Wednesday, October 22, 2014

Luahan hati Big Bikers terhadap tuduhan melulu yang dilemparkan wartawan


Kepada wartawan budiman yang berkenaan,

1- Kami Presiden-presiden, pengerusi-pengerusi dan wakil kelab-kelab permotoran yg bernama dan menandatangani di bawah ini amat kesal di atas laporan berita yg disiarkan dlm akhbar tuan ......pada tarikh ......., m/surat......

2- Laporan wartawan itu yg 'cenderung mengeji bikers yg maut di karak sbg rempit' ; tidak dapat kami terima kerana hujah-hujah yang berikut ini.

3- Laporan itu bila dibaca oleh orang ramai yg TIDAK MAHIR perihal sumber berita ASAL nahas, mereka akan menganggap laporan itu adalah 'hukuman mandatori' atau sebagai laporan muktamad perihal sikap semua penunggang motosikal berkuasa tinggi. Sangat prejudis.

4- Ini sangat tidak adil kepada mangsa yang maut dengan tragis, yang cedera parah dan juga terhadap waris-waris mereka. Adakah wartawan ini tiada ciri kemanusiaan?? Jika pun ingin berbuat demikian, tapi bukanlah pada masa yang terdekat ini. Hormati perasaan keluarga mereka yang masih di dalam kesedihan. Artikel yang drastik serta mempunyai unsur prejudis 'mala fidae' ini tidak mencerminkan etika kewartawan yang baik.

5- Sesungguhnya PUNCA ASAL kemalangan kerana adanya lori melintang 100% menutupi LEBUHRAYA(bukan jln kampung). Kalau hal yang sama terjadi di LEBUHRAYA PLUS pun(halangan SELEPAS SELEKOH); tentu ada kereta lain juga yg MELANGGAR halangan . Adakah akan dicop sebagai kereta rempit??. Iaitu jika BUKAN dilanggar oleh motorsikal berkuasa tinggi.

6- Ini kerana di LEBUHRAYA ; pemanduan/menunggang kenderaan tidak sama kelajuan seperti di kampung@jalanraya raya negeri@jalanraya persekutuan. Justeru menghukum dgn tuduhan merempit adalah prejudis dan ada unsur prasangka yang tinggi.

7- Pada pendapat kami, mangsa dan rakan-rakannya menjadi korban kerana berpunca kereta MyVi itu MENGUBAH laluan DENGAN MENGEJUT. Sekiranya kereta itu brek kecemasan secara mengejut@kereta itu terbabas dan pemandu itu maut...., maka mungkin LAIN ceritanya@laporannya oleh wartawan! Mungkin syarikat penunda itu PULA DISALAHKAN DLM berita akhbar. Sbb?....kerana tiada amaran keselamatan yang JELAS dan kawalan lalulintas DIBUAT SEBELUM SELEKOH TAJAM itu....Jika langkah keselamatan ini dilakukan, kami percaya situasi kronologi dan fakta kejadian nahas pasti berbeza.

8- Di samping laporan buruk yang dibuat, adakah pihak wartawan/media tahu bahawa berpuluh-puluh malah ratusan program AMAL yang TELAH dibuat oleh 'bikers rempit ini' daripada berpuluh kelab permotoran yang ada sejak DULU?. Jangan menulis untuk membenarkan "panas yang setahun hilang kerana hujan yang sehari". Penglibatan 'bikers' dengan agensi kerajaan, pihak swasta dan NGO-NGO semua sedia maklum dan dengan mudah kelab masing-masing boleh senaraikan.

9- Oleh itu kami menuntut wartawan tersebut yang bernama......dari akhbar ........ untuk memohon maaf secara terbuka kepada waris-waris mangsa khasnya dan seluruh 'bikers' amnya. Ini kerana laporan negatif itu secara langsung telah memberi kesan buruk dan MENCEMAR nama baik kelab-kelab permotoran SECARA KESELURUHAN kerana mereka juga menggunakan motorsikal berkuasa tinggi. Golongan VIP dan kerabat juga ada yg menggunakan motosikal berkuasa tinggi. Menghukum secara pukal adalah tidak adil. Contohnya, jika ada salah seorang adik@abang wartawan tersebut yang MUNGKIN menagih dadah maka apa perasaan wartawan itu jika semua orang kampung semberono prejudis melabelkan semua adik beradiknya terlibat dengan penagihan dadah juga??

10- Akhirkata, pesan kami silakan membeli dengan duit sendiri motorsikal berkuasa tinggi, hayatilah penggunaannya, rasakan kekeluargaan 'bikers' yang akrab berkasih sayang silaturrahim, kaji di mana hikmah rahsia 'bikers' ini boleh mesra duduk bersama walhal mereka AMAT BERBEZA latar belakang sejarah hidup, ideologi politik, kerjaya, status professional elit, serta IKUTILAH program-program AMAL yang mereka lakukan. SELEPAS itu baharu lah baca semula laporan negatif yang pihak wartawan itu siarkan. Anda akan dapat jawapannya.

11- Apabila menjadi wartawan, hidupkan jiwa dan perasaan BERSAMA masyarakat....dan jangan hanya dalam dunia rigid yang tersendiri. Kami juga bukan semuanya akrab dengan arwah si mati Ini hakikat. Kami juga bukan ingin bermusuh dengan wartawan/media. Tetapi ini semua demi menyusuri hidup untuk saling menghargai perasaan orang lain, yang mana kelak kita semua juga akan sama-sama berpindah dan berjumpa arwah di alam sana...

Salam persaudaraan, salam kekeluargaan.

(disediakan oleh Lanking).

