Usaha untuk menyerahkan urusan hal-ehwal perundangan negara kepada pihak asing sedang giat dilakukan. Delegasi 'melancong sambil menghasut' sedang berusaha untuk kali terakhir bagi mendapatkan bantuan demi Ketum yang kini mula terhijab haluannya ke penjara sedikit masa lagi.
Mereka bertemu Menteri Luar Australia, Julie Bishop bagi membincangkan peranan Canberra dalam mempromosikan demokrasi di rantau ini.
Rombongan melancong ini juga memburuk-burukkan negara dengan menuduh kononnya kerajaan Malaysia sekarang mengamalkan politik radikal, mengutamakan bangsa dominan dan agama Islam selain meminggirkan hak kaum-kaum lain.
RAKYAT HAKIM NEGARA! |
Syukur, pihak Canberra tidak mahu melibatkan diri dengan isu-isu remeh yang dibangkitkan oleh rombongan melancong Rafizi. Mereka sendiri pun sudah pening dengan dasar pre-emtif melalui operasi ketenteraan di Iraq, Afghanistan dan terbaru kempen demokrasi di Syria tajaan Amerika Syarikat.
Lebih memeningkan Australia lagi, PKR mencampurkan-adukkan dua agenda dalam satu isu pada misi kali ini. Mahukan campurtangan Australia ke atas sistem demokrasi dan akta hasutan disebalik mahukan campurtangan Australia ke atas urusan kehakiman negara berkenaan kes liwat Ketum.
Nampaknya Australia berhati-hati kerana tidak mahu merosakkan hubungan baik dan kerjasama dengan kerajaan Malaysia hanya kerana fakta bersandarkan retorik satu parti spesis tidak mengenal budi seperti PKR.
Anwar Ibrahim sendiri telah gagal mendapatkan campurtangan Australia untuk kesnya sebelum ini, jadi apa sumbangan rombongan melancong Rafizi dalam lawatannya untuk faedah kedua-dua buah negara?
MISI MEMBURUKAN NAMA NEGARA.
PKR membawa isu perbicaraan kes pertuduhan liwat ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan siri penggunaan Akta Hasutan 1948 untuk perhatian antarabangsa.
Tiga ahli parlimennya, termasuk Naib Presiden Rafizi Ramli (Pandan), dalam lawatannya mereka ke Australia mengutarakan perkara itu kepada menteri luar negara itu Julie Bishop.
Sim Tze Tzin (Bayan Baru) dan Lee Chean Chung (Semambu) turut serta dalam pertemuan dengan Menteri Luar Australia Julie Bishop.
Mereka juga membawa isu sama kepada Timbalan Presiden Senat Australia Senator Gavin Marshall dan Nick Xenophon, ahli parlimen Australia dan kedutaan-kedutaan.
Delegasi PKR juga membuat kenyataan media bersama Xenophon di lobi Parlimen Australia mengenai perkembangan terkini di Malaysia.
No comments:
Post a Comment