Saturday, October 18, 2014

Memalukan! Demonstrasi peguam cara street justice!

Ini rupanya yang dinamakan ahli Majlis Peguam Malaysia atau Bar Council. Daripada perbuatan yang ditunjukkan, mereka langsung tidak mencerminkan diri sebagai pengamal undang-undang.

Terlalu banyak politikingnya mengalahkan parti politik. Tak ada etika. Tak ada gaya pengamal undang-undang yang rasional dan profesional. Saja nak jaja cara selesaikan masalah di jalan-jalan raya.

Mungkin dah sampai masanya kita desak kerajaan mansuhkan Bar Council yang menjadi kudis kepada institusi badan kehakiman negara. Mungkin ada di antara mereka yang terlibat itu mempunyai kepentingan peribadi bila Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.

Betul kata YB Zul Nordin. Mereka amal politik dua alam atau politik luar tabie! Baca komen beliau di bawah ;





WALK - 2 - PENJARA
(Entri terbaru dipetik drpd zul4kulim.blogspot.com)

Salam 2 all.

Saya mencabar Bar Council dan penyokong pro pembangkang dan kumpulan extremis liberal yang ditaja dengan dana asing - make up your mind!

Mereka mengadakan bantahan dan demonstrasi termasuk Walk-4-Freedom untuk mendesak supaya Akta Hasutan dihapuskan!

Tetapi diwaktu yang sama, mereka mendesak supaya Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan kononnya atas dakwaan Datuk Ibrahim Ali mahu membakar bibel kristian versi Melayu yang mengandungi kalimah Allah!

Dan mereka juga mendesak Abdullah Zaik Presiden ISMA dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan konon kerana menghina kaum Cina!

Tetapi bila penyokong mereka Aziz Bari dan Azmi Shahrom dikenakan tindakan, mereka dakwa Akta Hasutan undang-undang drakonian dan mesti dihapuskan!

Mana yang satu yang kamu mahu?

Apakah apabila Akta Hasutan kena batang hidung kamu, segera kamu minta ianya dihapuskan; tetapi bila ianya menguntungkan kamu dari segi politik, kamu pula mendesak Akta Hasutan digunakan?

Inilah amalan politik dualam cakap tak serupa bikin dan putar belit politik mainan pembangkang!

Ini adalah politik hipokrit tahap gaban, atau lebih dikenali sebagai POLUT - Politik Luar Tabie!

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
23 Zul-Hijjah 1435
17 Okt 2014



7 comments:

  1. Majlis Peguam dah jadi alat untuk menjatuhkan kerajaan... baik oleh pihak pembangkang maupun pihak2 luar yang tidak senang dengan Malaysia.. so satu badan peguam yang lebih profesional diperlukan untuk kelangsungan para Peguam yang berintegriti dan profesional..

    ReplyDelete
  2. Peguam membela undang2.undang2 dibuat kat parlimen.Kalau peguam buat salah,kene buat report kat Lembaga Tatatertib Peguam2-Bar Council.Salah laku Bar Council nak report kat sape plak?

    ReplyDelete
  3. Najib laki Rosmah yg suka keadaan ini, sbbtulah Najib jnji nak hapus akta hasutan. Jika PM tegas musuh takkn berani kacau. Tp Najib sndiri jd trojan horse bat counsil n pakatan haram. So?

    ReplyDelete
    Replies
    1. You right
      Yang salah adalah Najib.
      Nak hapuskan akta hasutan satu hal.
      Najib tak buat apa apa bila orang buat protest jalanan. Apa CIna buat semuanya ok . Rakyat jadi sasaran bila adanya protest . Nak berniaga pun tak boleh .
      Berjiwa Rakyat ke Ah Ji gor ini ? Prehatin dengan Rakyat ke , terutama sekali dengan orang Melayu ? Nampak nya tidak....
      Yang untung hanya golongan CINA sahaja. Bila mansuhnya akta Hasutan yang untung nya CINA . Ah Jib Gor tahu tapi buat tak tahu .

      Delete
  4. Masakini, banyan lapisan masyarakat di negara kita dan juga serata dunia berteriak melaungkan agenda 'liberal'. Masing-masing mahu beridentiti liberal. Malang sekali, maksud dan makna liberal itu ditakrifkan mengikut kemahuan dan kepentingan kumpulan yg bersuara lantang ini.
    Yang berpegang kepada ugama memaksudkan liberal itu sebagai mengikut dengan jujur dan teliti garis panduan hidup bermasyrakat yang bertamadun.
    Yang berfikiran sekular pula menganggap kebebasan menjalankan kehidupan mengikut sesuka hawa nafsu sebagai pegagangan liberal.
    Bagi pejuang politik pula liberal bererti kebebasan untuk bersuara dan berbangkang sesuka pilihan dan pemerintah mesti melayan kemahuan dan segala permintaan dan karenah.
    Tiba pula pada pengamal undang-undang, liberal merupakan pandangan peribadi yg mama ketelusan dan keadilan serta kesesuaian undang-undang hanya bagantung atas kesesuaian kepada pengamalnya sahaja.
    Dengan pandangan yg berbeda-beda ini, sukarlah until mencari titik pertemuan pendapat dan amat sukar mencapai kesefahaman. Negara kita tidak akan bebas darpada persengketaan sekiranya masaalah ini tidal deselesaikan dahulu.

    ReplyDelete
  5. Bar Council memalukan. Sanggup buat demo sebab mau ubah perlembagaan, mereka tahu mengikut undang-undang mereka akan kalah. Buat apa jadi peguam kalau tak boleh nak menghormati undang-undang. Kepada Majlis peguam, apa kata kita ambil semua pendatang bangla dan indon jadi warganegara malaysia.

    ReplyDelete