Buat kali ini, penulis setuju dengan PAS. Walaubagaimanapun, seperti biasa ia akan jadi seperti ayam berkokok yang membingit di awal pagi tapi kemudian senyap waktu tengahari. Ini pun sekadar cukup syarat saja supaya pengundi melayu tak persoal pendirian mereka..
Dalam Islam jelas menyebut kenapa arak diharamkan. Arak adalah IBU SEGALA KEJAHATAN.
Keputusan yang PAS patut buat ialah tinggalkan Pakatan Rakyat.
Siapa yang PAS lebih utamakan, larangan Allah atau peminum arak dari kalangan pemimpin kafir DAP?
Di bawah kenyataan Ketua Penerangan PAS, Dewan Ulama PAS Pusat;
Penganjuran Pesta Arak Oktoberfest adalah Syiar Kemungkaran Yang Mesti Dibantah dan Tidak Boleh Dibenarkan Berlaku
1. Mengambil minuman memabukkan adalah punca kepada kerosakan akal dan jasad. Seterusnya kerosakan akhlak dan moral boleh berlaku apabila akal manusia hilang disebabkan minuman yang memabukkan. Justeru, arak dan minuman memabukkan disebut sebagai "ummu al-khaba'ith" ( أم الخبائث ) ibu dan induk segala perkara yang keji dan jijik kerana ianya merosakkan kehidupan bermasyarakat.
2. Statistik berikut menjelaskan kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan;
A. Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alcohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.
B. Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk mabuk.
C. Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan keapda alcohol tidak boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut.
D. Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alcohol adalah penyakit cardiovascular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.
E. 48% daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alcohol.
F. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga berpunca daripada alcohol manakala 4.5% kes penderaan kanak-kanak.
G. Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes.
H. Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.
I. Menurut satu statistik di UK, alcohol telah menyebabkan 45-46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga.
3. Lantaran itu Islam menegaskan arak dan minuman memabukkan adalah najis merupakan sebahagian amalan syaitan yang boleh membawa kepada permusuhan di kalangan manusia. Allah berfirman;
( يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ( 90 ) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ ( 91 )
Maksudnya; "Wahai orang-orang beriman; arak, judi, patung berhala dan bertenung nasib adalah sebenar-benar najis yang merupakan sebahagian amalan syaitan maka hendaklah kamu semua menjauhinya mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan (al-falah). Syaitan itu hanya ingin menjatuhkan di kalangan kamu permusuhan dan kebencian menerusi arak dan judi dan memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada solat. Tidakkah kamu boleh berhenti!!!". (Surah al-Maidah ayat 90-91)
4. Bukan sahaja arak dan minuman memabukkan adalah najis malah umat Islam perlu membenci perlakuan tersebut berlaku dan tidak meredhainya serta mengganggapnya sebagai kemungkaran yang mesti dihalang dan dicegah daripada menjadi sebahagian syiar kehidupan bermasyarakat dalam sesebuah negara.
5. Meskipun Islam membenarkan bukan Islam mengambil minuman memabukkan, membeli dan menjualnya tanpa diambil tindakan oleh pihak berkuasa Islam sebagaimana ijmak Ulamak yang dinukilkan oleh Imam al-Tahawi, namun ia tidak boleh menjadi syiar yang dipromosi secara terbuka menerusi iklan dan pesta besar-besaran. Syarat ini telah ditegaskan oleh para ulamak Islam sejak dahulu.
6. Antara fatwa Darul Ifta Mesir oleh Mufti Mesir Syeikh Abdul Majid Salim bertarikh 12 April 1939/ 1358 H ialah tidak boleh bukan Islam menjual arak secara terbuka kerana menjualnya secara terbuka adalah satu maksiat dan kefasikan yang perlu ditegah. Mereka boleh menjual sesama mereka secara tidak terbuka.
7. Sekiranya menjualnya secara terbuka pun tidak dibolehkan apatah lagi mengadakan pesta arak secara terbuka dengan pelbagai promosi dan iklan terbuka.
8. Menurut fatwa Mufti Mesir Syeikh Allam Nassar (1891-1966) sebagaimana dinukilkan oleh Dandil Jabr dalam tulisan beliau bertajuk "hak-hak peribadi bukan dalam masyarakat Islam", bukan Islam mempunyai hak kebebasan untuk makan dan minum makanan yang halal bagi mereka walaupun haram bagi orang Islam dengan syarat tidak menyentuh dan mencabar sentimen umat Islam atau membawa kepada fitnah dan kerosakan masyarakat. Jika ianya berlaku maka menjadi kewajipan kepada kerajaan masuk campur bagi menghalang tersebar dan berleluasanya kerosakan yang boleh menghancurkan masyarakat. Campur tangan kerajaan ketika itu termasuk kategori "sadd zara'i'" (menutup lubang-lubang kerosakan). Sebagaimana kerajaan di zaman moden ini campur tangan untuk menghalang tersebarnya wabak kerosakan seperti dadah dan seumpamanya. (Fatawa Islam Jilid VII No 1057 - Mufti Syeikh Allam Nassar) (rujuk www.odabasham.net/show.php?sid=77421)
9. Oleh itu, penganjuran pesta arak seumpama Oktoberfest sehingga menjadi syiar yang dibangga-banggakan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dengan majoriti penduduknya beragama Islam perlu dihalang dan tidak boleh dibenarkan.
10. Menjadi kewajipan kepada Dato' Menteri Besar Selangor sebagai seorang muslim dan pihak berkuasa tempatan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk pesta tersebut diadakan. Serta menjadi kewajipan kepada setiap muslim sama ada rakyat biasa mahupun pemimpin membantah penganjuran pesta mungkar tersebut.
