Thursday, October 30, 2014

Bantuan Interpol buru Alvin & Ali

Lari ke luar negara dan lambat sikit kena tindakan bukan bermakna boleh lepas hukuman sewenang-wenangnya. Negara kita ada undang-undang. Di negara orang pun ada undang-undang.. Tak mungkin dibenarkan tinggal di sana selama-lamanya..




KUALA LUMPUR 29 Okt - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan kepada Interpol di Perancis untuk membantu pihaknya menahan seorang aktivis Ali Abd Jalil dan penulis blog, Alvin Tan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, permohonan itu dibuat setelah kedua-dua mereka cuba memohon perlindungan politik di luar negara.

Ali memohon suaka di Sweden manakala Alvin di Amerika Syarikat.

"Polis telah memohon 'red notice' kepada Interpol. Jadi kita tunggu jawapan," katanya kepada pemberita pada Seminar Ketua Polis Daerah, di Maktab PDRM Cheras di sini, hari ini. 

Alvin, 26, dan teman wanitanya Vivian Lee, 25, telah didakwa mengikut Akta Hasutan kerana ucapan Ramadan di laman blog mereka, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini pada tahun lepas.

Kes mereka masih dalam perbicaraan.

Ali juga menghadapi tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebooknya.

Sumber

No comments:

Post a Comment