Tuesday, October 28, 2014

Akhirnya laporan polis dibuat UM terhadap siswa dan penceroboh Pro-Anwar



Laporan polis telah dibuat hari ini berikutan pencerobohan dan perhimpunan haram yang dianjurkan individu tertentu tanpa kebenaran pihak pentadbiran Universiti Malaya. Siasatan dalaman juga turut dibuat untuk mengenalpasti dalang yang menyebabkan rusuhan di kampus tersebut.

Sekarang tentu siswa-siswi yang terlibat akan resah memikirkan nasib dan masa depan mereka jika ditangkap kelak. Yang paling merugikan, ada yang hilang fokus terhadap pembelajaran oleh masalah yang tidak sepatutnya mereka tempuhi..

Keseronokan dan populariti untuk satu malam bersama Anwar tidak berbaloi jika nak dibandingkan dengan penat lelah dan segala usaha serta wang ringgit yang telah dilaburkan bagi mendapatkan segulung ijazah di Universiti. 

Kerana politik untuk sokong Anwar, pengajian terbarai... akhirnya jadilah seperti Adam Adli yang terus terjebak ke dunia politik kemudian didakwa di bawah akta hasutan dan dijatuhkan hukuman penjara.


Perhimpunan Haram: UM Buat Siasatan Dalaman, Laporan Polis


KUALA LUMPUR: Universiti Malaysa (UM)  membuat siasatan dalaman terhadap pelajar Universiti Malaya yang terlibat dalam perhimpunan haram di UM pada Isnin malam.

Dalam masa sama juga, UM turut membuat laporan polis di Balai Polis Pantai pada Selasa berhubung perhimpunan haram itu.

Keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu.

Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam itu, kumpulan tersebut berjaya merempuh masuk pintu arah Bangsar selepas ia dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan.

MStar

No comments:

Post a Comment