Friday, October 3, 2014

Video jin ganggu jemaah dalam masjid di Tunisia

VIDEO di bawah dikatakan dirakam selepas jemaah menunaikan solat Jumaat. Tiba-tiba terdengar suara jin yang menganggu jemaah yang berada di dalam masjid.

Menariknya, imam bertugas sempat berdialog dengan jin berkenaan. Ada yang mendakwa suara itu tiba-tiba muncul, tetapi ada yang mendakwa ia mungkin dari salah seorang jemaah wanita yang berada di ruang atas.

Menyeramkan, walaupun imam melaungkan azan jin itu tetap tidak lari malah mengajuk pula azan tersebut. Hanya setelah ayat suci dibacakan barulah jeritan jin itu sayup-sayup hilang.

Dalam video ini jelas semua jemaah terpinga-pinga kerana gagal mengesan bagaimana suara itu tiba-tiba boleh bergema di dalam masjid.

Rakaman ini sudah lama jadi viral, sejak 2013. Mungkin ada segelintir yang belum melihat video ini lagi, sama-samalah kita ambil iktibar - Dekatkan diri dengan Al Quran mantapkan diri dengan ilmu. Jangan sangka semua jin akan lari bila dengar azan,


No comments:

Post a Comment