Saturday, October 4, 2014

Parti Gerakan bakal lingkup? Pemuda Gerakan letak jawatan beramai-ramai


KUALA LUMPUR 4 Okt - Pemuda Gerakan mengesahkan laporan bahawa kumpulan di kalangan anggota jawatankuasa kerjanya (CWC) meletak jawatan beramai-ramai.

Ketua pergerakan itu, Tan Keng Liang berkata, beliau beliau menerima lima peletakan jawatan setakat ini.

Katanya, beliau terkejut kerana ada media yang melaporkan seramai lapan pemimpinnya meletak jawatan.

“CWC Pemuda Gerakan akan meneliti perkara itu dalam mesyuarat kami pada Selasa malam. Keputusan akan dibuat mengenainya,” kata Tan kepada Malaysiakini.

Katanya, beliau mengarahkan setiausaha agung, William Chang untuk menyiasat peletakan jawatan berkenaan dan menyediakan laporan untuk dibincangkan.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang sudah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka.


Sarawakia:  Siapa sebenarnya yang meletak jawatan itu? Laman http://www.rakyatnews.my/  ada mendedahkan nama-mana mereka. 

No comments:

Post a Comment