Tuesday, October 21, 2014

Terkini. Siapa Ahli Parlimen UMNO yang akan masuk PKR?

Khabar angin mengatakan MP UMNO di Sabah akan lompat parti masuk PKR.

Sinopsis rancangannya mudah.. Keluar BN, kemudian masuk PKR. Dalam PKR nanti akan diberi jawatan sebagai Naib Presiden Parti (Jawatan lantikan) yang dikatakan sengaja ditinggalkan kosong untuk MP tersebut.

Kononnya tidak berpuas hati dengan BN demi rakyat, tapi disogok pula dengan segala keistimewaan dalam parti.

Banyak cantik...! Ahli-ahli PKR lain sanggup bergaduh, baling kerusi sampai berdarah-darah kerana nak pastikan jawatan tertinggi parti untuk puak masing-masing. Dia pula boleh dapat jawatan ikut backdoor melalui kaedah 'demokrasi terpimpin' PKR.

Agaknya berapa lama dia boleh bertahan dengan jawatan itu, lebih-lebih lagi ketika Anwar kemungkinan dikembalikan ke penjara?

Apapun, kita harap ini cumalah propaganda angan-angan PKR dan Anwar Ibrahim.....


GEMPAR!! Ghafur Salleh Akan Umum Keluar UMNO Esok?

Menurut maklumat yang belum dapat disahkan lagi, Ahli Parlimen Kalabakan BN, Datuk Ghafur Salleh dijangka membuat pengumuman mengejut, keluar dari UMNO minggu depan dan menyertai PKR dengan serta merta.

Ini adalah lanjutan dari ketidakpuasan hatinya berikutan tindakan Najib mengenepikan Sabah dalam Bajet 2015 yang lepas selain pergolakan dalaman UMNO negeri itu. Ghafur juga dikatakan salah seorang penyokong kuat gerakan mengeluarkan Sabah dari Malaysia.

Menurut sumber, Ghafur sudah lama tidak berpuas hati dengan BN dan sepatutnya menjadi salah seorang ahli Parlimen yang mengumumkan untuk keluar dari UMNO bersama-sama dengan Datuk Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing pada tahun 2012, tapi atas sebab tertentu, membatalkan hasrat tersebut pada saat akhir.

Bagaimanapun, peluang dicalonkan semula dan menang pula di Kalabakan, telah memberi Ghafur peluang yang dinanti-nantikannya selama ini untuk mengkhianati BN/UMNO.

Pakatan Rakyat menyambut baik keputusan ini dan Ghafur akan diberikan jawatan yang sesuai dalam PKR. Apatah lagi, satu jawatan Naib Presiden PKR (dilantik) masih belum diisi dan dikatakan sengaja dikosongkan untuk memberi ruang kepada Ghafur.

DAP mungkin tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut tapi yang penting sekarang ialah untuk melihat Pakatan Rakyat semakin kuat disamping menggantikan satu kerusi parlimen (Teluk Intan) yang terlepas dalam pilihanraya kecil yang diadakan disitu.

Sumber

2 comments:

  1. Buang dan kosongkan cepat kawasan undi itu dan adakan PRK secepat mungkin!!

    ReplyDelete