka ini berbohong sahaja.”-myKMU

Friday, April 15, 2016

Dato Jamal Yunus dihalang masuk ke Sarawak (gambar dan video)

Maaf Dato Jamal, larangan masuk ke Sarawak terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sesiapa sahaja yang dikhuatiri boleh mencetuskan kekecohan dalam kempen politik pasti akan dihalang daripada memasuki negeri ini.

Halang bukan hanya untuk kebaikan kepada masyarakat dan kesejahteraan umum, tetapi juga demi keselamatan diri individu tersebut daripada menjadi sasaran oleh orang lain.

Rakyat Sarawak mempunyai budaya politik berbeza berbanding negeri-negeri lain. Tahap sensitivitinya tinggi terutama hal-hal melibatkan kaum dan agama yang banyak menjadi modal dalam kempen politik masa kini. Di semenanjung Malaysia, mungkin isu ini perkara biasa bagi masyarakat di sana.

Larangan ke Sarawak bukan bergantung individu itu pembangkang atau pro-Barisan Nasional. Sesiapa sahaja yang dianggap boleh mencetuskan provokasi melampau akan disekat. Itu sahaja pada pandangan penulis.

Semoga menjadi peringatan kepada pihak lain, agar tidak menjadi ikon kemarahan rakyat Malaysia jika mahu ke negeri Sarawak yang tercinta ini....


 
 



Video: Jamal Kecewa Dihalang Masuk Ke Sarawak

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Yunos bersama rakan-rakannya (seramai empat orang) yang dihalang masuk ke Sarawak meminta penjelasan daripada Ketua Menteri negeri itu berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata, tiada sebab mengapa pihaknya dihalang daripada memasuki Sarawak, sedangkan dia merupakan pemimpin Umno dan NGO kerajaan yang tidak terlibat dengan sebarang permasalahan.

“Bagi saya, kami tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan kami merupakan NGO daripada kerajaan, namun tidak dibenarkan masuk Sarawak. Jadi bagaimana NGO yang banyak lepas ke Sarawak daripada pihak pembangkang? daripada DAP, PKR dan sebagainya?.

“Kami lihat berduyun-duyun yang masuk Sarawak. Pihak kerajaan Sarawak tak boleh ‘double standard’. Kita minta pihak kerajaan Sarawak terus ‘block’ la pemimpin dan NGO-NGO daripada pihak pembangkang, kerana mereka ni sentiasa buat provokasi, fitnah dan pendusta. Jadi itulah yang saya nak sampaikan, selain daripada perasaan kecewa dan sedih pada hari ini,”ujarnya.

Sehubungan itu Jamal berkata, pihaknya akan menghantar surat dan merayu kepada Ketua Menteri untuk minta penjelasan.

Beliau turut memohon agar rayuan untuk diberi kelonggaran memasuki Sarawak dipertimbangkan supaya pihaknya dapat menyempurnakan beberapa program di sana.

Terdahulu, beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi tadi dan diarahkan kembali semula ke KLIA.

Difahamkan, beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dihalang masuk ke negeri itu berikutan pelbagai kenyataannya sebelum ini yang dikatakan bersifat perkauman.

Sumber – SuaraTV

Thursday, April 14, 2016

Akhlak penyokong PKR

Datang Sarawak biar beradap. Jangan mencarut memaki orang lain macam yang biasa kamu buat pada orang tua kamu.

Ketua Menteri Sarawak tak pernah usik sejentik pun kehidupan kamu. Kenal kamu pun tak...

Kita reject cara berpolitik seperti ini..




Wednesday, April 13, 2016

Nurhanim calon PKR yang lesu di Tupong


Calon BN dari PBB DUN N6 Tupong
Calon Pakatan Harapan dari PKR DUN N6 Tupong

DUN N6 Tupong meletakkan calon baru Barisan Nasional, saudara Fazzrudin sebagai pengganti YB Datuk Daud Abdul Rahman. Calon lawan daripada parti PKR, Nurhanim Hanna Mokhsen bagaimanapun optimis untuk memperoleh kemenangan 50% bagi pihak Pakatan Harapan..

Ketika PRN ke-10, di bawah pentadbiran Pehin Sri Taib Mahmud, pembangkang menggunakan sentimen anti-Taib (politik kebencian) berkempen secara 'all-out' dengan dibantu aura Anwar Ibrahim selaku watak utama dalam siri jelajah seluruh Sarawak.

