Sunday, October 5, 2014

Himpunan #ProtesPetrol 104 memalukan!

Himpunan Protes Petrol 104 anjuran pembangkang tidak mendapat sambutan.. Kononnya nak 'test market' kalau-kalau ada yang masih panas dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Akhirnya untuk cover malu, mereka mengatakan perhimpunan ini palsu dan propaganda umno untuk burukkan pakatan pembangkang. Hairan juga kerana kebanyakan himpunan pembangkang ini mesti ada nombor digit dibelakang tema, seolah-olah ia untuk rekod bagi memudahkan kerja-kerja pemfailan bila perlu sebagai rujukan kelak.


Apapun, antara faktor yang mengundang kesepian begini adalah disebabkan;

1. Hari hujan. Belum nak mula lagi dah mendung kelabu.
2. Hari Raya Aidiladha. Orang semua fikir macamana nak balik kampung elak jem.
3. Ramai pendemonstran kalangan PAS. Sekarang mereka dah boikot kempen disebabkan isu MB Selangor.
4. Amaran oleh Pihak Berkuasa Malaysia terhadap mereka yang ikut himpunan haram seperti ini.
5. Rakyat dah bosan dengan himpunan yang tak membawa apa-apa faedah melainkan sebagai propaganda pembangkang hanya untuk memburukkan umno semata-mata.
6. Rakyat benar-benar menyambut seruan menteri cap ayam supaya bersyukur dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20sen sahaja.
7. Pendemo sudah berfikir 2 kali untuk ikut himpunan dan buang minyak memandangkan harga minyak sudah naik sekarang.

Anda sendiri pun boleh tentukan jawapannya..








No comments:

Post a Comment