Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Friday, October 31, 2014
Jenayah bom di Kuala Lumpur lagi...
Dua bahan letupan kecil telah dimusnahkan oleh skuad pemusnah bom di Jalan Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur, petang semalam.
Bom tersebut diletakkan di dalam sebuah beg dan berada hanya 5 kaki di depan pintu pejabat Maybank, ditemui oleh staf bank yang bekerja di bangunan itu kira-kira jam 4 petang.
The Star Online melaporkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asst Comm Zainol Samah berkata bahan letupan itu diletakkan di dalam beg bagasi berwarna kelabu.
Sepasukan skuad pemusnah bom yang dihantar ke tempat kejadian telah memusnahkan bom yang pertama pada pukul 7.30pm dan bom kedua, lima minit kemudian.
Kes sedang disiasat kerana melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan kerosakan awam di bawah kanun keseksaan.
Kredit kepada siakapkeli.com dan thestar.com.my
Monday, October 27, 2014
Komen KJ tentang ISU Alvin Tan dan Ali Mohd Jalil - Portal TMI Putar Belit..
Saya ada masalah besar dengan artikel yang dikeluarkan oleh sebuah portal pro-Pakatan ini (baca dibawah).
Artikel ini bermula dengan: "Keputusan Ali Abd Jalil dan Alvin Tan mencari suaka politik berbanding berdepan dengan sistem keadilan bagi kesalahan mereka merupakan simptom peningkatan kekecewaan anak muda berhubung tindakan tegas Putrajaya terhadap musuh politik, kata penganalisis."
Ini memberi gambaran seolah-olah kedua-dua individu ini terpaksa lari dari Malaysia, mencari perlindungan di luar negara sebab tidak mahu dizalimi oleh kerajaan yang tidak membernarkan kritikan dan kebebasan bersuara. Sebab itu ditulis tentang "tindakan tegas Putrajaya terhadap musuh politik."
Mari kita semak semula kes-kes Ali dan Alvin ini. Apakah kes mereka ini merupakan kritikan politik? Apakah mereka ini musuh politik kerajaan? Wajar kita semak semula segala details berkenaan kes mereka sebab mengikut spin artikel ini, mereka adalah pelarian politik yang menentang kerajaan dengan menggunakan hak kebebasan bersuara.
Dalam kes Alvin, ramai yang sedia makulm bahawa beliau didakwa di mahkamah bukan kerana mengkritik kerajaan tetapi kerana telah muat naik gambar 'bak kut teh halal' yang menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia. Gambar tersebut boleh dilihat dibawah.
Dalam kes Ali pula, memang betul beliau mengkritik UMNO tetapi beliau didakwa di mahkamah bukan kerana itu tetapi kerana komen tentang institusi Raja. Antara komen beliau, mahu raja dihapuskan dan Sultan rasa negara ini "kepala bapak depa punya." Tulis "kami berani mati," ini baru kena dakwa di mahkamah terus lari.
Tengok permainan portal pro-Pakatan ini? Tak sebut langsung apakah kesalahan sebenar dua orang ini. Memberi gambaran seolah-olah mereka ini hero anak muda yang menentang kerajaan atau polisi kerajaan. Sengaja cuba tutup fakta-fakta kes dimana mereka didakwa kerana menghina perkara-perkara yang sensitif.
Nak jadikan mereka ini ikon orang muda? Nak kata mereka ini contoh bagi orang muda di Malaysia? Saya rasa majoriti anak muda Malaysia lebih suka melihat dua orang ini tidak kembali semula ke tanahair.
THE MALAYSIAN INSIDER
Rakyat cari suaka, penganalisis beri amaran pada Putrajaya kekecewaan meningkat
OLEH ANISAH SHUKRY DAN ELIZABETH ZACHARIAH
Published: 27 October 2014
Keputusan Ali Abd Jalil dan Alvin Tan mencari suaka politik berbanding berdepan dengan sistem keadilan bagi kesalahan mereka merupakan simptom peningkatan kekecewaan anak muda berhubung tindakan tegas Putrajaya terhadap musuh politik, kata penganalisis.
Jika Putrajaya terus menggunakan Akta Hasutan untuk mendiamkan pengkritik, Malaysia akan berdepan dengan masa depan yang mereka tidak bersedia untuk hadapi, kata penganalisis kepada The Malaysian Insider.
Dr Lim Teck Ghee yang mengetuai Centre for Policy Initiatives (CPI) berkata, kes Ali dan Tan menjadi trend terkini jika kerajaan terus bertindak autoritarian dan mengambil pendirian agama yang jumud.