Kaedah itu walaubagaimanapun tidak mampu mengubah kedudukan penyandang asal, Datuk Daud Abdul Rahman daripada kerusi DUN N6 Tupong. Malah masyarakat tempatan mempersoalkan kewajaran PKR menggunakan sentimen memburukkan calon lawan lebih kerap berbanding dengan sumbangan yang dibuat parti itu di Tupong.

Penolakan rakyat Sarawak terhadap PKR amat jelas sehinggakan daripada 41 kerusi DUN yang ditandingi mereka, hanya 3 kerusi sahaja yang dapat dimenangi itupun dengan dibantu oleh DAP selaku penyokong utama bagi kawasan yang dipertandingi.

Datuk Daud Abdul Rahman akhirnya dipilih rakyat dengan majoriti 4,551 dan diumumkan sebagai ADUN untuk penggal yang ke-5 beliau.

Pada PRN kali ini, Nurhanim dilihat bertarung sendirian bersama beberapa rakan parti yang kurang menyerlah setanding Anwar Ibrahim. Krisis perebutan kerusi dan perang dingin terhadap DAP sedikit sebanyak menggugat kerjasama di antara mereka sekalipun mereka mendakwa masalah penetapan calon telah selesai sebelum pembubaran DUN.

Kaedah berkempen PKR yang agresif sebelum ini tidak mendatangkan kesan malah memburukkan lagi peluang untuk meraih undi. PKR tidak mempunyai rekod kerja yang cemerlang seperti PBB.

Nurhanim menggunakan taktik politik 'safe play'. Watak beliau cukup berbeza dengan cara calon PKR sebelumnya. Beliau dilihat tidak menyerang peribadi calon lawan. Mungkin kerana beliau sendiri cukup mengenali calon BN Tupong secara peribadi, mungkin juga Fazzrudin adalah sahabat baik beliau.

Namun perjuangan PKR yang sebenar tidak menepati kehendak dan citarasa masyarakat Tupong. PKR tidak pernah menjanjikan apa-apa pembangunan kepada penduduk setempat. Jauh sekali untuk membawa Tupong ke arah yang lebih baik daripada apa yang diusahakan oleh Barisan Nasional.

Dalam kempen ceramah PKR, mereka tidak bercakap tentang pembangunan yang telah dibuat. Juga tidak akan wujud cerita tentang sumbangan yang dihulurkan oleh PKR Pusat kepada Tupong. Mereka hanya akan menggunakan isu nasional dengan hanya mengharapkan undi protes bagi meraih kemenangan.

Isu GST, korupsi, ketidakmampuan Barisan Nasional menangani kos hidup rakyat akan menjadi hidangan utama dalam setiap ceramah kempen pilihanraya PKR. Tetapi keberkesanan PKR dalam menentu ukur kemampuan sendiri menjaga kebajikan rakyat contohnya di Selangor menunjukkan mereka hanya sekadar tahu bercakap.

Kerajaan Negeri Selangor tetap gagal menyelesaikan masalah air dan sampah yang sehingga kini tiada kesudahan. Sebahagian tempat mendapat kemudahan manakala sebahagian tempat lagi terus menderita ketiadaan sumber air. Manakala krisis kepimpinan dalam parti mengundang pelbagai persoalan akan kemampuan PKR bertindak adil kepada ahli-ahli yang bukan daripada kalangan keluarga elit.

Di sebalik kejayaan PKR menawan Selangor, dilihat pelbagai krisis kepimpinan tinggi kerajaan negeri dilihat telah berlaku. Ia termasuklah niat untuk meletakkan ahli keluarga sendiri sebagai pemimpin utama dalam kerajaan. Pertelingkahan berlaku akhirnya menyebabkan Datuk Khalid Ibrahim terpaksa meletak jawatan selaku Menteri Besar dan meninggalkan parti.

Rakyat sudah pasti tidak mahu keadaan sedemikian berlaku di negeri Sarawak. Biarlah parti Semenanjung menguruskan negeri-negeri mereka dengan cara mereka. Di Tupong, kami mengamalkan cara politik yang jauh lebih baik daripada kempen memburuk-burukkan orang lain iaitu, politik pembangunan dan kebajikan masyrakat.