Sekian dari kami yang berikut ini:
  1. Trooper Bikers MC
  2. Pilot One Bikers Club
  3. KLUANG BIKERZ
  4. Brotherhood Yamaha R1
  5. Klang Bikers Club (KBC)
  6. Hyosung comunity
  7. kelab Blade Alam Mistik
  8. Bikers Johor Bersatu
  9. Pelesit Bikers
10. Puchong Bikers
11. bikers pulau indah
12. AURA BIKERS CLUB
13. KL ZXR RIDERS
14. FRG7 Bikers
15. GMC Bikers
18. Bladers Penang
19. SenTap BIkERS
20. Tegar Bikers MC Sarawak
21. Sarawak z800 community
22. Aceland Borneo MG (BRUNEI)
23. BROTHERHOOD OF BORNEO
24. MEAN MACHINE BROTHERS
25. Zodiex Community
26. Hornbill Borneo Bikerz
27. Borneo Island Big Bikers (BIBB) Sarawak.
28. SARATOK BIKERS CLUB (SARAWAK)
29. Free Riding Bikers 2
30. BBMG - Betong Bikers Motor Group (Sarawak)

6 comments:

  1. Ketika memandu di lebuh raya, saya sering kali melihat bikers bermotor besar ini yang menunggang dengan sangat laju & memotong sesuka hati secara berkumpulan. Mereka ini tidak pernah mematuhi had kelajuan 110 kmj di lebuhraya. Saya fikir ramai yg pernah melihat mereka memandu laju di highway secara berkumpulan. Mereka seolah olah kebal dari segi undang-undang jalanraya. Sikap mereka bukan shja membahayakan diri sendiri tetapi juga pengguna lebuhraya yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya X nafikan mmg ada penunggang yg suka bawa motor laju terutama di highway tetapi x semuanya mcm itu. Rata2 yg terlibat dunia permotoran ini kebanyakan umur sekitar 40 katerogi usia dh matang dr golongan org professional bukan mat rempit. Xadil menyalahkan penunggang sedangkan pemandu kereta lebih ramai terlibat kemalangan dan juga penyebab kemalangan tapi masyarakat x terus tergesa-gesa nak hukum dan buat tanggapan negative. Ajal/ maut ketentuan Allah. Masing-masing dah ditentukan tempat dan waktu bila dah ditakdirkan. Jadi usahlah menyakiti hati waris dan sahabat arwah, sekurang2nya mereka x pernah jadi penyebab kemalangan maut yg sgt byk berlaku di Malaysia ini.

      Delete
  2. Nak tanya apa kaitan kerja amal dengan kemalangan jalan raya? Adakah dengan membuat kerja amal bikers ini boleh menunggang melibehi limit di highway? Walau pun anda mununggang motor berkuasa tinggi anda masih tertakluk kepada kadar kelajuan disesuatu lebuhraya. Lebuhraya dimalaysia tidak direkabentuk untuk kelajuan tinggi untuk memenuhi citarasa golongan yg suka memandu laju ini. Jikw motor tersebut dipandu pada had laju yg ditetapkan pastinya mereka dapat membrek on time. Penunggang yg dibelakang sekali pastinya mempunyai jarak yg cukup untuk membrek jika kelajuan dibawah 100kmj

    ReplyDelete
  3. Salam takziah kpd semua keluarga dan rakan bikers yg terlibat dlm kemalangan baru-baru ini.
    Di harap wartawan yg membuat lapuran bertindak secara iklas. Namun sejak kebelakangan ini di perhatikan bahawa wartawan/pemberita ingin benar cepat bertindak sebagai penganalisa / penghukum terhadap peristiwa berita yg cuba disampaikan. Adakala sehingga keterlaluan, walau pun segala fakta yg berhubungkait belum berita jelas dan selalunya pemberita / wartawan ini bukan merupakan mereka yg mahir dlm bidang yg kerap mereka menyampaikan pandangan / analysis. Seeloknya fikir dulu kemampuan belum memberi pendapat yg akan di baca oleh awam.

    ReplyDelete
  4. Saya juga dalam kumpulan biker yang hebat, apa yang berlaku adalah biker yang cukup ghairah untuk menunjukkan riding skill, to show off their high performance kits, dan bila diatas jalan raya flash lampu supaya motoris lain ketepi, sedangkan jalan sesak. Potong celah kereta dan membahayakan orang lain
    Ini selalu berlaku, bila mengelakan motosikal, kereta skan berek kecemasan dan perjalan terhenti, lalu group motosikal yang suka cilok ni merempuh kereta berhenti. Salah orang lain ke...

    ReplyDelete
  5. sokmo jumpa bikers bw motor dgn laju d lebuhraya,...malang mmg tdk berbau tp kalo dh laju...bau tu mungkin dah ada tp x diendah...iye la dh beli mahal sure nak rasa nikmatnya...nasihat sy rasakan nikmat hanya d litar...sdg 4 tayar pun leh senang tergolek la accident la bagai ,,,inikan pulok 2 tayar,,,,...jgn nak nafikan sgt la...sbb selama sy memandu dok pernah jumpa bikers bw dlm hemah...selalu nya berdesup...hilang dr pandangan..dh la berkumpulan n cilok mcm bw kat track...bikers yg hemah ada tp jarang jumpa la...katanya ada buat kebajikan itu cite lain la...ajal maut tgn Allah sebagai manusia takdir telah dtentu tp kita usahan mengelaknya adalah lebih baik...sedih tgk kejadian baru ni...moga semua d tmptkan bersm org yg beriman...renung dr kesilapan sendiri bukan menuding jari...muhasabah untuk kebaikan bersama d masa depan...pandu berhemah ..ingatlah keluarga tersayang....

    ReplyDelete