Friday, October 31, 2014

Perhimpunan PKR suram. tanda sokongan politik Anwar semakin malap..

Berbeza suasana sebelum ini, kompleks Istana Keadilan di Putrajaya semakin tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan PKR. Rata-rata yang hadir untuk menunjukkan solidariti kepada Ketua Pembangkang merasa kecewa dengan jumlah penyokong yang memalukan itu. Tiada laungan reformasi yang menggegarkan persekitaran mahkamah dan sebagainya.

Difahamkan berlaku juga pertengkaran sesama ahli PKR berkenaan masalah logistik, masalah tambang dan sebagainya seperti yang didedahkan melalui youtube dan laman-laman sosial. Pada hari pertama perbicaraan dianggarkan seramai 800 orang hadir memberikan sokongan, namun berbeza keadaan semalam di mana hampir tidak ada orang selain penyokong kuat PKR sahaja yang datang memberi sokongan kepada Anwar.

Ada yang menjangkakan prosiding berakhir dengan bilangan penyokong yang lebih sedikit berbanding semalam dan hanya disertai oleh orang-orang PKR sendiri. Pemimpin PKR, Wong Chen memberitahu orang ramai pada hari Selasa bahawa perbicaraan akan dilanjutkan dan menggesa mereka bersedia satu hari lagi bagi meneruskan perhimpunan di hadapan mahkamah namun ramai yang tidak bersetuju lantas memboikot prosiding mahkamah hari ini.

 
 
 



2 comments:

  1. Orang ada kerja, nak bayar bil dan cuti pun biar lah pada hal berfaedah. Lepas tu hal Anuwar ni pun salah dia sendiri kerana gagal mengawal awang dia.

    Anuwar pun tak pernah sekali pun tolong rakyat. Tolong kroni dia adalah. Oleh itu pengampun pengampu dia yang pernah merasa 'hasil' dari Anuwar datanglah juga.

    Mampuh kerah sore sore la ko menate Berouk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg sokong dia meme org gilo belako

      Delete