Pemuda PBB juga tidak gentar berdepan PKR.

Nurhanim Hanna tidak gentar berdepan Fazruddin di Tupong

http://www.theborneopost.com/2016/04/12/nurhanim-hanna-tidak-gentar-berdepan-fazruddin-di-tupong/#ixzz45efsGgbX





Monday, April 11, 2016

Inikah jasa Kerajaan Barisan Nasional?

Dipetik daripada laman facebook seorang pakar perubatan di Semenanjung Malaysia. Kos rawatan yang tidak akan boleh didapati di mana-mana negara dalam dunia.

Golongan pembangkang sering memperlekehkan Perdana Menteri kita, mempertikaikan kemampuan beliau dalam mentadbir negara dan dituduh korup serta tidak pernah membuat apa-apa sumbangan kepada negara.

Malah DAP sebelum ini mengkritik kewujudan klinik 1Malaysia yang diperkenalkan melalui kepimpinan Najib untuk mengurangkan beban rakyat.

Kutipan cukai GST dan beberapa keputusan tidak popular kerajaan sebahagiannya dilaksanakan demi untuk mengimbangi ketidaktentuan ekonomi dunia yang mempengaruhi kehidupan di negara kita.

Sungguhpun begitu, kerajaan tetap mengutamakan kebajikan rakyat dan menanggung kos perubatan dan pendidikan dan tidak ada satu pun negara lain dalam dunia mampu memberikan apa yang dikecapi oleh rakyat Malaysia pada hari ini.

*****

Kredit kepada Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir.
Laman fb beliau; https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10209425523499818&set=a.2033584484035.124707.1376866460&type=3


‪#‎PEMBEDAHAN_BYPASS_JANTUNG_TERMURAH_DI_DUNIA‬

Ini adalah mesej sahabat facebook saya. Saya kebetulan telah merawat ayahnya yang mengalami sakit jantung.

Ayah sahabat saya ini mengalami penyakit sumbatan pada 3 saluran darah koronari jantung. Beliau memerlukan pembedahan pintasan jantung atau lebih popular dikenali sbg pembedahan BYPASS. Ayah sahabat saya bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta. Anak2nya juga tiada yang bekerja dengan kerajaan.

Pembedahan ini adalah pembedahan yang amat mahal. Jika di hospital swasta ia boleh mencapai RM 50K! Beliau dan keluarganya tidak mampu.

Namun, beliau telah selamat menjalani rawatan dan pembedahan bypass tersebut di Hospital Serdang. Harga yang beliau bayar hanyalah RM 500!!!

Beliau hanya membayar 1.6% saja dari kos sebenar rawatan beliau. Selebihnya (hampir 99%) adalah ditanggung oleh kerajaan Malaysia yang zalim ini.

Inilah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita rakyat Malaysia. Sebuah perkhidmatan kesihatan yang merupakan antara yang terbaik di dunia dengan harga rawatan termurah di dunia.

Inilah dasar pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional sekian lama yang tidak akan pernah diceritakan oleh pembangkang kepada cai2 mereka.

Cai kufur nikmat pula bila tgk fakta ni akan kata, ini tanggungjawab kerajaan, tak payah ucap terima kasih atau ungkit2. Kih333!!!


Status halau Dr. Zakir Naik, ADUN DAP dikecam ratusan Netizen


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga ADUN DAP Perai, Dr Ramasamy telah memuat naik status dalam wall facebook beliau, menggesa masyarakat supaya menolak dan mengusir seorang ulama Islam terkenal yang juga merupakan seorang hafiz kitab dan pakar Hadith, Dr Zakir Naik daripada terus berceramah di Malaysia.

"Let's us get Zakir Naik out from this country" gesanya dalam facebook beliau.

Katanya, kehadiran Zakir Naik tidak lain hanyalah mengundang kebencian di kalangan bukan Islam dan telah diharamkan daripada memasuki beberapa negara Barat seperti Canada dan UK.

Malah katanya lagi, segelintir umat Islam di India sendiri melabelkan Zakir Naik sebagai seorang pendusta, seorang penyampai separuh kebenaran dan seorang pengundang kebencian kepada non-muslim.

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ...



Sumber Facebook beliau, sila scoll sendiri..


