Saturday, October 25, 2014

Seorang lagi macai lari ke luar negara minta suaka politik

Semacam dah jadi budaya. Kali ini macai PKR pula. Ikut taktik Alvin Tan, keluar ikut negara jiran kemudian pergi ke negara Barat... Begini agaknya cara nak elak dihukum kerajaan Malaysia. Tak lama lagi penjenayah pun ikut cara seperti ini.



Ali Abd Jalil cuba dapatkan suaka politik di luar negara

KUALA LUMPUR: Aktivis Ali Abd Jalil yang berdepan dakwaan menghina kerabat Diraja Johor dan Sultan Selangor kini sedang berusaha mendapatkan suaka politik di luar negara, lapor The Malaysian Insider.

Kakak Ali, Asiah Abd Jalil mengesahkan adiknya ada membuat panggilan telefon memaklumkan telah selamat tiba di negara yang enggan didedahkan itu.

"Saya boleh sahkan Ali selamat berada di negara tersebut bagi mendapatkan suaka politik," Asiah dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider.

Asiah juga dilaporkan berkata keluarganya tidak mengetahui mengenai perancangan Ali itu dan mengakui terkejut dengan tindakan adiknya.

Katanya, Ali dibantu oleh sebuah badan hak asasi manusia antarabangsa untuk keluar dari Malaysia, namun enggan mendedahkan NGO yang dimaksudkan itu.

"Ali berjaya menjalani proses mendapatkan visa. Majistret negara tersebut sudah meluluskan visa. Kini Ali dalam proses memohon suaka politik daripada negara itu.

"Tetapi, beberapa proses perlu dijalani terlebih dahulu, antaranya pengesahan yang Ali ialah warganegara Malaysia dan bentuk ancaman yang dihadapinya," Asiah seterusnya dipetik sebagai berkata.

Asiah juga menjelaskan keluarganya menyokong penuh tindakan yang dilakukan oleh Ali memandangkan tiada jaminan keselamatan untuk adiknya itu jika terus kekal berada di Malaysia.

"Banyak ancaman dan tekanan dihadapinya," katanya.

Ali sebelum ini menghadapi tiga tuduhan hasutan kerana didakwa menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor dalam postingnya di Facebook.

Beliau juga ditahan polis di penjara selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan kemudiannya pada 29 September.

The Malaysian Insider turut mendakwa menerima emel memberitahu Ali selamat tiba di Stockholm, Sweden selepas berjaya keluar dari Malaysia menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Danok.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ali-abd-jalil-cuba-dapatkan-suaka-politik-di-luar-negara-46951?cp

3 comments:

  1. Senangnya pukimak2 cabut dari Malaysia.......memalukan!

    ReplyDelete
  2. Hamba Allah ni memang x bersyukur. Kejayaan beliau adik beradik adalah kerana kerajaan UMNO dan sistem beraja yang wujud sejak dari zaman penjajahan hingga kini. Bila dah senang dan berjaya mereka cuba menikam balik. Manusia apa ni?

    ReplyDelete
  3. Pihak polis bertindak cepat kalau pesalah politik. Tapi bila melibatkan orang awam,polis buat tak tau. Aku buat report tahun 2011 dan 2014 tapi polis tak ambil tindakan langsung. Dah berpuluh surat aku hantar kepada KPN tapi tak de tindakan. Jenayah yang aku laporkan lebih berat dari kenyataan mamat ni.

    ReplyDelete