11.Syaitan sentiasa berperanan melakukan "tazyiin" dan "talbis". "Tazyiin" bermaksud menghiasi yang mungkar lalu dilihat sebagai bukan mungkar. "Talbis" pula ialah memakaikan kemungkaran pakaian kebenaran.
12. Antaranya Syaitan berperanan menghiasi kemungkaran minum arak secara terbuka sehingga dilihat boleh dan harus bagi bukan Islam lalu ia dibiarkan tanpa bantahan.
13. Maka janganlah ada di kalangan umat Islam atau pemimpin umat Islam yang dihiasi oleh Syaitan lalu membenarkan pesta arak Oktoberfest dilakukan dengan hujah ianya hak bagi bukan Islam.
14. Ketahuilah hak mereka ialah mengambil minuman memabukkan tetapi bukan hak mereka berpesta dengan minuman memabukkan secara terbuka di sebuah negara majoriti umat Islam.
SIMPLE..
ReplyDeleteDAP ANJUR.
PAS SOKONG DAP.
MAKNA NYA MACAM PAS PUN SOKONG.
SUSAH KER NAK FAHAM.
KALAU TAK SOKONG, CERAIKAN...., BUKAN BERPELUK PELUK DGN KIT SIANG.
MARUAH DIRI TIADA LANGSUNG, LAUNGKAN PEJUANG ISLAM, TETAPI YANG DIBUAT LAIN PULA.
SOKONG ANON 10.41PM,
DeleteORANG ISLAM SOKONG DAN BANGGA DENGAN PAS KERANA PAS GUNA PENDEKATAN ISLAM TETAPI PAS TELAH MENYELEWENG DARI PERJUANGAN SETELAH BERSAHABAT DENGAN KAFIR HARBI DAP. PAS HANYA MEMPERALATKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK. ORANG ISLAM WAJIB MENINGGALKAN PAS JIKA SAYANGKAN ISLAM.
APA KATA KITA TEST CARA INI.... PAS PUTUSKAN DENGAN DAP N PKR
ReplyDeletePAS TAHALUF DENGAN UMNO....
AKU RASA IA AKAN JADI SUATU YG SANGAT MENARIK...
IA AKAN MENGGENTAR HATI2 MUSUH KAMU YG TERINGIN SANGAT NAK PERINTAH NEGARA NI..
IA AKAN MENJADI SESUATU YANG AMAT DITAKUTI OLEH MUSUHMU SEJAK BERATUS TAHUN SIRI PENJAJAHAN MEREKA(ZION CO.)
IA AKAN MENJADI TUNJANG KEBANGKITAN ISLAM .....
BRANIKAH KAMU PAS N UMNO UNTUK BERSATU...
KAMI RAKYAT JELATA SENTIASA MENYOONG PENUH SEGALA BENTUK PENYATUAN DAN PERPADUAN... APATAH LAGI YANG BERSATU ADALAH PEMIMPIN KAMI YANG AGAMANYA DALAH SAMA, SOLATNYA ADALAH SAMA, PUASANYA ADALAH SAMA...
INDAHNYA WAKTU ITU UNTUK UMMAT MELAYU ISLAM...
BURUKNYA WAKTU ITU UNTUK MUSUH LUARAN N DALAM SELIMUTMU
SEMOGA HATI PEMIMPIN2 ISLAM KITA DISATUKAN...
MASANYA SUDAH TIBA... TIADA LAGI ISTILAH PERPECAHAN
ISLAM TERJAGA, RAKYAT BAHAGIA
Sokong sgt2 kalau boleh direalisasikan. Malangnya tidak mungkin berlaku selagi puak2 khawarij masih lagi menguasai parti PAS. Mungkin kalau dah darurat sgt, PAS cuma akan lunyai sebab bersatu itu cukup mustahil demi melunaskan dendam lama.. kalau dengan parti sendiri pun dah ada kelompok2 dan berpuak-puak bagaimana mereka semua nak bersatu dgn umno?
DeleteKalau sudah bekerjasama dengan Syaitan pun sanggup, apalah sangat Pesta Arak, memang itu sudah pasti minuman mereka.
ReplyDeletePemimpin pembangkang tak ada minda mendidik langsung...
ReplyDeleteKalau nak minum arak pun terpulang pada mereka..(dalam acara tertutup)
Yang penting jgn djadikan satu budaya atau acara rasmi yg akan menghancurkan generasi muda....
Buat secara open jelas menghina agama Islam sbg agama rasmi dan Negara islam
Cina/Keling Pariah DAP/PKR adalah Syaitan/Iblis bertopengkan maknusia!!
ReplyDeleteMelayu/Bumi PAS/DAP/PKR adalah Maknusia bertopengkan Syaitan/Iblis!!!
Minum arak adalah hak masing2 tapi mengadakan acara rasmi untuk mengagungkan arak adalah tidak patut. Tempat berpesta arak sudah tersedia seperti kelab2 malam kenapa harus mencari tempat terbuka untuk pesta yg menghancurkan tersebut.
ReplyDeleteSelagi DAP berkuasa ada selagi itulah judi, arak, babi berleluasa. Geli aku tengok gambar sundal2 DAP melalak2 mabuk mcm org hilang akal.. mcm ni perangai jadi pemimpin tempat aku? mmg hari2 makan maki lah jawabnya
ReplyDeleteX payah nak cakap agama la..bingai..klu ada yang kebal dari undang undang.
ReplyDelete