Beliau dilihat begitu tidak selesa dengan kehadiran Zakir Naik sebelum ini turut menggesa agar laporan polis dibuat supaya ulama Islam tersebut dihalau daripada negara ini.

Status beliau itu sebaliknya memakan diri apabila ia mengundang kemarahan ratusan para netizen yang memaki hamun dan mencela peribadi beliau dalam ruang komentar.

Inilah dia pemimpin DAP..

Adakah Dr Ramasamy mahu mengajak umat Islam di Malaysia untuk membenci ulama sendiri dan mengagungkan politikus demi keharmonian bersama?

Masalahnya, apa salah Dr Zakir Naik? Benarkah keharmoian kaum di Malaysia boleh tergugat dengan kehadiran beliau ke negara ini?


Lagi 2 Pemimpin PKR dan seorang ahli DAP dihalang daripada memasuki Sarawak.

Bertambah lagi bilangan senarai ekstremis politik dan fanatik parti dalam kumpulan yang diharamkan daripada memasuki Negeri Sarawak. 

Best 'filter' in the world...

 

Dua pemimpin PKR disekat daripada masuk Sarawak semalam. Mereka ialah ADUN Batu Maung, Datuk Abdul Malik Kassim dan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang menjadi pembangkang terbaru dilarang memasuki Sarawak selepas Teo Nie Ching baru-baru ini.

Abdul Malik telah ditahan di Jabatan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebaik mendarat di Kuching pagi semalam. Sementara pemeriksaan Sim Tze Tzin juga mendapati dirinya diharamkan daripada memasuki Sarawak.



Pada Sabtu lepas, pereka maskot DAP, Ooi Leng Hah juga dihalang daripada memasuki Sarawak apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Kelmarin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memaklumkan bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang, anaknya iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, serta Presiden PKR dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mungkin akan diharamkan memasuki Sarawak.

Kerajaan negeri katanya, akan mengeluarkan senarai orang yang dilarang masuk ke Sarawak, dari semasa ke semasa.

“Adalah tidak benar bahawa kita hanya mengharamkan tokoh pembangkang daripada memasuki negeri ini, tetapi kita juga mengharamkan fanatik agama, pelampau, dan juga dari UMNO,” katanya.

Antara pemimpin pembangkang yang telah dilarang memasuki Sarawak ialah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan ahli parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok serta tiga Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang dan Rafizi Ramli. - Sarawakian Marks

Sunday, April 10, 2016

Video Deklarasi Anak Muda Selamatkan Malaysia GAGAL!!!

Deklarasi Anak Muda Selamatkan Malaysia

Hasil yang diperolehi  : TIADA/GAGAL


Media pembangkang tidak sedikit pun menunjukkan keadaan sebenar sambutan masyarakat terhadap deklarasi sia-sia ini kononnya untuk selamatkan Malaysia. Bilangan yang hadir pun boleh dikira dengan jari kaki sahaja.

Lihatlah kalangan yang turut serta dan yang menjadi panel dalam perhimpunan tersebut. Itulah wajah-wajah orang yang kecewa dalam arena politik yang gagal menumbangkan Dato Seri Najib. Deklarasi ini merupakan ikhtiar terakhir mereka, namun hasilnya tetap gagal.

Rasanya mereka sendiri yang perlu diselamatkan daripada kemurungan yang akhirnya menyebabkan hilang kewarasan. Buat perhimpunan, lebih ramai jin daripada orang...



KUALA LUMPUR – Program ‘Deklarasi Mahathir – Lim Kit Siang’ anjuran kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai ‘Anak Muda Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan petang tadi, Sabtu.

Tinjauan pihak media yang hadir ketika membuat liputan program yang di adakan di dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu mendapati, anggaran kehadiran hanya sekitar 30 orang.

Program yang diadakan itu turut dihadiri oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam setiap ucapan yang disampaikan, mereka yang hadir turut merayu golongan belia untuk menandatangani deklarasi tersebut sambil menjelaskan sambutan yang diterima setakat ini tidak begitu menggalakkan.

Tun Dr Mahathir Mohammad pada 4 Mac lalu mengetuai majlis menandatangani deklarasi tersebut bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan 50 orang pimpinan parti pembangkang. – SuaraTV

Saturday, April 9, 2016

Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching dilarang masuk Sarawak


Banned from entering Sarawak  
Seorang lagi ahli politik daripada Semenanjung dihalang daripada memasuki Sarawak. Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching menjadi ahli politik parti pembangkang terbaru dalam senarai yang dihalang ke Sarawak.