“Ini akan menyebabkan mereka yang lebih berpendidikan dan berbakat merasa penindasan politik tidak boleh ditoleransi,” katanya, dan menambah ribuan lagi rakyat Malaysia walaupun tidak didakwa akan meninggalkan negara jika Putrajaya tidak menghentikan tindakan keras terhadap mereka yang berbeza ideologi politik.
“Tetapi mungkin kerajaan hari ini melihat dari sudut berbeza dan lebih suka musuh politik mereka menetap di luar negara berbanding dalam negara. Jika itu yang mereka rancangkan, terbukti mereka berjaya,” katanya.
Beliau berkata, Putrajaya silap jika percaya sekatan terhadap kebebasan bersuara rakyat tidak akan ada tindak balas. “Orang muda tahu hak asasi manusia dan undang-undang lebih daripada apa yang kerajaan fikir mereka tahu,” kata Lim.
“Jika mereka fikir tidak boleh mendapatkan keadilan daripada sistem Malaysia dan diberikan label yang menyusahkan sepanjang hidup mereka, lebih baik mereka ke negara yang menghormati hak asasi manusia dan masa depan mereka akan menjadi lebih cerah.”
Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian bersetuju dan mengatakan anak-anak muda sekarang dipaksa untuk tidak bersuara dan Putrajaya akan menerima akibat daripada itu.
“Kita mempunyai angka pengundi muda yang besar. Dan jika kita takutkan mereka untuk bersuara sekarang, kita akan memaksa mereka ke ‘bawah tanah’ yang akan lebih mengecewakan.
“Walaupun ia merupakan proses panjang, jika ini berterusan dan peluang untuk berbeza pendapat ditutup, kita sedang mencipta sesuatu yang kita tidak bersedia untuk hadapi pada masa hadapan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata terlalu awal untuk mengatakan pendakwaan Akta Hasutan akan menyebabkan penghijrahan beramai-ramai aktivis dari Malaysia.
Dr Wong Chin Huat dari Penang Institute berkata kes Ali akan memberikan kesan kepada kekecewaan anak muda berbahasa Melayu dan anak muda kurang mampu terhadap kerajaan.
“Ali di luar sana dan melihat kepada karakternya yang suka melawan, dia akan terus bersuara dan menjadi suara rakyat Malaysia dalam buangan.
“Bercakap menggunakan nada agama, beliau membandingkan kesetiaan membuta tuli kepada raja sebagai satu pemujaan. Ini akan memberikan kesan kepada komuniti Melayu, terutamanya yang bercakap bahasa Melayu dan yang kurang mampu.”
Beliau berkata kes ini juga memberikan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia tentang bagaimana kerajaan bertindak terhadap mereka yang mempunyai ideologi berbeza.
“Tindakan Ali mencari suaka akan mencipta debat: apakah perbezaan ideologi seharusnya dianggap sebagai jenayah atau diterima dengan baik?
“Lebih daripada itu, keselamatannya tidak dijamin kerajaan. Dia bukan sahaja dihukum dengan undang-undang akan tetapi dipukul polis dan tiada tindakan diambil.”
Lim berkata sekarang sudah tiba masanya mereka yang “mengaku berpendirian sederhana” termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bersuara.
“Kelihatan terdapat tiga kem dalam kerajaan: golongan autoritarian, sederhana dan golongan tidak peduli, dengan kem autoritarian dan tidak peduli sedang berkuasa.
“Mereka (golongan sederhana) perlu segera memansuhkan Akta Hasutan dan polisi berkaitan dan menyingkirkan individu seperti Peguam Negara yang bertanggungjawab terhadap pendakwaan mengikut Akta Hasutan secara besar-besaran,” kata Lim.
Melalui tulisan di Facebooknya pada Sabtu, Ali mengatakan beliau terbang ke Sweden untuk mencari suaka di luar negara kerana beliau diancam samseng dan “kumpulan rasis Melayu.”
Ali berdepan tiga dakwaan mengikut Akta Hasutan kerana menghina kesultanan Johor dan Selangor di akaun Facebooknya.
Ali juga ditahan polis di penjara selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan pada 29 September.
Amnesty International menyifatkan Ali sebagai "banduan hati nurani" sebagai usaha menghentikan apa yang mereka sifatkan "pendakwaan terpilih". – 27 Oktober, 2014.

Saturday, October 18, 2014
Tiba giliran PAS pula nak buat demonstrasi sendiri..
Pembangkang macam dah tidak ada kerja lain. Asyik nak Demo.. demo..demo..
