Wednesday, October 8, 2014

Fenomena 'Bulan Berdarah' petang ini


Fenomena gerhana bulan berdarah atau merah pada 8 Oktober 2014 di Malaysia. Penduduk di Malaysia khususnya akan dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan berdarah atau dikenali sebagai ” Blood Moon” pada 8 Oktober 2014(Rabu) bermula dari 5.14 petang hingga 8.34 malam.

Punca sebenar fenomena tersebut adalah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi.

Fenomena bulan berdarah ini turut dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang berwarna merah dan dapat dilihat menggunakan mata kasar. Kali terakhir fenomena Blood Moon ini berlaku adalah pada 15 April 2014.

Fenomena Gerhana Bulan Berdarah 8 Oktober 2014 Malaysia

Tarikh: Rabu 8 Oktober 2014

Waktu Cerapan:  5.14 pm hingga 8.34 pm

Lokasi: Kawasan lapang

Maklumat mengenai gerhana tersebut adalah seperti berikut:
Gerhana Penumbra bermula                     : 4.15pm
Gerhana Bulan Penuh bermula                 : 6.25pm
Kemucak Gerhana Penuh                         : 6.55pm
Gerhana Bulan Umbra                              : 8.34pm
Gerhana Penumbra tamat                         : 9.33pm

Justeru, seluruh umat Islam digalakkan menunaikan solat gerhana di antara jam di antara 7.30 malam hingga 8.34 malam.

Marilah kita merebut peluang ini, mudah-mudahan amalan kita diterima dan diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu wa ta'ala.


No comments:

Post a Comment