Monday, October 6, 2014

Operasi SAR kesan Bot Tempur TLDM CB204 yang hilang

Setakat ini belum ada maklumat rasmi tentang kehilangan bot tempur CB204 milik TLDM. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih giat dijalankan. 3 kapal TLDM, KD Lekiu, KD Paus dan KD Serang telah dikejarkan ke tempat terakhir ia dikesan.

Bot itu telah terputus hubungan di perairan Sabah ketika cuaca buruk dan keadaan laut yang bergelora. Marilah kita bersama mendoakan keselamatan kesemua 7 anggota tersebut.

Bot Tempur canggih CB204 milik TLDM 
Antara laporan media hari ini..

Bot Tempur TLDM hilang

Kota Kinabalu: Tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkalan di Sepanggar yang dalam perjalanan ke Stesen Uniform berdekatan Pulau Layang-Layang, Labuan dengan menaiki bot tempur jenis CB90 bernombor panji CB204 terputus hubungan, jam 11.00 pagi tadi.

Sehingga kini bot berkenaan masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dilaksanakan termasuk bantuan dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan KD Serang.
Difahamkan bot CB204 dipercayai berlepas dari pangkalan TLDM Sepanggar ke Stesen Uniform pada jam 5 pagi bersama KD Paus.

Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 23 batu nautika di Pulau Mengalom, keadaan laut bergelora dan KD Paus membuat panggilan pada jam 10.35 pagi ke pusat operasi di pangkalan TLDM untuk berpatah balik berikutan cuaca tidak mengizinkan.

Bagaimanapun, CB204 gagal dikesan dan hilang dari pemantauan KD PAUS sebelum terputus hubungan pada jam 1.05 petang.

Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun twitternya, mengesahkan kejadian itu dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan anggota terbabit.

CB90 adalah antara aset terpenting milik TLDM kerana kemampuannya untuk tiba ke lokasi sasar dalam masa terpantas.

Bot tempur itu juga boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik.

Bot ini turut digunakan oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh - HM

No comments:

Post a Comment