PKR dengan demo Rakyat Hakim Negara.. DAP dengan BAR Council dengan Mansuh Akta Hasutannya dan sekarang PAS pula nak buat demonstrasi Bantah Kenaikan harga minyak 20sen. Klik sini.
Ketika PR semakin pincang dengan masalah perpecahan, muncul beberapa orang datang nak tunjuk hero. Mungkin inilah musim cari publisiti nak jadi rising star dalam parti...
Sudah-sudahlah PAS... dah kena buli PKR dan DAP pun tak mampu nak buat apa-apa, demo bantah Oktoberfest pun tak berani dibuat.. ada hati nak demo bantah kenaikan harga minyak. Tujuan kononnya untuk rakyat tapi niat sebenarnya nak malukan kerajaan supaya dunia mengatakan rakyat nakkan perubahan melelui kepimpinan yang baru.
Sekali lagi rakyat dipergunakan untuk retorik politik masing-masing.
Seperkara lagi, lebih baik kerajaan robohkan saja SOGO yang jadi 'port' banyak demonstrasi tak berfaedah selama ini. Pindahkan saja ke Shah Alam. Biar pakatan rakyat buat demo di sana pula.
Thursday, October 9, 2014
Kejadian letupan Bom di Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Satu kejadian letupan bom dilaporkan telah berlaku di Bukit Bintang pagi tadi. Difahamkan letupan berlaku di hadapan sebuah kelab malam dan merosakkan beberapa kenderaan yang berhampiran.
Mujur tidak berlaku pada waktu siang, ketika orang ramai sibuk dengan urusan masing-masing di sekitar kawasan itu.
Difahamkan letupan itu berlaku dari bawah sebuah kereta yang diletakkan di kawasan itu. Setakat ini, jenis bahan letupan belum dapat dipastikan.
Polis akan menyiasat latar belakang mangsa yang terbabit dalam letupan berkenaan.
Setakat ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan letupan di Jalan Bintang, Bukit Bintang itu.
P/S: Penjenayah dipercayai menggunakan bom buatan sendiri. Harap tak sampai ke tahap buat RPG.

Laporan berita daripada MStar
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 14 orang cedera selepas satu letupan berlaku di kawasan di hadapan Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang di sini, pagi Khamis.
Polis berkata, mereka menerima maklumat mengenai insiden letupan dekat sebuah pub pada kira-kira pukul 4.30 pagi.
Empat kereta rosak akibat letupan itu.
Turut difahamkan bahawa dua bahan letupan telah dilemparkan di lokasi kejadian. Bagaimanapun, salah satu daripadanya gagal meletup.
Satu lagi bahan letupan itu, yang turut dipercayai merupakan bom tangan, ditemui di bawah sebuah lagi kereta.
Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tung Shin.
Seorang joki kereta dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Wednesday, October 8, 2014
Siapa Gangster Pakatan yang kena tangkap pukul 2.30 pagi?
Hebat KL Gangster sorang nie. Dia mengaku dirinya berpangkat Dato' waktu ditahan polis selepas dikejar dengan kelajuan tinggi dari Nilai ke Serdang kelmarin.
Dia mengaku dirinya 'lawyer' dan rakan baik pemimpin pembangkang, naik mercedes guna tinted gelap pekat bawa kereta macam samseng. Padanlah polis tahan kereta serupa macam tu.
Jadi suku-sakat pembangkang ini ingat kebal undang-undang ke? Apa bagi pembangkang, undang-undang letak bawah tapak kaki ke?
Tailong, apa lu mau buat sekarang? Ini jer cara mau kasi lu ingat. King punya tempat lu tak bleh masuk, Dragon pulak lu mau backup ka? Ini macam lu mau main sama gua ar...? Ini macam lu sudah idup lama ka apa? (pinjam skrip kl gangster)
Syabas buat PDRM, tahanlah mana-mana kereta yang mencurigakan terutama waktu pagi buta pukul 2.30am, tak kira lah dia itu ketum ke, bapak ketum ke, atau bapak tiri kepada mak sedara ketum, selagi mereka tak ikut peraturan, polis boleh menahan mereka untuk diperiksa.
Sekarang ini polis kena bersiap siaga berdepan segala risiko. Kejadian jenayah bersenjata sangat kerap berlaku lebih-lebih lagi pada waktu dan keadaan yang sangat mencurigakan.
Cerita penuh di sini..http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/10/07/Suspect-claims-to-be-Datuk-to-avoid-arrest/
Sunday, October 5, 2014
Himpunan #ProtesPetrol 104 memalukan!
