Saturday, September 6, 2014

Cikgu Pa kena 'headshot'

Krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang dialami pakatan rakyat kini menunjukkan tanda-tanda perpecahan kalangan mereka semakin teruk.

Keengganan PAS mengiktiraf pencalonan isteri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon tunggal untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi punca kemarahan pemimpin serta penyokong-penyokong pakatan rakyat terutama daripada parti PKR dan DAP.

Berlakulah adegan tuding menuding sesama sendiri, menyalahkan antara satu sama lain. Tidak dapat tidak, akhirnya keluar juga kecaman mengaitkan konflik ini sebagai hasil perancangan, trojan horse, agen pemusnah dalaman parti dengan UMNO sebagai dalangnya.

Terbaru, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali menjadi sasaran serangan dalam blog pro-pakatan.



Antara kenyataan-kenyataannya yang dirakam adalah seperti berikut;

17 Ogos 2014 (10.30 pagi)
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan:

1. Wan Azizah
2. Azmin Ali

●17 Ogos 2014 (4 petang)
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memutuskan:

1. Wan Azizah

●25 Ogos 2014
Kenyataan Media Mustafa Ali (Setiausaha Agung Pas):
Menyerahkan perlantikan MB Selangor kepada Sultan.

●02 Sept 2014

Tanpa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.
Pejabat Presiden PAS Hantar 3 nama Adun PAS:

1. Iskandar
2. Sallehin
3. Yunus.

●04 Sept 2014
Tanpa mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

U-turn
Hantar 3 nama, 2 PKR, 1 PAS:
1. Yakub Sapari
2. Dr Idris
3. Iskandar (Pas)


Apa lagi yang boleh di perkatakan tentang Mustafa Ali selain dari menyebut beliau ialah agen Umno di dalam Pas yang cuba merosakkan Pas dari dalam dan Pakatan Rakyat keseluruhannya.

Tujuan beliau amat jelas telah menguntungkan Umno. Pakatan beliau dengan Umno di dalam kelam makin nampak jelas. - Sumber


Tiada apa perlu nak dihairankan, parti PAS memang dikenali kepakaran flip-flopnya dengan kebanyakan tindakannya yang tidak pernah konsisten melalui satu keputusan. Hari ini kata hitam, besok kata putih.

Namun, kali ini PAS harus dipuji. Setidak-tidaknya mereka mula 'bertatih' untuk berdiri dan berjalan sendiri. Tidak perlu didukungi PKR dan DAP untuk bergerak ke matlamat sendiri.

Ramai menyifatkan tindakan PAS ini sebagai 'Langkah Hadi' di sebalik 'Langkah Kajang' yang telah rosak disyorkan PKR. Hikmahnya, dalam banyak-banyak langkah, langkah pada kali ini pastinya menjadi titik tolak kepada 'langkah keluar daripada PR' yang telah banyak membuli PAS sejak awal pembabitan mereka lagi.

Fenomena Langkah PR - Langkah Kajang (PKR), Langkah Hadi (PAS), Langkah Mayat (DAP)...

3 comments:

  1. Stopa jadi macam ni sebab lama tak merasa betina gundik dia tu. Iyelah sebab dah kantoi maka sekerang tak boleh projek lagi dan tak boleh tayang spender saiz xxxxllll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sian dia....jangan cakap camtu...dia ni kan spesis masuk sosej keluar lembu

      Delete
  2. Mungkin itu juga helah pkr utk jatuhkan beliau.. siapa tahu..

    ReplyDelete