Beliau dihantar pulang ke Kuala Lumpur sejurus tiba di Lapangan Terbang Bintulu dalam penerbangan sama dengan Ahli Parlimen DAP Rasah, Teo Kok Seong.

Menurut Kok Seong, mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 5.10 Jumaat petang.

“Sebaik sahaja tiba di Bintulu sekitar jam 7.45 malam, saya menyedari bahawa dia tidak berada di kaunter imigresen, jadi saya anggap dia sudah melepasinya.

“Saya kemudian bertemu wakil rakyat tempatan dan Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chin Sing. Kami menunggunya di lapangan terbang. Saya menghantar mesej kepadanya, tetapi tidak sampai.

“Tidak lama selepas itu, saya mendapat mesej teks daripada Nie Ching menyatakan bahawa dia berada di pejabat imigresen dan pegawai-pegawai mahu berjumpa saya,” katanya menambah bahawa beliau bergegas ke pejabat imigresen di lapangan terbang namun dimaklumkan bahawa Nie Ching telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur melalui penerbangan jam 8 malam.

“Saya juga diberitahu bahawa namanya telah disenarai hitam. Entah bagaimana pada kali ini, saya dibenarkan (ke Sarawak),” katanya.

Nie Ching adalah antara beberapa anggota parti pembangkang yang disenarai hitamkan daripada memasuki Sarawak antaranya R. Sivarasa, Mohamad Sabu dan Tony Pua.

Beliau sebelum ini juga dikritik kerana memuatnaik video youtube mempersendakan Perdana Menteri serta memperlekehkan orang lain dalam video sambutan tahun baru cina.

Thursday, April 7, 2016

Calon BN Dun N6 Tupong, saudara Fazzrudin malas melayan fitnah pembangkang

Beliau belum bertanding lagi sudah bermacam-macam fitnah dilemparkan.

Kali ini sudah melampau. Cara berpolitik seratus-peratus berniat jahat. Membuat fitnah, memburukkan calon dan pembangkang rasa lebih layak untuk menjadi wakil rakyat di negeri Sarawak?

Parti PBB dan komponen BN Sarawak sudah sekian lama mentadbir negeri Sarawak.

Tidak ada walau seorang pun pemimpin daripada parti PBB yang berkempen membuat fitnah, memaki hamun calon lawan untuk meraih sokongan, seperti yang kita lihat diamalkan Pakatan Harapan pada setiap pilihanraya.

Semoga Calon DUN N6 Tupong, saudara Fazzrudin tetap tabah dalam menghadapi cabaran demi untuk berkhidmat kepada rakyat. Cara PBB meraih sokongan ialah dengan membuktikan melalui khidmat dan kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

Beliau banyak membantu masyarakat ketika berkhidmat di pusat khidmat Parlimen sebagai pembantu Datuk Fadillah Yusof sejak 2003 lagi. Saudara Fazzrudin juga mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat di DUN Tupong, itulah sebabnya segala fitnah yang dilemparkan pembangkang akan dibidas serta-merta oleh masyarakat yang sebenarnya mengenali sifat-sifat beliau.

Respon Fazzrudin adalah tepat. Fokus utama ialah bagaimana cara berkesan untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih efisien. Usah buang masa melayan fitnah.

Fitnah datang saling berganti. Dijawab satu, diputarbelit sepuluh, Budaya Pembangkang cuma berminat pada pandangan negatif sahaja. Maka sebab itulah kita lihat aksi-aksi ganas sering berlaku di dalam setiap pemilihan ahli majlis tertinggi parti mereka.




"Saya Malas Nak Layan Fitnah" – Kata Calon Tupong



Teguran yang baik dengan niat untuk memperbaiki diri agar dapat memberi khidmat terbaik kepada masyarakat akan sentiasa diterima dan dialu-alukan, kata calon Barisan Nasional (BN) N.6 Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu kenyataan sebuah blog dan portal atas talian yang menyebarkan propaganda “20 dalil mengapa Fazzruddin tidak layak jadi calon PBB, DUN Tupong”.

