Monday, October 20, 2014

Peringatan! Jangan diabaikan demi keselamatan diri.

Sebagai perkongsian untuk kebaikan bersama. Bunyinya seperti mudah, tapi nak sabar mengamalkannya cukup berat. Hanya untuk yang TERPILIH sahaja dapat mengamalkannya.

Tinggalkan politik sejenak, marilah kita mengimbau kembali ilmu yang kita telah pelajari tetapi diabaikan selama ini..


Menceritakan hadith oleh Nafi' b Abi Nafi' hadith dari Ma'qil b Yasar hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda:

'Barangsiapa membaca (atau berdoa) di waktu pagi tiga kali (kalimah) 'A'uzubillahis-sami'il 'alimi minas-syaitanir rajim' (yg bermaksud: 'Aku memohon perlindungan dgn Allah (a.w) zat yg Maha mendengar lagi Maha Berilmu (yakni, mengetahui) dari syaitan yg direjam.') kemudian membaca tiga ayat (terakhir) dari Surah al-Haysr, maka menyerahkan Allah (s.w.t) untuknya (iaitu, orang yang membaca) 70,000 malaikat yang mendoakan keselamatan atasnya sehingga sampai petang hari. Dan, jika mati dia di dalam demikian hari, maka matinya adalah seumpama mati syahid. Dan, barangsiapa membacanya pula ketika petang ada baginya dengan demikian tempat orang yang membacanya. (iaitu, seumpama yang dikurniakan Allah (s.w.t) bagi orang yang membacanya di pagi hari tersebut).'

[Hadith Imam Ahmad di dalam Tafsir ibni Kathir]




Demikianlah tingginya manfaat kepada kita yang membaca doa tersebut di atas itu. Kita memperolehi beberapa keuntungan: pertama, keselamatan kita pasti terjaga setiap hari, kerana dijaga oleh 70,000 malaikat yang ditugaskan oleh Allah (s.w.t) menjaga kita. Dijaga dari pagi sampai petang apabila dibaca ketika pagi dan dijaga dari petang hingg pagi esok apabila dibaca ketika petang. Kedua, jika ditakdirkan kita mati siang atau malamnya, kita dikira mati seumpama mati syahid, pasti mendapat syurga.

Terjemahan 3 ayat akhir surah Al-Hasyr;

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

(Al-Quran, surah Al-Haysr (59), ayat 22,23 dan 24)


Untuk penerangan yang lebih jelas tentang hadith ini, sila terus ke laman:

http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2013/08/ayat-22-23-24-surat-al-hasyr-maksud-dan.html#ixzz3GdsG7sCv

1 comment:

  1. Aku tambah sikit,
    Setiap lepas solat fardhu jgn tinggalkan membaca Ayatul Kursi,
    Mk tidak ada yg memisahkannya dr Syurga selain kematian. Hadisnya, google le sendiri.
    Tak perlu masuk PAS, atau mengundi PAS. Sorry, sikit ada politik.

    Nak mudah lg,
    Setiap kali lps wudhuk, jgn lupa baca doa wudhuk (yg diriwayatkan oleh Saidina Umar r.a. tu), boleh pilih nak masuk Syurga ikut pintu mana pun. Mcm yg di atas juga, hadisnya, tanyalah ust google. Juga tak perlu masuk atau mengundi PAS.

    ReplyDelete