Wednesday, October 29, 2014

Husan Musa kalah kes saman Utusan

Sekarang terbukti siapa di pihak yang benar. Sudahlah kalah saman, kena bayar kos RM45,000.00 pula.

PAS kena double slap. Presiden masuk mahkamah, naib timbalan pula kalah saman.

Sumber: www.rakyatnews.my



KUALA LUMPUR 29 Okt - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa hari ini bukan sahaja gagal dalam saman fitnah yang difailkan terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan dua lagi malah beliau diperintah membayar RM45,000 sebagai kos.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan tersebut berhubung saman fitnah membabitkan penerbitan satu laporan bertajuk 'Husam Letak Jawatan? Nik Aziz beri cuti lima hari untuk tenangkan fikiran' yang disiarkan pada 22 November 2009 di Mingguan Malaysia.

Pada 22 Februari 2010 Husam memfailkan saman itu dengan menamakan syarikat terbabit, wartawan Azran Fitri Rahim dan Ketua Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Menerusi pernyataan tuntutan, Husam mendakwa kesemua defendan berniat jahat menulis, menyunting dan menerbitkan laporan tersebut dengan tujuan mempersenda serta memalukannya.

Beliau menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi.

Bagaimanapun menerusi pernyataan pembelaan defendan, kesemua mereka mendakwa bahawa perkataan dan kandungan laporan tersebut adalah bersifat semula jadi serta tidak berkeupayaan untuk membawa 'maksud fitnah' terhadap plaintif.

Tambah defendan, maklumat yang terkandung di dalam laporan itu juga adalah bermutu tinggi dan diperoleh menerusi sumber rasmi.

Sepanjang perbicaraan plaintif memanggil tiga saksi manakala defendan lima orang.

Husam diwakili peguam Dr Zulqarnain Lukman manakala kesemua defendan diwakili Mohana Kumar.

No comments:

Post a Comment