Tuesday, October 28, 2014

Foto-foto program Anwar di Stadium Mini Subang Jaya malam tadi yang kurang sambutan

Kekecohan yang berlaku di depan pintu pagar Universiti Malaya malam tadi dianggap 'selective event' mungkin dirancang untuk meraih publisiti untuk kali yang terakhir buat Anwar. Ia bertujuan untuk membina momentum sokongan penyokong yang akan membawa kepada demonstrasi Rakyat Hakim Negara anjuran AMK.

Menurut sumber sebahagian besar daripada yang menimbulkan huru-hara adalah penyokong PKR, orang dari luar kampus. Gerakan UM pro-Anwar hanya dipopularkan oleh beberapa individu yang mungkin diupah atau mempunyai kepentingan melalui isu yang dibangkitkan.

Di kawasan lain, pada malam yang sama juga telah dianjurkan program Rakyat Hakim Negara di Stadium Mini (MPSJ) di Subang Jaya, namun keadaan sebaliknya dilihat. Suasana agak suram tidak semeriah di Universiti Malaya yang dianggarkan telah menarik hampir 1000 orang.

Gambar dipetik daripada blogger CTS. Sumber




Lebih kurang sekitar 300 orang dilihat berkumpul pada malam yang dianggap sangat penting buat Anwar menjelang keputusan mahkamah ke atas kes liwatnya.

Sekalipun disertai beberapa pemimpin PKR yang lain, perhimpunan yang dibuat untuk Anwar selaku Ketua Pembangkang tidak disertai penyokong PAS dan juga DAP. Malah kelibat pemimpin utama mereka juga tidak kelihatan.

Jelaslah, slogan Rakyat Hakim Negara tidak lebih dari hanya untuk memperjuangkan nasib Anwar semata-mata. Mereka dilihat bersendirian dalam semua program yang telah dianjurkan..

Di bawah adalah sebahagian gambar dan luahan melalui artikel dari blog penyokong PKR yang mengakui kurangnya sambutan rakyat dan suasana mengecewakan dialami mereka. 

Dipetik daripada omakkau.blogspot.com,


LAGI PROGRAM PENERANGAN RAKYAT HAKIM NEGARA ANJURAN AMK PUSAT YANG KURANG MENDAPAT SAMBUTAN.






Amat jauh berbeza suasana di Universiti Malaya himpunan rempuh pagar anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya dimana tidak kurang 1,500 para mahasiswa dan penyokong Parti KeADILan turun walaupun hujan renyai untuk mengikuti pidato Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Program Penerangan Rakyat Hakim Negara tanda tunjuk solidariti kepada Anwar Ibrahim yang berdepan dengan kes rayuan Liwat II Mahkamah Persekutuan, yang berlangsung di Stadium Mini 3K MPSJ, Subang Jaya semalam, anjuran AMK Pusat amat mengecewakan sekali, kalau diambil kira angka yang hadir walaupun membariskan para penceramah terdiri dari pemimpin-pemimpin  peringkat tertinggi KeADILan.

Memberi mesej yang amat jelas betapa AMK kini dilihat gagal dalam memujuk dan menarik sokongan rakyat terutamanya anak-anak muda kepada PKR sedangkan anak-anak muda yang non partisan jumlah yang cukup ramai itu majoritinya menyokong perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat.

Apakah AMK masih enggan terima kenyataan dan kebenaran ini?????

KeADILan masih mengharapkan sosok tubuh Anwar Ibrahim dalam meraih sokongan rakyat ... laungan dan cerita kononnya jika Anwar masuk penjara akan timbul jutaan Anwar lawan kezaliman dan keadilan ternyata suatu retorik omong kosong yang tidak berpijak di alam nyata dan realiti jika suasana dan sambutan sebegini rupa berterusan.

Ternyata, AMK jika berdiri keseorangan dalam apa jua situasi dan keadaan untuk menghasut rakyat menyokong Pakatan Rakyat dalam bersolidariti menyokong Anwar Ibrahim hasilnya amat mengecewakan sekali.  Kekuatan AMK tidaklah sehebat mana jika di ambil kira dengan suara nyaring boleh runtuh siling tumbang dinding pada Kongres Nasional 2014 yang lalu.

Kena terima hakikat .. jika jumlah yang hadir di Istana Kehakiman Putrajaya perbicaraan kes rayuan Liwat II agak besar, itu bukan kerana daya usaha atau gerak kerja keras AMK, tetapi para NGO yang pro PR dan bersimpati dengan DSAI.

2 comments:

  1. Habis2 budak2 semua kene main dgn nuar...

    ReplyDelete
  2. Ramai ni saja yg dtg walaupun org kata elaun memacai utk sehari semalam dah naik rm300?

    ReplyDelete