Thursday, October 2, 2014

Penduduk kampung melayu kena usir, DAP semakin rakus kaut untung

Diskriminasi kerajaan DAP terhadap penduduk melayu di Pulau Pinang mendapat pertikaian daripada ahli PAS negeri. Yang paling lantang ialah Iszuree Ibrahim, ahli majlis MPPP selain Mazlan Aliman.

Iszuree mengkritik dasar kepimpinan DAP menguruskan penempatan orang melayu di Pulau Pinang.

Dia sekarang sudah dipecat daripada jawatan dan dibekukan semua peruntukannya. Agaknya ini kaedah DAP kalau-kalau sesiapa berani mengkritik dasar kerajaan negeri. Iszuree sekarang dilabel kaki tidur dalam meeting oleh pencacai dan penjilat DAP.

Rakyat terutamanya orang melayu semakin susah nak dapatkan rumah di Pulau Pinang. Kampung-kampung yang ada hanya tinggal waktu saja nak kena sapu. Harga rumah melambung tinggi, yang mampu biasanya golongan proDAP yang kaya raya. Ini bukan setakat masalah kaum tertindas, tapi masalah pemimpin nak kaut untung. Yang rugi tetap orang melayu juga.



Kes-kes pengusiran penduduk kampung melayu semakin menjadi-jadi. Kampung Mutiara di Teluk Bahang dan Kampung Selut di Sungai Pinang menjadi sasaran.

Ramai penduduk kampung terpaksa kena pindah, sedangkan mereka tidak ada perumahan alternatif apabila dikeluarkan daripada tanah mereka.

Sampai akhirnya Pengerusi Biro Tanah dari parti PAS buat keputusan untuk jumpa Lim Guan Eng sendiri bagi membincangkan masalah itu. Tapi tak dapat walau dah dicuba sejak setahun lepas, nak jumpa Guan Eng rupanya lebih rumit daripada nak berjumpa Najib di Putrajaya.

Mengikut kata DSAI, PAS tidak ikut saluran yang betul atau tidak membangkitkan isu itu secara dalaman terlebih dahulu sebelum menimbulkannya secara terbuka. Maknanya kena selesaikannya secara dalam antara parti. Ini masalah rakyat, apakah ini satu jenis ketelusan yang diamalkan dalam Pakatan Rakyat?

Sekarang PAS tak boleh cakap banyak. Isu di Selangor benar-benar membuatkan Pakatan Rakyat menyampah dengan kelibat mereka.

Wakil-wakil dan pemimpin PAS kini sudah tidak dipandang lagi kecuali 2 orang..




PAS sedang di londeh dari dalam oleh fanatik parti sendiri yang totok pakatan rakyat.
Tindakan DAP mengangkat Hasnol dan Saari sebagai hero, nyata menempelak PAS. Begitu juga PKR dan puak Anwarinas. Sedangkan PAS menganggap mereka berdua sebagai pengkhianat Parti.


DAP juga sengaja cuba menyalakan api permusuhan dengan menuduh 4 exco PAS sebagai pengkianat. Tuduhuan berat terhadap 4 exco PAS bingkas dinafikan oleh ketua Penerangan PAS Pusat. 
Beliau menegaskan 4 exco PAS adalah Penyelamat Kerajaan Pakatan Rakyaat. 

Terbaru bendarhari PAS Pulau Pinang di pecat oleh DAP sebagai ahli majlis bandaraya, kerana mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang di dalam muktamar. 

Keadaan yang sedang melanda PAS ketika ini di pandang sepi oleh Timbalan Presiden. Apakah ini juga satu lagi episod untuk menjatuhkan Tuan Guru presiden dari luar setelah gagal guling Presiden dari dalam?

No comments:

Post a Comment