Himpunan Protes Petrol 104 anjuran pembangkang tidak mendapat sambutan.. Kononnya nak 'test market' kalau-kalau ada yang masih panas dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Akhirnya untuk cover malu, mereka mengatakan perhimpunan ini palsu dan propaganda umno untuk burukkan pakatan pembangkang. Hairan juga kerana kebanyakan himpunan pembangkang ini mesti ada nombor digit dibelakang tema, seolah-olah ia untuk rekod bagi memudahkan kerja-kerja pemfailan bila perlu sebagai rujukan kelak.
Apapun, antara faktor yang mengundang kesepian begini adalah disebabkan;
1. Hari hujan. Belum nak mula lagi dah mendung kelabu.
2. Hari Raya Aidiladha. Orang semua fikir macamana nak balik kampung elak jem.
3. Ramai pendemonstran kalangan PAS. Sekarang mereka dah boikot kempen disebabkan isu MB Selangor.
4. Amaran oleh Pihak Berkuasa Malaysia terhadap mereka yang ikut himpunan haram seperti ini.
5. Rakyat dah bosan dengan himpunan yang tak membawa apa-apa faedah melainkan sebagai propaganda pembangkang hanya untuk memburukkan umno semata-mata.
6. Rakyat benar-benar menyambut seruan menteri cap ayam supaya bersyukur dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20sen sahaja.
7. Pendemo sudah berfikir 2 kali untuk ikut himpunan dan buang minyak memandangkan harga minyak sudah naik sekarang.
Anda sendiri pun boleh tentukan jawapannya..

Labels:
Anwar Ibrahim,
Kuala Lumpur,
Malaysia,
Pakatan Rakyat,
PAS,
PKR,
UMNO
Wednesday, October 1, 2014
Gambar-gambar banjir kilat di Kuala Lumpur siang tadi
Kita harap Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri ambil alternatif bagi mengelakkan kejadian seperti ini daripada berulang. Asyik-asyik rakyat saja ambil alternatif jalan lain, jenuh la.....!
Banjir di Kuala Lumpur dah macam lumrah. Hujan lebat cuma satu jam saja, tapi natijahnya cukup menyusahkan. Entah apa jadinya kalau lebih 2 atau 3 jam. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun mesti ada berlaku.
Gambar di bawah dipetik dari perkongsian media sosial untuk tatapan bersama. Sayang tengok kereta-kereta yang jadi mangsa keadaan. Rasanya, guna kenderaan perkhidmatan awam boleh mengelakkan kerugian yang tak disangka-sangka dengan kes kereta tenggelam seperti ini.
Bukit jangan disangka tinggi, sungai jangan disangka dalam..
Berlaku siang tadi.
Kawasan meletak kenderaan di Baruk Borneo Club, Jalan Kia Peng, Kampung Baru, Jalan Ampang, jejambat LRT Chan Sow Lin, jambatan hadapan Balai Trafik Kuala Lumpur menghala Jalan Syed Putra dan Jalan Tun Ismail serta Gombak Utara berhampiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut mengalami banjir kilat hingga air mencecah kira-kira satu meter.
Berikutan banjir kilat itu, hampir kebanyakan laluan utama di ibu negara mengalami kesesakan teruk. - BH
Banjir di Kuala Lumpur dah macam lumrah. Hujan lebat cuma satu jam saja, tapi natijahnya cukup menyusahkan. Entah apa jadinya kalau lebih 2 atau 3 jam. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun mesti ada berlaku.
Gambar di bawah dipetik dari perkongsian media sosial untuk tatapan bersama. Sayang tengok kereta-kereta yang jadi mangsa keadaan. Rasanya, guna kenderaan perkhidmatan awam boleh mengelakkan kerugian yang tak disangka-sangka dengan kes kereta tenggelam seperti ini.
Bukit jangan disangka tinggi, sungai jangan disangka dalam..
Berlaku siang tadi.
Banjir kilat landa KL, berpuluh kenderaan dinaiki air
KUALA LUMPUR: Hujan lebat kira-kira sejam menyebabkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat termasuk berpuluh kenderaan ditenggelami air.Kawasan meletak kenderaan di Baruk Borneo Club, Jalan Kia Peng, Kampung Baru, Jalan Ampang, jejambat LRT Chan Sow Lin, jambatan hadapan Balai Trafik Kuala Lumpur menghala Jalan Syed Putra dan Jalan Tun Ismail serta Gombak Utara berhampiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut mengalami banjir kilat hingga air mencecah kira-kira satu meter.
Berikutan banjir kilat itu, hampir kebanyakan laluan utama di ibu negara mengalami kesesakan teruk. - BH
Subscribe to:
Posts (Atom)