Fazzruddin menyifatkan kenyataan tersebut hanyalah fitnah dan bukanlah satu teguran yang ikhlas.

“Saya sentiasa menerima teguran dgn niat untuk memperbaiki diri dan merik khdmat terbaik kpd masyarakat. tetapi jika berunsur fitnah, saya sebenarnya malas nok melayan,” katanya

Beliau yang mengambil contoh tuduhan yang mendakwa beliau memiliki Stesen Minyak Petronas yang bernilai jutaan ringgit, sebenarnya stesen tersebut dimiliki oleh bapa mertua beliau sejak 1994 sebelum ditukar hak milik kepada isterinya.

“Jelas semua itu tiada kaitan langsung dengan saya, oleh itu saya menganggap dalil tersebut tidak ikhlas dan hanyalah fitnah semata-mata,” ujarnya.

Fazzrudin yang juga Setiausaha Politik Kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof turut menyatakan terima kasih kepada pengkritiknya jika kritikan yang dilontarkan dapat membantu beliau untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat Tupong.

Beliau yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda PBB diumumkan sebagai calon N.6 Tupong menggantikan penyandangnya Datuk Hj Daud Abdul Rahman yang telah membuat keputusan tidak mempertahankan kerusi tersebut.

Pengumuman nama Fazzrudin,40, dibuat sendiri oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Hj Adenan Satem pada 26 Mac lalu sebagai calon “Pasukan Adenan” mewakili N.6 Tupong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 11 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa sebelum Jun 2016. - Sarawakiana

Wednesday, April 6, 2016

Warga tempatan pampang banner mahu calon anak jati tempatan di DUN Muara Tuang

Kami Mahu Calon Anak Jati Tempatan - DUN Muara Tuang




Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding mewakili Barisan Nasional Sarawak pada hari ini.

Sebelum ini, Adenan telah mengumumkan calon di beberapa tempat yang akan bertanding pada piliharaya negeri tidak lama lagi.

Namun terdapat kawasan yang menginginkan Adenan ambil perhatian tentang permintaan mereka.


Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang kini masih menjadi teka teki tentang siapa yang akan menjadi calon apabila penyandang sebelumnya iaitu Datuk Ali Mahmud telah berpindah ke kawasan baru iaitu DUN Stakan.

Kekosongan DUN Muara Tuang membuka peluang kepada calon yang berkelayakan untuk mengisi kerusi tersebut. Berbagai pendapat mula berlegar dan menjadi perbualan hangat masyarakat di Muara Tuang.

Yang paling ketara adalah permintaan mereka untuk calon Muara Tuang kali ini mesti terdiri daripada calon anak jati tempatan. Kain rentang yang tertulis dengan ayat ' Kami Mahu Calon Anak Jadi Tempatan' mula terdapat dipinggir jalan Kota Samarahan.

Ternyata penduduk DUN Muara Tuang mula bersuara dan inginkan calon mereka adalah anak tempatan. Hal sebegini memberi mesej yang dituju kepada Adenan untuk mempertimbangkan permintaan mereka.

Namun Adenan mempunyai kebijaksanaan untuk memilih calon yang berwibawa dan mampu mendapat kemenangan. Tanpa mengira siapa calon walaupun anak jati atau luar.

Calon kali ini adalah calon yang sepasukan dengan Adenan untuk melaksanakan tugas serta pembangunan luar bandar dengan lebih efisyen lagi.

Inilah cara Adenan yang lebih mementingkan kemenangan yang besar untuk menjayakan segala agenda yang berkepentingan untuk rakyat kawasan serta calon yang mampu menggalas tugas dengan lebih dedikasi serta bekerja keras selari dengan dasar mensejahterakan luar bandar yang menjadi prinsip beliau.

Justeru beliau meminta mandat yang besar kepada kerajaan negeri dan ingin berkhidmat lima tahun lagi untuk rakyat khasnya. - Sarawakiana

Tuesday, April 5, 2016

Kejayaan Transformasi Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib

Biarpun dihina, dicaci, difitnah,diaibkan malah disamakan dengan binatang oleh golongan pembangkang dari dalam dan luar negara, beliau tetap cekal dan istiqomah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan rakyat untuk membawa negara mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan sehingga ke masa kini.

Kelmarin (3 April 2016) adalah tarikh genap 7 tahun beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Hari di mana kita sebagai rakyat Malaysia menjadi saksi akan kejayaan transformasi yang dibawakan melalui pentadbiran beliau.



