Friday, October 31, 2014

Teguran panas Calon PAS DUN Jabi kepada Mahasiswa UM Pro-Anwar




Ramai juga yang PM marahkan saya berkaitan post saya dalam peristiwa di UM semalam.
https://www.facebook.com/drazman.ibrahim/posts/962433327106127?pnref=story
Yang lembut ada, yang caci ada termasuk yang sindir pun ramai jugok.
Ada yang kata, "kalau tak berani duduk diam-diam sajalah. Tak payah kritik apa orang lain nak buat."
Ada yang kata, "kepala awak dah masuk virus UG."
Ada juga yang cadangkan, "awak duduk diam kat klinik cabut gigi sudoh."
Ada yang kata, "Mahasiswa sekarang berani, tak macam zaman Dr dulu."
Ada yang kata, "kita nak bela Anwar untuk buat reformasi menyeluruh dalam negara."

Hahahaa... semua tu saya baca sambil senyum terutamanya bila belek profile, nampaknya ramai mereka adalah pelajar univ. yang saya consider masih berpangkat adik berbanding saya.
Respon saya...

Adik-adikku...
Saya juga pernah berada dalam posisi semua benda nak langgar seperti adik-adik sekarang ini. Malah lebih berani dari itu. Bila kita meningkat dewasa, adik akan mula berfikir dengan pertimbangan yang lebih rasional.
Dunia mahasiswa satu dari dunia sementara untuk kita belajar suatu sudut dari kehidupan tapi bukan keseluruhan lapangan hidup.
Bila dah keluar nanti...
Cabaran yang pertama ialah samada kita dapat kerja atau tidak. Bila dapat kerja. Apakah kita masih kekal dalam perjuangan setelah menjawat apa-apa profesion?
Cabaran yang kedua, bila dah ada suami atau isteri. Istiqamah lagikah kita dengan perjuangan setelah berkeluarga.
Cabaran yang ketiga, bila dapat anak. Setelah menjadi bapa atau ibu, di mana kita ketika itu?
Cabaran yg keempat, sanggupkah kita korbankan kerja kita kerana perjuangan. Contohnya kalau jadi doktor, kita tutup klinik 3 atau 4 hari seminggu dengan zero income kerana tugasan parti dan jemaah?
Cabaran yang kelima, kalau kita terjun ke medan tetapi kita tak dilantik menjawat apa-apa jawatan penting apatah lagi dipilih menjadi calon, bolehkah kita kekal istiqamah?
Cabaran yang ke enam, sanggupkah kita bersusah payah dalam perjuangan di saat rakan-rakan sebaya kita mula mempamerkan kereta besar masing-masing? Perjuangan tak menjanjikan kemewahan wahai adikku.

Kalau semua ini boleh dijawab, marilah jumpa saya bila-bila masa, saya akan tarik balik posting tersebut dan minta maaf.

Dr Azman Ibrahim,
Bekas Pensyarah Pergigian di Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia,
Calon PAS bagi N.05 Dun Jabi PRU13.

3 comments:

  1. Orang yg seperti ini yg patut diangka sebagai pemimpin atau wakil kepada rakyat di parlimen. Walaupun dia ni dari parti pembangkang tetapi berfikiran rasional. Tahniah masih ada lagi pemimpin yg sebegini sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, cuma masalahnya x ramai yg berpandangan dr Azman. Sekarang dalam pas byk puak2.. ramai yang jadi pemimpin semuanya ada kepentingan.. takut dgn DAP/PKR dsb.. Dia mungkin sengkatan dgn haron din, tak amalkan politik melampau..Cuma bila dah pegang kuasa nanti baru org akan nampak diri sebenar mcm juak yg lain.. harap dia xmcm tu..

      Delete
  2. Itu belum lagi mereka menyedari bahawa siapa yg mereka bela dan mereka harapkan utk membela rakyat kononnya ituadalah sebenarnya penipu rakyat yg terhebat.Kalau mereka dan juga Dr Azman sendiri berrada pada keudukan saya,yg memang sangat tahu tingkah laku Anwar dalam kes sodominnya itu,alangkah malu dan menyesalnya kerana meletakan orang seperti Anwar sebagai 'hiro'.Saya pernah terjumpa seorang bekas Mahasiswa yg di buang Universiti,kerana demonstrasi di zaman Reformasi,saya cukup bersimpati melihat keadaan beliau,yg terpaksa melaksanakan kerja biasa-biasa saja demi mencari rezeki.Kalau beliau berjaya menamatkan pengajiannya keadaan beliau mungkin lebih baik.Anwar juga yg seronok,buat kerja tak senonoh,jadi 'hiro' di dalam dan di luar negara.

    ReplyDelete