Antara kejayaan program trasnformasi beliau selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia sejak 2009 hingga tahun 2015;
  1. Mengurangkan kadar pengangguran dari 4.5% ke 3% 
  2. Meningkatkan pendapatan Per-Kapita rakyat dari RM24,541 ke RM33,572 
  3. Mengurangkan defisit Fiskal dari 6.7% turun kepada 3.2%
  4. Mengurangkan tahap kemiskinan dari 3.8% menjadi 1% sahaja.
  5. Mengurangkan kadar inflasi dari 5.7% kepada 2.1%
  6. Menarik kemasukan pelaburan asing dari USD5 Bilion kepada USD12.3 Bilion
  7. Meraih KDNK daripada RM528Bilion kepada 877 Bilion.



Berikut adalah usaha Najib untuk membantu rakyat Malaysia melalui slogan 1Malaysia;
  1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
  2. Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
  3. Klinik 1Malaysia
  4. Bantuan Buku 1Malaysia
  5. Kedai Kain Rakyat 1Malaysia
  6. Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)
  7. Karisma Kebajikan 1Malaysia
  8. Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA)
  9. Amanah Saham 1Malaysia
  10. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA)
  11. Ikan Rakyat 1Malaysia
  12. Menu Rakyat 1Malaysia
  13. Tuisyen Rakyat 1Malaysia ((i-TR1M)
  14. Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
  15. Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia
  16. Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA)
  17. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia


Kejayaan demi kejayaan dicapai oleh negara, namun hasilnya tetap dinafikan oleh pembangkang yang begitu cemburu dengan beliau.

Beliau tidak melatah, sebaliknya beliau fokus kepada tugas-tugas yang tidak disedari rakyat betapa pentingnya kepada negara.

Itulah ciri-ciri kepimpinan yang tulen, matang dan tidak besemosi dalam menghadapi saat sukar ditentang segolongan makhluk yang terdesak mahu merampas Putrajaya.

Semoga Allah melindungi dan sentiasa membantu pemimpin yang benar. Lihatlah satu persatu kebenarannya.


Kata Ulama, sebaik-baik sandaran untuk kita merintih pertolongan hanyalah kepada Allah.

"Hasbunallah wani'mal wakiil" (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah sebaik-baik Sandaran)

Monday, April 4, 2016

Kempen Anti-GST PKR di Tasik Biru, BAU menyedihkan.



Kempen anti-GST PKR di Tasik Biru. Tiada sambutan. Tak ramai tapi nampak meriah..

Caranya mudah!

Hanya perlu 4-5 orang sahaja. Setiap orang perlu membawa 2 atau 3 bendera parti.

Contohnya;

5 orang X 3 bendera = 15 orang.
Jika 20 orang X 3 bendera = 60 orang..
Jika 50 orang X 3 bendera = 150 orang...
Jika 1000 orang X 3 bendera = 3000 orang....

Wah! Huru-hara politik Malaysia dibuatnya..

Sunday, April 3, 2016

Gambar Himpunan Bantah GST menyaksikan peserta sebenarnya lebih zalim

Perhimpunan 'undur Najib' dan bantah GST di Dataran Merdeka siang tadi menjadi kebanggaan puak pembangkang pemakan dedak. Kata mereka, himpunan sebegini merupakan isyarat kononnya rakyat mahukan Najib berundur dari jawatan sebagai Perdana Menteri.

Macai PKR dan Pro-Madey begitu teruja dengan demonstrasi seperti ini. Hakikatnya himpunan Mega itu tak seramai mana pun..

Fenomena ekuinoks/suhu panas melampau yang melanda Malaysia dengan 3 kes kena strok, 1 kematian, bukan masalah. Yang penting janji hati puas...

Beginilah didikan pro-pembangkang politik mencarut ajaran pembangkang pada zaman sekarang. Anak-anak yang tidak berdosa dipergunakan dalam perkara yang paling tidak berfaedah sekadar untuk meramaikan penyertaan.

Mereka mendakwa Najib zalim terhadap rakyat, tetapi sebenarnya siapa yang lebih zalim daripada ibubapa yang menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam kempen sampah dengan mendedahkan mereka kepada risiko strok haba seperti ini?